CARA NAK BEZAKAN CILI KERING PEDAS BIASA DENGAN EXTRA PEDAS

10/27/2016 03:50:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

CARA NAK BEZAKAN CILI KERING PEDAS BIASA DENGAN EXTRA PEDAS. Bila dah biasa bergelumang dengan dapur & memasak ni kita akan secara tak sengaja dapat mengenalpasti rasa rasa dari bahan masakan macam cili kering ni. Secara kasarnya cili kering ni kalau kita tengok macam sama jer semua tapi sebenarnya tak serupa. Ada sifat tertentu yang membezakan rasanya. Penting jugak bagi yang nak belajar masak untuk ambil tahu benda benda macam ni.

Sumber google

Pernah terbeli sambal nasi lemak over pedas sampai rasa tak boleh terima la tahap kepedasan dia & aku pernah termasak laksa gila punya pedas masa raya puasa lepas kat kampung sampai semua yang makan muka jadi lain. Semua ni di sebabkan tak perasan cili kering yang di gunakan.

Cili kering ni ada dua jenis.. Satu yang jenis kering berkedut2. Memang tak cantik.. macam kulit kurang collagen katanya. Nampak tua & banyak kedutan. Yang satu lagi nampak cantik & bergetah katanya. Cili kering tu nampak glowing jer.. Kira sedap mata memandang la berbanding kalau yang berdekut sampai dah tak nampak sifat cili tu.

Kalau korang nak tahu.. Yang kedut seluruh sifatnya.. kering kontang bagaikan gurun sahara tu adalah yang rasanya pedas biasa. Pedas yang mungkin kanak kanak boleh makan lagi. Tapi kalau yang jenis nampak sifat dia yang cantik.. tak berapa kering kulitnya.. & glowing jer tu jangan percaya sangat dengan kelembutan wajahnya tu sebab yang jenis tu puaka niyang rapik punya rasa. Memang extra pedas. Kalau makan rasa nak tumbuk orang yang ada dekat dengan kita katanya. hehehehehe...

Boleh tengok perbezaan cili kering pada gambar ni. Sebelah kiri tu memang extra pedas & yang sebelah kanak pedas biasa jer

So, dengan entri ni kalau korang jenis tak tahan pedas... Jangan la guna cili kering yang nampak glowing tu.. Pilihlah yang kedut sejuta. Walau kedut dia rasa dia tak berpuaka. Almaklum sifat dia macam orang tua2 jugak.. penyayang. Walaupun pedas tapi pedas yang ada kasih sayang lagi berbanding dengan yang glowing.. sifat dia macam orang muda.. panas baran. hehehe.. Tu dia cerita pasal cili kering siap perumpamaan tua muda bagai katanya.

Moral of the story.. Mungkin ada yang rasa entri ni remeh, sebab dia dah tau bezakan antara cili kering pedas biasa dengan extra pedas.. tapi ketahuilah kat blog aku pernah sangkut keywords cara nak masak nasi, masak air bagai. Kat situ kau kena paham.. remeh bagi kau belum tentu remeh bagi orang lain.

7 comments:

  1. Nice sharing kak.. terima kasih ats perkongsiannya...

    ReplyDelete
  2. Family suria memang semua tak makan pedas ke??kalau fmly akak tak pedas tak sah..makan nasik wajib ada sambal belacan..Mikhail ni kalau sehari tak masak sambal pedas2 tak makan nasik la jawab nya..

    ReplyDelete
  3. akak pun memang beli jenis yang kerinting tu..tapi kalau dah xde belasah je yang licin tu ha..keperluan ni kan...akak x suka guna cili boh

    ReplyDelete
  4. Saya memang beli cili yang berkilat tu... Mmg suka pedas.. tambahan ensomisy kaki makan pedas..

    ReplyDelete
  5. pakai cili kering yidu/yitu..yg bsr2 tu..mmg xpedas..bdk2 bole mkn..tp kt kl ni susah nk cari..kt kelantaN mmg org jual

    ReplyDelete
  6. Ha ah, nona pun baru tahu masa mak tersalah beli hr tu, last year kot, hehee..thanks remind lagi yaaa

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com