UCAPAN DATO SITI NURHALIZA SEMPENA ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 10 TAHUN

21.8.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

UCAPAN DATO SITI NURHALIZA SEMPENA ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 10 TAHUN. Diam tak diam dah sepuluh tahun Dato Siti yang maintain comel mendirikan rumahtangga dengan Dato K yang maintain misai tebal tu. Masa awal perkahwinan tu kontroversi la sikit sebab Dato siti jugak antara artis yang di label sebagai perampas suami orang. Tu persepsi orang.. Yang lebih mengetahui segalanya mereka2 yang ada dalam situasi tu je dulu. Tapi tu dulu la.. Sekarang nampakna Siti & anak2 tiri dia nampak ok jer. Tak ada masalah apa apa. Dato Siti pun tak banyak kontroversi sangat dah. Almaklum la dia naik bukan sebab kontroversi & gosip Murahan tapi bakat yang luar biasa di miliknya.


Tadi dok scroll Instagram terserempak dengan post Dato Siti kita yang manja lagi romatik ni. Panjang lebar ucapan beliau sempena hari ulangahun perkahwinan yang ke 10 bersama Dato K. Matang sangat ucapan dia. Takde gedik2.. manja2.. tak tentu pasal macam geng2 kawen muda zaman sekarang. Almaklum la orang dah berusia & matang ni memang berbeza. Matang bukan sebab umur dah banyak tapi cara berfikir, bertindak & berkata kata jugak. Rasanya nak sweet2 depan laki sendiri sudah la tak payah nak tulis bagi 1 dunia baca ye dak. Orang tak jeles sebab ada orang lebih sweet dari hangpa tapi tak tunjuk pun sebab bukan satu keperluan atau kewajiban pun nak buat macam tu. Kot2 tak buat jatuh talak aku pun risau jugak, hehehe


Apapun selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke 10 Dato Siti & Dato K.. Moga tahun ke 10 ni Allah kurniakan zuriat. Sama2 kita doakan buat mereka yer.. Doa yang baik untuk orang lain kita pun dapat kebaikkan bersama, ye dak. Jadi jangan kedekut sangat nak berdoa kebaikkan untuk orang lain. Kita doakan orang dapat anak mana tau kita yang ada anak banyak tak cukup budget nak beli smartphone canggih2 tetiba sebab doa kita pada orang lain tu Allah kurniakan rezeki kita dapat hadiah smartphone ni >>  Jenama Smartphone Ini Dikatakan Jadi Ancaman Besar Buat Apple Tak Lama Lagi << Boleh la kerek sikit masa selfie ye dak. hahaha... Ops kerek boleh menjeremus kepada riak. Jadi jauhkan amalan kerek tu. hehehe

Moral of the story.. Sebuah perkahwinan itu tidak semestinya anak ramai akan bahagia, tiada anak kita kurang kasih sayang. Kebahagian sesebuah rumahtangga tu terletak kepada bagaimana kita mensyukuri nikmat yang Allah bagi dalam sesebuah perkahwinan, redha & terima qada & qadar. Insya Allah tiada isu zuriat yang boleh menyebabkan kemusnahan sesebuah rumahtangga. Tak semua orang berkahwin tu akan ada anak & tak semua orang tak kahwin tak ada ada anak. ops... hehehe

1 comment:

  1. tahniah DCT. kalau camtu saya pun dah 10 tahun dalam perkahwinan

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!