INILAH 10 CADANGAN TAJUK DRAMA MELAYU IKUT TREND SEKARANG

9.9.16 Suria Lekatlekit 0 Comments

INILAH 10 CADANGAN TAJUK DRAMA MELAYU IKUT TREND SEKARANG. Semua orang sedia maklum trend tajuk drama melayu sekarang memang tak berseni langsung.. Tak kira la yang adaptasi dari novel atau tak. Bukan je tajuk drama.. tajuk novel pun termasuk sekali. Kadang2 baca tajuk pun spoil mood nak tengok drama tu. Sebab sekarang ni kebanyakkan tajuk2 drama yang konon hipster sangat tu jalan cerita dia memang membosankan & sama jer. Cuma berbeza watak jer.


Antara drama yang paling terkini menjadi kecaman nitezen adalah sayangku Kapten Mukhriz.. Walau tajuk tu macam mengambarkan kerjaya seorang anggota tentera tapi cerita dia memang tak tunjuk pun kerja sebenar seorang anggota tentera malah dalam cerita tu pun hanya banyak imaginasi tipikal penulis tentang cinta seorang Kapten & doktor. Kira sepanjang cerita tu babak2 dia tak ada langsung yang mencabar.. cerita jeles, merajuk itu je la sampai habis.

Sebab sekarang dah masuk fasa trend tajuk drama yang highlight tentang kerjaya.. Ok meh sini aku nak suggest beberapa tajuk drama yang mungkin penulis2 novel & pembikin drama melayu yang kurang idea untuk berkarya ikut trend..

1. Kau Suntik Cinta Ku Tuan Doktor
2. Tolong Padam Cinta Ini Abang Bomba
3. Rotan Rotan Sayang Cikgu Disiplin
4. Cintaku Tersangkut Di Jala Abang Nelayan
5. Terpaut Cinta nasi lauk sosej Anak Makcik Kantin
6. Hati ku di lokap abang polis
7. Penjara Cinta Warden Asrama
8. Buli Buli Cinta Budak Sekolah
9. Sebersih Cinta Tukang Cuci
10. Harumnya Kasih Abang Alam Flora

Cukup lah 10 idea untuk tajuk drama yang berkisahkan tentang kerjaya seseorang. Moga dapat memberi inspirasi kepada penulis2 di Malaysia untuk menghasilkan karya ikut trend ni.. hahaha.. Zaman sekarang golongan copy paste idea ni ramai.. Walaupun tak boleh claim sebagai mencuri hakcipta orang lain tapi idea yang lebih kurang sama semua tu dah menunjukkan penulis di negara kita sekarang memang ketandusan idea. Adaptasi cerita yang sedia ada.. olah sikit2 dah jadi satu karya dia. Senang kan? hehehehe

Rindu pulak dengan drama yang tajuknya.. "hatiku bukan pualam".. "Sekeras Kerikil".. bla.. bla.. tajuk macam tu. Sebab tajuk cerita tu pun dah mengambarkan identiti seorang penulis cerita tu. Dari tajuk tu kita boleh nilai kehebatan seorang penulis tu sebenarnya. Sebelum ni trend tajuk drama & novel dengan nama.. Penuh la drama & novel dengan tajuk macam tu last2 memang hampeh je la cerita dia. Kalau best pun yang mula2 mencetuskan fenomena tajuk macam tu jer.. Yang kaki2 copy paste idea ni kebanyakkan karya depa asal siap je la.

Karya drama atau filem zaman sekarang walaupun mereka ada budget yang banyak tapi kualiti cerita tak sama macam orang dulu dulu. Orang dulu2 buat filem banyak yang sampai ke hati penonton. Orang sekarang buat cerita kebanyakkan hanya sampai di lidah penonton je bila masing2 tak sabar2 nak mengeji sesebuah cerita tu. Yelah.. sakit hati mak ni tau.. Cerita macam tu pun kau nak tayang kat kaca TV atau skrin besar. Tapi ada satu filem yang di anggap Hebat pada zaman dulu walaupun budget filem ni ciput je. Filem ni katanya ada stuntman yang terkorban semasa melakukan aksi tapi tidak di dedahkan kepada umum kes tu. Filem tu jugak memberi pengaruh besar kepada penonton waktu tu sampai ada yang berani cuba melakukan aksi aksi berani mati sehingga menyebabkan dia kemalangan & koma. Nak tahu filem apa meh tengok kat sini >> 3 Ibu Bapa Kongsi Cerita Terpengaruh Selepas Menonton Filem Classic ni <<

Dulu aku ada jugak cita cita nak jadi seorang penulis novel tapi sebab aku tau bukan mudah.. Perlu ada hati & minat yang mendalam bila nak menulis satu cerita agar cerita kita nampak original & tidak menyamai penulis lain.. Itu yang paling susah. Nak2 lagi lepas berhijrah ke sini... Terus berkarat skill penulisan aku tu. Sampai nak karang cerpen pun dah tak mampu lagi. Tu yang aku ambil keputusan jadi penulis blog je senang hahahaha.

Moral of the story.. Bekerja menggunakan kreativiti memang kena kerja dengan hati baru boleh menghasilkan produk yang ikhlas & berkualiti. Kalau setakat nak kejar untung tapi kualiti tak jaga memang tak kemana la.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!