ANAK SCHA ALYAHYA & AWAL ASHAARI, LARA ALANA ADA CIRI AUTISME?

5.10.16 Suria Lekatlekit 6 Comments

ANAK SCHA ALYAHYA & AWAL ASHAARI, LARA ALANA ADA CIRI AUTISME? Tu dia ni kalau mak bapak lara alana baca tajuk entri mati dia sembur aku sampai hangus. Silap haribulan dia viralkan aku tak pasal pasal terpopular aku. Tak pasal2 blog aku terus mencanak juta juta lemon. Takpe la kalau kena viral sebab tajuk entri aku.. bagus tu jugak tu. secara tak sengaja retis mempromosikan blog aku. hahaha


Tapi statement dari tajuk tu anda tanda soal (?) maka ia jadi satu pertanyaan bukan kenyataan. Jadi kat sini bukan aku kata anak depa autisme tapi satu pertanyaan sebab tetiba hari ni banyak pulak menyangkut keywords 'lara Alana Autism'.


Jadi aku pun google celah mana datangnya gosip si comel lara alana ni autisme. Rupanya gosip tu aku dapat detect dari komen2 pembaca blog beautifulnara kat entri pasal Rancangan realiti khas, Lara Oh Lara. Aku tak pernah tengok pun rancangan tu sebab kat astro. aku ni mana mampu langgan astro katanya. Hanya mampu menonton live video ni kat facebook je >> Dah tengok ke 9 Live Video di Facebook Yang Menjadi Viral Sebelum ni. Kalau belum jom tengok <<. Dari komen2 penonton rancangan tu katanya lara nampak ada ciri2 autisme macam kurang eye contact, speech delay & bila dia berjalan nampak macam kurang pandai mengimbang badan. Dalam usia dia sekarang kata mereka masalah tu dah tak patut ada pada seorang kanak kanak.

Sumber Beautifulnara
`

Aku ni ada anak yang ada masalah jugak dalam perkembangan. Masih belum di dignose secara rasmi tapi aku memang suka mencari info. Dari ciri2 yang depa sebut memang ada jugak ciri autisme cuma bukan kita selayaknya nak dignose dia. Sebab ciri2 autisme ni kadang2 setiap budak tu tak sama. Kadang2 ada kanak kanak yang nampak macam ada ciri2 autisme tapi bukan autisme. Tu apa yang doktor anak aku bagitau. Tapi untuk mengenal pasti inilah Antara ciri2 tipikal yang selalu ada pada kanak kanak autisme ..

Lambat Bercakap - Kesukaran berinteraksi (lambat bercakap) merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini.

Tiada eye contact (hubungan mata) - Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil seolah olah macam pekak @ tidak dengar atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial. Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. 

lebih suka bersendiri - Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera. Kanak-kanak ini menganggap manusia sebagai objek dan hanya akan berinteraksi jika didekati dengan cara yang tertentu dan orang yang disukai sahaja

Tidak suka pada perubahan - Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)

Masalah sensory - Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.

kurang daya imaginasi - Contoh macam tak pandai bermain olok2 (Pretend Play). Bermain olok2 ni macam main masak - masak konon macam mereka tengah memasak. Selalunya kanak kanak autisme ni kalau main permainan macam kereta mainan.. dia main satu part jer.. contoh kebanyakkan mereka suka pada benda berpusing & bulat macam roda.

Obses kepada sesuatu - Sangat sayang kepada objek seperti kotak, kain..& banyak lagi. Akan marah jika kehilangannya.

Berkelakuan pelik - Meneliti objek dengan cara yang aneh seperti menggigit, mencium, perhati dekat dengan mata dan menjauhkannya, memusing objek atau melihat menembusi sesuatu gambar tanpa melihat gambar tersebut.

Tantrum - Marah amat sangat atau mengamuk dengan jeritan, menangis, menendang, menggigit dan sebagainya samada apabila hilang objek kesayangan, dilarang memakan sesuatu yang disukai, hilang orang yang disayangi atau pun tanpa sebab jugak mereka boleh tantrum.
 
Gangguan pergerakan - Perlakuan terlampau aktif , berlari tanpa letih, berjaga lewat malam, kadangkala bermain dengan gembira dan kadangkala menjerit atau menangis.

Tidak tahu erti bahaya - Mereka akan bermain dengan api, melintas jalan, memanjat bumbung rumah dan lain-lain lagi

echolalia - Menyebut, meniru atau mengulangi perkataan yang sama berulang ulang tanpa memahami maksudnya. Atau bercakap sesuatu yang tidak kena pada situasi

Pergerakan aneh seperti menghantukkan kepala ke dinding, menggoyangkan badan, menepuk tangan, melompat, membuat muka berbagai bentuk, berjengkit, mengembangkan jari di hadapan muka, suka dengan gerakan hayunan, goyangan dan lain-lain lagi.

