RESEPI MUDAH MASAK MEGI KARI TANPA GUNA PERENCAH SEGERA

10/08/2016 08:06:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

RESEPI MUDAH MASAK MEGI KARI TANPA GUNA PERENCAH SEGERA. Megi @ mee segera ni antara makanan kesukaan rakyat malaysia jugak. Sebab megi @ mee segera ni memang berjasa dalam hidup ramai orang. terutama di kalangan pelajar yang tinggal di asrama atau rumah2 bujang. Megi juga sering menjadi penyelamat semasa budget tak sampai hujung bulan. Dari menahan lapar, dapat makan megi pun sedap katanya.

Megi kari 

Jadi sebagai seorang yang sangat prihatin kepada penggemar megi @ mee segera ni.. Jadi sukacita la aku nak berkongsi resepi mudah nak masak megi kari tanpa menggunakan perencah segera. Almaklum la perencah segera megi yang include dalam setiap paket megi tu kita sedia maklum la kurang sihat.. Nak kata buat rencah sendiri tu sihat tak sangat tapi kita tahu apa bahan yang kita gunakan..

Antara bahan nak masak megi kari ni..

Serbuk rempah kari
Serbuk cili
kicap manis
sos tomato
* Tiga bahan tersebut satukan dalam mangkuk campur air sikit & bancuh sehingga jadi macam pes *

Bahan Tumis
Minyak masak
Bawang merah/besar
Bawang putih
Buah pelaga
Bunga lawang
kulit kayu manis.

Bahan bahan lain untuk menambah rasa..
air
isi ayam
Fish cake
Sayur sawi
atau apa2 bahan macam seafood (udang,sotong..bla.. bla..) kalau nak letak pun boleh


Cara nak masak (boleh rujuk gambar di atas)

1. Panaskan minyak kemudian Tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan pes yang dah siap di bancuh tadi. Masak sehingga pecah minyak.
2. Dah pecah minyak masukkan isi ayam gaul dalam bahan rempah tadi. Biar masak sekejab.
3. Masukkan air. Masak sampai mendidih.
4. Masukkan fish cake @ apa2 seafood kalau ada. Biar masak sekejab.
5. Masukkan megi kering @ ramen. Masukkan sayur sawi. kacau hingga semua bahan sebati & masukkan garam secukup rasa. Agak2 dah lembut megi tu boleh la tutup api & hidangkan...

Boleh tambah telur rebus & di tabur dengan daun sup & bawang goreng.

Mudah kan? Kalau sapa cakap susah aku sumpah hilang deria rasa hahahaha... Alah. Megi je pun bukan susah sangat nak masak. Kalau rasa susah susah sangat.. masak je guna perencah segera tu. Tapi rasa dia, kepekatan kuah dia.. tak sama la dengan homemade punya, ok!

Jadi pada yang baru nak kursus kat dapur tu hope membantu la anda belajar memasak. Tapi bukan semua orang suka makan megi. Yang jenis mengamalkan pemakan sihat ni selalu tak makan megi.. hehehehe

12 comments:

  1. Resepi terbaru. Nampak sedap. Thanks admin for sharing. Memang favourite meggi kari ni..Mesti puas hati boleh masak banyak2 :)

    ReplyDelete
  2. Aku gasak jer megi kari segera terjun terus dlm belanga..haha..

    ReplyDelete
  3. Sedap nampak boleh cuba nanti ni

    ReplyDelete
  4. klu xletak 3bradik tu xpe je kn?

    ReplyDelete
  5. Sy tak mkn megi.bila teringin cari alternative yg lebih sihat.. olah letak kuey teow kering... tq for sharing..nice!😊

    ReplyDelete
  6. nampakk sedapp! nak try! thank you for the recipe!!

    ReplyDelete
  7. Terima kasih. Saya dah cuba. Sedap walaupun tiada telur. Saya guna baki organic spinach noodle. Lain kali saya cuba dengan mee kerinting pula.

    ReplyDelete
  8. Apa ukurannya? Berapa berat bahan-bahan tumis yang diperlukan, kak? Nak cuba tapi tak pandai agak-agak.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com