PUSAT RAWATAN ISLAM CEKIK DARAH

15.10.16 Suria Lekatlekit 6 Comments

PUSAT RAWATAN ISLAM CEKIK DARAH. Kalau zaman dulu susah la nak cari pusat rawatan Islam nak2 lagi tahun 90an kebawah. rata2 masing menggunakan rawatan alternatif cara kampung yang orang dulu2 panggil bomoh. Tapi sekarang bersepah pusat rawatan Islam di buka serata negeri selepas Darussyifa di tubuhkan. Dah macam klinik swasta pusat rawatan islam sekarang. Kat mana2 pun ada. Bila dah rasa benda tu boleh jadi satu perniagaan yang menguntungkan.. Maka ramai mula ambil kesempatan menjual ayat ayat Al Quran & nama agama untuk kepentingan peribadi.


Semalam ternampak satu post Abby Abadi kat Instagram yang tunjuk 1 resit bayaran rawatan perubatan di satu pusat rawatan Islam yang bagi aku caj yang dikenakan bukan mampu bayar tapi mampus nak bayar. Kau menggunakan nama Islam & ayat2 Al Quran tapi kau mengenakan harga ikut nafsu syaitan. Dah macam bomoh cari makan pulak dia punya caj rawatan tu. Tak di nafikan bukan pusat rawatan yang jadi Viral ni sahaja yang mengenakan caj melampaui batas macam ni malah banyak lagi. Cuma belum lagi di bongkarkan secara terbuka di media sosial.

Silap haribulan ada yang hutang Along nak bayar kos rawatan kat pusat rawatan Islam ni.
Kat sini pun ada satu pusat rawatan Islam yang kalau call tanya kita baru bagitau masalah atau sakit kita pun dia bagi Quotation harga secara lisan pun kita dah tak berani nak pergi dapatkan rawatan. Cuma darussyifa je bagi aku masih berkonsepkan sedekah. Sebab aku banyak kali jugak la berurusan dengan Darussyifa. Takde quotation harga bagai.. Lepas rawatan ada satu tabung kat kaunter tu. Bagi jer berapa kau mampu sebagai sedekah. Takde duit pun boleh mendapatkan rawatan. Tu baru membantu sesama umat. Berbanding pusat rawatan lain memang ada caj tertentu mengikut penyakit & rawatan yang di berikan. Untuk rawatan biasa pun tak kurang dari RM50. Memang aku tak pernah jumpa lagi la pusat rawatan Islam kat sini yang kenakan bayaran bawah RM50 untuk pemeriksaan atau rawatan biasa. Macam terkena gangguan makhluk halus yang maybe menyinggah jer. Dia baca ayat kursi bagai.. Buat air penawar then bayar la RM50. Kalau terkena sihir ke atau rawatan lain memang kos dia lagi tinggi.

Orang sekarang... Berpenampilan macam orang2 alim. Buka pusat rawatan menggunakan nama Islam.. Jual ayat2 Al Quran untuk hidup senang lenang. Depa tak buka pusat rawatan yang menggunakan nama agama tu untuk membantu sangat la.. Semua untuk kepentingan & keuntungan peribadi. Air mineral pun boleh jadi sebotol RM10 walau kat luar boleh dapat tak sampai pun RM5 sebab ada label pusat rawatan tu. Ni pengalaman sendiri tau.. bukan main tuduh. Alih2.. perawat dah la muka tak kelat, nak jawab pertanyaan kita pun nak tak nak je.

Moral of the story.. kalau pusat rawatan Islam pun bill rawatan cecah puluh ribu baik la pi klinik atau hospital kerajaan jer melainkan memang hangpa mampu bayar. Kalau kategori mampus nak bayar takut tak sempat bayar hangpa arwah dulu tak pepasal keluarga kena tanggung hutang.

6 comments:

  1. Tak patut.. tak patut. Hidup dengan menjual ayat suci Al-quran. Silap-silap tuhan tarik balik kelebihan kamu yg boleh mengubat orang, sia-sia saja, nak cari makan pun susah.
    darulshifaq- saya pernah pergi juga. memang berkonsepkan sedekah, Tapi tak kan la kita nak bagi 50 sen atau Rm1. kesian juga pada ustaz yg bertugas tu. Ini baru dikatakan membantu sesasa islam.

    ReplyDelete
  2. Hmm, sedih hidup dikelompok akhir zaman ni. Beribu-ribu untuk mengubat? Dah laaa guna agama. Hmm.. husband mengubat orang pun memang ada quotation harga tapi takde la beribu macam tu.. Terkejut makkk...

    ReplyDelete
  3. Singgah dari Senarai Rakan Bloggers FB Mia. Done follow (^^,)

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed

    ReplyDelete
  4. macam best je :D singgah dari Senarai Rakan Blogger Di Facebook Mia.
    Jom join
    https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/10/segmen-jom-exchange-link-by-mellya.html

    ReplyDelete
  5. hmmm... macam2 cara nak duit senang kan..

    ReplyDelete
  6. betul tu suria, sekarang ni para ustaz pun tak boleh dipercayai bulat2. kena selidik juga. pasal rawatan alternatif ni pun masyarkat kita kena diajar jangan main percaya ya. kena pilih rawatan yang ada kajian klinikal

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!