INI YANG MUNGKIN BERLAKU KALAU TERMAKAN MAKANAN SEMBAHYANG ORANG BUKAN ISLAM

6.9.16 Suria Lekatlekit 7 Comments

INI YANG MUNGKIN BERLAKU KALAU TERMAKAN MAKANAN SEMBAHYANG ORANG BUKAN ISLAM. Kita sedia maklum kaum cina yang beragama budha kebanyakkan memang menggunakan makan untuk kebanyakkan ritual pemujaan agama mereka. Even dekat tempat penyembahan mereka pun sentiasa ada buah atau apa2 makan.. Tapi paling meriah kalau masuk bulan perayaan hantu la.. Memang ritual menjamu hantu tu penuh la dengan macam macam makanan berunsur makanan berat & snek. Yang macam nasi, kuih muih, ayam, daging bagai memang la dah terang2 status kehalalannya bagi umat Islam.. Tapi yang macam snek yang ada status halal tu macam mana pulak??


Benda ni pernah berlaku masa aku kerja sebagai general clerk kat satu kilang masa sebelum berhijrah ke sini dulu. Tak silap aku bulan tu bulan hantu kot. Macam biasa la.. Bos - bos aku ni cina. So depa tak terkecuali la untuk melakukan penyembahan untuk perayaan bulan hantu tu. Habis upacara menyembah tu dia hantar sedikit snek kat opis.. suruh makan. Serius time tu aku meragui status kehalalan makanan tu walau pada hakikatnya dia halal tapi sebab dia dah di jadikan bahan pemujaan untuk ritual keagamaan mereka.. Buat aku tak makan la. Gila kau nak makan! Tak kebulur sangat kot benda2 macam tu nak makan walau time tu aku sendiri tak sure boleh ke tidak orang Islam makan.

Dari apa yang aku baca.. Aku baca je ni bukan pergi mengaji dengan mana2 ustaz. So hangpa ambil sebagai bahan bacaan selebihnya merujuk la kepada mereka yang lebih berilmu.

Setiap barang makanan atau buah yag telah dijadikan sebagai bahan pemujaan di situ telah menjadi makanan jin kafir dan syaitan. Walaupun nampak dari segi zahirnya seperti biasa tapi hakikat sebenarnya barang tersebut telah di cemari dengan gelombang yang buruk dan kotor (daripada jin kafir dan syaitan) jika kita makan dikhuatiri gelombang buruk dan kotor itu masuk ke dalam badan kita menjadi darah daging kita maka memudahkan jin kafir dan syaitan menggoda kita. Oleh itu jauhilah semua barang yang telah dijadikan bahan pemujaan oleh orang musrik . Makan dan minulah barang yang halal dan baik yang ada di sekeliling kita.

Jadi tak kira makanan tu yang di gunakan untuk penyembahan orang bukan Islam atau orang yang mengamalkan ilmu batin macam bomoh tu. Sebab ada di kalangan orang2 melayu yang mengamalkan ilmu2 macam tu setiap tahun dia akan ada satu upacara penyembahan kepada saka saka dia yang selama ni membantu dia dalam aktiviti rawatan alternatif bagai. Kadang2 dia buat macam kenduri jemput orang kampung & orang2 sekeliling makan.. Jadi kalau tahu elakkan la pergi. Kita dah tau kenduri dia tu untuk apa & siapa kan..Takut makan yang jadi darah daging kita memberi kesan dalam kehidupan seharian kita pulak.

Moral of the story.. Walau makanan dari upacara penyembahan macam tu nampak bersih & memang bersih pada zat nya contoh minuman dalam botol macam yakult tu walau kilang tempat pemprosesan & pembungkusan dia bersih giler. Tak caya tengok kat sini >> Ini Yang Telah Di temui Di Kilang Yakult Oleh Satu Team Semasa Melawat Kesana << Tapi kalau benda tu di jadikan salah satu makanan untuk upacara penyembahan bagi orang bukan Islam.. Even botol dia masih di buka sekalipun tetap tak di galakkan kita meminumnya. Bersih hanya pada lahiriah tapi secara batinnya dia telah di serap dengan unsur2 yang tidak baik bagi orang Islam.

7 comments:

  1. Ish ada ke macam tu nak suruh kita makan.. Info yg bagus jugak ni..dah macam soal jawab agama

    ReplyDelete
  2. Bagus info ni kak. Sy pun selama ni tak tahu. Hahaha. Tq for sharing. Tapi sebagai orang munasabah rasanya even tak tahu pun, tetap tak berani nak makan. hehe

    ReplyDelete
  3. Info berguna ni. Mmg serius x tau pun sblm ni...

    ReplyDelete
  4. pernah dgr..fizikal nampak biasa, dlm dalam jiwa air makanan bagai tu dah tercemar..

    ReplyDelete
  5. Owh mcm tu. Teringat dulu masa kecik-kecik,selalu jumpa makanan dekat tempat pemujaan siap tanya mak ayah boleh x kalau nak makan buah tu. Tapi, tahu sekadar dosa mencuri.Thanks for sharing admin.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!