MINCE MX JUS & SERUM, SEMUDAH MINUM & SAPU UNTUK KURUS

24.8.16 Suria Lekatlekit 0 Comments

MINCE MX  JUS & SERUM, SEMUDAH MINUM & SAPU UNTUK KURUS. Kat sini sapa2 ada lemak berlebihan. Kalau kat news feed FB aku ni manjang la jumpa rungutan terutama para wanita tentang lemak lemak berlebihan yang mereka rasa nak buang. Kalau lemak tu boleh sedut pakai straw kan senang. Hahahaha... Kalau semudah tu buang lemak rasanya tak ada orang gemuk dalam dunia ni. Sebab lemak tu bukan sesuatu yang mudah untuk di hapuskan.. maka muncul berbagai supplement & produk membantu para manusia menyingkirkan lemak berlebihan supaya mereka sentiasa sihat & cantik sepanjang masa.


Dalam lambakkan produk yang menjanjikan lemak mampu di singkirkan ada satu produk ni aku nak perkenalkan kepada semua pengumpul lemak sekalian termasuk diri sendiri. Pun ada jugak lemak berlebihan di sudut2 yang tertutup. Apa ingat orang kecik nampak macam slim je tak ada lemak tersembunyi ke? Ada.. cuma di sembunyikan je. hahahhaa

Produk ni di beri nama Mince MX keluaran Clear Herbs. Ia di gabungkan dalam 2 formula untuk pembakaran lemak secara maksimum . Satu dalam bentuk Jus untuk di minum & satu lagi dalam bentuk Serum untuk kegunaan luar kulit. Ia jugak di formulasikan dalam bentuk Fit & beauty yang mengandungi bahan - bahan yang terbaik. Dengan penggunaan Thermo Fat Burner membuatkan proses pembakaran lemak itu lebih selamat & tiada kesan sampingan seperti yang terdapat dalam produk Fat Burner yang lain.

Selain tu ia jugak mempunyai fungsi Advance Detox dimana mampu membuang sisa sisa toksin & bahan bahan yang tidak di perlukan dalam badan sekaligus mempercepatkan proses berat badan turun. Dalam produk tersebut jugak ada bahan berfungsi sebagai carbo blocker. Jadi tak payah risau sangat la nak makan nasi lepas ni ye dak. Normally orang nak turunkan berat badan dia kurangkan pengambilan nasi untuk memastikan berat cepat turun. Jadi dengan produk ni membantu menyekat carbo berlebihan dalam badan anda.

Antara kebaikkan lain dalam produk ini adalah ia mempunyai fungsi energy booster di mana menukar lemak kepada tenaga sekaligus mempercepatkan proses pembakaran lemak. Yang ni best elakkan pembaziran lemak. Kitar semula lemak dengan menjadikan ia tenaga gitu. Yelah.. nak kumpul lemak pun bukan free. Makanan semua tu pun perlu modal ye dak. Jadi elok jugak bila lemak mampu di tukar kepada tenaga kan kemudian tenaga tu membantu kita kekal cergas sepanjang hari. Bagus2.. hehehe.

Juga ada fungsi dietary fiber pribiotic  yang bertindak mengekalkan tenaga, mengurangkan rasa lapar, membuatkan kita cepat kenyang jadi kurang la makan sikit & mengurangkan pengambilan kalori.

Yang ni aku rasa paling best.. olive extract (ekstrak zaitun) yang ada dalam Mince MX juice ni berfungsi sebagai agen anti penuaan. & mengebukan kulit dari dalam. Sapa tak nak awet muda & sentiasa gebu gebas kan. hehehe.

Fungsi utama Mince MX juice ni adalah untuk

# Menurunkan berat badan dengan cepat & selamat
# Membakar Lemak yang berlebihan
# Advance Detox yang selamat
# Mengekalkan tenaga sepanjang hari
# Mengurangkan nafsu & selera makan
# Mengurangkan rasa lapar
# Anti Penuaan
# mencantikkan kulit
# Meningkatkan Antibodi
# Melancarkan Peredaran Darah

Mince MX Juice ni boleh di ambil oleh lelaki & wanita. Memang tak pilih kasih ok! 100% Bahan semulajadi yang tak menyebabkan kesan sampingan & katanya mampu menurutkan berat badan tanpa diet. Sebab dia dah buat kita kurang nafsu makan tu secara automatik memang la mampu turunkan berat badan, ye dak.

Bahan bahan yang di gunakan dalam penghasilan Mince MX Juice ni adalah

Garcinia Cambogia - Sangat popular dalam produk kuruskan badan & membakar lemak. Khasiatnya membantu menghalang penghasilan lemak baru & membantu pembakaran lemak yang effective.

Guarana - Berkesan untuk menurunkan berat badan, meningkatkan kadar metabolisme, menambah tenaga & mengurangkan kadar keletihan & lesu

Green Tea - Sebatian aktif dalam green tea membantu dalam proses pembakaran lemak dengan meningkatkan kesan hormon pembakaran lemak. Ia mengeluarkan lemak dari aliran darah & menukar lemak kepada tenaga.

L-Garnitine - ia berfungsi menukar lemak kepada tenaga & Mencegah pengumpulan lemak dalam badan

Raspberry Ketones - Bahan ni sangat popular di gunakan dalam produk diet & slimming kerana dalam ujian klinikal yang di jalankan ia membantu memecahkan lemak dalam badan.

