CIRI CIRI BOMOH YANG MENGGUNAKAN KHIDMAT JIN KHADAM DALAM RAWATAN

30.9.16 Suria Lekatlekit 0 Comments

CIRI CIRI BOMOH YANG MENGGUNAKAN KHIDMAT JIN KHADAM DALAM RAWATAN. Disebabkan zaman sekarang manusia kembali ke zaman jahiliah di mana kembali mempercayai bomoh2 khurafat yang kadang2 menggunakan nama rawatan Islam walau cara dia merawat tu bercampuk aduk. Dia campur mentera dengan ayat2 Al Quran.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Jadi penting untuk kita tahu ciri - ciri bomoh yang menggunakan khadam @ Jin supaya anda tidak menggunakan khidmat bomoh2 macam ni. Kadang2 bomoh2 macam ni berani guna title ustaz yang kononnya memberi rawatan alternatif berkonsepkan islamik ni. Jangan ingat tak ada.. Banyak tau.

Antara ciri ciri bomoh yang menggunakan khidmat Jin @ Khadam dalam rawatan dia adalah..

1. Tengok cara dia berpakaian masa menjalankan sesi rawatan. Biasanya bomoh2 yang guna jin sebagai perantaraan ni ada pakaian khas dia pakai contoh macam pakai baju berwarna hitam & melilit kain hitam di kepala atau memakai tengkolok berwarna hitam & sebagainya. Cuba bandingkan dengan perawat2 di pusat rawatan islam yang terkenal macam Darussyifa.. Ada ke perawat2 kat situ pakai benda2 macam tu. Biasanya perawat2 kat pusat rawatan islam ni berpakaian sopan & menutup aurat je. Takde uniform khas macam pahlawan zaman dulu kala bagai.
Ada jugak yang berjubah putih atau kuning. Kebiasaanya kuning la. Konon dari keturunan raja. Ada jugak pakai jubah hijau yang kononnya bersahabat dengan jin Islam.
Tapi jangan tak tahu ada jugak berpakaian baju melayu,kain pelikat & bersongkok @ berketayap. Yang ni kadang2 kita tak perasaan sebab pakaian biasa bagi orang melayu Islam.
Ada yang rambut panjang kononnya berketurunan dari jawa sumatera. Yang ni memang boleh nampak mencurigakan sikit.

2. Cara dia merawat atau mengubat pesakit. Kena tengok jugak. Kalau jenis yang menurun sampai lupa diri tu memang nampak lain macam la. Biasanya sebelum menurun ni bomoh ni akan membaca jampi serapah atau mentera2 yang pelik & kadang2 ada jugak yang membaca ayat2 suci Al Quran. Ada jugak yang menggunakan keris atau mengasapkan kemeyan. Lepas tu Jin akan mula merasuk dalam tubuh si Bomoh. Time tu macam2 aksi boleh nampak. Ada yang mengeletar, ada yang berguling guling & macam macam la ketika jin khadam mula masuk ke dalam badan mereka.
Time jin khadam masuk kadang2 suara & raut wajah bomoh akan bertukar. Ada yang nampak tua & berkedut & suara jadi terketar ketar & perlahan bila bercakap sampai kadang2 susah untuk di fahami. Maybe Jin khadam bomoh tu dah tua. Biasanya dia akan pejam mata & tunduk ke bawah. Slang & bahasa pun mengikut dari mana jin tu berasal. Kalau dari indonesia maka slang dia macam indonesia la. Jangan terpedaya sebab biasanya dia akan mula berinteraksi dengan memberi salam & bertanya hajat kita datang mencari dia.

3. Ada jugak yang tak menurun.. Tapi tetap ada Jin khadam. Cuma cara dia lain sikit. Antara cara2 Bomoh yang tak menurun ni guna untuk minta bantuan jin depa semasa rawatan adalah..
- Meletakkan air,limau,sintuk atau barang2 lain yang di rasakan perlu ada di hadapannya.
- Ada jugak yang menilik dulu dengan menggunakan limau & menggolek atau membelah kemudian di masukkan ke dalam air & melihat reaksi limau tu samada terbalik atau tertiarap. Ada jugak guna air yang di letakkan dalam mangkuk putih untuk menilik. Ada juga yang guna jarum yang di letakkan di atas air. Jadi kalau korang jumpa perawat rawatan alternatif yang guna cara2 macam ni make sure becareful.

4. Bomoh yang menggunakan kaedah pembedahan batin. Macam mana pembedahan batin ni.. Dia merawat tanpa menggunakan peralatan pembedahan macam pisau, gunting sebagainya. Tapi ada jugak guna pisau cuma tak ada kesan luka yang dapat di lihat oleh pesakit. Tapi pesakit boleh rasa seolah olah sedang di bedah, rasa macam ada kesan darah mengalir tapi tak nampak perkara tu berlaku. Biasanya selepas selesai melakukan pembedahan batin ni, bomoh tu akan menggunakan daun sireh & limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan batin @ ghaib ni.

Tu antara ciri ciri yang anda perlu tahu samada bomoh @ perawat untuk rawatan alternatif tu menggunakan jin khadam atau tidak. Jangan tertipu bila orang tu guna title ustaz bagai.. Bomoh sekarang banyak bomoh cari makan. Yang ada khadam ni kadang2 kita yang tak ada sakit berkaitan sihir atau terkena gangguan makhluk ghaib pun dia boleh adakan untuk buat kita follow up dengan dia. Kat situ la dia boleh menjana pendapatan.

Paling senang nak detect tengok peralatan yang di gunakan oleh perawat tu la.. Selalunya yang guna khadam ni suka guna barang2 lama.. Tak semestinya keris jer. Contoh barang2 macam ni pun kadang2 boleh di jadikan tempat menyimpan saka @ jin khadam ni >> Inilah peralatan Yang Ada Kat Dapur suatu ketika dulu yang sekarang dah masuk kategori barang antik << Sebab tu la barang2 lama ni kadang2 ada jin menumpang. Sebab tu jangan suka2 hati terima barang2 yang nampak rare dari orang yang kita tak tahu background dia. Takut dia bagi sekali dengan jin jenuh nak berubat pulak.

Moral of the story.. Memang wujud penyakit yang di sebabkan jin, syaitan & sihir ni. Perubatan moden memang tak mampu merawat penyakit penyakit macam ni cuma cari perawatan yang betul2 menggunakan rawatan Islam & ayat2 suci Al Quran. 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

GIVEAWAY KUTUK MENGUTUK BERSAMA LEKATLEKITDOTCOM

30.9.16 Suria Lekatlekit 32 Comments

GIVEAWAY KUTUK MENGUTUK BERSAMA LEKATLEKITDOTCOM. Aku sebenarnya tak pernah kot buat Giveaway ni. Tetiba rasa teringin nak buat sempena menghargai pembaca2 setia blog lekatlekit.com ni. Yang sentiasa menyokong jatuh bangunnya blogger Suria Lekatlekit. Nak bagi kat semua reader blog memang tak mampu la. Almaklum la tak berapa kaya raya katanya.


Jangan la terkejut Giveaway ni bukan nak ajak korang mengumpat orang lain sekadar ingin membaik pulih diri & blog ni so memerlukan pandangan, teguran & pendapat yang jujur dari semua. Sebab kalau suruh puji confirm la sampai ke langit tujuh korang puji nak menang kan.. Padahal aku tahu aku cuma manusia biasa yang penuh dengan kesilapan yang kadang2 antara sedar & tak sedar terbuat.

Dengan Lafaz bismillahirrahmanirrahim.. dengan ini Saya selaku admin blog ingin melancarkan Giveaway pertama di blog lekatlekit.com. Untuk yang ingin menyertai Giveaway ni cuma perlu buat 1 entri yang bertajuk KUTUK & MENANG HADIAH BERSAMA LEKATLEKIT.COM. ha kau!! terbeliak haters2 lekatlekit baca tajuk entri kau nanti. Kemudian buat je entri pendek, simple & menarik apa yang anda tak suka dengan blog lekatlekit.com ni. Tak kisah nak komen pasal entri korang tak suka ke, paparan di blog ni ke atau tak suka kat admin blog pun boleh. Bagitahu kenapa & mengapa. Pandangan mesti berhemah. Mencarut maki hamun adalah tidak di benarkan. Nak kutuk & kritik biarlah dalam bahasa mendidik bukan mengherdik. Tu dia pesanan penaja. Lepas tu sila bagitau hadiah apa yang anda teringin nak menang untuk Giveaway ni.

Selain kena buat entri kutuk & kritik lekatlekit.com korang jugak kena berlaku adil kepada penaja hadiah.. Iatu anda perlu like atau follow page/blog/instagram di bawah ni.

hadiah Dari Pihak Penganjur di taja oleh lekatlekit.com iatu satu botol Ronasutra Face wash 4 in 1 Untuk Peserta Pilihan Melekit katanya.  Syarat sama ada follow blog lekatlekit.com atau letakkan link blog www.lekatlekit.com pada bloglist memudahkan anda untuk follow up pemenang nanti & sila like page ni 


Hadiah pertama : Tudung Ariani Sila Like Page Penaja disini 


Hadiah Kedua & ketiga : BB Cream Seqybeauty follow blog penaja  http://mrspuex.blogspot.com/ & Follow Instagram @znooraini


hadiah keempat : Nurrasya Organic Body Wash. Sila like page penaja disini >>  


hadiah kelima : Nurrasya Habatus Sauda Hair Treament Sila Follow Penaja facebook disini >> 


Hadiah keenam : Satu Produk buang bulu (honey Wax) sila follow Facebook Penaja di sini 


hadiah ketujuh : Lipbalm scrub Sila Follow facebook Penaja disini >>  

hadiah kelapan : Wang Tunai RM20 Sila follow blog www.nurfuzie.com


Hadiah kesembilan : Satu Botol Air. Sila follow Instagram Penaja di sini airikaboutique


Kalau dah like & follow penaja penaja hadiah tersebut tinggalkan link entri anda di bawah kotak komen entri ni. Penyertaan yang tidak memenuhi syarat di kira tidak sah. Ingat jangan menipu nanti tak berkat hadiah yang korang menang. hehehee. Lagipun clik je semua button like & follow dah ada. satu dua je kena bukan tab baru follow blog & instagram tu. Alah.. tak susah kan?

