TABIKA KEMAS KURANG SELAMAT UNTUK KANAK KANAK.

12.8.16 Suria Lekatlekit 5 Comments

TABIKA KEMAS KURANG SELAMAT UNTUK KANAK KANAK. Maaf yer aku terpaksa tulis perkara ni di hari jumaat yang mulia ni. Sebabnya aku rasa tabika kemas perlu di upgrade supaya menjadikan sekolah tu lebih selamat untuk kanak kanak. Zaman sekarang zaman jenayah yang boleh berlaku kat mana mana saja. Kes penculikkan kanak kanak bukan satu perkara baru lagi yang berlaku. Ada yang sampai sekarang pun tak jumpa. Jadi aku rasa benda ni patut di suarakan secara terbuka.

Anak aku memang bersekolah di tabika kemas. Almaklum la sekolah paling dekat & sekolah yuran dia murah. Bagi golongan yang berpendapatan sederhana atau rendah memang tabika kemas la pilihan. Sebab ia di tanggung kerajaan walau bukan sepenuhnya. Zaman aku tadika kemas memang tak payah risau apa apa.. zaman tu kes culik mulik ni mana ada sangat. Nak2 aku tinggah nun jauh di kawasan perkampungan. Tapi anak aku bukan anak kampung. Lahir & membesar kat bandar yang serba konkrik lagi menterialistik. Jadi segalanya perlu duit. Bila kos sara hidup tinggi manusia pilih jalan mudah la.. buat jenayah nak hidup senang. Salah satu jenayah culik budak & jual pada sindiket.

Tabika kemas yang anak aku belajar memang insecure atau kurang selamat persekitarannnya.. Depa cuma menyewa kat satu unit apartment ground floor. Apartment tu memang tak ada security.. kalau nak sewa kat kawasan ada security mungkin sewa mahal kot atau nak menyewa kat kawasan rumah teres pun mahal. Pilihan tempat murah yang memang kurang selamat. Kawasan bagi aku agak sunyi.. yang aku nampak meriah time ambil & hantar anak pergi sekolah. Tak ada cctv bagai.

Memang kami bayar yuran murah tapi takkan kerajaan tak prihatin terhadap golongan kurang kaya. Takkan sediakan sekolah untuk anak2 kurang kaya macam tu je. Asal ada.. keselamatan semua tak di ambil kira. Nak kena tunggu jadi kes dulu ke? Dah la semalam baca kat harian metro seorang kanak2 tadika umur 5 tahun di larikan. Uniform tu seakan akan uniform tabika kemas. Tak tau macam mana dia boleh terlepas kat tangan orang tak sepatutnya sampai di larikan. Aku tak nak tuduh cikgu ke sapa.. Sebab aku tak nak buat spekulasi apa apa. Cuma kejadian macam ni bagi kesan trauma pada aku yang ada anak bersekolah di tadika.

Dari uniform tu memang ada ciri2 tabika kemas area selangor

Nasib baik jumpa dalam keadaan selamat. Tak tau la macam mana budak ni boleh terlepas kepada orang tak sepatutnya. Lagi la gundah gulana hati aku. Tak boleh ke tambah budget sikit untuk sekolah yang lebih baik sistem keselamatan dia. Baru2 ni seorang parent bagitahu ada sebuah kancil bersama 3 orang lelaki mencurigakan kat depan sekolah anak aku. Aku risau.. dah 2 hari aku cutikan anak sekolah. Mula2 hari ni nak hantar la sebab semalam dah cutikan bila fikir hari ni jumaat, anak aku masuk sekolah time orang lelaki pergi solat jumaat.. aku jadi fikir bukan bukan dah. So takpe rehatkan sekejab tengok update dari pihak sekolah apa tindakkan susulan dorang buat. Setakat ni katanya report polis dah di buat & ada pengerusi Tabika minta tolong security kawasan apartment dia tengok2 kan area sekolah. sebab sekolah berdepan je dengan kawasan apartment ber security tu.

Ini luahan seorang ibu jugak seorang rakyat Malaysia yang harap premis yang di gunakan untuk di jadikan kelas atau sekolah biarlah dalam keadaan yang selamat. Jangan cakap nak yang secure pergi la hantar private. Bukan semua orang berkemampuan untuk hantar ke private. Private pun ada yang insecure jugak. So, kena fikir golongan tak berkemampuan jugak. Takkan sebab tak mampu keselamatan anak anak kurang mampu ni diabaikan. Dah la cikgu & pembantu tadika wanita wanita belaka. Risau bila fikir tetiba orang jahat terjah masuk tadika tu.. masing2 tak tau nak buat apa. Na'uzubillah.. moga di jauhkan la perkara perkara macam tu.

Hope pihak KEMAS alert tentang keselamatan anak anak yang bersekolah di tabika kemas. Cegah sebelum berlaku sesuatu yang buruk. Paling tak pun letak la satu cctv depan pintu tu untuk pantau kot2 ada orang2 yang mencurigakan.

5 comments:

  1. risaunya bila fikirkan anak sendiri..lagi2 kalau mak bapak bekerja ni.. :(

    ReplyDelete
  2. Risaunya bila persekitaran x selamat camtu

    ReplyDelete
  3. Cik Nad dulu pun tadika kemas jugak..tapi environment dulu dgn sekarang ni dah jauh beza kannn..Allah..risau betul fikirkan kes culik sekarang ni..mana-mana tempat pun sama, ancaman tetap ada.

    ReplyDelete
  4. Keselamatan kanak-kanak adalah keutamaan guru tabika. Hanya waris yg dikenali akan dibenarkan untuk mengambil kanak-kanak pulang. Sekiranya terdapat sebarang mslh,silalah berbincang dengan pihak tabika, tidak perlulah publish dalam media sosial. Berbincang dua hala adalah lebih baik. Disamping dapat menjaga perasaan pihak pengurusan tabika.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak point dalam entri ni cikgu tidak menjaga keselamatan anak murid cuma saya cakap pasal kawasan sekolah yang insecure. Tiada securitu & tiada cctv sedangkan kita tahu zaman sekarang zaman penjenayah berleluasa. Tadika kemas di jaga oleh guru & pembantu wanita. Bayangkan orang terjah masuk semasa sesi pembelajaran.. apa daya kudrat seorang perempuan. So fahami apa yang saya nak sampaikan. Saya cuma harap kerajaan tingkatkan keselamatan di semua tabika kemas, Jangan tunggu berlaku perkara yang tak di ingini baru nak buat

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!