Halia Bara - Ni herba tradisional yang sangat bermanafaat untuk kecantikkan luaran & dalaman. Halia ni boleh merawat masalah dalaman & boleh di jadikan detox sebab mampu membuang angin & toksin dalam badan. Halia juga membantu dalam menurunkan berat badan secara semulajadi.

Flax seed - Ia berperanan memperbaiki fungsi jantung, mengawal kadar gula dalam darah, membaiki fungsi buah pinggang & meningkatkan imunisasi badan. Ia jugak berfungsi membakar lemak & mencantikkan kulit & rambut.

White Kidney Bean - Mengandungi phaseolamin yang mampu mengikat enzim alpha-amilase menjadi neutral seterusnya mencegah proses pemecahan karbohidrat menjadi glukosa. Ia juga menyingkirkan proses penyerapan dari karbohidrat yang ada dalam tubuh.

Oligofructose - Merupakan prebiotic yang baik untuk sistem pencernaan. Sistem pencernaan yang baik sangat penting kepada sisem tubuh dan mampu mengelakkan obesiti.

Olive Extract - Olive bukan sahaja baik untuk kesihatan jantung, tetapi juga untuk anti-penuaan. Boleh mengatasi masalah2 kulit seperti jeragat, jerawat, kulit kusam, ia juga boleh menggebukan kulit dan mengatasi kedutan.

Stevia - Stevia digunakan sebagai pemanis asli, sangat baik untuk mengawal kadar gula dalam darah dan juga mengatasi masalah2 kulit seperti jeragat, jerawat, kulit kusam, ia juga mampu mencantikkan kulit dan mengatasi kedutan.

Manggo Fruit Juice - Perasa asli buah mangga yang sangat sedap. Buah mangga ini mempunyai kandungan serat yang cukup baik untuk mengeluarkan toksin dari dalam tubuh secara alami. Buah mangga juga kaya dengan vitamin A dan juga vitamin C yang sangat berkhasiat untuk kulit yang cantik.

Cara pengambilan Mince MX juice ni adalah ambil 20ml waktu pagi 30 minit sebelum sarapan atau mana mana waktu perut masih kosong. Boleh minum terus dari cup yang di sediakan tapi kalau rasa tak tahan rasa pekat masam manis dia tu boleh di bancuh dengan segelas air sejuk. Jika nak bersukan boleh ambil 30 minit sebelum memulakan aktiviti. Kalau nak lebih cepat kesan ambil 10 - 20ml jugak pada waktu malam sebelum tidur.Yang ada gastrik boleh ambil 1 jam selepas makan. Tiada pantang larang semasa mengambil produk ni. Boleh di ambil kalau ada ambil apa2 ubat cuma jarakkan 2 jam antara jus ni dengan ubat atau apa2 supplement yang anda ambil. Yang mengandung memang tidak di galakkan mengambil produk ni atau yang sedang menyusu pastikan anak anda dah berusia lebih dari 100 hari baru boleh ambil.

Untuk serum pulak sapukan pada tempat2 yang berlemak atau mengeleber seperti peha,lengan,punggung & mana2 tempat yang anda rasa ada lemak berlebihan nak di singkirkan. Sapu 1 atau 2 kali sehari pada waktu yang anda rasa sesuai. Jika anda hendak bersukan atau workout sapu sebelum beraktiviti.

Mince MX Juice & Serum

Yang ni mesti ramai nak tahu. Selepas pengambilan produk ni bila gamaknya dapat nampak kesan pengecilan di bahagian2 yang berlemak & bila gamaknya berat badan akan turun. Ia bergantung pada disiplin anda mengambil produk ni. Kalau seminggu sekali jer kau ambil maka kesannya memang susah nak nampak la tapi kalau consistent dari testimoni penggunaan kesan boleh nampak seawal 1 minggu. Ada jugak yang nampak kesan selepas 3 minggu. Selalunya berat akan turun dalam 3 - 5 kg selepas 1 - 3 minggu mengamalkan produk ni. Tapi bergantung pada individu tak semua dapat kesan yang cepat. Selain kesan penurunan berat badan.. antara kesan positif lain badan korang nampak mengecil,rasa bertenaga, tidak lapar, kulit tegang & gebu.

Berkesan saja tak cukup.. Adakah produk ni ada pengesahan KKM & selamat? Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah menerima permohonan pengkelasan produk di atas. Ia tidak dikelaskan sebagai bahan terakawal dan dikelaskan sebagai minuman tambahan kerana yang tidak mengandungi bahan aktif adalah tidak memenuhi definisi Food-Drug Interphase (FDI). No siri BPFK KKM adalah : 040716/06/198. Jadi tak perlu ragu2 untuk cuba produk ni.

Harga di pasaran adalah RM110 (semenanjung malaysia) & RM115 (sabah/sarawak) untuk set Jus Mince MX & Serum. Harga ni adalah harga promosi.. Kalau harga kat kotak untuk Jus Mince MX berharga RM110 & Serum Berharga RM70. Jadi kalau nak beli.. belilah sekarang sementara ada promosi. Penghantaran percuma (Free Postage)

Jika berminat nak mencuba atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Hotline : 03 8211 4476 / 012 515 7396 / 011 3323 2919 / 017 848 0547
Facebook : Clear Herbs
Website : www.clearherbs.com.my & www.cergasmenawan.com


Jadi yang mana rasa ada lemak berlebihan.. try la mungkin boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Yang penting apapun kena amalkan gaya hidup sihat. Produk atau supplement cuma membantu mempercepatkan proses pelansingan anda sahaja.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!