Tarikh tutup penyertaan adalah 17 september 2016.  Memandangkan sepanjang Giveaway ni berlangsung banyak cuti umum maka Giveaway di lanjutkan sehingga 30 September untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin join Giveaway ni. 

Harap sudi sudikan war war Giveaway kecil kecilan lekatlekit.com ni. Kalau Penyertaan kurang dari 20 penyertaan automatik Giveaway ni di batalkan. Untuk berlaku adil pada penaja. Hope ada lebih dari 20 peserta la sebab baru cuba2 nak buat Giveaway jadi mohon support dari kawan2 blogger yang lain.

Semoga Allah permudahkan sepanjang Giveaway ini berlangsung.

32 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PENGALAMAN DI GANGGU LELAKI GILA SEKS

29.9.16 Suria Lekatlekit 7 Comments

PENGALAMAN DI GANGGU LELAKI GILA SEKS. Dengar tajuk entri pasti ramai kaum wanita rasa seram, takut & cuak. Yup mana2 perempuan pun akan rasa macam tu. Termasuklah aku.. Nak2 lagi dengan fizikal aku yang tak berapa membesar & kudrat pun tak sekuat mana cuma jiwa je kental sikit.. memang la benda2 macam ni merisaukan aku. Sebab tu la aku mengelak dari berjalan seorang diri di kawasan sunyi. Lebih selamat nak kemana mana dengan suami & anak...

Tapi ada ketikanya kita perlu jugak bergerak sendiri tanpa suami. contoh Macam kalau suami aku tak sempat nak hantar atau ambil anak kat sekolah maka tugas tu aku kena ambil alih. Tapi bukan hari2 la.. Macam kejadian siang tadi. Suami call cakap tak sempat ambil anak aku kat sekolah. Maka aku la kena ambil anak aku. Setakat aku sorang jalan kaki jer ke sekolah anak aku tapi kesian pulak anak aku.. Panas pulak nak biar dia jalan kaki jadi aku ambil teksi sebab aku tak reti memandu. Selalunya aku suruh teksi berhenti tepi jalan je.. Aku tak suruh hantar sampai depan block aku. Rumah aku ni atas bukit kalau teksi nak hantar sampai depan block.. dia terpaksa pusing kawasan apartment tu dulu sebab jalan masuk cuma 1 way. Dari tambang RM5 - RM6 kalau suruh dia naik sampai atas confirm RM10. Lagipun nak naik ke kawasan apartment rumah aku tu ada tangga & block rumah aku berdepan dengan tangga tu. Maka aku suruh dia berhenti tepi jalan aku panjat tangga je.

Dijadikan kisah seram hari ni.. Turun je teksi berjalan nak naik tangga tetiba dengar suara dok suwit2... ingat budak2 ke hapa nak menyakat aku yang dari jauh ni nampak macam budak budak juga so aku pandang la.. Tapi yang aku pandang bukan budak2 tapi jantan keparat yang tengan bernafsu syaitan dok buat aksi lucah dengan 'anu' dia. Atau senang  hangpa paham beronani la. Lokasi dia walau berdepan dengan aku tapi dia di seberang jalan.. tepi kawasan hutan. Aku kat seberang sini.. Aku tahu dia berani buat macam tu je tapi tak boleh buat lebih dari tu sebab tempat tu memang orang sentiasa lalu lalang cuma kebetulan masa aku lalu.. orang lain masih jauh kat belakang. Lagipun dia di seberang jalan kalau nak datang kat aku dia perlu lintas jalan dulu. Aku terpandang kemudian aku terus berjalan naik tangga. Sampai atas tangga apa lagi aku keluarkan senjata paling di geruni ramai... Samsung galaxy S4 zoom la. Dia mampu Zoom sampai ke 'anu' kau tu ok!! Tapi tak sangka sempat nampak aku keluarkan camera.. berdesup  macam babi hutan dia lari masuk hutan. Tak sempat aku nak snap.

Tak sempat nak snap gambar jantan tu. Ni je sempat snap

Geram sangat tau aku!!Spesis macam ni harus khatan sampai kudung jer... Nafsu macam hantu raya. Siang2 hari tempat orang lalu lalang macam tu pun berani dia nak buat aksi2 lucah tunjuk kat perempuan. Kalau dah sangap sangat pergi je cari kat lorong haji taib tu.. Minta dapat yang ada HIV.. baru kau tahu dunia ni hanya sementara. Tak pasti orang tempatan atau orang asing. Sebab aku perasaan kulit gelap... badan pun tak besar mana. Memandangkan sebelah hutan tu ada tapak pembinaan yang selalu aku dok skodeng dari tingkap rumah aku.. Nak kata mat bangla ke orang india ke hapa aku tak sure sebab aku terpandang je terus aku pusing balik kepala. tak ingin aku nak tengok.

Moral of the story.. Berhati hatilah wahai wanita di luar sana. Jangan ingat kat tempat2 sunyi je benda2 macam ni boleh berlaku. Kat mana2 saja tak mustahil boleh berlaku. Jadi sentiasa beringat & berwaspada.

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KALAU KAHWIN DENGAN NEGRO CONFIRM MASUK NERAKA KE?

29.9.16 Suria Lekatlekit 3 Comments

KALAU KAHWIN DENGAN NEGRO CONFIRM MASUK NERAKA KE?. Aku ada baca pasal viral seorang peniaga online yang jual jeruk daging ni. Rasa macam kelakar campur kurang ajar pun ada. Aku sendiri tak tahu samada nak gelak dulu atau marah dulu.. Tapi aku rasa adalah yang terbaik ketawa dalam kemarahan. Atau lebih senang faham senyum sinis je pada spesis macam tu.


Alkisahnya terbaca satu screenshot perbuatan antara seorang makcik ni dengan seorang peniaga jeruk daging secara online.. Tetiba celah tu dia tanya pasal seorang budak yang ada dalam gambar peniaga tu. Maybe profile picture dia la kot.. Sebab rambut budak tu kerinting halus. Dia tanya la rambut asal ke rambut pergi buat kat kedai. Bila peniaga ni explain rambut original sebab anak dia tu mix melayu nigeria. Atau bahasa kasar sikit melayu kahwin dengan negro@ orang africa.


Terus makcik ni katanya tak jadi beli sebab suami dia tak bagi berurusan dengan negro. Negro semua perangai buruk... Orang macam tu rasanya try campak dia sebulan kat afrika suruh dia berkenalan dengan orang2 kat sana. Manusia ni tak kira la warganegara apa sekalipun.. dia ada baik & buruknya. Jangan nak pukul rata sangat la.. bangsa ni jahat, bangsa ni baik. Apa kau fikir lain sebagai melayu terus yang ber cop ahli syurga ke macam mana? Terus kau takkan berbuat dosa atau kejahatan di atas muka bumi Allah ni?? Kau yang kahwin sesama bangsa melayu pun mulut jahat & hati busuk.. tak payah nak judge orang sangat la.

Kalaupun kau rasa tak sedap hati nak berurusan jual beli sebab kau tahu laki dia negro tak payah la kau nak biadap sangat cakap macam tu kat dia seolah2 dia ada buat dosa besar dengan kau!! Just kau cakap tak jadi beli sudah.. Perlu ke kau nak sakitkan hati dia?? Dia kahwin dengan negro kau rasa sakit kat bahagian rahim ke macam mana?? Lagi satu kalau kahwin dengan lelaki afrika ni confirm masuk neraka ke macam mana? Atau terus barang dagangan dia jadi haram? Kau punya persepsi seolah2 mengambarkan macam tu je bila kau rasa kau tak boleh berurusan dengan wanita melayu yang kahwin dengan orang afrika sebab kau judge orang afrikawajib jahat.

Moral of the story.. Islam bukan hanya wujud dalam bangsa melayu.. Yang baik bukan hanya datang dari bangsa melayu.. Ahli syurga pun bukan terdiri dari bangsa melayu je malah dalam neraka nanti bukan takkan ada langsung di kalangan mereka berbangsa melayu so tak payah racist sangat.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

AKSI BERANI MATI GADIS MELAYU BERGAMBAR

29.9.16 Suria Lekatlekit 6 Comments

AKSI BERANI MATI GADIS MELAYU BERGAMBAR. Aku rasa perempuan ni memang dah cukup amal ibadat tengah bersedia je malaikat maut datang cabut nyawa dia. Kalau dia belum ready aku tak rasa dia berani bergambar dengan aksi macam tu tanpa di lengkapi dengan peralatan keselamatan. Yer yer aku kagum dengan dia.. bukan sebab aksi berani mati dia tu tapi sebab dia dah bersedia untuk menemui Tuhannya bila bila masa je dengan aksi berani mati tu.


Semalam ternampak friendlist kat FB aku share satu gambar seorang gadis melayu yang bergambar dengan berpaut pada batu atas gunung yang pasti dia tulis kat bawah tempat di terjuntai bergayut tu gaung. Kalau sapa2 pun tengok aku rasa kering darah apatah lagi mak bapak atau family dia yang tengok. Ni mau mengecut terus rahim mak kau yang mengandungkan kau dik kalau tengok gambar kau macam tu.. Silap haribulan bapak kau pun boleh kena heart attact. Seriau beb!!

