AUOLIYA EMULSION SKIN REPAIR BOLEH DI GUNA SEAWAL UMUR 6 BULAN

3.11.16 Suria Lekatlekit 2 Comments

AUOLIYA EMULSION SKIN REPAIR BOLEH DI GUNA SEAWAL UMUR 6 BULAN. Assalamualaikum semua.. Tu dia mesti ada yang kata buang tebiat.. tak pernah mulakan entri bagi salam tetiba bagi salam.. Gamaknya dah nak mati ke hapa. Eh.. eh.. hangpa ni. Kita berubah sesuatu yang baik apa salahnya. Hari ni bukan kakak cantik nak cerita pasal salam tapi cerita tetap berkaitan dengan satu perubahan yang baik jugak selepas menggunkan 1 produk ni. Benda baik kena kongsi baru semua boleh dapat manafaat bersama.


Kulit kakak cantik memang sekejab normal sekejab kering.. Tak tau la kenapa masalah kulit tak consistent musim tu masih tak berakhir. Jadi terpaksa bergantung pada produk2 untuk memastikan kulit sentiasa lembab & tak berkerak akibat kekeringan. Orang kata bagai mengantuk di sorong bantal busuk.. memang lena di ulit intan la. Dalam pada masa kulit yang berada di tahap tak kering kontang tapi cuma tak lembab akak di beri satu produk untuk di cuba. Berbunga hati ini kalau dapat skincare tau.. 

Akak dapat satu serum berjenama Auoliya Emulsion Skin Repair. Nama repair2 ni kita sedia maklum la fungsinya of course la merawat kerosakkan pada kulit agar kembali sihat & cantik. Setelah merehatkan muka sehari dua dari produk sebelum ni.. Aku try la Aouliya Emulsion skin repair ni. Mula2 pakai.. mengalami kejutan sedikit bila rasa macam ruam2 kecil tepi mulut yang hampir dengan pipi. Tapi aku dah biasa dengan keadaan ni bila mencuba sesuatu produk baru.. Aku dah stanby mild cleanser untuk meneutralkan kembali kulit katanya. Selepas guna mild cleaser untuk cuci muka.. Aku teruskan pemakaian serum Auoliya ni. Masa tu kebetulan ada sebiji jerawat kat celah2 hidung. Sedang elok la aku nak test keberkesanan produk Auoliya ni.


Selepas seminggu.. jerawat tu of course la mengecut dengan jayanya.. Ruam2 halus memang selepas 2 hari pemakaian dah tak ada. Yang tinggal cuma.. kulit jadi lembab & licin sangat. Serius aku memang tak pakai apa2 skincare lain selain cleaser & serum ni je selama seminggu ni. Satu keajaiban yang berlaku bila aku pakai balik loose face powder yang pernah aku beli dulu tapi tak jadi nak guna sebab aku pernah guna sekali kulit jadi kering kemudian berjerawat lepas guna loose powder tu. So, aku stop.. tapi sebab aku tak ada loose powder lain nak pakai maka aku tawakal je try guna balik. Kot2 kulit dah sihat effect dia jadi lebih baik. Betul la.. dah tak jadi kering kulit aku pakai loose face powder selepas seminggu consistent merawat kulit guna Auoliya Emulsion Skin Repair. Memang betul2 dia repair kulit aku yang bermasalah sebelum ni. Happy la aku.. sebab bukan murah sangat loose face powder tu. RM50++ jugak. Rugi Woo.. tak guna. So, pengajaran yang aku dapat kadang2 bukan kosmetik yang bermasalah tapi kulit yang tidak sihat menyebabkan jadi masalah bila kita pakai apa2 kosmetik.


Selain merawat masalah kekeringan.. kulit aku pun nampak macam lebih sihat, parut2 lama yang ada semakin pudar & tiada jerawat2 baru yang tumbuh. Serum ni pun rasa sangat senang nak apply.. pump atas tapak tangan & sapu seluruh muka & leher... sekejab je dia meresap dalam kulit tanpa meninggalkan sebarang kesan berminyak atau melekit. Kulit akan nampak segar je selepas apply. Aku pakai sebelum tidur.. sehari sekali. Tapi untuk kesan yang lebih cepat boleh jugak guna 2 kali sehari pagi & malam.

