KENA AJAR ANAK MAKAN JAJAN NANTI SENANG NAK BAWA JALAN JALAN

2.10.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

KENA AJAR ANAK MAKAN JAJAN NANTI SENANG NAK BAWA JALAN JALAN. Mesti hangin kan mak mak yang mengamalkan pemakanan sihat kepada anak anak depa. Seboleh bolehnya depa tak nak sebarang junk food masuk ke dalam badan anak depa. Memang straight sungguh mak bapak macam ni. Anak aku.. Makan jugak la tapi anak aku jenis picky eater so dia memang tak makan sebarangan. Kalau setakat keropok @ jajan.. potato chips tu.. dia makan la sekeping dua. Jarang nak banyak.. Makanan rutin dia susu & roti. Sekarang baru nak makan nasi sikit sikit.


Tak salah nak bagi sikit2 anak rasa jajan ni.. Tapi masalahnya budak2 ni kalau tak di control melampau pulak dia makan jajan. Sampai jajan lebih dari makanan sihat. Ni kisah benar aku berdepan dengan seorang ibu yang anak dia baru umur setahun lebih macam tu. Kira sejak anak dia mula makan dia dah ajar anak dia makan macam macam yang kebanyakkan junk food. Serius aku tengok dia bagi anak dia makan pun aku jadi seriau. Pada suatu hari tu.. Masa dia bagi anak dia ice cream.. walhal dia kata sebelum tu anak dia dah habiskan 1 kon ice cream tetiba motor ice cream lalu dia beli lagi ice cream pada anak dia walhal budak tu tak merengek pun nak makan. Sebab dia tau anak dia suka makan.. so dia tetap nak bagi.. Tertegur la sikit. Sebab tengok dia bagi junk food kat anak dia memang agak banyak dari budak tu bawah setahun sampai sekarang... Aku cakap tak elok bagi anak junk food ni banyak banyak. Selamba je dia jawab.. Kena ajar anak makan junk food ni sebab nanti senang nak bawa jalan jalan. Tak tau la dia nak perli aku ke hapa sebab anak aku still masih kena bawa susu sebab dia memang tak makan sangat makanan luar ni. Makanan rutin dia masih susu & roti. Nasi tu makan pun sekadar macam rasa rasa... Lagipun anak aku kan ada sensory problem sikit so memang la ada masalah nak makan. Tapi sebab dia tak makan bukan2 la antibody dia kuat.. Jarang sakit & kalau demam pun sekejab je. sehari kadang2 setengah hari je.

Aku pun diam la.. Tak guna nak nasihat orang macam tu. Lantak kau la anak kau! Sakit ke hapa nanti kau yang susah bukan aku.. Tapi tu la kesian jugak kat budak tu. Jadi mangsa kejahilan mak dia yang tak tau kesan daripada jajan tu mungkin tak nampak on the spot tapi merosakkan tubuh anak dia perlahan lahan. Pernah aku baca pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan kanser di kalangan kanak kanak ni. Na'uzubillah... Kang ada pulak nak compare aku kecik dulu makan jajan elok je sihat sampai sekarang. Yelah.. kau sihat.. anak kau belum tentu jadi tak salah la nak jaga dari awal. Dari dok bagi jajan adalah lebih baik bawak family makan pizza kat sini. Kebetulan tengah ada promosi ni >> [PROMO] Get 2 Regular Pizzas For Only RM30 + FREE Breadstix! <<

Makanan ringan @ jajan ni mengandungi bahan pengawet, pewarna, dan perasa tiruan. Bahan-bahan ini tidak mempunyai zat untuk membantu pembesaran kanak-kanak. Sedap memang la sedap sebab perasa2 tiruan tu. Makanan ringan jugak berisiko Kanak-kanak mudah diserang penyakit orang dewasa seperti darah tinggi dan kencing manis.Ada juga yang menghadapi masalah obesiti atau kegemukan. ini sebab pengambilan makana ringan yang berlebihan tanpa mengira masa dan tempat. Masa sihat kita berlagak la cakap.. Ok je anak aku makan jajan pun takde sakit apa - apa. Tunggu kalau Allah nak uji kebongkakan kita tu.. dia bagi sakit baru kau tahu sihat ke tidak jajan tu.

Moral of the story.. Dalam satu rancangan berkonsepkan makan makan aku pernah tengok.. Rancangan bahasa cina tapi ada subtitle.. seorang penonton di temuramah tanya tentang khasiat makanan yang dia makan tu.. Dia cakap makanan sedap selalunya tak berkhasiat. Aku rasa boleh terima pendapat tu.. contoh macam jajan.. memang sedap di lidah kanak kanak & boleh buat mereka menikmati dalam jumlah yang banyak dalam satu masa tapi semua orang sedia maklum ia tidak sihat di ambil secara berlebihan.
Apapun salam Maal Hijrah semoga. Semoga Awal Muharram ni kita melakukan penghijrahan kepada perkara yang lebih baik contoh mengubah tabiat makan kita kepada makanan yang lebih sihat.

1 comment:

  1. kena perhati anak2 makan apa. what a great artikel suria!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!