PERLU KE KUTIP DERMA KALAU ARWAH MANGSA KEMALANGAN MAUT LEBUHRAYA DUKE TU ADA HARTA PULUHAN JUTA DI TINGGALKAN UNTUK ANAK ANAK DIA?

10/22/2016 11:45:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

PERLU KE KUTIP DERMA KALAU ARWAH MANGSA KEMALANGAN MAUT LEBUHRAYA DUKE TU ADA HARTA PULUHAN JUTA DI TINGGALKAN UNTUK ANAK ANAK DIA? Aku dah lama ikuti kontroversi kes ni. Tapi sebelum ni masa mula2 viral yang kononnya mak sedara yang jaga anak anak mangsa kemalangan maut tu cakap adik bongsu beliau yang pegang amanah duit derma ratusan ribu ringgit tu pecah amanah. Aku tak nak komen apa2 sebab masa tu baru dengar sebelah pihak so tak suka aku nak terus hentam orang yang di tuduh tu bersalah. Kes pun dah jadi kes mahkamah & akaun yang simpan duit budak2 tu pun di bekukan sementara siasatan di jalankan..


Yang si kakak tuduh adik selewengkan duit anak anak yatim tu.. Yang backup sebelah si adik pulak semalam aku terbaca satu blog katanya si Kak Ngah dia (yang jaga anak2 yatim tu sekarang) sebenarnya mengambil hak penjagaan tidak sah sebab nak dapat bahagian harta arwah bapak budak2 ni yang ditinggalkan sebab katanya siapa yang jaga anak anak dia lepas kematian dia memang akan dapat bahagian mereka. Katanya bapak budak2 ni ada harta bernilai puluhan juta ringgit jugak la. Tak terkejut la dengar.. sebab dari awal lagi nampak memang mereka dari keluarga yang berada. Kalau tak berapa tepat pun nilai harta yang arwah bapak budak2 ni tinggalkan tapi sebenarnya bapak budak2 ni memang ada tinggalkan harta untuk anak anak dia yang aku rasa kalau tak ada sumbangan dari orang ramai pun anak anak ni mampu hidup dengan selesa tapi yang aku pelik dari awal kes ni.. Kenapa perlu paksu budak2 ni meraih simpati kutip derma bagai kalau kau tahu anak sedara kau tu bukan orang susah & harta bapak dia pun mampu biayai kehidupan dia sampai besar. Perlu ke kau canang account number kau untuk kutip derma seolah2 tak mampu sangat nak bagi makan budak budak tu.


Kat situ nampak masing2 jenis mata duitan. Yelah yelah.. nanti ada kata yang sombong pulak sebab orang nak sedekah tak terima tapi perlu ke kau sampai nak canang account number kau seolah2 kau sangat2 memerlukan sumbangan orang ramai. Aku tak rasa perlu kau canang akaun bank kau untuk kutip derma bagai kalau kau rasa benda tu sebenarnya tak di perlukan. Kat luar sana banyak golongan yang susah memerlukan bantuan tapi sebab kes kemalangan tu mendapat liputan secara meluas di media sosial maka  wakil kanak kanak tu ambil kesempatan atas simpati orang ramai. Sakit hati kita tau bila jumpa spesis macam ni.


Kalau tengok background family depa pun tak nampak sapa2 pun susah kat mana mana pun. Tapi di sebabkan budak tu pewaris aset bernilai puluhan juta ringgit semua pakat jadi gelap mata.. Sampai hal keluarga pun di bawa keluar untuk jadi tontonan umum. Maka satu persatu aib keluarga di buka hanya sebab berebut harta anak yatim. Yang paling kesian sekarang budak2 yang hilang tempat bergantung. Yang ada nak tumpang kasih sayang pun semua gila harta yang depa ada.


Sapa salah sapa betul dalam kes depa tu.. Memang aku tak tau. Yang aku nampak sekarang pihak mana2 pun semua gila duit budak2 tu. Kesiannya.. Dah la yatim piatu, sedara mara jadikan depa macam lubuk emas nak kaut hasil pulak. Masing - masing guna alasan mempertahankan hak budak budak tu. Tak tau antara semua sedara mara budak2 ni sapa yang betul2 ikhlas untuk jaga mereka.. Moga Allah melindungi anak anak yatim piatu ni.. Kaya pun ada ujian dia, miskin pun ada dugaanya.

Budak budak dua orang tu sebenarnya patut rasa bertuah sebab mereka lebih bernasib baik berbanding anak anak yatim lain sebab walau kematian ibu bapa tapi ibu bapa mereka dah tinggalkan mereka dengan harta yang mampu membiayai kehidupan mereka sampai besar. Mereka tak susah sangat untuk hidup berbanding yang kes 6 beradik orang susah kematian mak ayah sebab kemalangan jalan raya dulu tu. Alah pernah jadi viral jugak sekejab. Yang tu betul la susah harta & lepas tu hilang pulak kasih sayang mak & ayah. Tapi Alhamdulillah dengar kata ada sedara yang sudi jaga 6 beradik tu walau mereka tak berharta. Tapi kes 2 kanak kanak anak orang kaya ni, di sebabkan pewaris2 yang sepatutnya membela nasib mereka, semua dah jadi Mr Crab (Watak dalam kartun spongebon yang gila duit tu..) Nasib mereka nampak lebih menyedihkan pulak walaupun depa kecik2 dah waris harta juta2 berbanding kita dulu hanya berjaya kumpul benda2 ni jer >> 20 Benda ni Confirm Ada Di antaranya Anda Pernah Kumpul Masa Kanak Kanak << Tu pun kita rasa kaya sangat dah kalau ada kan? hehehehe

Moral of the story.. Kalau harta di kejar di dunia ni memang takkan pernah cukup.. Maka belajar la bersyukur & menikmati apa yang ada. Tapi bukan la sampai susah pun kau asyik redha jer tak berusaha cuma berpada pada dalam mengejar harta dunia ni.

4 comments:

  1. hmm tulah duit ni mampu memecahbelahkan keluarga, serapat mana skalipun.

    ReplyDelete
  2. Kerana wang dan harta, lebai dan haji pun boleh gelap mata... Wallahhuaklam.

    ReplyDelete
  3. Memang kesian dua beradik ni, jadi mangsa keadaan mak pak sedara yang gila harta..

    ReplyDelete
  4. Kita yang membacanya rasa sedih dan kesian pada budak berdua tu. Moga budak berdua tu ada tempat bergantung yang lebih hendakNYA.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com