Tahu la.. zaman sekarang zaman semua orang nak menunjuk aksi2 rare yang boleh jadi viral cuma satu je nak pesan jangan sebab nak popular di media sosial kau memperjudikan nyawa kau sampai macam tu sekali. Aksi2 macam tu aku rasa kalau nak buat pun biarlah di bawah pengawasan mereka yang profesional & lengkap dengan sistem keselamatan yang di pasang kat badan kau. Badan kau bukan kebal dik.. kalau jatuh tak mustahil bersepai macam daging cincang.

Aktiviti hiking tu memang cukup baik & cukup sihat dari dok bersenam dalam pub bagai.. Cuma tu la kalau dah terlebih berani macam tu pun jadi tak berapa sihat pulak. Nasib ni kadang2 kali pertama dia baik.. kali kedua ketiga & seterusnya belum tentu. Contoh macam orang yang main ular.. banyak dah terjadi akhirnya mereka mati di patuk ular walau sepakar manapun mereka macam tu jugak dengan kau. Sebaik mana pun kau boleh buat aksi berpaut berani mati macam tu.. Kena ingat aksi macam tu hanya dengan kesilapan kecil boleh menyebabkan kemalangan & kematian. Betul la ajal & maut dah tertulis di mana, bila & bagaimana tapi sebagai manusia rasanya memang wajib kita menjaga keselamatan diri. Kalau dok fikir kalau nak mati tu mati jugak.. Baik kau pergi tidur kat landasan keretapi jer.. Kalau belum ajal Insya Allah kau tak mati.

Bergayut macam tu je.. buatnya time tu tetiba tapak tangan berpeluh licin.. Na'uzubillah... Semoga kau sentiasa di lindungi dari segala malapetaka yer dik. Jangan tiru mat saleh sangat la dik.. bak kata mami jarum orang barat otak dia berkarat tu kadang2 cara depa berfikir di luar logik akal manusia. hehehe

Moral of story.. Ni cuma nasihat dari seorang kakak.. Hope kau tak buat lagi aksi2 macam ni. Ingatlah orang tersayang walaupun kau tak sayang nyawa sendiri tapi masih ada orang yang sayang kau & akan bersedih jika berlaku sesuatu keatas diri kau. Kalau tak sayang diri sendiri, kasihanilah mereka yang menyayangi diri mu. Peace Yo!

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

TAK PERLU BEAUTY CAMERA UNTUK BERSELFIE KALAU GUNA OPPO F1S

28.9.16 Suria Lekatlekit 5 Comments

TAK PERLU BEAUTY CAMERA UNTUK BERSELFIE KALAU GUNA OPPO F1S. Tu dia dah tambah 1 niche kat blog lagi, Dok bercakap pasal smartphone pulak.Nak jadi Tech blogger pulak ke? Almaklum la minat tu sesuatu yang boleh berubah & bertambah jadi tak pelik la kalau minat aku bertambah atau berubah. Sekarang ni aku tengok pengeluar2 smartphone mula berlumba lumba nak hasilkan smartphone yang mempunyai fungsi camera yang terbaik terutama camera depan. Almaklum la trend orang sekarang kemana,dimana & dalam apa juga situasa tak kira la happy, sedih, risau, gersang bagai semua nak selfie tunjuk emosi depa melalui memek muka. Jadi camera hadapan smartphone menjadi satu keperluan jugak buat manusia zaman sekarang ni.

OPPO F1S

Selalu dok tengok iklan OPPO F1S ni tapi tengok tanpa ambil tahu tapi semalam secara tak sengaja terdengar iklan OPPO F1S kat rancangan apatah lupa pulak aku katanya OPPO F1s camera depan dia 16Megapixels. Aku ni bukan la bengong sangat bab2 gadget ni cuma bukan pakar. Basic2 tu aku paham la macam megapixels camera. GB RAM atau storage dalam smartphone tu. Masa aku belajar dulu semua tu tu aku belajar jugak. Jadi Bila dengan 16 Megapixels memang kagum jugak la.. Boleh bayangkan betapa besar & terangnya gambar yang mampu di hasilkan dengan camera 16 Megapixels ni. Tapi jangan risau mereka2 yang muka subur dengan jerawat, pori ternganga atau parut jerawat walaupun camera depan dia 16 Megapixels tapi sebab tagline dia pakar selfie anda.. Dia akan filter muka korang sehingga nampak kekonon natural beauty & gambar no filter la sebab tak guna application camera. Dengan kepakaran Oppo f1s.. cela di wajah anda di sembunyikan. hehehehe

Aku jumpa gambar comparation antara OPPO & Samsung. Memang lebih smooth gambar dari camera Oppo tapi lebih original dari camera samsung. Hahahaha Cuma guna Oppo dah tak perlu korang instal beauty camera la.. Jimat space. Gambar aku google je.

Almaklum orang sekarang kalau guna standard camera kat smartphone semua claim no filter padahal camera smartphone sekarang macam OPPO F1S memang dia dah filter gambar korang. Tapi bila kita nak ambil gambar mesti nak gambar nampak cantik kan.. Sapa nak gambar hodoh walaupun rupa sebenar tu tak cantik mana. Aku sendiri pun nak gambar aku nampak cantik. Fitrah manusia kot.. memang suka nampak cantik nak2 lagi perempuan. Jadi tak payah kondem sangat la kalau orang tu pandai ambil gambar selfie yang membuatkan dalam gambar dia nampak cantik.

Duta Oppo f1s memang dah sedia cantik bertambah cantik bila selfie guna camera Oppo ni

Disebabkan semua orang nak nampak cantik dalam gambar.. OPPO F1S menampilkan ciri ciri yang memenuhi keinginan kaki selfie. Selain camera depan dia 16 megapixels.. camera belakang dia pun tak kalah 13 Megapixels jugak. Untuk smartphone rasanya dah cukup cantik dengan camera macam tu. Selain tu skrin dia pun besar 5.5 inchi & HD. RAM dia 3GB & internal storage dia 32GB. lebih dari Cukup la tu nak simpan gambar2 selfie korang. Tak cukup kau beli la SD card sendiri hehehehe. Dia ada 2 pilihan warna rose gold & champagne gold.Boleh guna 2 simcard (nano simcard slot). Nano simcard ni simcard yang kecik bukan yang jenis Simcard atau micro simcard. Nano ni size dia paling kecik. Rujuk gambar kalau tak faham.

Kalau korang guna simcard yang besar tu boleh gunting je untuk dapat nano sim

Kalau memang dalam budget korang.. Boleh la beli OPPO F1S. Aku biasa la.. Walaupun macam teruja tapi guna apa yang ada melainkan benda tu ada orang nak bagi free.. Aku terima je. Almaklum la zaman ekonomi sekarang.. Simpan budget nak bayar GST katanya. hahahaha. Harga pasaran sekarang RM1198 Tapi di lazada mycybersale sekarang seperti harga di bawah.. Berminat clik terus pada gambar

Clik Pada Gambar untuk ke page mycybersale lazada

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

TERBONGKAR SIAPA MISTER POTATO YANG SEBENAR

27.9.16 Suria Lekatlekit 3 Comments

TERBONGKAR SIAPA MISTER POTATO YANG SEBENAR. Mister Potato.. Rasanya sejak kecik aku kenal dia melalui iklan untuk makanan ringan potato chips. Almaklum la.. junk food yang memang di gemari ramai terutama kanak kanak sampai sekarang even anak aku pun suka juga potato chips ni. Cuma aku tak bagi la selalu.. Sekali sekala jer tapi anak aku jenis makan apapun tak banyak. So, tak risau sangat kalau dia setakat rasa rasa je junk food tu.


Misteri Potato ni sebagai pengenalan adalah salah satu jenama tempatan untuk produk cip kentang (potato chips). Terkenal dengan watak seorang lelaki yang bermisai lentik & berpenampilan macam orang mexico. Memang popular jugak iklan dia di kaca TV satu ketika dulu.. erkk.. rasa sampai sekarang masih ada lagi kan cuma jarang nampak sangat la berbanding dulu.


Sekarang katanya dia dah tampil dengan penampilan & wajah baru. Wow!! gamaknya macam mana kemunculan terbaru Mister potato ni kan? Tapi walau kita kenal watak mister potato yang bermisai lentik tu sebenarnya banyak perkara yang kita masih tak tahu. tapi sekarang dah terbongkar dalam artikel ni >> Terbongkar Siapa Mister Poato yang sebenar <<


Begitu rupa kisahnya Di sebalik Mister Potato ni.. So pada penggemar Misteri Potato mesti excited kan bila tahu pasal Mister Potato ni. Apapun tak salah nak bersantai santai sambil makan cip kentang ni cuma kita sedia maklum ia adalah makanan yang tidak sihat jadi jangan makan melampau lampau pulak yer walaupun Mister Potato dah keluarkan macam macam perasa baru.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

JANGAN PERCAYA VIRAL PALSU KENA TUKAR ATM/DEBIT CARD SEBELUM 30 SEPTEMBER 2016

27.9.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

JANGAN PERCAYA VIRAL PALSU KENA TUKAR ATM/DEBIT CARD SEBELUM 30 SEPTEMBER 2016. Patut la entri aku tentang atm/debit card maybank tu tetiba dapat views mencanak mengatasi entri cerita Volkswagen kuning yang sejak dua menjak ni meraih views yang tinggi. Rupanya ada viral palsu yang sedang di sebarkan & orang sibuk dok share walau tak tahu hujung pangkal kesahihan berita tersebut.


