DONALD TRUMP MENANG JAWATAN PRESIDENT AMERICA,RAKYAT MALAYSIA RISAU

9.11.16 Suria Lekatlekit 2 Comments

DONALD TRUMP MENANG JAWATAN PRESIDENT AMERICA,RAKYAT MALAYSIA RISAU. Aku tengok yang menjadi trending kat news feed facebook aku pasal piliharaya kat Amerika sana. Ramai nampaknya member2 kat facebook menyuarakan rasa kebimbangan kalau Donald Trump menang.. Tapi apa yang menjadi kerisauan tu menjadi kenyataan. Dia menang dengan undi electoral 276 manakala Clinton hanya mendapat undian sebanyak 218.


Keputusan tidak rasmi tu di kemaskini oleh google di muka depan carian google. Masing masing cuba membayangkan apa akan Donald Trump buat kepada orang Islam.. sebab kita sedia maklum dia seorang yang anti Islam. Lepas ni mungkin penganut agama Islam tak boleh masuk America lagi..

Walaupun di lihat sebagai seorang bodoh tapi Donald Trump tetap menang.. Nampaknya bukan rakyat malaysia je tak bijak pilih pemimpin tapi rakyat Amerika pun sama jugak. Mungkin dunia akhir zaman memang pemimpin terdiri daripada mereka yang jahil & zalim kot hehehe...

Apapun orang Islam tak perlu rasa takut sampai terkencing kencing dengan kemenangan Donald Trump tu.. Ni la masanya umat Islam bersatu untuk jadi kuat. Anggap je kemenangan Trump tu salah satu ujian dari Allah buat umat Islam seluruh dunia.

Apapun Tahniah jugak la aku ucap pada Donald Trump atas kemenangannya itu.. Selamat mentadbir America & dunia..  Moga kau baik baik saja. Harap kau baik la walau semua orang tahu hakikatnya...

2 comments:

  1. Ayat last tu nak gelak ada, rasa syahdu pun ada. Macam yang sentiasa saya cakap pada Pak Jib, walaupun hakikatnya semua orang tahu. Haha

    ReplyDelete
  2. Ujian hebat untuk orang Islam di sana... Moga Allah lindungi dan pelihara saudara seislam kita..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!