DI TANGKAP ATAS KESALAHAN DADAH TAPI DI VIRAL SEBAGAI PENCURI ORGAN KANAK KANAK

6.11.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

DI TANGKAP ATAS KESALAHAN DADAH TAPI DI VIRAL SEBAGAI PENCURI ORGAN KANAK KANAK. Sejak semalam aku perasan benda ni mula jadi viral & gambar seorang pemuda yang lebam & berdarah sambil tangan dia bergari di belakang di sebarkan ke serata alam maya. Katanya itulah muka manusia paling jahat & kejam.. yang menculik & membunuh kanak kanak untuk di ambil organ dalaman mereka & di jual di negara jiran. Tanpa ada bukti sahih dari pihak polis, viral ni di sebarkan tanpa rasa bersalah.

Aku memang la jarang sangat nak share viral2 yang tak pasti kesahihannya kat facebook. Sebab bukan tak pernah terkena ter share viral berita palsu. So, aku ambil langkah baca, tunggu& lihat sejauh mana kebenarannya. Ternyata muka pemuda yang di katakan pencuri organ dalaman kanak kanak tu.. Gambar dia di tangkap tu di manipulasikan oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Walaupun dia di tangkap sebab dadah & memang salah tapi fitnah yang di lemparkan pada dia sebagai pencuri organ tu tetap fitnah ok! Mentang2 kesalahan dia tu kategori jenayah berat jugak.. Kau boleh suka2 hati nak fitnah dia atas alasan dia memang orang jahat.


Kesalahan dia buat adalah dosa dia dengan Tuhan & kesalahan dia melanggar undang2 negara.. Dosa hangpa2 yang dok sebar fitnah kat dia tu, macam mana pulak. Tu bab dosa.. Bab lain tak ambil kira lagi. Bila berita palsu macam ni tersebar.. Hangpa tau ka benda tu boleh mengundang panik, keresahan & kerisauan terutama orang yang bergelar mak bapak ni. Sebab ia melibatkan keselamatan kanak kanak. Hangpa tau dak benda tu boleh buat mak bapak jadi fobia & trauma. Benda tu boleh ancam keselamatan & keamanan negara jugak tau. Apa, hangpa ingat berita palsu macam ni tak effect ke?

Betul la.. memang jenayah macam tu wujud tapi yang hangpa sebarkan tu tak betul! So berhati hatilah la sebelum clik button share tu. Jika khabar tersebut datang dari sumber yang tidak sahih tak payah beriya sangat nak tunjuk keprihatinan anda konon nak membantu menyampaikan peringatan kepada masyarakat sedangkan jiran sebelah rumah pun hangpa tak pernah ambil kisah.

Moral of the story.. sesiapa ada share berkaitan viral tu, delete la. Tak payah jadi penyumbang kepada penyebaran berita berita palsu ni. Peringatan ni jugak untuk diri sendiri sebab aku pun manusia. Tak mustahil boleh termelakukan benda yang sama.

1 comment:

  1. erm btl tu sis... jgn cpt menghukum.... siapa kita nk hukum org

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!