DAT.. DAMAILAH KAU DISANA, DISISI TUHAN YANG ESA

2.11.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

DAT.. DAMAILAH KAU DISANA, DISISI TUHAN YANG ESA. Aku jarang nak menulis tentang kawan di blog ni.. Tapi entah kenapa aku terasa ingin menulis tentang seorang kawan yang pernah rapat dengan aku dulu, yang kawan2 kenali sebagai 'dat'.

Ismarul shamsidar, atau panggilan kawan kawan pada dia 'dat'.. Aku kenal dia sejak dari tingkatan 1 cuma aku rapat dengan dia semasa di tingkatan 4. Kebetulan waktu tu kami 1 kelas & kami ni antara 'budak nakal' jugak kat sekolah. Biasa la budak sekolah menengah.. zaman tengaha nak explore banyak perkara. Di tambah lagi weekend selalu je lepak kat port yang sama maybe sebab tu jugak kami tetiba rapat.

Dat.. memang la nakal tapi sebagai seorang kawan dia memang sangat menyenangkan. Susah nak tengok dia marah. Dia bukan suka buat lawak tapi perangai dia buat orang terhibur. Dia jenis suka bercerita.. tak kira la cerita betul atau cerita dogeng dia ada adakan.. Tapi cerita dia memang sentiasa buat orang terhibur dengar walau kadang2 tak logik. Bila dia bercerita,tangan dia pun sama2 bercerita. Ada saja dia nak menconteng tak kira atas kertas, buku atau atas meja. Dia seorang yang sentiasa tersenyum Orangnya kurus, kulit hitam manis. Banyak jugak la kenangan aku dengan dia.. pernah pergi camping sama2.. bukan berdua tapi beramai la. Dia tak kedekut tapi bukan selalu berduit. Almaklum budak sekolah masa tu.. Paling aku ingat tentang dia.. dia pernah cerita PKHEM sekolah pernah pergi rumah dia & kejut dia bangun suruh pergi sekolah. ayah dat dulu pembantu makmal kat sekolah aku.. Maybe Ayah dia yang minta cikgu buat macam tu. Almaklum la.. budak sekolah kadang2 memang malas nak ke sekolah sebab malas nak bangun pagi. Dat.. Memang kalau ingat tentang dia.. buat aku tersenyum. Dia seorang yang sangat 'macam macam' perangai dia tapi menghiburkan.

Aku masih ingat masa tingkatan 5 aku tukar sekolah.. bila buka sekolah dia tengok aku tak datang sekolah dia call tanya. Aku cakap aku dah tukar sekolah.. dia macam frust sikit bila tahu aku dah tukar sekolah. dia kata bosan takde aku.. Selepas habis sekolah. Dah lost contact sampai sekarang tapi memang antara kawan yang aku nak jumpa adalah dia. Cuma kekangan masa, jarak & masing2 dah ada kehidupan & komitmen.. buat terbatas untuk aku nak jumpa sesiapa saja.

Dat.. Aku masih ingat macam mana kita kantoi buat salah kat sekolah, kita kena denda berdiri depan bilik pengetua. Aku, hang, adi,siti,faizly berjaya lepaskan diri.. sapa lagi aku dah lupa. Waktu kita masih boleh bergurau & bergelak ketawa.. masih merayu pada cikgu supaya bagi kita ke kantin makan sebab lapar..Dah lama dat aku tak jumpa hang.. Setiap kali balik kampung lalu kat lunas aku harap terserempak dengan hang. Kalau tak dapat bersembang pun cukup aku boleh tengok rupa hang sekarang. Yang ada dalam ingatan aku rupa hang masa sekolah dulu ja.. Masih sama atau berubah, entahlah. Tapi tak pernah ada rezeki tu.

Selepas ni memang aku tak perlu berharap lagi semua tu sebab aku tahu.. Peluang untuk terserempak dengan hang dah tak dak lagi. Aku dah terlepas peluang & aku takkan ada peluang lagi. Semalam... hang pergi. Pergi yang takkan kembali. Tiada lagi kesempatan untuk aku jumpa hang. Ya Allah.. kawan!! Yang pernah wujud dalam kenangan.. Kini tinggal kenangan. Dari info yang aku dapat katanya dia meninggal akibat penyakit tb.. ada jugak yang aku baca katanya kerana buah pinggang dia yang dah rosak.. Apapun asbabnya yang pasti masanya sudah tiba.. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. kawan yang baik, Moga disana kau berada di tempat yang terbaik.

Dat.. Damailah kau di sana, disisi Tuhan yang Esa. 

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!