BUNYI & SUARA MISTERI PUKUL 3.07 PAGI

25.9.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

BUNYI & SUARA MISTERI PUKUL 3.07 PAGI. Tu dia siang siang hari berseram serik lekatlekit pulak dah. Yelah.. cerita fresh from oven katanya kena tulis siap siap.Kalau biar lama2 kang lupa pulak. Almaklum la menulis ni perlukan mood & idea yang fresh katanya. Kali ni tak nak cerita adaptasi dari cerita orang lain tapi nak cerita pengalaman sendiri pulak. Sumpah tak bohong ok!


Rasanya lama rumah aku ni jarang mengalami gangguan bunyi misteri berbanding dulu. Tapi tiba- tiba bunyi misteri tu kembali lagi pulak. Bermula tengah malam semalam.. Alkisahnya.. Time tu aku baru nak terlelap. Kita antara tido & jaga tiba2.. aku terkejut dengan bunyi seperti perabot kayu yang di seret atas lantai. srett... sreeettt... bunyinya di malam yang sunyi hatta bunyi cengkerik pun tak ada. tetiba dengar bunyi tu dengan gemanya sekali. Memberi memberi effect seram jugak kalau orang yang penakut. Bunyi macam tu memang dah biasa cuma bila dah lama tak ada.. Tiba2 kembali tu jadi special case sikit..

Bila aku terbangun tu aku just tengok anak aku je. Bunyi tu aku tak berapa nak kisah sangat dah. Almaklum la dah biasa katanya. So aku sambung tidur balik la tanpa fikir apa apa walaupun ada sedikit rasa yang tak best. Serius rasa ada something.. Tapi aku tak nak terlampau fikir sebab aku rasa nak tidur balik je. Sampai pukul 3.07 pagi.. Tiba2 datang lagi bunyi yang sama agak kuat. "Sreeeeeeeettttttttt!! Buat aku terjaga lagi. Tengok suami aku nyenyak macam tak dengar apa2.. Maybe dia tak dengar kot. Bila terjaga tu aku tengok jam kat smartphone aku. Tepat pukul 3.07 pagi.. Masa aku terjaga masih berbunyi.. Memang mengganggu jugak tidur aku sebab rasa bising. Baca la apa yang patut supaya bunyi tu senyap.. Tapi... Rupa dia memperdengarkan bunyi lain pulak dari kebiasaanya...

Aku ingat sekadar bunyi perabot kayu di seret tengah2 malam buta rupanya semalam dia nak memperdengarkan suara merdu dia pulak... Tiba2 berbunyi macam suara manusia tapi tak jelas la dia sebut sesuatu atau apa. Seakan berbisik suara tu.. Aku dah mula tak sedap hati jugak tapi aku tak kejutkan suami aku. Cuma aku pastikan gangguan tu tak mengganggu tidur anak aku. Tak tau kenapa extreme pulak semalam gangguan tu. Mungkin sebab sebelum tidur aku ada pasangkan ayat ayat rugyah bagi anak aku dengar. Tak ada sebab apa pun aku pasang ayat2 ruqyah tu sebenarnya. Sambil2 tu aku cakap dengan suami kalau tak ada bunyi2 misteri tu selalunya anak aku jarang tejaga & menangis tengah malam walau tak ada menangis teruk teruk sangat cuma kalau ada bunyi2 tu dia kerap terjaga & merengek.

Bila dengar seakan akan suara tu.. Aku berdoa mohon perlindungan dari Allah je la. Nak kata takut sangat sampai menggigil & tak boleh baca apa2.. Serius tak sangat pun. Cuma aku usya jugak sekeliling kot2 dia ada menunjukkan kelibat kat mana mana. Tapi tak ada pulak. Hanya melalui bunyi je dia menyatakan kunjungan dia time tu. Mungkin sebab sebelum tidur aku ada sebut pasal dia kan.. Mesti ingat aku rindu kat dia la tu. Takde maknanya ok!! hehehehe

Akibat asyik terjaga je.. pagi ni memang rasa lemau sikit la. Bila terjaga dengan gangguan bunyi tu memang ambil masa jugak nak pejamkan mata balik. Nampaknya misteri gangguan bunyi kat rumah aku ni masih belum berakhir. Cuma kadang2 dia bercuti panjang buat aku rasa benda tu dah tak ada.Rupanya ada lagi.. Hai la makhluk bunyi.. Bila gamaknya kau nak pulang ke kampung halaman kau. Menumpang dah la tak bayar sewa.. Lepas tu asyik menganggu tidur orang je. hehehe

Tak tau la macam mana nak akhiri gangguan bunyi tu.. Kalau nak suruh pengamal perubatan Islam yang pernah aku pergi buat agak tinggi kos dia.. Lagipun gangguan bunyi tu setakat ni hanya bunyi cuma semalam je bunyi suara. Biarlah di berbunyi.. Malas nak layan katanya. hehehehe

Moral of the story.. Bila berdepan dengan situasi yang menyeramkan paling penting kawal emosi.. Sebab emosi tu kadang2 kalau di luar kawalan boleh menyebabkan histeria jugak. Jangan berimaginasi bukan2.. Aku pratikkan benda tu untuk tidak menakutkan diri sendiri. Bukan saja berdepan dengan situasi menyeramkan malah dalam apa jugak situasi pun kita kalau pandai control emosi Insya Allah kita cool even terpaksa berdepan dengan situasi macam ni pun >> 4 Situasi Yang Confirm Buat Korang Panas << Tak caya try la pratikkan.

1 comment:

  1. Hah! Cerita seram macam ni memang rindu akak nak baca. Hari-hari teringat kat blog awak tapi tak berkesempatan nak 'meroyan' katanya di sini ^_^

    Wah, ni memang misterilah sampai dia perdengarkan suara pulak! Lunak ke tidak? Tapi seram jugalahkan tiba-tiba bersuara di awal pagi macam ni. Pukul 3 pagi ni memang special sikit tau. Pernah tak tengok movie seram pukul 3 pagi ni? Lupalah akak apa tajuknya!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!