Ada terbaca satu mesej yang di kongsikan penggunakan media sosial.. mesej dia bertulis macam ni..
Friendly reminder...for those customers who had not yet to change new ATM cards after 30/09/16, B.Islam will charge RM21/-,BSN RM60/-, Maybank RM200/, whilst CIMB is silent but existing cards will b invalid effective 01/01/17 .Bank Islam opened until 7 pm(Mnday to Thursday, n open until 1.30pm on Sturday ..at any branch u can do it...hurry up. - INI ADALAH VIRAL PALSU -
Amboi suka suka hati jer hangpa nak sebarkan berita palsu yang boleh mengundang kesesakkan di semua cawangan bank kat Malaysia ni. Jangan panik ok! Kad Atm/debit card korang sekarang masih valid sampai 31 dec 2016. Ada masa pergi la tukar kat mana2 cawangan bank yang berdekatan. Kalau korang guna atm/debit card maybank boleh apply & aktifkan melalui maybank2u je. Secara online je tak payah susah2 nak pergi bank. Kalau tak reti nak apply secara online boleh rujuk entri ni. Ada tutorial bergambar memudahkan anda >> CARA UNTUK MOHON KAD ATM/DEBIT & AKTIFKAN SECARA ONLINE <<

Yang dok sebar berita palsu pasa atm/debit card tu.. rentikanlah. Tak pepasal kang bank kena serbu dengan rakyat malaysia. Yelah.. hari ni dah 27 sept.. Lagi 3 hari je nak masuk 30 sept. Confirm la orang panik takut tetiba nak guna kat atm/debit nanti tak boleh.

Gamaknya dah takde kerja sangat la dok buat khabar angin macam tu. Kau fikir dok buat berita palsu & viralkan tu kau boleh jadi manusia yang terkenal macam Si Amigo Mr Potato yang popular seluruh dunia ni & yang sorang rakan duet dia yang terkenal kat smule >> Macam kenal je mamat ni, bukan dia famous kat Smule ke? Kenapa Ada Video Dia Bersama Lelaki Bermisai Tebal Ini? << Mimpi je la nak jadi popular macam ni kalau setakat dok sebar viral palsu.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

TREND PERANGAI BUDAK SEKARANG SUKA BALING BATU PADA KERETA ORANG

27.9.16 Suria Lekatlekit 2 Comments

TREND PERANGAI BUDAK SEKARANG SUKA BALING BATU PADA KERETA ORANG. Rasa macam trend pulak perangai budak budak sekarang yang suka baling batu pada kenderaan atau kereta orang yang lalu lalang kat kawasan dia bermain. Sebelum ni pernah jadi viral pasal seorang lelaki dewasa yang marah2 kepada seorang budak & mak budak tu sekali sebab anak dia yang rasanya umur 4 tahun ke berapa baling batu kena cermin kereta pakcik tu. Marah sungguh pakcik tu sampai ada paparazi tersembunyi record kejadian tu kemudian viralkan.

Gambar Sekadar Hiasan. Sumber Google

Masa benda tu viral memang aku sendiri tak salahkan orang yang marahkan budak tu walau cara dia marah tu macam marah budak yang dah cukup akal fikiran. cara dia membebel tu je aku rasa tak sesuai untuk budak umur macam tu tapi aku tak salahkan dia 100% bila dia naik angin tentang perkara tu sebab siapa2 pun akan naik angin.. Walau anak kita sendiri buat macam tu pada kereta kita pun kita akan marah jadi tak ada beza anak siapa yang buat. Sapa2 buat pun benda tu akan mengundang perasaan marah orang lain.

2 hari lepas (ahad) masa nak pergi rumah In law.. Kira dah dekat la dengan rumah in law aku tu ada seorang budak umur maybe 2 - 3 tahun atau 2- 4 tahun aku pun tak sure sangat. Main dengan kakak dia maybe umur dalam 6 - 7 tahun tepi jalan. Bila kereta husband aku lalu dia baling batu terkena cermin tingkap. Memang tak pecah tapi jadi berserpih jugak la bekas kena batu tu. Nasib baik tak pecah kalau pecah.. time tu pulak anak aku duduk kat seat belakang. Kalau kena anak aku dah jadi 2 hal.. cermin pecah satu hal.. anak aku mungkin tercedera pun satu hal. Jangan ingat balingan budak kecik tak mampu pecahkan cermin kereta kalau batu yang di baling tu agak besar. Sampai berserpih jugak la cermin kereta laki aku tu.

Budak memang la budak.. Memang la dia tak fikir benda yang dia buat tu boleh mengundang kemudaratan pada orang lain tapi kalau di beritahu rasanya budak normal dalam usia macam tu dah cukup faham benda tu salah & orang akan marah. Betul la benda tu dia buat di luar pengetahuan mak bapak dia..malah mak bapak dia pun tak nampak dia buat sebab mak bapak dia biar je dia pergi main jauh dari rumah dengan kakak dia. Tu kalau kena culik tu baru nak meraung minta tolong kat semua orang. Bila tak jadi apa - apa dok rasa selesa & dok rasa semua tempat masih selamat dia lupa kot kat Malaysia sekarang ni kat kampung pun dah tak ada jaminan selamat nak lepas bebas anak2 sekecil tu main tanpa pengawasan orang dewasa inikan bandar.

Lepas batu terkena cermin kereta tu suami aku just sergah je budak tu dari dalam kereta kemudian cepat2 kakak dia ajak balik. Habis kat situ je la cerita dia. Cuma aku terfikir kalau cermin pecah kita pergi jumpa & tegur mak bapak dia confirm la depa akan guna alasan dia masih budak tapi kalau pergi nak tukar cermin yang pecah kita cakap yang buat cuma seorang budak tak dapat free pun. Kalau mak bapak budak2 tu berduit mungkin merasa dapat ganti rugi.Tu pun kalau mak bapak budak tu jenis boleh berbincang kalau yang jenis tetap tak rasa anak dia salah.. boleh bawa bertumbuk jugak.  Tu kalau berduit.. Kalau depa pun setakat cukup2 makan.. Kita pun terpaksa berdiet nak tukar cermin kereta. Budak memang la budak tapi kos kalau rosak dia tak caj ikut harga sapa yang rosakkan. dia tak peduli pun macam mana & siapa yang buat yang dia tau kau nak tukar sila bayar je.

Bila aku post cerita ni kat FB.. memang ada dua tiga orang jugak friends kat FB mengaku berlaku jugak perkara macam ni kat tempat depa. gamaknya sekarang trend budak2 buat perangai dok baling batu kat kenderaan atau kereta orang kot. Budak2 ni fikir seronok jer.. Mak bapak la kena pantau nak2 yang kecik2 umur antara 2 - 6 tahun tu. Jangan bila orang bising sibuk nak viralkan padahal anak kau tak jaga. Tak tengok dia main apa.. buat apa.. Dah la kau salah tak jaga anak. Bila orang marah kau sibuk nak malukan orang pulak.

Moral of the story.. Pantau la anak anak anda terutama yang akal masih cetek akal tu bila bermain di luar rumah. Bukan pasal suka baling batu kat kenderaan orang yang lalu lalang jer.. Tapi untuk keselamatan anak anda jugak. Ada yang komen kat post aku semalam cakap siap budak2 kat area rumah dia suka kejar kereta yang lalu lalang sambil hambat dengan ranting kayu. Tu kalau terlanggar ke hapa.. Nak2 lagi orang yang baru dapat lesen & baru belajar memandu ni. Depa cepat gelabah sikit. Sebab bukan semua orang lepas belajar memandu terus jadi expert macam pelumba kereta. Nak jadi pelumba kereta pro pun bukan sehari dua belajar. Susah ok tak caya tengok kat sini >> Jika Anda Fikir Menjadi Pelumba Kereta Hanya Perlu Tahu Memandu Dengan Baik.. Tengok Artikel ni & Anda Akan Berfikir Semula << Jadi tolong awasi anak anak anda ok! Takut jadi perkara yang tak di ingini anda bukan sahaja kehilangan anak malah akan menyusahkan orang lain dari kelalaian anda.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KANAK KANAK LEBAM TERUK PADA KEMALUAN SELEPAS DIAMBIL DARI PENGASUH

26.9.16 Suria Lekatlekit 8 Comments

KANAK KANAK LEBAM TERUK PADA KEMALUAN SELEPAS DIAMBIL DARI PENGASUH. Ternampak orang share satu gambar seorang bayi @ kanak kanak yang lebam teruk pada kemaluan selepas ibunya mengambil anak ni dari pengasuh. Sebelum tu pengasuh pesan siap siap tak payah mandikan sebab dia dah mandikan & di letak banyak bedak di bahagian kemaluan kanak kanak tu.


Bila tengok gambar serius bagai di rentap hati seorang ibu. Ya Allah apa yang berlaku sebenarnya kepada budak tu sampai dapat kesan lebam teruk di bahagian kemaluan dia. Dan pengasuh pun macam merahsiakan sesuatu. Kesan terhentak pada objek keras atau kesan dari perlakuan pengasuh ke tak pasti. Tapi tengok tahap lebam macam tu kalau aku jadi mak budak tu pun aku rasa minit tu jugak aku akan bawa pergi check kat hospital lepas tu kalau ada unsur penderaan memang terus buat laporan polis jer. Pengasuh pun macam cuba merahsiakan sesuatu so bermakna ada something wrong somewhere la tu.

