POPULAR LAGI KE SYASYA SOLERO YANG PERNAH VIRAL DENGAN VIDEO MACAM CANTIK, MACAM COMEL TU?

10/14/2016 02:29:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

POPULAR LAGI KE SYASYA SOLERO YANG PERNAH VIRAL DENGAN VIDEO MACAM CANTIK, MACAM COMEL TU? Ni kalau peminat syasya solero baca tajuk entri confirm la pakat senteng lengan baju nak datang berperang kat blog lekatlekit katanya. Berani kau mempersoalkan populariti syasya solero tu. Kau tak tahu ke sekarang dia dah terkenal ke seantero alam maya.. Kau je tak tahu, orang lain semua tahu. ye ye.. aku tak tahu bermakna dia tak popular la pada aku. hahahaha... Ok ok.. gurau je.

Syasya Solero yang pernah popular dengan video macam cantik je.. macam comel je...

Alkisahnya bila ada yang menegur bila aku kata Syasya solero dah senyap dari di perkatakan di media sosial selepas pernah mengemparkan alam maya dengan Video macam cantik jer.. macam comel jer.. sambil membeliakkan biji mata dia. Depa kata sapa kata dia dah tak popular.. sekarang dia dah jadi model & dah jadi youtuber yang video2 dia mendapat ratus ribu views. Oic.. baru tahu rupanya dia melebarkan sayap dia ke channel youtube & buat modeling dah sekarang. Ada jugak dia buat untuk makeup tutorial kat youtube. Dah la cantik buat tutorial makeup pulak.. memang meletop la kan views dia. hehehehe.  Apa nak terkejut kan.. kalau dah jadi cantik peluang memang terbuka luas.

Katanya Syasya Solero dah tukar nama jadi Asyalie kat youtube. Tu pun aku baru tahu.. Sebab caption kat sharing post di FB aku yang cuit nama syasya solero jadi ada mereka2 yang bagitahu info pasal syasya solero sekarang. Actually aku ni memang tak pernah minat pun dengan syasya solero sebab bagi aku tak ada benda pun aku rasa berminat dengan dengan dia. Cantik tu memang la cantik.. Tapi sekadar tengok & akui dia memang cantik je la. Lain2 kelebihan dia tu tak menepati apa yang aku suka pun. Kecuali la tetiba dia berlakon filem seram jadi hantu yang sampai buat aku takut nak ke toilet sorang2 maybe aku jadi peminat dia. hahahaha

Ni gambar versi Asyalie. Yang atas tu Versi syasya solero

Sebab orang dah buat isu kat komen post aku tu pasal syasya solero jadi aku google jugak la nak tahu apa budak tu buat sekarang. Kebanyakkan aktiviti dia kat media sosial je la.. Dah jadi retis online kan. Maybe dia popular di youtube tapi tak popular sangat di kalangan friendlist aku kat FB sebab tu aku tak pernah nampak apa2 share pasal dia. Aku memang nampak yang jadi viral jer.. Yang dah tak viral memang tergelam bersama kenangan lalu je la. hehehehe

Apapun rezeki orang cantik kan.. Kalau yang kurang cantik macam bobo, cikgu shida bagai tu.. Bila fenomena mereka berakhir & mereka kembali hidup macam biasa sebelum mereka jadi viral.  Bagi yang cantik & bijak mengambil peluang yang ada.. Memang viral tu satu bonus untuk mereka membina kerjaya dalam bidang glemer ni. Sebenarnya kunci utama dia.. Kau kena bijak menggunakan peluang yang ada tak kira la kau cantik ke tidak.. hehehehe

Moral of the story.. bagi yang kurang cantik macam aku ni.. Kita cari kelebihan lain la untuk di ketengahkan supaya kita menyerlah & berjaya dalam jalan yang kita pilih. Tak payah nak rasa down atau jeles sangat la.. Setiap orang ada rezeki masing masing. Kalau nak jadi macam syasya solero tak boleh tergagap gagap nak cakap depa orang macam mamat ni >> Ni cara paling berkesan nak lancarkan orang yang suka cakap tergagap gagap & lambat bila nak cakap sesuatu << Kena confident. Kalau ada masalah yang suka tak yakin tak cakap atau tergagap gagap tu boleh cuba cara yang aku share link tu untuk hentikan kegagapan korang hehehe.

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com