TIADA YANG SPECIAL NASI LEMAK ANAK DARA KECUALI YANG JUAL TU CANTIK JE

10/13/2016 08:06:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

TIADA YANG SPECIAL NASI LEMAK ANAK DARA KECUALI YANG JUAL TU CANTIK JE. Mesti ada yang akan cakap.. Ni la melayu tak boleh tengok bangsa sendiri berjaya sikit mula dengki. Tu ayat tipikal orang2 sebangsa kita akan cakap. Takde benda lain dorang nak tuduh selain dengki bila benda benda macam ni jadi pertikaian. Kadang2 bukan sebab dengki tapi yelah.. Ia macam satu persoalan.. Perlu ke kisah Nasi Lemak anak dara ni jadi macam satu isu besar & satu isu penting yang tak cukup viral kat media sosial sampai berita tv, suratkhabar, majalah & stesen radio semua nak cakap pasal tu? Tu yang mula jadi pertikaian sesetengah orang la sekarang ni. Aku tolong tulis balik jer... hahahaha


Yang tu aku tak nak pertikai.. Rezeki dia dapat populariti lepas jadi viral kena saman masa tengah meniaga nasi lemak. Cuma aku tertanya tanya jer.. Sedap sangat ke nasi lemak dia sampai lelaki2 kat Malaysia ni sanggup berbaris panjang nak beli? Serius aku cuma dok baca pasal anak dara tu bukan pasal kesedapan nasi lemak dia. Setakat ni tak nampak pun sapa2 puji nasi lemak dia sedap lagi  tapi yang banyak dok cakap pasal rupa dia yang cantik. Bukan dengki dia cantik.. Cuma cantik tu kalau aku la.. Takkan buat rasa sesuatu masakan jadi sedap kalau memang tak sedap. yelah.. yelah aku perempuan & dia perempuan mungkin connection tu takde sebab cantik macam mana tarikkan tu tetap tak ada. Lain la lelaki nampak perempuan cantik kan.. hehehe

Tadi terbaca satu viral yang macam rasa tak puas hati dengan media2 kat Malaysia ni terlalu membesarkan cerita pasal gadis penjual nasi lemak tu. Seolah2 kat malaysia ni memang orang suka cerita remeh temeh jer.. Biasa la.. tengah hot semua orang nak tulis & highlight la pasal dia sebab ada value. Tapi selebriti2 Viral ni percayalah sekejab jer.. Lepas tu akan senyap la. Dulu syasa solero, cikgu shida & ramai lagi pun menerima perhatian macam tu masa depa tengah viral.. Sekarang dah tak ada sapa nak sebut pun pasal depa. Biaq pi la, orang nak cakap pasal dia sekarang ni. Tengah hot & spicy lagi katanya.. esok dah masuk zon frozen.. orang pun dah tak peduli. hehehehe. Korang tu terutama lelaki tak payah jadi poyo sangat macam mamat2 ni >> mamat Mamat poyo ni perasan depa la paling Cool<< Nasi lemak je kot. Nak excited sampai gaduh laki bini. Hahahaha

Marah sungguh abang ni orang dok asyik cakap pasal anak dara jual nasi lemak katanya tak ada yang spesel pun nasi lemak anak dara tu, sama je macam nasi lemak orang lain.

Cuma kalau nasi lemak dia sedap.. Insya Allah orang akan sentiasa cari sebab masakan yang sedap selalu melekat kat hati berbanding populariti & kecantikkan ni. Cantik ni lama2 jemu jugak orang pandang nak2 lagi lepas dah jadi hakmilik orang lain. Dah tak jadi anak dara, nasi lemak anak dara pun orang dah tak peduli. Sebab yang orang kisah sekarang si dara yang jual nasi lemak je bukan nasi lemak dia sangat hahahaha. Populariti ni bersifat sementara jer.. So, sementara popular kalau nasi lemak tu sebelum ni rasa amatur jer.. sila mantapkan rasanya supaya boleh jadi perniagaan yang bertahan untuk jangkamasa panjang. Apapun semoga Anak dara yang jual nasi lemak ni sentiasa di murahkan rezeki & dia tak lupa diri bila populariti sedang di puncak. hehehe

4 comments:

  1. Untung jadi cantik dan comel ni, semua orang nampak dan peduli. mood dengki is ON! hahahhahahaha

    ReplyDelete
  2. Nasi lemak yg dijual Siti Hajjar mungkin biaseje bagi sesetengah orang, yg specialnye beliau seorang graduan university yang rendah diri sanggup berniaga tanpa rasa malu dan malas. Teruskan berniaga nasi lemak moga2 maju dunia & akhirat...amin

    ReplyDelete
  3. ramai je graduan univ yg local and oversea yg merendah diri, berniaga...yg jd petani pon ada..siap bole jana pendapatan ribu2/juta2..tp kita tak tahu/kenal sbb tidak di viral kan

    ReplyDelete
  4. Nasi lemak si hajar ni memang cik akak boikot lah...sibuk je orang nak buat viral...tak jual sibuk viral makcik2 dah berpuluh tahun jual.nasik lemak nak sara keluarga...hihi

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com