INI YANG BERLAKU SELEPAS PROTON DI KRITIK OLEH PENGGUNA SEBAGAI KERETA TIN ALUMINIUM

2.8.16 Suria Lekatlekit 4 Comments

INI YANG BERLAKU SELEPAS PROTON DI KRITIK OLEH PENGGUNA SEBAGAI KERETA TIN ALUMINIUM. Last aku sebagai wanita bekerjaya aku bekerja kat sebuah branch proton dealer. Memang tak di nafikan banyak komplen pasal kereta proton ni. Aku selalu di kambing hitamkan untuk menjawab call customer bila semua menolak untuk jawab sebab customer asyik dok push. Yelah.. customer kalau beli dengan kita walau kesalahan tu bukan di sebabkan kita tetap depa nak kita yang solve walau kita cuma jual jer. erkk.. aku bukan sales advisor proton ok! aku tak pandai jual aku kerja bahagian admin je hahahha... Macam2 jenis complaint la boleh dengar. Yang berhemah dia akan cakap penuh protokol & adat istiadat katanya.. Yang kurang sabar dia sembur kita macam machine gun la. Normally aku cuma jawab.. ok cik/puan/encik.. ye ye saya tahu. Nanti saya bagitahu pihak yang sepatutnya... Tu la tugas aku bila di kambing hitamkan katanya. Hahaha

Gambar proton Iriz yang remuk. Sekadar hiasan. Sumber Google

Sebelum ni pun kita tengok banyak viral kereta2 proton yang accident remuk macam tin aluminium. Memang teruk la.. Jadi macam2 la kutukkan, kritikan terhadap kualiti kereta proton. Ada yang kata asal boleh jual jer.. Ada jugak yang berpendapat beli kereta proton macam jual nyawa kat jalan raya. Kalau nak tulis segala caci maki & penghinaan terhadap kereta buatan Malaysia berjenama proton ni memang banyak la walau masih ramai rakyat Malaysia yang memilih kereta proton sebab mampu milik. Tin aluminium ke hapa.. Sebab tu je mampu beli.. Jadi asalkan boleh bergerak terlindung dari hujan panas sepanjang perjalanan & boleh bawa seisi keluarga pun dah syukur. Nak demand kena la tengok kemampuan diri.. Kalau dah hanya mampu pakai proton tak payah selera ferari sangat la kan. Ferari kereta mahal pun bukan boleh bawak ramai. Anak kau berderet macam itik pulang petang.. Beli MPV exora sudah la. hehehehe

Jangan risau yang hanya mampu beli kereta berjenama proton sebab selepas di kutuk,hina & keji atas kualiti & tahap keselamatan kereta proton kini proton dah upgrade sistem keselamatan dia ke tahap yang lebih membanggakan rakyat malaysia. Korang mesti tak percaya sekarang ni kereta proton dah ada semua ni >> Inilah Yang Proton Buat Untuk Tingkatkan Sistem Keselamatan Pada Kereta Keluaran Mereka << Jadi lepas ni pengguna kereta proton tak payah rasa rendah diri lagi la kan. Kereta proton sekarang pun boleh jadi lambang kemewahan dengan harga yang mampu milik... erkkk... mampu milik ke? mampu milik la bagi yang berduit. hahahaha


Apapun tak salah mengkritik untuk meningkatkan kualiti barangan keluaran tempatan cuma kritikan jangan la sampai menjatuhkan produk buatan Malaysia. Tapi kadang2 teruk sangat kualiti tu..sampai rasa tak layak di jual pun memang kita rasa adalah lebih baik jangan jual. hahahaha.

4 comments:

  1. Kritikan yang membina penting untuk Proton kembali menambat hati pengguna kan

    ReplyDelete
  2. rasanya kalau banding dengan Perodua, perodua lebih lembut kot... proton ni mahal sbb sistem keselamatannya... mmg byk juga sistem keselamatannya yg dipertingkatkan... kami guna perodua dan proton... so, mmg ada beza keduanya...

    ReplyDelete
  3. kereta proton memang lembut, pernah sembang dengan anggota Bomba yang buat "booth" kat karnival baru-baru ni. Bila ada kemalangan membabitkan kereta proton, dia guna "jaws of life" tak sampai 10 minit utk leraikan badan kereta yang remuk tu berbanding kereta BMW, Audi dan sebagainya.

    ReplyDelete
  4. Kalau kritikan tu membina, okeylah boleh diterima. Kalau tahu mengutuk belakang aje, susahlah kita nak improve, ya tak?

    Akak rasa antara proton dengan perodua, perodua much better. Berdasarkan pengalaman menggunakan kedua-dua kereta ni dululah! Sekarang ni tak tahulah macamana!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!