Secara ringkas ciri2 utama autisme. Sumber Yang Istimewa

Tidak perlu ada semua ciri yang di sebut untuk di sahkan sebagai autisme. Ada dua ciri utama seperti lambat bercakap atau tidak boleh bercakap & tiada eye contact pun berkemungkinan kanak kanak itu adalah autisme. Kadang2 autisme ni dia tak nampak ketara ciri cirinya dalam umur bawah 4 tahun.. lebih2 lagi yang dalam kategori mild. Cuma selalunya ibu bapa mengesan kelainan seorang anak tu bila masuk 4 tahun masih belum pandai bercakap. Tapi autisme boleh di kesan seawal 2 tahun atau setahun pun kalau ciri2 dia ketara dah boleh di kesan. Jadi penting kita pantau perkembangan anak.. Jangan anggap kelainan tu perkara biasa sampai kita terlepas pandang masalah yang ada pada anak anak kita.

Autisme ni sangat unik tau sebab dia bukan penyakit.. ada 3 peringkat autisme several, moderate & mild.. Asperger pun autisme tapi asperger ni dia kategori high functioning dimana ciri autisme dia tak ketara & nampak macam budak normal jugak cuma ada sedikit masalah pergaulan la. Susah ni golongan asperger ni nak berkawan.  Ciri2 dia boleh di hilangkan sehingga seorang yang ada autisme boleh mencapai tahap normal kalau yang kategori mild ni walau autisme tu tetap ada. At least dia boleh menjalani hidup macam manusia normal sebab dah ramai anak anak autisme yang berjaya di pulihkan & mampu hidup macam orang yang normal. Autisme bukan semua kurang upaya cuma kelainan upaya jer. Ramai kot yang mampu sambung belajar sampai ke universiti, berkahwin & bekeluarga. Jadi jangan down sangat la kalau anak anda salah seorang anak autisme. Banyakkan memohon doa, hantar terapi & buat terapi di rumah, Insya Allah.. Akan membantu anak anda berdikari di masa depan nanti.

Kena ingat walaupun anak anda boleh membaca ABC atau nombor tak semestinya ia normal kalau dalam usia sepatutnya dia masih belum boleh berkomunikasi 2 hala. Yer.. ada anak2 yang lambat bercakap tapi normal tapi tak salah kita membuat pemeriksaan awal sebab autisme ni lagi awal di kesan lagi baik sebab kita boleh membantu mereka dengan terapi untuk hilangkan ciri ciri autisme tu.

Ada ramai di kalangan anak anak autisme bijak dalam pelajaran.. ada jugak berbakat dalam seni terutama seni lukis & muzik jadi jangan anggap autisme tiada kelebihan & potensi untuk berjaya. Kebanyakkan anak anak autisme ni sangat tajam ingatan..

Kalaupun Lara Alana salah seorang kanak kanak autisme rasanya mak bapak dia mampu hantar dia ke tempat terbaik untuk sesi terapi untuk hilangkan ciri2 autisme dia tu. Sebab kos terapi ni mahal.. Tapi kalau pasangan selebriti macam scha & awal tu takkan tak mampu. Anak depa pun kecik2 dah kena kerah bekerja.. takkan nak cakap tak mampu kot. hehehe. Tapi aku tak kata pulak si lara ni confirm autisme ok! aku pun sendiri tak tahu sebab aku bukan ikuti sangat perkembangan dia..

Antara selebriti tempatan yang mempunyai anak autisme.. contoh yang semua orang tahu pelakon Zarina Zainuddin & yang orang mungkin tak tahu Edry KRU jugak mempunyai seorang anak lelaki autisme.

Moral of the story.. Memiliki anak istimewa bukan pilihan manusia tapi setiap apa yang Allah beri pada kita adalah yang terbaik. Bukan kerana balasan dosa sesiapa.. tapi mungkin Allah nak bagi lubuk pahala bagi meringankan timbangan dosa yang pernah kita lakukan. Jadi sentiasa bersangka baik dengan Allah.. redha dengan ketentuanNya.

6 comments:

  1. Actually nampak dan terfikir jugak perkara yang sama (If Lara autism) tapi tak berani la judge. Tunggulah Lara besar sikit. If yes, harap parent dia boleh terima macam Zarina Zainuddin :)

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan untuk Lara

    ReplyDelete
  3. Oh, ya ke? Tak tahu pun sebab tak pernah pun ambil tahu tentang anak Scha & Awal ni. Tahu rupa aje tapi tak pernah mengikuti perkembangannya.

    Makpak selebriti macam ni tak akanlah tak mampu kalau betul anak mereka ada autisme. Kita ni sebagai ibubapa, asal anak ada masalah aje, kitalah orang pertama yang akan mencuba segala daya untuk mencari penyelesaian masalah!

    ReplyDelete
  4. Huhu tgk pun dh terfikir gitu tp x smpai Hati lak..mgkin ya mgkin x

    ReplyDelete
  5. Bkn satu dosa ada anak autism. Ada jer yg autism menjadi org2 hebat.

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya perasan jgk pasal lara ni. Ciri2 autisme tu mmg ada. Sbb my bff almost everyday share di wa n fb pasal anak dia umur 4 thn yg mild autisme. Klu tgk ciri2 perlakuan tu mmg sebiji mcm anak my bff tu. Bila pegi check mmg Dr sahkn asperger autism. Wallahualam.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!