BILA WAU TRADISIONAL DIGABUNG DENGAN TEKNOLOGI DRONE

9/13/2016 02:29:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

BILA WAU TRADISIONAL DIGABUNG DENGAN TEKNOLOGI DRONE. Kalau kat negeri & kampung aku ni.. Masa kecik kecik kami panggil layang layang tu wau. Wau pun kami panggil wau. Kalau panggil layang layang tu budak bandar je.. Budak kampung memang tak sebut layang layang. Tapi anak aku pulak lagi berbeza. Kau sebut wau ke layang layang ke memang dia tak tau pekebenda sebab dia sebut kite. Anak aku ni dah la speech delay.. bahasa pun rojak pulak. Sekarang baru proses nak mengasingkan bahasa bahasa dia.

Pakcik Shafie Pembuat Wau

Pak Shafie.. seorang pembuat wau terkenal bagi peminat & penggemar wau di pantai cahaya bulan, kelantan. Kira nama yang tidak asing dalam dunia pembuat wau. 48 tahun dia mengabdikan diri menghasilkan wau wau tradisional yang cantik & megah bila berterbangan di udara. Sebab dia suka bermain wau sejak dari zaman muda maka dia amat mahir menghasilkan wau. Sebab kepakaran dia dalam membuat wau ni dia pernah menjelajah hampir 10 buah negara untuk mempromosikan hasil seni wau dia. Siapa sangka warga emas dalam imej orang kampung ni lebih hebat dari kita.

Pakcik Shafie jugak pernah di beri liputan dalam akhbar berkaitan diri & aktiviti membuat wau. Kira dah biasa di temuramah dengan pihak media luar sampai dia dah boleh speaking london katanya. Mat saleh pun kagum dengan hasil seni wau yang mampu di hasilkan oleh Pakcik Shafie ni. Wau yang selalu di bawa menjelajah dunia adalah wau yang ada pada logo Malaysia Airlines

Harga wau paling kecik yang di hasilkan pun boleh cecah sampai RM600 harganya. Telan air liur. Aku tulis 1 review pun tak cecah harga tu lagi beb.. Menangis tepi bucu skrin, ok! Ada wau dia yang harga mencecah RM12,000. Tapi tak terkejut sebab ia handmade ada nilai2 seni yang sangat mahal. Bukan semua orang mampu hasilkannya. Kau tak payah cakap pandai sangat la kan.. cakap senang nak hasilkan wau ni.. cuba kau buat dulu. Lagipun pakcik shafie ni dah kira nama dia dah jadi jenama sendiri yang terkenal sampai luar negara.

Tertengok satu video yang cover pasal kisah Pakcik Shafie ni.. Bila wau dia di gabungkan dengan teknologi drone, memang gempak. Tapi kelakar la sikit bila pakcik shafie kali pertama tengok drone siap tanya raksasa ke hapa ni? hahaha Kalau korang tak tahu drone tu apa.. alah.. macam helikopter kecik yang di pasang camera untuk memantau kawasan yang tak mampu di jejaki manusia. Nak tengok apa yang berlaku lepas wau pakcik shafie ni di pasangan drone & macam mana reaksi pakcik shafie, boleh tengok kat sini >> Kisah Pakcik Shafie Pembuat Wau Terakhir Di Malaysia <<

Ni contoh gambar drone

Moral of the story.. Bila permainan tradisional di upgrade dengan teknologi terkini macam drone ia secara tak langsung memartabatkan hasil seni tempatan sekaligus menarik minat golongan muda untuk belajar menghasilkan wau tradisional ni.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com