TAK PERLU KE BANK LAGI UNTUK TUKAR & AKTIFKAN ATM DEBIT CARD MAYBANK

13.9.16 Suria Lekatlekit 0 Comments

TAK PERLU KE BANK LAGI UNTUK TUKAR & AKTIFKAN ATM DEBIT CARD MAYBANK. Semua sedia maklum sebelum 1 Januari 2017 semua pemegang kad atm/debit perlu tukar walaupun kad belum expired. Bukan je maybank malah semua bank pun katanya perlu tukar sebelum 1 Januari 2017. Untuk mengelakkan kesesakkan berlaku di cawangan bank, maybank dah buat sistem yang boleh apply atm/debit card secara online di maybank2u. Tapi sebelum ni ada yang cakap yang apply card secara online katanya perlu ke bank jugak nak aktifkan kad... Aku pun percaya jugak la. Tapi sebab aku rasa nak jimat masa aku apply jugak atm/debit card secara online nanti dah dapat pergi bank aktifkan je la.


Selepas lebih kurang 2 minggu kad di hantar ke peti pos rumah aku. Rupanya tak perlu pun pergi ke bank untuk aktifkan atm/debit card. Boleh buat semuanya secara online. Maybank dah bagi sekali direction macam mana nak aktifkan atm/debit card di maybank2u. Bagi yang tak tahu macam mana nak apply & aktifkan atm/debit card secara online meh la sini nak bagi tutorial sikit..

Untuk nak apply atm/debit card maybank mula log in dulu account maybank2u korang  http://www.maybank2u.com.my/. Lepas dah log in.. ikut step di bawah

Kemudian clik pada replace your maybank debit card via M2U

Kemudian clik je pada replace card tu.

Dah siap apply card baru tunggu je lebih kurang 2 minggu kad akan di hantar kerumah anda. Lepas dah dapat kad kat dalam surat tu ada cara nak aktifkan card di maybank2u. Tapi aku bagi jugak la tutorial yang detail melalu gambar bagi mereka yang blur dengan tutorial bertulis hehehe

Ni tutorial ringkas yang di beri dalam surat dari maybank

Macam biasa mula2 ke log in dulu account maybank2u korang kat http://www.maybank2u.com.my/

Clik pada Card Management
Lepas tu clik kat ATM Debit card & aktifkan jer

Senangkan? tak payah pening kepala nak fikir pergi ke bank.. bertapa sampai setengah hari kalau orang ramai. Sekarang ni cawangan maybank pun banyak tutup semakin kurang semakin sesak la bank. Dengan ada kemudahan macam ni, Semua semudah di hujung jari je. Jimat masa & tenaga jugak kos pergi balik ke bank.

Walaupun ramai dah tahu cara nak mohon & aktifkan atm/debit card maybank ni melalui maybank2u (online) tapi percayalah mesti ada yang masih tak tahu perlukan tutorial. Sebab tu aku buat entri ni bagi membantu orang2 yang memerlukan. Mudah bagi kita tak semestinya mudah bagi semua orang kan? Almaklum la zaman sekarang majoriti manusia memang suka berurusan & hidup secara maya. Semua benda dorang nak buat secara online je. Malas nak bergerak dah. Kalau pandai buat live video kat FB macam 9 live video Facebook yang viral ni >> 9 Live Video Facebook Yang Jadi Viral baru baru ni << Takkan dah bagi tutorial bergambar macam ni kau still nak blur tak reti nak buat kan? Mudah sangat ok!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!