Zaman sekarang memang sangat berisiko hantar anak pada pengasuh tapi tak boleh nak cakap apa.. Kadang2 orang tak ada pilihan. Hantar taska berdaftar dengan KKM pun tak ada jaminan selamat apatah lagi hantar pada pengasuh persendirian macam tu.Cuma tu la.. Yang ambil tanggungjawab jaga anak orang tu kalau rasa tak boleh bersabar dengan budak budak ni better kau pergi cari keja lain la dari gigih jugak nak ambil upah jaga anak orang. Memang la kau boleh kerja dari rumah sambil jaga anak2 kau jugak.. Tapi kalau rasa tak mampu nak tanggung beban kerja macam tu sampai kau buat anak orang macam budak tu anak patung tak reti rasa sakit & trauma.. Lagi bagus kau pergi minta sedekah. Duduk je kat kaki lima tadah mangkuk. Cukup target balik naik teksi.


Aku memang marah sangat la tengok kes kes macam ni even anak orang pun.. Terus terang aku sendiri pun memang tak sanggup nak jaga budak2. Jaga anak sendiri pun menguji kesabaran apatah lagi jaga anak orang. Tapi kita ni nak cubit ke tampar anak kita ada jugak limit. Takde sampai lebam macam tu & tak buat la kat tempat2 yang tak sepatutnya. Dalam islam pun nak pukul anak untuk tujuan mendidik ada tempat2 tertentu yang boleh di pukul.. Takde ikut sedap kau nak bantai kat mana pun. Jaga budak biasa ni kalau lasak & nakal pun takde la luarbiasa sangat. Lain la kena jaga budak2 pelik macam dalam filem terbaru ni >> Tiada Yang Normal Semuanya Pelik dalam Miss Peregrine's Home for Peculiar Children << Yang tu bukan kau naik angin kau yang akan naik seram dengan depa. Baru kau ada akai katanya!!

Moral of the story.. Apapun kerja kita buat semua berkaitan dengan kepercayaan, amanah & tanggungjawab.. Kalau kita meragut kepercayaan, amanah & mengabaikan tanggungjawab yang orang letakkan kepada kita.. Memang kat dunia pun Allah akan tunjuk balasan. Nak2 lagi kes macam ni berlaku kat anak orang di zaman media sosial. Mungkin kau kena hadap di cerca nitezen & hukuman dari undang2 negara. Pendek kata nak bekerja yang melibatkan kanak kanak ni orang yang sabar je boleh

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

DRAMA SAMUDERA RINDU KISAH PEREMPUAN TERKENA PENYAKIT MEROYAN

26.9.16 Suria Lekatlekit 2 Comments

DRAMA SAMUDERA RINDU KISAH PEREMPUAN TERKENA PENYAKIT MEROYAN. Dari dok tengok iklan promo kat TV lagi aku nampak drama ni macam best. Drama ni penganti Drama nek mis yang dah habis episod tayangan kat TV9 di slot Azalea. Semalam kalau tak silap episod pertama kot drama samudera rindu ni.

Samudera Rindu Slot Azalea TV9

Masa dok tengok iklan promo nampak Dinaz memegang watak macam perempuan tak berapa betul atau terencat tapi sebab iklan je tak tau apa cerita watak dia macam tu... Rupanya bila tengok semalam maka fahamlah aku. Kenapa nanti watak Dinaz tu macam terencat akal rupanya dia kena penyakit meroyan selepas kematian anak dia. Alkisahnya masa mengandung dia terlampau ikut sangat cakap seorang bidan kampung ni.. Sampai tak nak bersalin kat hospital. Akibatnya bayi dia lemas dalam perut & bidan kampung tu tak dapat buat apa - apa terpaksa di hantar jugak kat hospital. Tapi kesiannya bayi dia tak sempat di selamatkan. Lepas peristiwa tu dia mengalami kemurungan & mula muncul tanda tanda nak meroyan. Almaklum la orang dalam pantang ni memang tak boleh susah hati memang berisiko kena penyakit meroyan. Tapi atas sokongan moral suami & keluarga dia kembali ceria & sihat tapi di sebabkan seorang perempuan yang sakit hati sebab perempuan suka kat suami.. cuba provok dia & hasut dia untuk ingat kembali anak dia yang telah mati.. Sebab fikiran dia kembali di hantui rasa bersalah atas kematian anak dia.. maka sistom2 meroyan datang kembali. Time tu pulak dia tengah mengandung anak kedua...  Untuk episod semalam sampai setakat tu je la cerita dia..

Antara watak watak utama dalam drama samudera rindu yang di tayangkan setiap selasa hingga ahad jam 8.30 di tv9 dalam slot Azalea

Dari sinopsis yang aku baca kisah ni mengisahkan kehidupan seorang gadis bersama ibunya yang mengidap penyakit kemurungan (meroyan). Gadis ni seorang yang baik & bijak walaupun kehidupan mereka sekeluarga tidak kaya kerana ayah dia terpaksa bertukar pekerjaan kerana penyakit ibunya. Walaupun kelahiran dia dalam keluarga mereka yang pada mulanya di harap dapat memberi kesembuhan pada penyakit kemurungan ibunya tapi sayangnya kelahiran dia tidak mengubah apa2. Ibunya tetap dalam dunianya sendiri. Semakin membesar dia menjadi kawan baik kepada ibunya yang berperangai seperti kebudak budakkan akibat kemurungan yang di hadapi selepas kematian anak pertamanya. Mereka tetap bahagia walau keadaan ibu dia macam tu. Sampai la dia berjaya sambung belajar ke menara gading. Time tu dia mula bosan nak melayan kerenah ibunya. Dia juga mula rasa malu nak mengaku perempuan yang mengalami penyakit kemurungan sehingga menyebabkan dia jadi tidak waras tu ibunya. Apa yang berlaku seterusnya..???

Untuk mengikuti kisah macam mana kehidupan seorang wanita yang meroyan ni korang kena tengok sendiri la kat setiap episod drama Samudera rindu yang aku dapat rasanya drama ni drama yang boleh follow jugak. Jangan asyik dok sebut meroyan je tapi sebenarnya tak ramai yang tahu penyakit meroyan sebenar. Yelah.. Perkataan meroyan sekarang memang sangat popular di kalangan pengguna media sosial.. Untuk generasi muda jangan pelik kalau ada yang tak tahu meroyan tu satu penyakit yang serius jugak melibatkan gangguan mental yang boleh menyebabkan seseorang tu jadi macam orang gila. Nak mendalami apa tu meroyan boleh la tengok drama samudera rindu.

Moral of the story pada adik adik yang suka sangat guna perkataan meroyan bila nak sarcasm orang tu faham la yer lepas ni. Meroyan tu satu penyakit gangguan emosi yang biasanya di hidapi wanita wanita lepas bersalin. Tapi bukan semua orang la.. Selalunya wanita yang terlampau banyak fikir, bersedih & susah hati semasa dalam pantang berisiko terkena penyakit meroyan. Jadi para suami penting tu jaga perasaan isteri ketika berpantang ok!

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BUNYI & SUARA MISTERI PUKUL 3.07 PAGI

25.9.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

BUNYI & SUARA MISTERI PUKUL 3.07 PAGI. Tu dia siang siang hari berseram serik lekatlekit pulak dah. Yelah.. cerita fresh from oven katanya kena tulis siap siap.Kalau biar lama2 kang lupa pulak. Almaklum la menulis ni perlukan mood & idea yang fresh katanya. Kali ni tak nak cerita adaptasi dari cerita orang lain tapi nak cerita pengalaman sendiri pulak. Sumpah tak bohong ok!


Rasanya lama rumah aku ni jarang mengalami gangguan bunyi misteri berbanding dulu. Tapi tiba- tiba bunyi misteri tu kembali lagi pulak. Bermula tengah malam semalam.. Alkisahnya.. Time tu aku baru nak terlelap. Kita antara tido & jaga tiba2.. aku terkejut dengan bunyi seperti perabot kayu yang di seret atas lantai. srett... sreeettt... bunyinya di malam yang sunyi hatta bunyi cengkerik pun tak ada. tetiba dengar bunyi tu dengan gemanya sekali. Memberi memberi effect seram jugak kalau orang yang penakut. Bunyi macam tu memang dah biasa cuma bila dah lama tak ada.. Tiba2 kembali tu jadi special case sikit..

Bila aku terbangun tu aku just tengok anak aku je. Bunyi tu aku tak berapa nak kisah sangat dah. Almaklum la dah biasa katanya. So aku sambung tidur balik la tanpa fikir apa apa walaupun ada sedikit rasa yang tak best. Serius rasa ada something.. Tapi aku tak nak terlampau fikir sebab aku rasa nak tidur balik je. Sampai pukul 3.07 pagi.. Tiba2 datang lagi bunyi yang sama agak kuat. "Sreeeeeeeettttttttt!! Buat aku terjaga lagi. Tengok suami aku nyenyak macam tak dengar apa2.. Maybe dia tak dengar kot. Bila terjaga tu aku tengok jam kat smartphone aku. Tepat pukul 3.07 pagi.. Masa aku terjaga masih berbunyi.. Memang mengganggu jugak tidur aku sebab rasa bising. Baca la apa yang patut supaya bunyi tu senyap.. Tapi... Rupa dia memperdengarkan bunyi lain pulak dari kebiasaanya...

Aku ingat sekadar bunyi perabot kayu di seret tengah2 malam buta rupanya semalam dia nak memperdengarkan suara merdu dia pulak... Tiba2 berbunyi macam suara manusia tapi tak jelas la dia sebut sesuatu atau apa. Seakan berbisik suara tu.. Aku dah mula tak sedap hati jugak tapi aku tak kejutkan suami aku. Cuma aku pastikan gangguan tu tak mengganggu tidur anak aku. Tak tau kenapa extreme pulak semalam gangguan tu. Mungkin sebab sebelum tidur aku ada pasangkan ayat ayat rugyah bagi anak aku dengar. Tak ada sebab apa pun aku pasang ayat2 ruqyah tu sebenarnya. Sambil2 tu aku cakap dengan suami kalau tak ada bunyi2 misteri tu selalunya anak aku jarang tejaga & menangis tengah malam walau tak ada menangis teruk teruk sangat cuma kalau ada bunyi2 tu dia kerap terjaga & merengek.

