INI JAWAPAN NASI LEMAK ANAK DARA BILA DI DAKWA NASI LEMAK TAK LENGKAP & BERKUALITI

11/03/2016 12:50:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

INI JAWAPAN NASI LEMAK ANAK DARA BILA DI DAKWA NASI LEMAK TAK LENGKAP & BERKUALITI.  Tak habis lagi isu nasi lemak anak dara katanya. Almaklum la nasi lemak anak dara masih 'in trend' katanya. Masih di perkatakan sampai ke dalam ucapan pembentanga bajet 2017 pun perdana menteri sebut sampai terkejut la budak tu. akibat dari terkejut maka jadi berita hangat di akhbar2 tempatan. Bak kata kak Diana Rashid tu baru terkejut.. kalau terkentut tak tau jadi isu hangat negara gamaknya. Orang tengah pemes katanya.. Nak nak lagi masih anak dara.. Lepas dah hilang dara esok, maybe fenomena nasi lemak anak dara pun akan semakin lenyap & senyap la kot.


Tadi terbaca kat blog beautifulnara katanya ada seorang individu ni.. konon dah dedahkan nasi lemak anak dara yang sebenar. Tak cukup sifat. Nasi lemak ayam potong 24, timun, kacang telur rebus semua takde. Harga RM3.50. Dari cerita tu kononnya dia tempah untuk majlis bacaan yassin.. dah la nasi lemak tak cukup sifat, di kerah lagi orang tua umur 46 tahun panjat tingkat 5 ambil sendiri nasi lemak yang di tempah tu. Tapi selepas tersebar dakwaan tu dia tutup pulak account dia. Dah kenapa pulak akak Ooi.. Lari bersembunyi setelah buat tuduhan. Ada jugak yang menafikan bungkusan hidangan nasi lemak yang tersebar tu tak sama macam set nasi lemak anak dara.


Tak tahu sapa betul sapa salah tapi cara akak tu nampak sangat macam.. Something wrong somewhere. Aku nak sah kan betul ke tidak hidangan nasi lemak anak dara macam tu aku sendiri pun tak pernah beli nasi lemak dia. Betul ke tidak.. hurmm entah la.

Sebab nak kata salah pun tadi baca kat Fanpage Nasi lemak anak dara Official katanya hal tu dah di selesaikan. takde pulak statement menidakkan atau mengiyakan hidangan nasi lemak anak dara yang di tempah akak tu betul atau cuma tuduhan palsu. Tu pun krik.. krik.. jugak tu. Boleh jadi betul.. boleh jadi salah faham masa membuat tempahan. So, kat situ tak berapa jelas cuma kita tak payah buat spekulasi apa - apa. Kalau dah di selesaikan cara baik.. Kita harap semuanya jadi baik baik je la. kan


Cuma nak cakap kalau memang nasi lemak macam tu di sediakan oleh pihak Nasi lemak anak dara.. memang tak berapa patut. Nampak macam sekadar ada sambal & lauk jer. Kalau benda ni cuma salah faham dari pihak akak tu.. Hope jadikan pengajaran di lain masa. Berbincang secara tertutup dulu sebelum nak viral. Kesannya takut berbalik pada diri sendiri.

Apapun segala minyak kat Malaysia dah naik harga.. Gamaknya nasi lemak anak dara naik harga tak? Kalau nasi lemak anak dara naik harga maka jom la kita pi makan pizza. Sebab pizza jer ada buy 1 free 1 sekarang. Nasi lemak anak dara takde buy 1 free 1 ok. Tak caya jom tengok kat sini >> Jom tengok macam mana nak dapat Free Pizza dari Domino's <<

Moral of the story.. Walaupun aku ni di pandang jahat kat media sosial, tapi hati aku tak sejahat yang orang anggap tau. Aku cuma suka bercakap secara telus apa yang aku setuju & tak.. Aku tak suka sesuatu tak semestinya aku tak suka semuanya tentang sesuatu sampai nak mengiyakan fitnah yang tersebar sebab aku tak sukakan sesuatu atau seseorang. Dalam kes nasi lemak anak dara ni.. Aku nampak mungkin masalah ni berlaku sebab salah faham.. Cuma aku tak puas hati dia tak nak cakap nasi lemak tu nasi lemak anak dara ke tidak je. Ada sapa2 pernah beli nasi lemak anak dara boleh sahkan tak? hehehehe

P/S : Dari komen2 yang aku baca kat page Nasi Lemak Anak dara Official tu.. memberi hint memang nasi lemak yang tersebar itu yang di sediakan pihak nasi lemak anak dara. So..??? krik.. krik.. krikkk

7 comments:

  1. Try la dulu baru beli banyak2. Ni semua pasal budget 2017 hihi

    ReplyDelete
  2. Akak tak pernah beli pun Ana..
    Walaupun nasik lemak anak dara ni jual berdekatan dgn tempat tinggal akak di seksyen 7 shah alam..
    Jadi tak tahu macam mana rupanya..
    Macam tak ada hati jer nak membeli..
    Walaupun viral beriye hihihihi..

    ReplyDelete
  3. Sy rasa nasik lemak para makcik2 kat tepi jalan/ gerai2 tu pun sama hebat juga. Siap ada berjenis jenis sambal lagi. Heheeee..

    ReplyDelete
  4. sebab tu la anak dara kot, bajet nasi lemak gitu

    ReplyDelete
  5. rezeki dye..pakej dengan keayuan dye, akademik dan yg penting wajah.

    ReplyDelete
  6. Harap-harap jangan la berniaga macam tu, kesian dekat customer. Isu pon dah setel walaupon kita tak hujung pangkal cerita. Hehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com