ALHAMDULILLAH.. SELEPAS SEMINGGU GUNA AMEENA KSK III LEBAM & GELAP BAWAH MATA SEMAKIN CERAH

29.11.16 Suria Lekatlekit 4 Comments

ALHAMDULILLAH.. SELEPAS SEMINGGU GUNA AMEENA KSK III LEBAM & GELAP BAWAH MATA SEMAKIN CERAH. Masalah lingkaran hitam bawah mata memang agak mencacatkan keindahan wajah seseorang terutama perempuan la kan.. Nak2 lagi yang dah berkahwin & beranak pinak ni. Fasa2 anak masih bayi & kecik memang buat kita jadi kurang tidur & rehat menyebabkan terhasilnya lingkaran gelap pada bahagian mata. Bila nak keluar tu jenuh jugak nak touch up tutup kehitaman bahagian mata. Bukan saja masa.. kos pun kena keluar nak beli segala jenis concealer katanya.


Bukan apa kalau tak tutup hitam bahagian mata pergi zoo kang ada pulak di tangkap & di kurung bersama panda pulak. Yelah.. mata dah macam mata panda. Panda ok la comel sebab berbulu & gebu.. kalau manusia, maaf cakap la dah macam hantu kak limah pulak rasanya hehehehe.. Jadi mesti ramai yang hadapi masalah lebam & gelap bawah mata ni tercari cari produk yang berkesan menghilangkan masalah bahagian mata. Kalau pergi zoo takut kena kurung dengan panda.. Jangan ingat tak pergi zoo selamat ok! Jangan sampai orang ingat anda mangsa penderaan sebab kesan lebam yang teruk kat bahagian mata. Jadi mari kita selesaikan bersama sama..

Masalah lebam atau hitam bawah mata ni bukan di hadapi kaum wanita je.. Malah lelaki pun ramai yang mempunyai masalah macam ni. 5 Punca lebam atau hitam bawah mata ni berlaku adalah kerana

1. Faktor Keturunan. Tahap tebal nipis kulit (periorbital skin) di sekitar mata pada setiap orang adalah berbeza dan ini selalunya bergantung kepada genetik atau keturunan. Semakin nipis kulit bawah mata seseorang itu, semakin jelas lebam bawah matanya walaupun cuma sedikit keletihan atau sedikit kurang tidur.

 2. Stress / Kurang Tidur / Keletihan Bila kita tertekan. Bila kurang tidur atau keletihan, darah kita akan terarah kepada organ-organ utama badan yang memerlukan lebih darah (mengawal stress) berbanding bahagian muka yang nampak sedikit pucat.

3 . Mata bekerja lebih keras sehingga pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata juga lebih aktif dan terlihat sebagai bayang-bayang hitam di bawah kulit mata. Perbezaan ketara kandungan darah inilah yang menyebabkan lebam bawah mata kelihatan begitu ketara.

4. Pertambahan Usia atau Penuaan. Semakin bertambah usia, semakin kulit kehilangan kolagen dan keanjalan. Kulit di bahagian bawah mata menjadi lebih nipis dan memudahkan bayang-bayang gelap nampak lebih ketara tidak kira samada sudah cukup tidur atau mata segar dan tidak mengalami keletihan pun.

5. Alergik atau Alahan. Alergik atau alahan yang menyebabkan mata gatal menjadikan kita cenderung untuk menggosok mata. Hal ini boleh meningkatkan tekanan pada kulit dan membuatkan darah memenuhi pembuluh darah di bawah mata, dan menyebabkan lebam bawah mata senang terlihat.

6. Kekurangan Zat Besi atau Anemia. Lebam bawah mata juga boleh menjadi petanda anda mengalami kekurangan zat besi atau anemia. Mereka yang mempunyai masalah kekurangan zat besi di dalam darah, menyebabkan hemoglobin dan sel darah merah yang membawa oksigen kepada sel-sel badan akan senang terurai dan membuatkan lingkaran bawah mata kelihatan lebih gelap atau lebam.

Cara nak mengatasi masalah ini adalah..

1. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Cuba berfikiran positif untuk menghidari stress yang berlebihan

2. Amalkan pemakanan yang sihat, sayur-sayur hijau sebagai sumber zat besi dan juga buah-buahan sebagai sumber Vitamin C (membantu penyerapan zat besi dengan lebih efektif)

3. Banyakkan minum banyak air kosong untuk mengawal kelembapan kulit dan air kosong juga salah satu petua awet muda.

4. Boleh amalkan tips dengan menggunakan ais, timun dan uncang teh

5. Tapi cara paling mudah adalah menggunakan Biomist. Lebam Bawah Mata mampu pulih jika ia dirawat dengan pengawalan tenaga - Energy Cystal Skin Activator , Ameena kerana ia bersifat Water Base & membuat kulit bawah mata yang sangat nipis, jadi sesuai direhatkan & di rawat dengan formulasi baru ini. Produk ini jenis Biomist sangat cair seperti air. bahan yang berkualiti halus mampu meresap menyegar aktifkan kesan kulit Lebam Bawah Mata. Dengan Teknologi KSK III terkini dari Jepun, KSK III -Biomist khas di cipta untuk menghilangkan lebam bawah mata.

Bahan Bahan yang di gunakan dalam Ameena KSK III

Fungsinya adalah Ameena KSK III adalah

* Energy Crystal Skin Activator mampu meningkatkan aliran darah ke daerah lingkaran mata & menebalkan kulit bawah mata untuk mengurangkan bayangan mata yang kelihatan jelas.
* Ia juga membantu menegangkan kawasa sekeliling mata.
* Menghilangkan bulatan hitam bawah mata
* melembabkan dan mengurangkan rasa letih pada kulit bawah mata
* Menjadikan kulit mata lebih segar & sihat
* Menghilangkan garis garis halus pada kulit bawah mata agar licin,halus


Ni pengalaman sendiri selepas guna Ameena KSK III ni lebih kurang seminggu lebih jugak la.. Memang nampak kesan pencerahan di bawah mata tu. Takde la orang tengok macam kena tumbuk dengan suami je mata aku. Even dulu kalau cuba cover dengan concealer pun boleh nampak jelas lebam bawah mata tu.. sekarang even tanpa solekkan atau cover pun nampak cerah. Tak caya tengok gambar kat bawah.. Yang atas tu memang touch sikit pun masih nampak kesam lebam pada mata.. Yang bawah takde touch up tapi boleh nampak jelas bawah mata semakin cerah


Cara nak guna dia pun senang jer.. Picit je atas tapak tangan dengan menggunakan jari manis sapukan di bawah mata kiri & kanak. Yang lebih2 tu boleh jer sapu kat muka yang kalau ada masalah jerawat ke parut jerawat ke Insya Allah membantu mengurangkan cela di wajah anda..

Waktu yang sesuai nak guna Ameena adalah waktu pagi (bagi yang bekerja sebelum pergi kerja tu sapu la dulu), tengahari (antara jam 12 hingga 3 petang) & malam (sebelum tidur)



Jadi mengikut pengalaman sendiri.. Produk ni memang berkesan menghilangkan kesan lebam & gelap bawah mata jadi kalau anda mempunyai masalah yang sama boleh la cuba produk Ameena KSK III ni. Insya Allah tiada kesan sampingan atau kesan buruk. Dengan penggunaan yang berterusan akan memberi kesan yang memuaskan hati. Tak caya cuba la..

Kalau berminat nak cuba boleh hubungi :
website : http://www.ameenacare.com/ 
Eyda : 019-5081433

4 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!