Bila dengar seakan akan suara tu.. Aku berdoa mohon perlindungan dari Allah je la. Nak kata takut sangat sampai menggigil & tak boleh baca apa2.. Serius tak sangat pun. Cuma aku usya jugak sekeliling kot2 dia ada menunjukkan kelibat kat mana mana. Tapi tak ada pulak. Hanya melalui bunyi je dia menyatakan kunjungan dia time tu. Mungkin sebab sebelum tidur aku ada sebut pasal dia kan.. Mesti ingat aku rindu kat dia la tu. Takde maknanya ok!! hehehehe

Akibat asyik terjaga je.. pagi ni memang rasa lemau sikit la. Bila terjaga dengan gangguan bunyi tu memang ambil masa jugak nak pejamkan mata balik. Nampaknya misteri gangguan bunyi kat rumah aku ni masih belum berakhir. Cuma kadang2 dia bercuti panjang buat aku rasa benda tu dah tak ada.Rupanya ada lagi.. Hai la makhluk bunyi.. Bila gamaknya kau nak pulang ke kampung halaman kau. Menumpang dah la tak bayar sewa.. Lepas tu asyik menganggu tidur orang je. hehehe

Tak tau la macam mana nak akhiri gangguan bunyi tu.. Kalau nak suruh pengamal perubatan Islam yang pernah aku pergi buat agak tinggi kos dia.. Lagipun gangguan bunyi tu setakat ni hanya bunyi cuma semalam je bunyi suara. Biarlah di berbunyi.. Malas nak layan katanya. hehehehe

Moral of the story.. Bila berdepan dengan situasi yang menyeramkan paling penting kawal emosi.. Sebab emosi tu kadang2 kalau di luar kawalan boleh menyebabkan histeria jugak. Jangan berimaginasi bukan2.. Aku pratikkan benda tu untuk tidak menakutkan diri sendiri. Bukan saja berdepan dengan situasi menyeramkan malah dalam apa jugak situasi pun kita kalau pandai control emosi Insya Allah kita cool even terpaksa berdepan dengan situasi macam ni pun >> 4 Situasi Yang Confirm Buat Korang Panas << Tak caya try la pratikkan.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

8 SEBAB UNTUK DAPATKAN HUAWEI HONOR 8

23.9.16 Suria Lekatlekit 5 Comments

8 SEBAB UNTUK DAPATKAN HUAWEI HONOR 8. Huawei antara jenama smartphone yang aku ingin miliki juga. Sebagai pengenalan huawei honor 8  salah satu smartphone terbaik di tahun 2016. di levelkan sebagai smartphone kelas atasan kerana di lengkapi dengan teknologi terkini yang berkualiti & canggih. Dengan reka bentuk yang memenuhi keperluan hidup gaya masa kini.. Ia tampak sangat elegan, eklusif & mewah..


Jadi tidak hairanlah Honor 8 kini menjadi idaman ramai pengguna kerana kelebihan & keistimewaan yang ada pada Honor 8 memang melengkapi gaya hidup zaman sekarang. Lebih2 lagi bagi mereka yang suka berselfie & mengambil gambar. Maka smartphone seperti Huawei Honor 8 adalah paling sesuai bagi golongan ini kerana melengkapi apa yang anda mahukan dalam gambar. Almaklum la selfie & photography sekarang dah jadi satu trend sekarang ni.

Antara sebab kenapa anda perlu menjadikan Huawei Honor 8 sebagai smartphone pilihan anda..

1. Design & warna hitam putih, biru & emas yang nampak elegan, eklusif memenuhi gaya hidup terkini. Yang penting ia nipis & tahan lasak. Orang sekarang memang tak nak smartphone yang tebal2 macam sabun buku dah.. Sebab macam2 benda mereka nak sumbat dalam bag/handbag.. power bank bagai. Jadi smartphone yang nipis & tahan lasak adalah menjadi pilihan orang zaman sekarang.

Huawei Honor 8 di datangkan dalam 4 warna yang menarik

2. Di lengkapi dengan Dual Camera 12MP. 8MP kamera depan yang  memenuhi ciri2 yang di perlukan pengguna smartphone yang suka berselfie & mengambil gambar sebab gambar lebih kelihatan terang & cantik.. Takde pecah2 bila zoom in. Jadi perkara ni memang menjadi pilihan untuk mereka yang kaki bergambar. Nak2 lagi kaki selfie, camera hadapan sangat penting bagi mereka. Kebanyakkan smartphone camera depan memang agak kecil megapixel dia menjadikan gambar selfie kurang menarik. Tapi dengan honor 8.. 8MP memang memenuhi keperluan kaki selfie ni


3. Amat sesuai untuk mereka sukakan photography kerana kelebihan smartphone ini pada fungsi kameranya. Antara salah satu kesan menarik yang boleh di hasilkan dengan kamera honor 8 ini adalah membuat kesan bokeh yang biasanya hanya boleh di ambil menggunakan kamera DSLR. Ia bagaikan DSLR dalam smartphone. Jadi tak perlu lagi membawa DSLR memerlukan ruang yang besar dalam beg anda selepas anda memiliki huawei honor 8.


4. Menggunakan processer 2.6 Ghz CPU Octa Core dan di sokong dengan 4GB LPDDR4 RAM menjadikan ia lebih laju.  Ia menggunakan sistem operasi Android v6.0 Marsmallow. membuatkan pergerakkan lebih laju & lancar di skrin.


5. Ia juga di lengkapi teknologi Fingerprint sensor untuk sistem keselamatan smartphone anda. Setiap cap jari @ fingerprint manusia tidak sama jadi dengan sistem keselamatan cap jari @ fingerprint ni memang tidak semua orang boleh menceroboh smartphone anda sesuka hati. So takde istilah Smartphone & account media sosial anda kena hack di sebabkan orang lain boleh buka smartphone anda sesuka hati di luar pengetahuan anda.


6. Mempunyai skrin bersize 5.2 inci berteknologi IPS-LCD & Full HD. resolusi tinggi membuatkan paparan gambar pada skrin lebih jelas & terang. Kalau macam aku ni selalunya kalau nak paparan lebih jelas terpaksa transfer gambar ke PC sebab skrin smartphone kecil tapi dengan honor 8 pengguna dapat views yang lebih jelas.


7. Boleh di jadikan remote TV & aircon untuk lebih dari 5,000 jenama antarabangsa & 230,000 model antarabangsa. Almaklum la remote ni macam hantu dalam rumah.. Selalu je hilang berbanding smartphone sentiasa melekat atas tapak tangan. Jadi.. tak perlu naik angin bila cari remote tv @ aircon tak jumpa dengan honor 8 membantu menyelesaikan masalah remote hilang.


8. 3000mAh bateri capacity yang boleh bertahan sehingga 1.77 hari untuk penggunaan biasa & 1.22 hari untuk penggunaan yang banyak. Boleh bertahan sehinggan 10 jam untuk menonton video secara offline. Jadi tak perlu risau bateri cepat habis walau baru tengok 1 video.

Untuk lebih detail tentang Spesifikasi Huawei Honor 8 di sini http://www.lazada.com.my/honor-8/

Tak pelik la jika Huawei honor 8 mendapat sambutan & menjadi kegilaan ramai. Fungsi & kecanggihan teknologi terutama camera & mempunyai memori yang besar memang memenuhi keperluan pengguna smartphone. Di tambah lagi dengan size yang nipis, warna yang anggun & design yang menarik.. Jadi tiada alasan untuk anda tidak memilikinya.

Kini lazada sedang mengadakan Lazada MYCyberSale bermula 26 - 30 Sept 2016. anda boleh lihat di sini (clik Banner Di bawah)

 MYCBERSALE LAZADA 2016

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

GAMBAR MISTERI DALAM SAMSUNG GALAXY S4 ZOOM

23.9.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

GAMBAR MISTERI DALAM SAMSUNG GALAXY S4 ZOOM. Tu dia kat sini sapa yang guna samsung galaxy s4 zoom? Mesti baca je tajuk entri ni korang tak sabar sabar kan nak tahu gambar misteri apa yang ada dalam samsung galaxy s4 zoom tu. Almaklum la manusia malas membaca memang suka baca tajuk jer lepas tu mengelabah tak tentu pasal.

Sumber Google

Alkisahnya lepas hantar budak shahila ke sekolah.. Dah sampai rumah baru ada ada masa nak membelek koleksi gambar yang aku ambil guna S4 Zoom aku ni. Ada lagi banyak gambar2 kat kampung yang aku rasa best nak share kat Instagram so macam biasa buka la folder galery untuk cari gambar. Belum sempat scroll gambar gambar lain ternampak satu gambar yang macam di ambil semasa camera bergoyang.

Tengok dari ciri2 baju & seluar rasanya baju & seluar budak shahila (anak aku) pakai semalam jer.. Kalau kata dia yang ambil gambar tu sendiri macam mana gambar tu boleh nampak full dari kepala sampai hujung kaki. Nak kata aku yang ambil rasanya tak jugak.. sebab sebelum tidur semalam aku rasa aku belek2 jugak galeri gambar sebelum Off galaxy S4 Zoom aku sebelum tidur tapi tak nampak pun gambar tu. Tak tau la aku tak perasan kewujudan gambar tu sebab kalau ikutkan gambar tu gambar terakhir yang di snap semalam. Bila aku check detail gambar tu di ambil 22/09/2016 pada pukul 8.20pm. Kebetulan malam jumaat pulak tu sedang elok sangat la nak buat cerita seram katanya. Hehehe. Time tu memang aku belum tidur & budak shahila pun dok aktif main. Seingat aku memang semalam aku tak bagi dia guna S4 Zoom aku main game. Pening pulak aku fikir siapa yang snap gambar yang seakan akan shahila tapi sebab blur.. gambar tu tak berapa jelas.

