PENGALAMAN SENDIRI MELALUI JALAN BUKIT LENGKOK YANG TERKENAL DENGAN KISAH SERAMNYA

18.9.16 Suria Lekatlekit 5 Comments

PENGALAMAN SENDIRI MELALUI JALAN BUKIT LENGKOK YANG TERKENAL DENGAN KISAH SERAMNYA. Jalan bukit lengkok bukan pertama kali aku guna jalan tu bila dari kampung nak balik ke istana hinggap aku kat sini. Tak kira siang ke malam dah banyak kali suami aku guna jalan tu. Kalau kami decide tak nak masuk highway la. Nak2 lagi kalau musim cuti perayaan ni kami memang selalu mengelak masuk highway bila tahu keadaa traffic jam. Semalam pun kami guna jalan bukit lengkok jugak.

Bukit lengkok ni jalan dia memang kecik.. suasana sekeliling dia sunyi sebab kiri kanan hutan.. Kalau malam tu tak banyak sangat kenderaan guna jalan tu. Dah la sunyi, gelap kenderaan pun tak banyak di tambah lagi dengan cerita2 seram yang di kaitkan dengan jalan tu.. Bayangkan la apa perasaan anda bila melalui jalan tu pada malam hari.

Ni la permandangan jalan bukit lengkok di siang hari. Bayangkan suasana dia di malam hari. memang kalau kita fikir bukan2 seram jugak tapi kalau kita tak fikir apa2 enjoy je sepanjang perjalanan.. Insya Allah kita akan menikmati permadangan gelap gelita dengan hutan kiri kanan dengan tenang. hehehe. Gambar sumber google

Setakat aku dok pi balik guna jalan tu tak kira siang malam pagi petang.. Memang tak ada apa2 perasaan pun walau aku banyak jugak baca kisah pengalaman seram orang lain kat situ. Paling banyak jumpa langsuir la. Alhamdulillah.. Sepanjang dok guna jalan tu Allah tak mengizinkan kami sekeluarga terserempak dengan makhluk2 tak di ingini. Lagipun setiap kali guna jalan tu aku memang terlupa apa2 cerita seram. Kalau tak melayan anak aku.. melayan borak dengan laki aku je. Tapi semalam shahila masuk kereta gerak sekejab jer dah tidur sebab siang hari bawa jenjalan penang sebelum balik ke Istana hinggap kami kat sini.

Dalam perjalanan guna jalan bukit lengkok semalam ada juga laki aku cuba mengungkit kisah2 seram popular kat situ tapi aku siap2 warning benda tak ada tak payah nak sebut sebut. Kena la sentiasa beringat.. Sebab depa tu kita ja tak nampak tapi ada ja kat mana2. Tak tergamak jugak aku nak terserempak di malam hari ketika suami ku memandu. Yelah.. takut terkejut satgi.. macam2 benda boleh jadi.

Kadang2 yang menakutkan kita adalah imaginasi kita sendiri sebab tu bila kita melalui jalan2 atau tempat yang terkenal dengan kisah seram,mistik & misteri ni.. Tak payah nak membangkitkan sangat aura seram dengan mengungkit kisah2 yang pernah kita dengar. Benda tu seolah2 kita buat emosi kita terganggu. Bila emosi kita di takutkan dengan imaginasi sendiri kadang2 daun di tiup angin pun kita nampak macam pontianak terbang.

Apapun aku harap dalam hidup aku tak terserempak la dengan makhluk2 yang tak perlu aku tengok tu walaupun aku minat cerita seram. Tak ada kepentingan aku nak tengok wajah2 depa nan ayu tu katanya. Biarlah aku tengok hantu dalam filem seram je sebab aku tau tak seseram hantu2 yang sebenar. hahahaha

5 comments:

  1. haha.klo yg real punya mmg meremang punyee

    ReplyDelete
  2. pernah jugak lalu jalan mcm ni masa dr kl ke kuantan..tp enjoy je journey, selamat sampai pg balik..

    ReplyDelete
  3. hahahahaha
    hahahahaha
    peminat cerita seram rupanya penakut
    hahahahaha
    (kita serupalaaa Lekit.. akak pun tak mo lah jumpa wpun suka tengok dan baca.. huhuhu)

    tapi jalan tu memang seram la.. akak mcm tak penah lalu.. tak ada lampu jalan ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... berani2 takut jugak. Dulu ada hati nak join geng paranormal tapi sejak ada anak. memang kalau boleh taknak la di ganggu makhluk2 ni.. nak2 lagi anak saya ada beberapa kali kena gangguan dulu.. so bila lalu tempat2 yang kita sedia maklum tu.. memang tak nak sebut apa2 yang mengundang feel seram hehehe...

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!