TRAIN TO BUSAN FILEM ZOMBIE BUKAN HANTU

9/11/2016 11:37:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

TRAIN TO BUSAN FILEM ZOMBIE BUKAN HANTU. Sekarang tengah di tayangkan Filem Seram berkisahkan tentang zombie yang menyerang korea selatan. Masing2 yang menonton filem ni memberi respond yang positif. Macam best sangat je bila baca respond depa depa yang dah tonton filem ni buat aku pun jadi tak senang duduk. Tapi kena akur la.. Aku hanya menonton filem seram kalau dah ada dalam bentuk DVD. Tapi aku tak kisah pun tengok lambat sikit dari orang lain. Nak kejar apa la sangat setakat filem je kot. Tak payah berlumba - lumba nak jadi orang pertama sangat la.


Aku ada bagitau laki kau ada filem hantu baru keluar... Laki aku cakap tu bukan filem hantu la beb! Tu filem Zombie. Hantu dengan zombie tak sama ke?? Kalau hantu di gambarkan sebagai satu makhluk dari alam ghaib yang datang menganggu manusia. Tapi Zombie yang di gambarkan dalam filem ni seolah olah macam sejenis virus yang menjangkiti manusia sehingga mampu membuatkan mayat hidup semula & mengganas. Tapi ada jugak yang mengambarkan Zombie ni macam ada unsur - unsur mistik jugak la. Zombie ni mengikut ajaran Vodoo ia di sebut Bokor iatu manusia yang dah mati dihidupkan semula.

Mana2 pun filem hantu ke Zombie ke kalau garapan dia terbaik jalan cerita dia tetap best. Yang penting effect2 dia mesti kebabom baru cerita tu menusuk ke hati & feel seram tu sampai ke jiwa katanya. Tapi filem Train To Busan ni katanya berkisahkan Virus Zombie yang menyerang korea selatan. Penumpang Train terpaksa berjuang untuk terus hidup. Salah seorang penumpang yang berada dalam train tersebut tidak menyedari Train yang mereka naik tu ada sekumpulan Zombie. Zombie tersebut berjaya membunuh pengendali train & orang2 yang berada berdekatan dengannya. Kisahnya bagaimana penumpang yang masih hidup terpaksa berjuang untuk menyelamatkan diri dari Zombie2 tersebut. Macam best sebab kisahnya dalam Train so depa tak ada tempat nak melarikan diri dengan lebih jauh.. Gamaknya apa penumpang2 yang masih hidup buat untuk mengelakkan diri dari zombie. Entah la kena tengok la kan.


Tak kisah la filem Zombie ke hantu ke janji kalau filem seram katanya. Cukup buat aku teruja.. erkk Tapi MiG pun ada nak keluar satu filem seram Volkswagen kuning. Biasa la MiG dia kutip cerita2 seram Legend lepas tu buat filem yang bukan orang rasa takut menonton tapi buat orang rasa marah je lepas tengok. Tajuk tu memang Attractive sangat sebab kisah Volkswagen kuning ni antara kisah seram popular jugak kat Malaysia tapi kalau MiG yang kutip buat filem peratus cerita tu tak seram & mengecewakan adalah 90% la hahahaha

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com