DRAMA LARA TERINDAH SEPATUTNYA DIBERI TAJUK SEBAGAI KEKASIH KU MANGSA ROGOL

9/20/2016 09:21:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

DRAMA LARA TERINDAH SEPATUTNYA DIBERI TAJUK SEBAGAI KEKASIH KU MANGSA ROGOL. Tak nak la hipokrit cakap aku tak layan langsung drama melayu pukul 7 kat tv3 ni. Aku tengok jugak sikit2 walau banyak skip. Pukul 7.30 jer dah masuk maghrib selalunya anak aku layan upin ipin kat tv9. Kadang2 je la bersiaran rancangan tu sampai pukul 8 kadang2 tak pun. Cara aku menonton pun sama.. Time2 maghrib memang banyak skip la.. Almaklum la maghrib kan waktu yang singkat.


Nak kata aku tahu sangat hujung pangkal selama episod dia bersiaran kat TV3 sekarang.. sebenarnya tak tahu sangat la. Tup2 tertengok part dia tengah sarat mengandung.. Lepas tu paham la jugak dia mengandung sebab kena rogol. Kawan sendiri aniaya katanya. Jadi kalau ikut trend tajuk2 drama pukul 7 kat TV3.. Drama tu sesuai di beri tajuk Kekasih Ku Mangsa Rogol. Baru hipster sikit katanya. hahahaha. Almaklum la trend tajuk drama pukul 7 kat tv3 memang tajuk2 direct to the point. Takde kias kias dah. Orang kata tajuk drama sekarang memang kurang seni. hehehe.. Apapun drama Lara Terindah ni bukan adaptasi Novel. Dari apa yang aku baca la. Tajuk dia pun tak ikut trend tajuk drama sekarang. hehehe

Mengisahkan seorang lelaki (hero dalam drama tu) yang berpewatakkan anti perempuan sikit & selalu layan perempuan2 yang dia kenal dengan buruk. Heroin dalam drama ni Memegang watak sebagai seorang penulis skrip drama yang bekerja sama produksi dengan mak kepada hero yang anti perempuan tu. Dia mula membenci & berdendam dengan heroin penulis skrip tu selepas terlibat dalam kemalangan yang membuatkan dia terlepas satu projek besar so dari situ dia mula pasang niat nak balas dendam kat heroin dalam drama ni. Nak di jadikan cerita depa berjumpa semula.. Yang si hero ni rasa macam si heroin ni nak ambil kesempatan kat mak dia.. Maka bertambah meluat la dia kat perempuan tu. Lepas tu bila dia tahu si heroin ni rapat dengan seorang Dato dia mula buat baik dengan kawan si heroin ni yang masa tu baru je bekerja di syarikat dia. Budak perempuan tu jenis mata duitan & selalu la jadi mangsa buli si hero ni. Tujuan dia buat macam tu sebab nak mendekati si heroin supaya dia dapat balas dendam tanpa sedar kawan perempuan merangkap staff baru kat syarikat dia tu ada hati dengan dia & bertekad untuk memiliki si hero ni. Biasa la tipikal drama melayu mula2 benci lepas tu jatuh cinta.. Si hero ni jatuh cinta dengan heroin buat si kawan heroin sakit hati lalu mengupah orang merogol si heroin sehingga mengandung & melahirkan anak luar nikah. Tapi anak tu dia bagi kat orang. Disebabkan kejadian di rogol tu si heroin terus putuskan hubungan dengan hero walaupun dia masih cinta. Lepas tu dia bertemu dengan seorang jejaka yang sangat baik dengan dia & selalu buat dia rasa bahagia tapi pada masa yang sama dia masih mencintai bekas kekasih dia si hero tu. Apa yang berlaku seterusnya.. hangpa tonton sendiri kat pukul 7 kat tv3 setiap isnin hingga khamis kalau hangpa boleh hadap dengan drama melayu tipikal macam tu. hehehehe

Tu la sinopsis yang aku baca dari blog lain tapi aku tak copy paste. Aku taip balik tau. Nampak macam copy paste ke? Mesti tak, kan? Kalau ada keji2 manja tu memang review dari aku la tu. Hahaha...

Apapun aku tak mau judge drama ni level Jamban atau level yang boleh membanggakan bangsa melayu sebab aku pun tengok sekejab sekejab & cerita ni pun baru je start di tayangkan 31 ogos lepas. Aku sendiri pun tak sure sangat jalan cerita dia.. Pelakon pun aku kenal Nelydia Senrose jer.. Yang hero dia aku sendiri pun tak sedar bila dia jadi pelakon. Yang pelakon pembantu tu kenal la jugak selalu berlakon watak perempuan jahat cuma tak sure la nama dia. Cuma tengok sikit2 pun macam cannot go je dengan drama ni. Tak mampu menarik aku untuk menonton sangat la. hehehe

Moral of the story.. Aku bukan anti drama melayu cuma drama melayu sekarang memang susah nak menepati taste aku. Bukan tak ada langsung drama melayu yang berkualiti cuma semakin sedikit jumlahnya. Hope ada anjakkan paradigma akan kembali menaikkan martabat drama melayu. Tak payah nak buat drama bodoh sangat semata mata nak ikut trend...

4 comments:

  1. sy tgk tajuk je n pelakon yg lain x kenal..just Nelydia je mls dh nk amik port..tapi...bila akk cite sinopsisnya macm best la plak..hahaha..tp x tau la ap yg kurang kt drama mlyu skrg ni..x de jiwa kot nk tgk smpai abis.certain la.

    ReplyDelete
  2. drama kul 7 ni mmg ntah apa2 je.. tp kalau slot samarinda ok la cikit dr kul 7 tu. klu slot cerekarama ok la..iye la cite 2 jam je..blh la kot buat cite yg elok2 ckit.

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak layan cerita mengarut-ngarut ni.Last pun tengok citer Mira Filzah.

    ReplyDelete
  4. akak memang tak tengok la..heheh..drama melayu ni malas nak tengok sebab anak2 rajin bertanya..kadang tak tahu nak jawap apa..Lagi kalau tak pakai tudung, pegang2 laki pompuan, susah nak jawab..baik tengok filem tamil..diaorang tengok pun diaorang tau dah yang tu bukan islam..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com