Ni la gambar di maksudkan.

Sedaya upaya aku cuba ingat.. Kot2 tersnap gambar tu secara tak sengaja ke tapi aku rasa memang semalam aku ada check galeri album dalam galaxy S4 zoom ni memang tak nampak gambar ni. Gambar ni pun duduk list paling depan.. kalau buka folder album tu memang nampak gambar tu dulu. Sampai sekarang aku cuba ingat betul2.. tetap aku tak dapat ingat apa2 tentang gambar ni.

Tapi di sebabkan taknak fikir bukan bukan.. Aku rasa aku kot tersnap tak sengaja & maybe aku terlepas pandang lepas tu aku lupa. Taknak la fikir ada hantu dok tolong snap pic anak aku bagai.. Kalau betul pun berlaku maybe dia pun minat photography tengah belajar ambil gambar tu. Almaklum dia tak smartphone so dia pinjam kejab smartphone aku. hahahaha... Yelah nak bei smartphone sekarang pun mahal nak2 lagi yang ada fungsi camer canggih ala2 DSLR tu.. Mau kena menabung jugak. Lagipun aku kategori Iron women.. So benda2 macam ni takkan melemahkan semangat aku pun. Korang tak tau la Iron Woman ke tidak tapi kalau nak tau boleh je test kat sini >> 7 Soalan Mudah Yang Menentukan Samada Anda Iron Woman atau Tidak <<

Moral of the story.. Kadang2 benda tu berlaku dari perbuatan yang tak sengaja tapi sebab kita ni pelupa jadi kita rasa macam ada kejadian mistik berlaku. Gambar2 macam tu selalunya berlaku bila camera dalam keadaan bergoyang maka menghasilkan gambar yang seakan akan nampak kelibat. Yer.. betul makhluk tu wujud tapi kita tak payah taksub. Kalaupun dia buat.. Kita buat rilex sudah. Bila kita rilex dia pun chill jer takde la mood dia nak momokkan kita lagi sebab tak bagi kesan katanya. hahahaha

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KISAH SERAM PASARAYA TESCO MERGONG DI HANTUI LEMBAGA HITAM

22.9.16 Suria Lekatlekit 2 Comments

KISAH SERAM PASARAYA TESCO MERGONG DI HANTUI LEMBAGA HITAM. Sekarang ni orang tengah sibuk tulis pasal filem seram Volkswagen kuning. Tapi aku malam ni nak cerita pasal pasaraya Tesco pulak. Jarang kat blog lekatlekit.com ni nak share cerita seram melibatkan pasaraya sebab tak banyak kisah seram melibatkan pasaraya. Almaklum la pasaraya sapa nak kisah sangat pasal hantu sebab kat dalam tu banyak benda yang boleh menghantui pengunjung katanya hahahhaa...


Alkisah pasal pasaraya Tesco Mergong Alor Setar ni katanya berhantu. Setiap kali budak kecik yang di bawa masuk ke situ akan menangis. Menurut cerita orang2 la kan.. katanya memang kat situ kawasan panas sikit. Yang menyebabkan dia jadi berhantu adalah sebab berjiran dengan dua kubur katanya. Asal berhantu je hangpa nak kaitkan dengan kubur kan.. Kubur tu di pagar dengan Zink yang tinggi tapi tinggi lagi kebolehan hantu untuk menyakat manusia kat situ.

Menurut cerita yang aku baca.. Dari cerita pekerja Tesco & pekerja Pizza hut kat situ.. Mereka pernah ternampak satu lembaga hitam  bertenggek kat dahan pokok yang berada di tengah2 antara dua kubur tersebut. Tak tau la apa menatang yang bertenggek malam2 buta kat situ.. Di tambah seram lagi pengawal keselamatan kat situ pun selalu terbau wangi di sertakan dengan perasaan seram sejuk bila melalui kawasan tu. Tak tau kejadian seram tu ada kaitan dengan dua kubur misteri tu atau tidak.. Sebab kubur misteri tu pun tak tau macam mana boleh ada kat situ.


Elok la berhantu sikit pasaraya ni.. Bukan apa kalau dia tak berhantu ramai pulak kaum wanita naik hantu. Nak2 lagi nampak perkataan keramat 'Sale' tu boleh histeria jadinya. Bila ada kisah2 mistik melibatkan pasaraya tu.. Kurang sikit aktiviti yang menyeramkan para suami di lakukan oleh kaum wanita hahaha.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KISAH MAK & ANAK LUPA DIRI DALAM DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP

22.9.16 Suria Lekatlekit 6 Comments

KISAH MAK & ANAK LUPA DIRI DALAM DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP. Aku tak ada astro jadi tak banyak siaran yang ada kalau tak langgan astro. TV1 memang la kelaut.. polkadot terus.. TV2 tu boleh la tengok lagi. Yang clear sikit Tv3,NTV7,8TV & TV9 jer... Jadi tak banyak pilihan rancangan TV yang aku boleh tengok kalau bosan mengadap skrin pc ni. Tertengok jugak la drama Patahnya sebelah sayap tu tapi macam biasa sebab aku pun sebenarnya tak follow drama ni. Time pukul 10 malam tu kadang2 ada cerita best2 kat channel lain..


Semalam ada tertengok sebab semalam rasanya tak ada rancangan tv yang menarik kat channel lain. Tengok pun gitu2 jer sebab sibuk dok windows shopping kat ezbuy.. amboi ketagih bebeno kan bershopping kat ezbuy. Geram aku sebab murah2 hahaha... Sambil dok mentelaah kat ezbuy jeling2 jugak la kat TV. Sebab TV & PC aku ni hidup berjiran je. Sebelah menyebelah aku letakkan depa. Sebab senang aku nak pantau 2 skrin ni dalam satu masa katanya.

Episod semalam tertengok babak yang terlebih excited anak dia baru dapat kerja lawyer katanya.. Membelah belah sakan barang2 yang orang jual. Sampai laki dia pun dia tak peduli lagi. Si Laki pulak balik kerja bungkus nasi. Ajak si bini makan bersama pun dah tak nak. Katanya kenyang dapat beli barang2 tu. Happy tak terkata la bila anak dia bagi green light nak beli apapun beli la nanti anak dia bayar.

Aiyoo... Kalau dapat mak lagu ni.. Gunung emas pun rata beb! Anak tu baru ja dapat kerja.. Mak dah belanja mengalahkan Bini Perdana Menteri Malaysia. Watak mak dia pun nampak macam menjurus kepada manusia bakal lupa diri jugak. Mula dah demand bila anak dia dapat kerja sebagai peguam. Kereta buruk sikit pun dah tak bagi anak dia bawa pergi kerja. Siap pesan dah kerja nanti beli kereta baru. Kereta tu laki dia beli untuk anak dia tak silap. Beli ikut kemampuan seorang ayah jer. Tengok dari uniform kerja laki dia tu macam security guard jer. almaklum la aku tak follow pun drama ni dari awal.. Tengok ikut sempat jer. So main agak agak je la hahahaha

Tak tau la best ke tidak.. Menurut sinopsi cerita yang aku baca drama ni mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang bercinta dengan seorang lelaki yang baru habis belajar dok tengah cari kerja. Makwe dia la banyak tolong masa dia tengah mencari kerja. Bila dapat kerja.. makwe dia la bawak dia pi shopping beli baju2 dia nak pakai pergi kerja. Akhirnya cita2 lelaki ni nak jadi peguam tercapai bila dia dah dapat peluang bekerja sebagai peguam. Bukan lawyer buruk yer.. Ni jadi lawyer betul betul punya tapi dalam drama tu la. hehehee.

Makwe dia la paling seronok bila dia dapat jadi penguam. Sebab dia sangat komited dalam kerjayanya maka kes pertama dia handle, menang. Kejayaan pertama tu di raihkan bersama kekasihnya di sebuah kedai makan & di ambil kesempatan time ni nak lamar kekasih dia ni.Kalau dah suka ni takkan nak tolak pulak kan.. Mesti la terima. Akibat terlampau happy gamaknya, siap bergurau senda dalam perjalanan nak balik tu, kebetulan hujan lebat tiba2 boipren dia terlanggar sesuatu. Yang di pandu tu kereta makwe dia. Depa tak pasti pulak langgar apa. Bila boipren dia keluar check apa yang di langgar.. masuk balik dalam kereta bila makwe dia tanya dia langgar apa dia cuma jawab dia langgar tong besar walhal yang di langgar sebenarnya orang cuma dia tak bagitau makwe dia.

Lepas beberapa hari kejadian langgar tu.. makwe dia terbaca dalam surat khabar mengenai kemalangan tu & dia syak ada kaitan dengan kejadian langgar semasa dia dengan pakwe dia aritu. Tup tup datang sekumpulan polis kerumah si makwe ni menahan dia atas sebab suspek utama kes langgar lari. Mula2 di pakwe lawyer tu janji la nak bela kekasih dia tapi bila kes dah di bicarakan kat mahkamah dia mula mendiamkan diri. Memang tak guna punya boipren. Sampai la si makwe di jatuhkan hukuman penjara 2 tahun.

