AMSYAR KISAH ANAK YATIM YANG TAK DI TERIMA SAUDARA MARA

11/01/2016 09:03:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

AMSYAR KISAH ANAK YATIM YANG TAK DI TERIMA SAUDARA MARA. Selepas berakhirnya episod drama Samudera rindu slot azalea TV9 di gantikan dengan drama Amsyar.. Hari ni dah episod ke berapa pun aku tak sure tapi aku dok tengok jugak la drama ni. Ok la.. Sekarang nampaknya drama2 melayu kat TV dah boleh jugak la layan. Salah satu sebab tajuk drama pun tak buat aku rasa morning sickness sangat.. Jalan cerita pun not bad..


Kisahnya pasal seorang budak bernama Amsyar.. yang kematian ibu bapa akibat kemalangan jalan raya kemudian di jaga bapak - bapak sedara dia. Lepas sorang.. sorang ambil jaga sebab masing2 tak nak ambil tanggungjawab tu. Sampai la dia di jaga oleh seorang bapak sedara dia ni.. sebab depa tak suka dia maka dia di dera. Dia rasa tak nak membebankan orang dia memilih untuk tinggal di sebuah rumah anak anak yatim. Disitulah bermula segala kisah.. So kalau nak tahu kena la follow episod drama Amsyar ni

Watak Amsyar ni di lakokan oleh seorang pelakon yang dulu pernah join satu rancangan realiti nyanyian kanak kanak. idola kecil ke hapa aku dah lupa. Yang aku ingat sekarang dia guna nama Ben Laden. Dah tak kanak kanak sekarang.. Umur pun dah 15 tahun tapi sebab dia pun spesis aku jugak bantut.. tak membesar bersama usia katanya. Dia kecik & nampak macam budak2 so memang dia selalu di beri watak kanak kanak je. Tapi dalam drama ni aku tengok cara dia membawa watak macam terlalu dewasa berbanding usia dia dalam drama tu. Tak berapa nampak kanak kanak cara dia dalam drama tu. Almaklum la.. dah teruna budaknya. Perwatakkan budak2 tu memang tak nampak sangat walau fizikal & rupa dia masih nampak macam kanak kanak. Tapi dalam drama atau filem pelakon remaja kena bawa watak kanak kanak ni dah biasa kot.. bukan perkara baru. Tu best jadi pelakon. Dah tua bangka pun merasa dapat watak budak sekolah lagi. hehehehe. Apapun Ben ni memang budak yang boleh berlakon. Dia jenis yang high confident. Tak kekok berada depan camera. sejak dari awal aku tengok dia masa dia join realiti TV dulu memang budak ni punya level keyakinan yang sangat tinggi. Bersahaja je dia perform macam artis profesional.

Drama ni so far boleh layan lagi la.. Nak kata sampai ternanti nanti sambungan setiap episod tu takde la sangat. Cuma kalau tertengok tu boleh follow jugak la. Kat tv3 sekarang pun drama Umairah ke hapa tajuk dia tu pun best jugak. So, maraton la tengok drama sekarang. Lepas Amsyar kat tv9 sambung Umairah kat tv3 pulak. Dah jadi kaki drama pulak aku sekarang kan. Baru la sindrom mak mak sikit katanya ehehehe

Tapi bukan semua orang suka layan drama melayu walau masuk zon mak mak... Ada yang lebih suka layan movie2 luar. Dia punya taste international katanya. kaki - kaki movie boleh la join.. sebab ada peluang korang tengok tayangan perdana >> Peluang untuk kaki kaki movie menyaksikan tayangan perdana & menang barangan eklusif. Jom la join << 

Moral of the story.. sejak dua menjak ni nampak sikit dah anjakkan paradigma pada drama2 melayu. Takde la dok adaptasi cerita bodoh dari novel yang tak merangsang perkembangan otak tu. 

2 comments:

  1. Dua-dua akak tak tengok..tak sempat nak tengok tv,,tapi drama melayu ni kalau tak tengok pun kita boleh tau cerita nya pasal apa sebab nanti ramai yang bercerita kat facebook..heheheh

    ReplyDelete
  2. saya panggil budak ni ben ten. idola kecil budak ni masuk.. huhu.. kitorg jarang layan drama sebab takut terlekat.. huhu.. Then jasmeen pon terikut2 kalau ader perkataan tidak elok..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com