FILEM UPIN IPIN JENG JENG JENG TIDAK MENEPATI CITARASA KANAK KANAK

25.11.16 Suria Lekatlekit 10 Comments

FILEM UPIN IPIN JENG JENG JENG TIDAK MENEPATI CITARASA KANAK KANAK. Upin Ipin satu watak animasi yang menjadi kegilaan kanak kanak zaman sekarang termasuk anak aku. Budak2 yang selalu mengikuti setiap episod upin ipin ni bukan setakat boleh menghafal watak watak dalam kartun tersebut malah dialog2 pun dorang boleh hafal macam anak aku. Kadang2 aku pun di panggil dengan nama watak yang ada dalam upin ipin. Normally dia panggil aku kak Ros la & bapak dia kadang2 dia panggil abang salleh.. Kelakar jugak kalau dia jadi 'tergagai' macam tu.


Memang upin ipin memberi pengaruh besar pada kanak kanak.. Almaklum la keluar perut terus di dedahkan dengan upin ipin kan. Mana tak terpengaruh.. Apapun masih membawa banyak moral yang baik. Cuma kadang2 bahasa santai contoh ganti nama diri yang di gunakan bila berinteraksi dengan kawan kawan tu aku pernah dengar rungutan dari parents yang kata.. Penggunaan 'Aku' & 'Kau' tu kurang sesuai bila menjadi ikutan anak anak mereka. Yang tu je la setakat ni aku dengar 'ketidakbaikkan' tentang kartun animasi Upin Ipin ni. Tapi bukan statement tu aku reka reka tau!! memang ada parents lain yang cakap.

Semalam Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni di tayangkan di pawagam seluruh malaysia. Seperti kita sedia maklum.. Filem ni berkonsepkan gabungan animasi & dunia realiti. Maksudnya ada watak kartun (Upin & Ipin) & Watak manusia biasa. Rasanya ramai dah tengok iklan promo filem ni faham kot apa yang aku sampaikan.

Ramai dah bawa anak anak pergi menonton. Yang dapat tiket Free atas dasar kerja tu, aku tak nak la ambil kira sangat komen depa pada filem Upin Ipin. Depa bekerja.. Tapi aku ada terbaca jugak komen dari penonton yang beli tiket & bawa anak menonton filem ni.. Katanya kurang menarik. Anak2 dia asyik tanya mana watak2 lain macam mail, jarjit, ehsan,fizi, mei mei.. yang selalu mereka tonton dalam episod upin ipin. Jadi mungkin ada segelintir kanak kanak tak enjoy tengok filem ni sebab tak ada watak watak yang mereka harap ada. Sebab selama ni watak kawan2 upin ipin juga main peranan untuk menghiburkan kanak kanak yang menonton. Sebenarnya selain watak utama Upin Ipin dalam kartun ni, Mail antara watak paling di gemari kanak - kanak selain jarjit yang terkenal dengan pantun dua kerat dia tu. Jadi bila watak2 yang mereka rasa selama ni menghiburkan mereka tak ada, mungkin mereka jadi bosan dalam pawagam mula la nak buat hal sendiri.

watak watak yang ada dalam setiap episod upin ipin

Gabungan watak manusia dengan animasi mungkin bukan citarasa kanak kanak sangat sebab kita sedia maklum kanak kanak bukan minat sangat nak tengok drama atau filem2 cereka menggunakan watak manusia real ni. Nak2 lagi cerita dalam filem ni kisah seorang kanak kanak (anak yatim) yang cuba menyelamatkan rumah anak yatim yang dia tinggal dari di rampas. Kisah2 macam ni di tambah lebih banyak watak manusia real dari kartun animasi memang tak mustahil tak menepati citarasa kanak kanak. Watak animasi @ kartun jugak lebih menarik perhatian mereka. Percubaan Les Copaque membuat filem ni.. tak berani nak cakap gagal, kita tengok je la sambutan & feedback nya nanti. Aku pun memang ada jugak niat nak bawa anak aku tengok filem ni sebab nampak dia macam excited jugak tengok iklan filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni. so tengok je la macam reaksi budak shahila terhadap filem ni. Adakah dia enjoy macam tengok filem Boboiboy the movie dulu atau tak. Lepas tengok nanti kita review balik. hehehe

Mesti yang ada cakap.. Alah, orang melayu asal orang melayu nak hasilkan kelainan sikit mula nak kondem.. alahai, tak boleh komen sikit dah cakap nak kondem. Sila fikir dari sudut positif la beb!! Aku pun setuju jugak... biasanya budak2 tengok episod upin ipin ada watak kawan kawan dia.. Depa mengharapkan dalam filem pun ada watak watak kawan2 dia juga bila watak tu tak ada & kartun animasi yang depa tengok selama ni tetiba jadi filem yang lebih banyak watak manusia real ni memang la budak2 rasa tak enjoy sangat. Ingat Budak2 tu minat ke dengan Balqis.. majoriti tak kisah pun dengan pelakon kanak kanak.. Yang minat golongan dewasa je. Kanak kanak.. tetap la kanak kanak.. Mereka memang sukakan kartun. Kalau nak buat filem untuk kanak kanak.. Maka kena la buat mengikut macam mana yang mereka suka supaya mereka enjoy menonton. Sebab majoriti parents yang bawa anak - anak pergi menonton filem2 macam ni bukan sebab mereka suka tapi sebab anak anak mereka suka. So, citarasa kanak kanak perlu di dahulukan.