Keluar dari penjara tu dia takde la pergi balas dendam ke hapa kat pakwe lawyer tak guna tu tapi dia bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pejabat yang dia tak tahu kepunyaan suami kepada mangsa kes langgar lari tu. Selebihnya kalau rasa macam best follow la drama tu kat TV3 pukul 10 malam setiap isnin hingga rabu. Apa jadi dengan di gadis yang teraniaya dengan kekasih sendiri tu.. Dia kembali berkasih dengan lawyer tu ke atau dia bercinta dengan suami mangsa langgar lari.. Aku sendiri pun tak tau. Apapun drama ni hint2 macam nak highlight pasal ketabahan seorang wanita dari watak gadis yang teraniaya tu. Walau dah di label sebagai bekas banduan dia tetap teruskan hidup.. Macam ni baru boleh di panggil wanita besi tak putus asa dalam hidup. Kalau korang layak ke di gelar wanita besi?? Nak tau layak ke tidak jawapan dia cuma ada kat sini. Pi la tengok >> 7 Soalan Mudah Ni Menentukan Samada Anda Layak Bergelar Wanita Besi Atau Tidak <<

Kalau rajin nanti aku tengok la sebab pelakon dia pun tak berapa kayu mati sangat la. Antara pelakon dia Izzue Islam (Yang pegang watak lawyer tak guna tu) Ummi Nazeera (Pegang watak kekasih teraniaya) Aeril Zafrel (watak suami mangsa langgar lari) & Wawa Zainal (Watak Mangsa Langgar Lari). Boleh la tahan pelakon2 drama ni. Yang watak mak lupa diri tu di lakonkan oleh Normah Damanhuri.

Walaupun aku ni bukan peminat setia drama melayu sangat tapi aku tengok jugak la. Macam drama Nek Mis kat TV9 banyak episod jugak aku follow walau pun banyak skip. Still support tapi dalam pada masa yang sama kalau drama yang terlampau bodoh sangat tetap la aku bagi kritikan membunuh. Drama2 tak ada kualiti macam tu memang patut di racun dalam industri seni malaysia. Menjatuhkan martabat drama melayu je jadi tak salah kita bagi kritikan membunuh agar drama2 & filem2 bodoh ni terbunuh dengan kritikan kita. hahahaha. Drama atau filem yang berpotensi kalau ada sikit cacat cela baru boleh bagi kritikan membina sebab drama & filem macam ni kalau di polish Insya Allah boleh menjadi kebanggan Negara katanya.

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

FENOMENA PANCUTAN 'LOVE' DI FACEBOOK HANGAT DI PERKATAKAN

21.9.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

FENOMENA PANCUTAN 'LOVE' DI FACEBOOK HANGAT DI PERKATAKAN. Tu dia Pancutan katanya. Tajuk entri mesti hot, spicy & kontroversi katanya. Hari ni meriah pulak kat news feed Facebook aku dengan rakyat jelatanya yang sibuk memperkatakan sesuatu yang baru di facebook. Biasa la benda baru mesti semua excited nak cuba. Termasuk la aku.. Excited sangat tu tak la cuma nak tahu jer macam mana la icon love tu memancut mancut.


Maka aku pun clik kat kat beberapa status rakan kat FB... Tu dia terpancut keluar hati hati merah jambu seolah2 mengambarkan betapa bahagianya mereka dengan perkara tu. Hati pun berbunga bunga melihat fenomena baru yang berlaku di facebook hari ni

Antara yang dapat aku screenshoot kat news feed aku. Nasib la sapa yang terkena hehehe

Masing2 up status minta clik icon love supaya orang yang clik dapat melihat pancutan penuh keghairahan.. ops kebahagiaan tu. hehehe... Macam macam la hang ni Mark Zuckerberg Ooi! Ada je benda baru hang nak buat. Masalahnya Mark tu nampak ke warna merah jambu tu sebab dia buta warna. Dia hanya boleh nampak warna putih & biru je macam warna theme Facebook.  Takpa asal pengguna Facebook rasa bahagia sudah katanya. hehehe

Kalau yang tak tau macam mana nak menyaksikan pancutan love tu keluar meh nak tunjuk tutorial sikit..

Mula2 pergi ke bawah status.. kemudian letak cursor kat button like akan keluar paparan macam dalam gambar. Clik kat Icon Love (Heart) warna merah putih tu dia akan keluar seperti gambar di bawah
Maka terpancut la bentuk2 hati macam ni. hehehehe

Lepas ni dia nak buat apa pulak terpancut kat facebook tu tak tau la. Yang pasti benda tu memeriahkan lagi dunia maya.Letak yang cantik cantik & baik baik.. Maka pengguna pun dapat aura yang baik & positif katanya. tapi ada orang kata perempuan2 yang suka pink, love love macam ni memang hati tisu, asyik nak di manja & di beri perhatian.. Tak reti berdikari apatah lagi layak bergelar wanita besi.. betul ke? Nak tau betul ke tidak perempuan2 yang macam ni bukan kategori wanita besi atau spekulasi tu salah hangpa tengok sendiri kat sini samada anda tergolongan dalam golongan yang bergelar wanita besi atau tak >> 7 Soalan Ini Akan Membongkar Samada Anda Kategori Wanita Besi atau Wanita Tisu<<

Apa apa je la Mark Zuckerberg Ooi.. Setakat love tu terpancut & terpancul kat facebook ok lagi yang benda2 lain yang tak senonoh sudah muncul. Mana tau tetiba Mark Zuckerberg terlebih romantik dia buat icon sperma terpancut pulak ke kan.. Manalah tau mat saleh ni depa memang terlebih open. Benda yang kita rasa privacy bagi depa tidak.hehehe

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MEMBONGKAR RAHSIA LANGSING,KURUS,PUTIH & GEBU DENGAN RAISSA SECRET BEAUTY

20.9.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

MEMBONGKAR RAHSIA LANGSING,KURUS,PUTIH & GEBU DENGAN RAISSA SECRET BEAUTY. Kalau tanya orang perempuan ni, nak tak pakej lansing, kurus,putih & gebu.. Rasanya ramai nak. Tak kira la yang jenis tutup hujung2 je atau yang tutup litup sampai nampak biji mata jer. Majoriti perempuan memang suka nampak cantik walau bukan untuk orang lain tapi untuk kepuasan diri atau untuk mereka yang berhak menikmati kecantikan si perempuan tu.


Cuma tu la.. ada beberapa masalah yang menghalang kaum perempuan ni untuk dapat pakej macam tu.. ada orang nak cantik tapi tak ada budget, ada orang nak cantik, ada budget tapi malas & ada orang nak cantik, ada duit, ada budget, tak malas tapi keadaan tak mengizinkan mungkin sebab sakit & sebagainya.. Tapi tak ada orang dalam dunia ni nak nampak hodoh walaupun definisi cantik bagi setiap orang tu tak sama. Contoh ada orang rasa cantik bila dia buat muka macam haiwan. hehehehe

Bagi yang memiliki impian nak pakej cantik yang lengkap ni.. Meh la sini kita sembang atas pangkin apa rahsia yang boleh buat korang dapat pakej langsing,kurus,putih & gebu ni.. Lepas ni tak jadi rahsia lagi hehehe


Memperkenalkan satu produk yang boleh merealisasikan impian anda untuk dapat pakej cantik dari hujung kepala hingga hujung kaki... Raissa Secret Beauty produk. Mampu menurunkan berat badan dalam masa 10 hari. Bagi yang nak naik pelamin tu.. Rasa masih sempat lagi kalau nak nampak langsing menawan sebelum hari bahagia korang tu.

Raissa secret beauty produk ni mengandungi Fat 2 Slim Slimming Lotion. Di formulasikan dari ekstrak herba herba terpilih seperti ekstrak limau gedang, halia dan pudina. Fungsi ektrak herba herba ni adalah untuk :-

-Membakar lemak tepu
-Mengembalikan bentuk badan yang ideal
-Menghilangkan selulit
-mengempiskan perut
-mengatasi masalah peha dan lengan besar
-merawat senggugut
-melembapkan kulit
-membuang angin
-mengawal selera makan
-menyokong metabolisma dan juga saluran pembersihan kelenjar

Testimoni pengguna

Selain dari Fat 2 Slim Slimming Lotion.. ada juga Coffee mints soap yang di rumus khas dari ekstrak kopi & pudina bagi membantu untuk melangsingkan badan, merawat rekahan (selulit) dan menganjalkan kembali tekstur abdomen. Jangan risau nak guna produk ni sebab ia tiada bahan pengawet malah wanita dalam pantang pun sesuai menggunakan produk ni. Lotion dia pun memang elok di gunakan ketika berpantang. Bukan sahaja perempuan malah kaum lelaki pun boleh guna untuk merawat sakit kaki & sakit lutut. Pendek kata laki bini pun boleh guna tanpa was was.

Bukan tu jer yang ada.. Vita C Blackcurrant.. Lagi best. Pakej untuk kurus, putih & gebu. Kelebihan produk Vita C Blackcurrant ni adalah...

-membakar kalori
-Membantu proses pelangsingan badan
-mencantikan kuku dan rambut
-mencerahkan kulit wajah dan badan
-wajah lebih bersinar
-membantu memudarkan parut
-membantu mencegah jerawat dan jeragat
-membantu meratakan tona kulit
-meningkatkan imunisasi badan
-anti oksida
-Membantu menghasilkan kolagen
-merawat rekahan tumit

Gambar testimoni pengguna yang berjaya

Sekiranya anda berminat untuk mencuba produk pakej untuk cantik dari hujung kepala sampai hujung kaki ni boleh Whatsapp ke Nombor : Rose Ismail 011-39611158
atau boleh layari

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *