TAK PERLU BEAUTY CAMERA UNTUK BERSELFIE KALAU GUNA OPPO F1S

28.9.16 Suria Lekatlekit 5 Comments

TAK PERLU BEAUTY CAMERA UNTUK BERSELFIE KALAU GUNA OPPO F1S. Tu dia dah tambah 1 niche kat blog lagi, Dok bercakap pasal smartphone pulak.Nak jadi Tech blogger pulak ke? Almaklum la minat tu sesuatu yang boleh berubah & bertambah jadi tak pelik la kalau minat aku bertambah atau berubah. Sekarang ni aku tengok pengeluar2 smartphone mula berlumba lumba nak hasilkan smartphone yang mempunyai fungsi camera yang terbaik terutama camera depan. Almaklum la trend orang sekarang kemana,dimana & dalam apa juga situasa tak kira la happy, sedih, risau, gersang bagai semua nak selfie tunjuk emosi depa melalui memek muka. Jadi camera hadapan smartphone menjadi satu keperluan jugak buat manusia zaman sekarang ni.

OPPO F1S

Selalu dok tengok iklan OPPO F1S ni tapi tengok tanpa ambil tahu tapi semalam secara tak sengaja terdengar iklan OPPO F1S kat rancangan apatah lupa pulak aku katanya OPPO F1s camera depan dia 16Megapixels. Aku ni bukan la bengong sangat bab2 gadget ni cuma bukan pakar. Basic2 tu aku paham la macam megapixels camera. GB RAM atau storage dalam smartphone tu. Masa aku belajar dulu semua tu tu aku belajar jugak. Jadi Bila dengan 16 Megapixels memang kagum jugak la.. Boleh bayangkan betapa besar & terangnya gambar yang mampu di hasilkan dengan camera 16 Megapixels ni. Tapi jangan risau mereka2 yang muka subur dengan jerawat, pori ternganga atau parut jerawat walaupun camera depan dia 16 Megapixels tapi sebab tagline dia pakar selfie anda.. Dia akan filter muka korang sehingga nampak kekonon natural beauty & gambar no filter la sebab tak guna application camera. Dengan kepakaran Oppo f1s.. cela di wajah anda di sembunyikan. hehehehe

Aku jumpa gambar comparation antara OPPO & Samsung. Memang lebih smooth gambar dari camera Oppo tapi lebih original dari camera samsung. Hahahaha Cuma guna Oppo dah tak perlu korang instal beauty camera la.. Jimat space. Gambar aku google je.

Almaklum orang sekarang kalau guna standard camera kat smartphone semua claim no filter padahal camera smartphone sekarang macam OPPO F1S memang dia dah filter gambar korang. Tapi bila kita nak ambil gambar mesti nak gambar nampak cantik kan.. Sapa nak gambar hodoh walaupun rupa sebenar tu tak cantik mana. Aku sendiri pun nak gambar aku nampak cantik. Fitrah manusia kot.. memang suka nampak cantik nak2 lagi perempuan. Jadi tak payah kondem sangat la kalau orang tu pandai ambil gambar selfie yang membuatkan dalam gambar dia nampak cantik.

Duta Oppo f1s memang dah sedia cantik bertambah cantik bila selfie guna camera Oppo ni

Disebabkan semua orang nak nampak cantik dalam gambar.. OPPO F1S menampilkan ciri ciri yang memenuhi keinginan kaki selfie. Selain camera depan dia 16 megapixels.. camera belakang dia pun tak kalah 13 Megapixels jugak. Untuk smartphone rasanya dah cukup cantik dengan camera macam tu. Selain tu skrin dia pun besar 5.5 inchi & HD. RAM dia 3GB & internal storage dia 32GB. lebih dari Cukup la tu nak simpan gambar2 selfie korang. Tak cukup kau beli la SD card sendiri hehehehe. Dia ada 2 pilihan warna rose gold & champagne gold.Boleh guna 2 simcard (nano simcard slot). Nano simcard ni simcard yang kecik bukan yang jenis Simcard atau micro simcard. Nano ni size dia paling kecik. Rujuk gambar kalau tak faham.

Kalau korang guna simcard yang besar tu boleh gunting je untuk dapat nano sim

Kalau memang dalam budget korang.. Boleh la beli OPPO F1S. Aku biasa la.. Walaupun macam teruja tapi guna apa yang ada melainkan benda tu ada orang nak bagi free.. Aku terima je. Almaklum la zaman ekonomi sekarang.. Simpan budget nak bayar GST katanya. hahahaha. Harga pasaran sekarang RM1198 Tapi di lazada mycybersale sekarang seperti harga di bawah.. Berminat clik terus pada gambar

Clik Pada Gambar untuk ke page mycybersale lazada

5 comments:

  1. Cik akak pakai vivo je..haha..
    Yg penting senang nak beronline...

    ReplyDelete
  2. Sekarang dah jarang selfie, tak macam dulu.. dalam hp banyak gambar anak2 dan gambar sekeliling je.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Peninglah tengok smartphone banyak sangat pilihan sekarang. Tak tahu mana satu yang boleh memberi kepuasan katanya ^_^

    ReplyDelete
  4. Confius lah nak beli hp yang mane. Iphone5 atau oppo selfie f1s. Nak beli iphone 6 bajet tak cukup. Aku kuat selfie. Haha . Iphone ni buat stop menganjing boleh lah. Ram pon 1GB, kamera balakang 8 mp and depan 1.2 Mp. Lagi besar memory, lagi mahal harga nya. Bajet Rm seribu empat ratus dapat la beli iphone5 32GB. Baik beli oppo la puas hati. Jimat dua ratus

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *