PENGALAMAN DI GANGGU LELAKI GILA SEKS
Tapi ada ketikanya kita perlu jugak bergerak sendiri tanpa suami. contoh Macam kalau suami aku tak sempat nak hantar atau ambil anak kat sekolah maka tugas tu aku kena ambil alih. Tapi bukan hari2 la.. Macam kejadian siang tadi. Suami call cakap tak sempat ambil anak aku kat sekolah. Maka aku la kena ambil anak aku. Setakat aku sorang jalan kaki jer ke sekolah anak aku tapi kesian pulak anak aku.. Panas pulak nak biar dia jalan kaki jadi aku ambil teksi sebab aku tak reti memandu. Selalunya aku suruh teksi berhenti tepi jalan je.. Aku tak suruh hantar sampai depan block aku. Rumah aku ni atas bukit kalau teksi nak hantar sampai depan block.. dia terpaksa pusing kawasan apartment tu dulu sebab jalan masuk cuma 1 way. Dari tambang RM5 - RM6 kalau suruh dia naik sampai atas confirm RM10. Lagipun nak naik ke kawasan apartment rumah aku tu ada tangga & block rumah aku berdepan dengan tangga tu. Maka aku suruh dia berhenti tepi jalan aku panjat tangga je.
Dijadikan kisah seram hari ni.. Turun je teksi berjalan nak naik tangga tetiba dengar suara dok suwit2... ingat budak2 ke hapa nak menyakat aku yang dari jauh ni nampak macam budak budak juga so aku pandang la.. Tapi yang aku pandang bukan budak2 tapi jantan keparat yang tengan bernafsu syaitan dok buat aksi lucah dengan 'anu' dia. Atau senang hangpa paham beronani la. Lokasi dia walau berdepan dengan aku tapi dia di seberang jalan.. tepi kawasan hutan. Aku kat seberang sini.. Aku tahu dia berani buat macam tu je tapi tak boleh buat lebih dari tu sebab tempat tu memang orang sentiasa lalu lalang cuma kebetulan masa aku lalu.. orang lain masih jauh kat belakang. Lagipun dia di seberang jalan kalau nak datang kat aku dia perlu lintas jalan dulu. Aku terpandang kemudian aku terus berjalan naik tangga. Sampai atas tangga apa lagi aku keluarkan senjata paling di geruni ramai... Samsung galaxy S4 zoom la. Dia mampu Zoom sampai ke 'anu' kau tu ok!! Tapi tak sangka sempat nampak aku keluarkan camera.. berdesup macam babi hutan dia lari masuk hutan. Tak sempat aku nak snap.
![]() |
Tak sempat nak snap gambar jantan tu. Ni je sempat snap |
Geram sangat tau aku!!Spesis macam ni harus khatan sampai kudung jer... Nafsu macam hantu raya. Siang2 hari tempat orang lalu lalang macam tu pun berani dia nak buat aksi2 lucah tunjuk kat perempuan. Kalau dah sangap sangat pergi je cari kat lorong haji taib tu.. Minta dapat yang ada HIV.. baru kau tahu dunia ni hanya sementara. Tak pasti orang tempatan atau orang asing. Sebab aku perasaan kulit gelap... badan pun tak besar mana. Memandangkan sebelah hutan tu ada tapak pembinaan yang selalu aku dok skodeng dari tingkap rumah aku.. Nak kata mat bangla ke orang india ke hapa aku tak sure sebab aku terpandang je terus aku pusing balik kepala. tak ingin aku nak tengok.
Moral of the story.. Berhati hatilah wahai wanita di luar sana. Jangan ingat kat tempat2 sunyi je benda2 macam ni boleh berlaku. Kat mana2 saja tak mustahil boleh berlaku. Jadi sentiasa beringat & berwaspada.
Kena extra careful bahaya sekarang ni
ReplyDeletefuh.. siang2 tu.. ken alert semua wanita.. jaga n beringat selalu
ReplyDeleteYe Kak.. btl tu. Orng klau nk buat sesuatu xyah tnggu kt tmpat sunyi. Hati2 Kak..
ReplyDeleteReport polis je..
ReplyDeleteHuwaaa ... Takut nyer ... Hati2 lah semua di luar sana terutama wanita dan kanak2 ... Kalau dah selalu sangat boleh buat report, takut yang lebih buruk berlaku ...
ReplyDeleteGeli betullah. Buruk perangai. Nasib baik tak sempat ditangkap dek kamera handphone. Kalau tidak, naya hang tau tak!
ReplyDeleteKalau boleh, kita ni orang perempuan janganlah jalan sendirian. Tapi ada masanya memang tak boleh nak dielakkan, ya tak? Nak buat macamana!
Akak ni kalau berjalan sendirian, memang pegang kunci kereta celah jari dengan niat, sapa tersilap dekat aje memang tercucuk kuncilah kome nanti tau!
ee. geramnya. sy yg baca ni pon naik geram
ReplyDeleteactually, sy pon da pengalaman gini. tp ni terang2 kt bas stand.. kalau ingt blk mmg gerun takut j masa tu. berpakaiab lengkap tp mak aiii, dan lagi nk tnjuk anu iye tu.. eee.. geli