MUKA BENGKAK TERUK AKIBAT MENGGUNAKAN MISTINE EGG WHITE PEEL OFF MASK

10/21/2016 02:26:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

MUKA BENGKAK TERUK AKIBAT MENGGUNAKAN MISTINE EGG WHITE PEEL OFF MASK. Produk ni rasanya dah lama berada kat pasaran. Aku pernah pernah nampak produk Mistine Egg white Peel Of Mask ni di jual kat booth2 produk & jamu. Ada juga keinginan nak cuba sebelum ni tapi tak berjodoh. Rasa tak sampai hati nak membeli.. Tak tau kenapa. Sebab aku lebih suka beli skincare kat farmasi macam guardian tu. Kat booth2 ni bergantung pada produk la.. Macam ephyra aku pernah beli kat booth2 macam tu sebab takde jual kat farmasi kan.


Tadi kat group whatsapp ada sorang kawan aku seorang nurse share seorang patient yang datang ke hospital tapah dengan muka alergik teruk sampai bengkak lepas pakai egg white Peel Of mask tu buat pertama kali. Sekarang dia dah di transfer ke hospital teluk intan katanya. Memang teruk jugak bengkak & nampak dia memang dalam keadaan sakit la.

Seriau tengok muka akak ni. Kesian kan?

Kalau perhatikan belakang produk tu memang tertulis bahasa Thailand... KKM ke clinical approve ke rasanya memang takde pada produk tu. Jadi status keselamatan dia memang tak terjamin. Mungkin sebelum ni orang lain pakai ok jer.. Tapi ketahuilah produk macam tu masuk ke pasaran malaysia tanpa pengesahan KKM, GMP atau apa2 pengesahan selamat berhati hati la kalau nak cuba. Takut nak cantik dapat sakit macam akak sorang ni.

Aku sekarang pun takut jugak nak cuba produk sebarangan. Almaklum la.. Rupa nan ado sangat ni kalau boleh taknak la jadi bukan bukan sebab ghairah dengan testimoni orang lain yang konon cantik selepas guna. Tak salah nak cuba apa2 produk cuma kena pastikan bahan yang di gunakan selamat. Betul la.. tak semua produk yang tiada pengesahan KKM tu tak selamat cuma sebagai pengguna kita terpaksa bergantung kepada pengesahan KKM sebab kita bukan boleh buat ujikaji sendiri kat rumah untuk memastikan bahan2 yang di gunakan dalam produk tu selamat atau tak nak2 lagi produk luar macam Thailand. Description & Ingredient dia pun tulis bahasa Thai.. Hapa pun tak faham. hehehe

Moral of the story.. Bagi yang kulit tak berapa sensitif mungkin tak nampak kesan drastik macam akak ni bagi kulit yang memang sensitif & ada masalah alergik pulak memang tak mustahil kesan buruk dia akan nampak secara on the spot. Apapun kita doakan akak ni cepat sembuh.

2 comments:

  1. Semoga akak ni cepat sembuh. Masa pakai Ronasutra aritu pun seram gak sebab muka jadi bergerutu teruk. Alhamdulillah dah pulih sikit. Takdela teruk macam mula2. Mungkin baru nak serasi kot.

    Cuma nak beli produk kat booth kedai jamu ni memang berkira sikit, risau jadi macam akak ni.

    ReplyDelete
  2. alamak ! kesiannya..

    bnda ni ...MG pakai sekali je sbb xthan bau dia

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com