WAJIB TAHU! STATUS OKU BUKAN HANYA UNTUK CACAT FIZIKAL SAHAJA

18.8.16 Suria Lekatlekit 3 Comments

WAJIB TAHU! STATUS OKU BUKAN HANYA UNTUK CACAT FIZIKAL SAHAJA. kalau sebut OKU ramai yang membayangkan seseorang yang mungkin cacat fizikal yang membataskan dia untuk berdikari atau menguruskan diri. Sebab kita dah set.. OKU untuk orang cacat. Cacat tu bagi kebanyakkan orang cacat fizikal. Aku dulu pun jenis nak ambil tahu jugak. Aku pun faham macam tu je. Kalau ada sticker OKU kat kereta atau apa2 kenderaan aku cuma bayangkan seseorang yang kurang upaya fizikal tak terbayang pulak status OKU tu untuk masalah2 lain yang tak ada kena mengena dengan cacat fizikal atau mental.

Simbol OKU. Sumber Google

Sebenarnya status OKU bukan hanya untuk yang cacat fizikal atau sedap sikit sebut Kuraya upaya fizikal. Sebenarnya orang yang kurang upaya ni pun tak suka di gelar cacat tau. Tapi nak bagi orang faham terpaksa jugak aku guna perkataan cacat walau aku sendiri rasa tak sedap hati nak menyebut. Jadi selepas ni kita gantikan perkataan cacat tu kepada kurang upaya.

Berbalik kepada isu Status OKU.. Ramai yang tak tahu Status OKU sebenarnya banyak kategori. Ada untuk yang kurang upaya fizikal atau yang kelainan upaya macam Autisme,disleksia,hyperactive bagai. Antara kategori untuk status OKU yang di senaraikan JKM adalah..

(i) Kurang Upaya Pendengaran -
Tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.

(ii) Kurang Upaya Penglihatan
Tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh

(iii) Kurang Upaya Pertuturan
Tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak -kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima tahun ke atas. Sekiranya ada kemusykilan, Pakar Otorinolaringologi hendaklah dirujuk.

(iv) Kurang Upaya Fizikal
Ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan atau tiada suatu anggota atau ketidakupayaan di mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan pertukaran posisi tubuh badan. Kedaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain -lain.

(v) Masalah Pembelajaran
Masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikal. Mereka yang tergolong dalam kategori ini adalah lewat perkembangan global, Sindrom Down, dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti Autisme (Autistic Spectrum Disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (Dyslexia, Dyscalculia dan Dysgraphia).


(vi) Kurang Upaya Mental
Keadaan penyakit mental yang teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya dua tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat. Di antara jenis-jenis penyakit mental tersebut ialah Organic Mental Disorder yang serius dan kronik,Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder (depression, bipolar) dan Psychotic Disorder sepertiSchizoaffective Disorder dan Persistent Delusional Disorders. 

(vii) Pelbagai (Multiple Disabilities)
Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities)- mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori satu hingga enam.

Untuk kategori lain tu orang jarang la mempertikai sebab semua sedia maklum mereka dalam kategori OKU tapi sebab kat Malaysia ni masih kurang kesedaran pasal Autisme, disleksia & hyperactive (ADHD) kadang2 orang tak tahu mereka yang dalam golongan ini jugak di klasifikasi sebagai orang berkelainan Upaya. Bukan kurang upaya tapi mereka ada kelainan dari segi tingkah laku & sikap. Pada fizikal memang nampak normal terutama yang ada masalah disleksia & mild autisme. Autisme pun ada banyak peringkat. Ada yang Several (teruk), Moderate (sederhana) & Mild (ringan). Sebab tu autisme ni kadang2 nampak berbeza mengikut kategori mereka. Macam mild tu memang sangat sedikit ciri autisme dia kadang2 susah untuk di kesan dengan pandangan mata kasar. Asperger jugak tersenarai jugak dalam Austime cuma mereka selalu dalam kategori high functioning dimana kekurangan mereka tu tak nampak sangat. Macam orang normal tapi ada kelainannya. Apapun mereka semua ada tergolong dalam golongan keperluan khas yang perlukan terapi, rawatan & pemerhatian rapi.

Saja aku buat entri ni untuk kesedaran orang ramai bila teringat satu cerita tentang seorang ibu kepada anak autisme yang ke JKM untuk memohon kad OKU untuk mendaftar sekolah. Mungkin Si Ibu nak masukkan anak dia di kelas PPKI kot.. So kad OKU memang perlu tapi di sindir seolah2 sengaja nak mendaftarkan anak dia sebagai OKU untuk dapat elaun. Sebab yang di sindir tak pandai menjawab kalau aku memang aku sekolahkan kat situ jugak. Nak cakap apa.. rakyat Malaysia memang masih kurang kesedaran tentang masalah autisme di kalangan kanak kanak ni. Asal nampak fizikal elok jer.. tengok rupa pun takde nampak kurang upaya kat mana2 terus claim.. budak tu normal. Kalau orang faham tentang autisme dia takkan menyindir orang macam tu. Lagipun tak salah kanak kanak autisme dapat elaun. Kos terapi untuk autisme sangat mahal, OK! Tak caya try call NASOM.. pusat autisme tu berapa dia caj untuk kos assessment, kos sesi terapi. Kat situ kau akan tahu betapa struggle ibu bapa yang ada anak autisme untuk merawat sekaligus memulihkan anak mereka dari autisme agar bila besar boleh hidup macam manusia normal.

Moral of the story.. kekurangan bukan satu pilihan atau permintaan. Depa bukan saja suka2 nak jadi OKU  dengan kelakuan yang lain dari orang lain. Lain la yang perangai macam ni >>7 Jenis Karakter Pelik Yang Confirm Korang Selalu Jumpa Dalam Keluarga Sendiri << Yang macam tu kalau bukan OKU tapi OKKS (orang kurang kasih sayang) hahahaha. Golongan OKU adalah adalah ujian buat kita manusia yang di lahirkan, hidup & seterusnya mati dalam keadaan normal, tak ada cacat cela celah mana. Jadi jangan sesekali memandang sinis pada mereka yang berstatus OKU ni.. kadang2 mereka lebih rela tidak menjadi perhatian dari perhatian yang mungkin melukai & menyakiti hati mereka.

Sumber Rujukan : Portal Rasmi JKM

3 comments:

  1. OKU memang pelbagai jenis tapi selalu orang nampak yang fizikal je. Memang pernah terjadi di JKM dimana kalau fizikal nampak elok, ada yang menyindir saja nak dapat elaun semua tu. Kisah ibu tu bukan first case la kisahnya.. apa pun tak boleh..

    ReplyDelete
  2. adik cik en OKU juga.. tapi dia oku fizikal.

    ReplyDelete
  3. ekin ada sepupu dari segi fizikal sihat walafiat... dia ada kekurangan pendengaran sekarang dah sah OKU setiap bulan dapat elaun sambil2 dia keje gak...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!