Sedikit info pasal produk ni. AUOLIYA Emulsion adalah sejenis gel rawatan kulit yang terdiri daripada bahan tumbuhan semulajadi iaitu herba dan aloevera dengan menggunakan beauty water sebagai medium pengantaraan. 

3 keistimewaan & kelebihan AUOLIYA Emulsion adalah

 3 Minit kulit akan rasa sangat fresh
 3 Hari kulit akan rasa sangat lembab dan lembut
 3 minggu kulit akan bertambah sihat, cerah, bersih dan bersinar.

Fungsi AUOLIYA Emulsion adalah untuk..

Meneuturalkan pH kulit
Memerangkap lembapan kulit
Bertindak sebagai satu lapisan supaya kotoran tidak meresap di dalam kulit.
Structure yang sangat halus dan lembut mampu menyerap dan meresap jauh ke dalam liang roma.
Menyerap lebihan minyak di wajah.
Berfungsi sebagai anti-aging
Bahan semulajadi yang sangat bagus untuk kulit sensitif.
Menjadikan wajah kelihatan lebih muda dari usia.
Mengecutkan jerawat
Mengembalikan kecantikan asli warna kulit wanita asia.

testimoni pengguna yang berjaya merawat kulit dengan Auolita Emulsion Skin Repair

AUOLIYA Emuslion sangat bagus untuk MERAWAT masalah seperti :

Kemerahan, kegatalan, kepedihan pada kulit dan special untuk kulit sensitif.
Kulit kusam
Radang kulit akibat salah guna kosmetik.
Kulit berminyak.
Kulit Kering
Parut hitam akibat jerawat
Kedutan wajah / kulit kendur dan membantu menegangkan wajah.
Alahan pada kotoran udara.
Kelihatan TUA dari usia.

testimoni pengguna yang berjaya merawat kulit dengan Auolita Emulsion Skin Repair

Antara bahan2 yang di gunakan dalam produk ni adalah

Beauty water
Aloevera
Canadian willow herb
Sym relift
Sym claim
Allon tain
Carbapol uttrez
Glycerin

Selain tu Auoliya Emulsion juga mampu merawat masalah seperti berikut :

Mereka yang mengalami masalah kulit berminyak.
Mereka yang mengalami masalah kesan parut jerawat.
Mereka yang mengalami masalah kulit kering.
Mereka yang kerja di dalam aircond.
Mereka yang sering terdedah pada udara persekitaran yang kotor
Mereka yang mengalami masalah kulit kusam dan kelihatan tua dari usia.
Mereka yang mengalami masalah jerawat akibat allergik dan juga resdung.
Mereka yang mengalami radang / jerawat pasir / kulit merah akibat salah guna kosmetik.
Anak remaja yang sering terdedah kepada aktiviti luar di sekolah.
Anak kecil yang mengalami masalah ruam dan gatal akibat gigitan nyamuk.

testimoni pengguna yang berjaya merawat kulit dengan Auolita Emulsion Skin Repair

Yang paling best pasal produk ni adalah produk ni sangat selamat sehingga boleh di gunakan kepada bayi yang berumur seawal 6 bulan. Sebabnya produk ni berasaskan bahan semulajadi & tanpa chemical ok! So, yang rasa kulit mereka sangat sensitif, Boleh cuba produk Auoliya. Yang penting boleh di gunakan seisi keluarga. 1 produk untuk semua.

Kalau berminat nak mencuba produk ni boleh hubungi WHATSAPP 0172002677 Kak Yong Bintang

Insya Allah dengan penggunakan yang berterusan, sabar, rajin, tawakal & doa.. Kulit anda yang bermasalah mampu di rawat dengan produk Auoliya Emulsion Skin Repair ni

2 comments:

  1. Skang dh banyak serum yg bagus2 kan..rasanya dh penting sgt umur mcm akk ni pakai serum..bila selfie sengih dh nampak kedut bwh mata..huwaa

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!