NYRA SKINWORKS PEARL FOUNDATION MEMBERI KESAN FLAWLESS & NAMPAK NATURAL SAMBIL MERAWAT KULIT BERMASALAH

24.8.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

NYRA SKINWORKS PEARL FOUNDATION MEMBERI KESAN FLAWLESS &  NAMPAK NATURAL SAMBIL MERAWAT KULIT BERMASALAH. Sekarang ni lambakkan produk kosmetik yang berkongsi testimoni2 yang gempak. Muka jadi gebu,licin,glowing bagai setelah pakai foundation. Tapi dalam banyak banyak foundation yang selalunya di gunakan untuk menutup cela di wajah & membuatkan makeup terutama bedak lebih nampak sekata.. Tak semua ada fungsi merawat kulit. Sekadar pakai untuk cantik sementara sahaja.


Foundation @ bedas asas ni kita tak boleh main pakai je. Kena tahu jugak kandungan produk tu. Sebab kalau tersilap pakai foundation pun boleh merosakkan kulit. Dari nak cantik tetiba muka kau jadi macam pelesit. Aku pun pernah tersilap pakai foundation & menyebabkan jerawat membiak bagai di baja katanya. Memang la masa pakai dia cover baik. Muka nampak cantik tapi lepas tu.. berketul ketul jerawat yang sado2 belaka kat muka.

Lihat isi dalamnya.. menawan tak? hehehe

Jadi penting pemilihan foundation yang sesuai supaya tidak menyebabkan kesan buruk pada kulit. Jadi kat sini aku nak perkenalkan satu foundation yang aku dah cuba & tidak menyebabkan kesan sampingan kepada kulit aku yang sensitif & mudah berjerawat ni.

Pearl Foundation ni tahan 24 jam, berfungsi sebagai anti regangan, anti penuaan, mempunyai UV Protection (SPF 30), Memberi kesan Glowing selepas pakai.  Di datangkan dalam 1 warna yang sesuai untuk semua jenis kulit

Nyra skinworks pearl foundation bukan sekadar foundation @ bedas asas ia juga berfungsi merawat kulit. 2 in 1 katanya.. Senang kojo katanya kalau pakai foundation ni. Sebab foundation ni mengandungi bahan bahan berkualiti tinggi & baik untuk kulit, bukan sahaja memberi hasil yang cantik kepada si pemakai malah merawat kulit dalam satu masa. Setakat cakap je konon guna bahan berkualiti.. mesti nak tau jugak kan kandungan bahan bahan yang di gunakan untuk hasilkan Nyra skinworks pearl foundation ni...

Ok bahan bahanya adalah... erkk macam nak bagi resepi masakan pulak...

# Serbuk Mutiara
Serbuk mutiara ni berfungsi untuk melembutkan & mencerahkan kulit. Ia jugak mempercepatkan pertumbuhan kulit baru. Selain tu menyembuhkan jerawat, membaiki kulit rosak akibat terkena sinar UV, mengecilkan liang roma.

#Minyak kelapa dara
Kita tak perlu risau minyak kelapa dara ni tidak memudaratkan & sesuai untuk semua jenis kulit. Ia juga bebas bahan kimia & alkohol. Ia mengandungi vitamin A,A,E yang memberi manafaat pada kulit. Mampu mengelakkan kulit dari jadi kering & mengelupas. Juga mampu melewatkan proses penuaan awal & penyakit degeneratif kerana mempunyai sifat antioksidan semulajadi.

#Beeswax
Kelebihan Beeswax ni adalah mampu merawat masalah jerawat, kulit kering. Ia mengandungi vitamin A

#Shea Butter
Shea Butter ni tujuan dia untuk melembabkan kulit, mengelakkan dari berlaku radang kulit & melembutkan kulit

#SPF 30
Kalau dengar SPF ni semua orang sedia maklum mengandung pelindung dari sinar UV @  sinar matahari yang boleh merosakkan kulit. SPF 30 memang sesuai untuk wanita asia macam kita sebab kalau tinggi sangat SPF risau benda tu tak sesuai dengan sesetengah jenis kulit & boleh menyebabkan kulit jadi berminyak & gelap dari warna asal kulit.


Tu serba serbuk tentang pengenalan produk Nyra skinworks pearl foundation. Ni nak cerita pengalaman aku pulak guna.. Pertama kali apply aku rasa macam pelik. Apsal la foundation ni macam tak ada warna langsung. Memang rasa macam tak ada apa2 effect. Biasa la kita pakai foundation lepas tu kita akan pakai bedak kat atas dia. Lepas pakai bedak tu baru nampak kesan yang kebabom. Even aku tenyeh biasa2 je.. bedak nampak sekata & semakin lama kita pakai semakin dia memberi effect glowing, flawless & cantik pada kesan solekkan kita. Jadi cempeqa sikit bila tengok makin lama makin cantik pulak muka. Macam magik katanya. hehehe.. Bila pakai Nyra skinworks pearl foundation ni tak nampak bercapuk bedak yang kita pakai atau kontra sangat dengan warna kulit tapi nampak natural. Try pakai dalam 1 hari tapi tak sampai 24 jam.. Alhamdulillah tak menyebabkan apa2 kesan negatif pada kulit. Aku memang pakai setiap hari walaupun surirumah sebabnya foundation ni ada fungsi merawat. Memang rasa kulit lebih anjal & licin selepas guna lebih kurang 2 minggu. Tak menyebabkan kesan sampingan apa2. Sebab kulit aku jenis sensitif mudah berjerawat kalau salah pakai foundation ni. Jadi sangat rekemen pada mereka yang berkulit sensitif, mudah berjerawat untuk guna Nyra skinworks pearl foundation ni. Bau dia pun harum sangat selain.Yang paling penting ia selamat & lulus ujian clinical. Sebab jenis kulit pernah berjerawat, atau masih berjerawat & sensitif memang sangat rekemen guna produk yang clinical approve ni.

Kulit makcik ni bukan jenis putih gebu macam salji ok! Kena touch up baru nampak sinar di wajah katanya. Tapi dengan penggunaan Nyra skinworks pearl Foundation memang kesan cerah tapi takde la sampai kontra dengan warna kulit asal. Masih nampak natural & tak bercampuk bila di alas bedak atas foundation ni. Kesimpulannya memang puas hati.

Nyra skinworks pearl foundation ni di datangkan dalam 1 warna yang sesuai untuk semua jenis & warna kulit. Jangan risau.. sebab warna dia akan nampak natural bila di sapu ke kulit anda. Rujuk pada gambar den. Tak nampak la macam tempek tepung sangat kan? Kalau yang jenis bekerja & perlu bersolek setiap hari, elok la guna nyra skinworks pearl foundation ni sebab dia tak menyebabkan kulit anda rosak. Kalau korang rasa nak try jugak Foundation ni boleh ke Facebook Nazatul Nazira

1 comment:

  1. Best betoi pakai foundation ni..yg ni mmg akak suka..kulit jadi lembab je

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!