KISAH TENTANG ATLIT SUKAN OLIMPIK YANG TAK RAMAI ORANG TAHU

8/25/2016 08:07:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

KISAH TENTANG ATLIT SUKAN OLIMPIK YANG TAK RAMAI ORANG TAHU. Bila dengar Atlit Malaysia yang berjaya membawa pulang pingat dapat ganjaran beratus ribu rasa menyesal jugak masa sekolah tu tak aktif bersukan. Last aku masuk acara masa hari sukan masa sukan sekolah rendah je tu pun sukaneka je. Almaklum la nak masuk sukan berat2.. aku ni kurang berat & tinggi. Nak lari laju kaki pendek, nak lompat tinggi tak sampai, nak angkat berat tak mampu. Yang aku mampu masuk acara isi air dalam botol je hehehe.


Tapi nasib baik Allah kurniakan skill membebel dalam blog ni.. Tak dapat ratus ribu merasa jugak dapat ribu dari income sampingan di blog ni katanya. Setiap manusia ada kelebihan dia tersendiri.. Tak semestinya tak ada talent dalam pelajaran dia akan gagal dalam hidup. Aku dulu ada kawan, tengok dia belajar bagai nak rak.. alih2 result exam dia selalu tidak berjaya mengatasi result aku yang belajar sambil bermain ni sampai dia tanya aku.. Time bila aku belajar. Entah la. Masa sekolah menengah serius aku jadi hilang arah sekejab. Terhayut dalam jiwa remaja katanya... nasib baik sedar diri sebelum umur di pinggir kubur. hehehehe

Jadi zaman sekarang aku rasa tak berapa relevan sangat kita nak push anak yang kita nampak tak berkebolehan dalam akademi. Yang terbaik bila masuk sekolah menengah pun dia still tak nampak berbakat dalam pelajaran dah kena start cari kelebihan & skill dia yang boleh dia guna untuk berjaya di masa depan. supaya dia tahu arah tuju dia selepas habis sekolah. Supaya dia tak rasa dia seorang yang gagal bila tak mampu jadi pelajar cemerlang. Kalau nampak dia berbakat dalam bidang sukan.. dah kena start highlight bakat dia agar boleh pergi ke peringkat lebih tinggi. Sebab bukan yang berjaya menjadi atlit negara malah dunia tu memang datang dari keluarga yang kaya atau berdarah atlit katanya. Kadang2 mereka dari seseorang yang 'Zero' yang siapa tak pernah sangka akan menempa kejayaan dalam bidang sukan hingga mampu mewakili negara di peringkat Asia malah sampai ke peringkat dunia macam kisah seorang Atlit ni

Atlit yang di lahirkan dengan masalah paru2 lebih kecil yang keluarganya jugak tak menyangka samada ia boleh berfungsi dengan normal sebab dia selalu mengalami sesak nafas. Selain tu dia jugak mempunyai masalah saluran darah tersumbat di bahagian kaki. Akibat pembedahan kakinya menjadi lemah & pendek sebelah. Dia di lahirkan dari keluarga yang susah & pernah pakai sepasang kasut sukan tidak berjenama selama 3 tahun sehingga hancur. Pernah tinggal di rumah tidak bertingkap. Tapi semua tu bukan alasan untuk dia tidak berusaha sehingga menjadi Atlit mewakili negara. Kalau korang nak tahu siapa Atlit tersebut & banyak lagi kisah tentang Atlit2 sukan olimpik yang mungkin ada tidak pernah tahu sebelum ni meh baca kat sini >> Realiti Disebalik Kejayaan 7 Hero Olimpik SEA Ini Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Tahu < Moga kisah mereka memberi inspirasi kepada kita ni yang susah sikit dah putus asa. Dah nak toreh2 tangan.. dah mula gantung tali buai kat pokok taugeh. hehehe

Moral of the story.. Semua orang boleh berjaya mengikut kemampuan dia sendiri. Cuma usaha & kesungguhan tu je menentukan samada kita akan berjaya atau tidak.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com