Takpelah.. kalau anak tak enjoy tengok upin ipin jeng jeng meh la bagi dorang tengok ni pulak >> Pernah tak tengok gorilla, gajah, buaya dan haiwan-haiwan lain menyanyi? Kelakar habis ni! << manatau boleh ubati kekecewaan anak anak anda lepas tengok filem Upin Ipin tu hehehe

Moral of the story.. Apapun tahniah jugak la pada les copaque atas penghasilan Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni. Semoga filem ni berjaya mendapat kutipan yang memberangsangkan. Peace Yo!

10 comments:

  1. tajuk pun Upin & Ipin, xde kawan2.

    ReplyDelete
  2. Tahniahlah pada mereka sebab bukan mudah nak buat filem macam ni. Ada animasi dan manusia real lagi. Bab 'kau, aku dan dia' ni lama dah akak perhatikan. Memang anak kecil tu banyaklah juga terpengaruh sebab mereka suka tengokkan Upin Ipin ni.

    ReplyDelete
  3. komen yang jujur dan patut diberi pengajaran kepada pembuat filem tempatan untuk belajar lagi. ambillah contoh filem who frame roger rabbit (padahal keluarannya awal 90an-dan tolak tepi dlu sisi moral citer). mcmana mereka tarik perhatian penonton yang ditarget.

    ReplyDelete
  4. Setuju, buat formula mcm Boboiboy aritu. Budak2 nak tgk watak2 yg depa dah biasa. Lawak boboiboy pun lebih punchline dan selamba.
    Boleh kalau nak buat gabungan animasi dan live, tp improve lagi la. Fokus pada Upin Ipin tu kena lebih. Filem Geng dulu pun sbnarnya kurang juga, sbb fokus tidak pada Upin Ipin dan terlalu 'over' jalan cerita hingga masuk alam fantasi. Sometimes, less, simple and straight to the point is better.
    Harap Les Copaque sedia terima teguran penonton la

    ReplyDelete
  5. kecewa dengan cerita upi ipin jeng jeng jeng ni, hrmmm sangat bosannn...

    ReplyDelete
  6. Boleh tak mi tak bakik duit tiket.. cerita macam hampehhh..
    Anak aku kalau ngadap cerita ipin upin ni pagi sampai malam.. ituhari bawak masuk wayang sibuk nak balik... dah la iklan dekat nak 15 minit... budak pun bosan.. kata cerita upin ipin tapi watak penting sebenarnya macam artis jemputan je...
    Untuk yg punya hak upin ipin, kaji dulu jalan cerita.. jgn sebab nak duit merosakan nama baik upin ipin keseluruhannya..

    ReplyDelete
  7. Lagi satu, jln cerita yg sangat la hampeh. Seolah2 OK utk menggunakan anak yatim buat bayar hutang along kan?!
    Abang Jahat tiba2 terus jadi Abang baik, siap dapat lagi heroine (yg mulanya bukan main lagi gaduh) dan siap mengaku tolong ikhlas, sedangkan masalah dlm cerita tu berpunca dari dia jugak yg nak amik tanah tu. Bezanya dia dah taknak amik tanah tu tp cuma nak duit, ADA BEZA KE? Sama la jugak woi - 2 alasan tu nk pergunakan anak2 yatim utk kepentingan sendiri!
    Adoi Erma Fatimah dan semua yg terlibat - Korang x terpikir ke pasal ni?
    Kenapa Abang Jahat tu tak JUAL JE FERRARI dia kan?
    Maknanya till the end, watak Jahat yg jadi Baik tu x betul2 baiknya, mana pengorbanan dia? Sekadar tolong jayakan konsert amal tu (yg akhirnya tujuan utk lepaskan diri dari Along - kat sini pun dah SALAH! )
    Baik ditiadakan langsung watak Abang Jahat tu, cukup sekadar Awie dan Nor je jadi Hero dan Heroine, pastu buatlah masalah timbul akibat ada pemaju nak develope tanah tu, then Upin Ipin datang bagi idea buat konsert amal (barulah nampak penglibatan Upin Ipin selain hanya jd watak tempelan kat tepi dan belakang) dan Awie guna pengaruh dia sbg artis utk buat konsert tu, kan lebih logik dan murni?!
    Dah bertahun2 buat filem masih gagal berkarya.

    ReplyDelete
  8. Nampak macam ambil kesempatan dari siri upin ipin. Filem taraf telemovie.

    ReplyDelete
  9. Setuju sangat filem nie tak payah lah nak pg tengok, rasa buang duit ajer bawa family ramai2 masuk panggung, ini semua cerita poyoo..haa memang betul la apa awie cakap, filem poyo. Perdayakan penonton dengan populariti upin ipin..anak aku 5 org semua tak happy pun lepas keluar panggung..mak bapak lagi la ..

    ReplyDelete
  10. Dah tengok Dan saya rasa boiboiboy lagi best daripada upon ipin .jalan cerita Ni hampeh dan xde character macam jarjit fizi mail DLL

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!