INI SEBAB ANDA PERLU BOIKOT DARI MEMBELI BELAH DI EZBUY

11/13/2016 12:01:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

INI SEBAB ANDA PERLU BOIKOT DARI MEMBELI BELAH DI EZBUY. Tak habis habis lagi kan lekatlekit ni dengan isu ezbuy dia. Mesti la selagi aku rasa aku tak dapat hak sebagai pembeli, selagi aku rasa ezbuy tidak bertanggungjawab setelah customer membayar untuk membeli di website mereka & selagi ezbuy terus menerus cuba menyembunyikan kelemahan mereka tanpa ada usaha memperbaiki.. selagi tu aku akan sebarkan supaya bakal pembeli tidak teraniaya dengan ezbuy.


Sebenarnya di Facebook Page Ezbuy banyak sangat komplen pasal perkhidmatan mereka tapi kebanyakkan semua di delete untuk menjaga reputasi mereka. Tapi hari minggu maybe admin yang handle page tu cuti sempat la aku screenshot complaint2 dari customer yang dah membeli belah di ezbuy untuk tatapan kaki kaki shopping online ni. Supaya korang boleh nilai sendiri tahap perkhidmatan yang ezbuy bagi kepada pelanggan yang berurusan dengan mereka.

Zaman sekarang semua benda ni jadi viral & kena di dedahkan baru la pihak yang buat taik tu dapat pengajaran. Kalau tak.. dia akan selesa bagi service yang tahap logi sisa kumbahan sebab dia sentiasa ada pelanggan. Setiap hari mungkin ada mangsa baru yang akan terkena.. Jadi kalau korang nak tahu betapa logi servis di ezbuy setelah anda membeli belah kat situ sila baca komen2 dari mereka yang dah terjebak membeli di ezbuy...

Sebahagian complaint yang sempat di screenshot.. Yang lain2 banyak dah kena delete. 

Antara perkara yang paling tak boleh blah berlaku di ezbuy. minta customer topup payment yang telah dia buat. Katanya harga yang di paparkan kat website tu sekadar nak suruh orang beli tapi harga sebenar di kenakan seller lebih mahal & minta orang topup balik bayaran.

Jadi jangan terpedaya macam aku dulu bila tengok harga2 barang di ezbuy yang murah2.. Kita membeli even murah tetap kita harapan servis yang terbaik. Kesilapan kecil mungkin boleh di maafkan tapi bila kesilapan yang sama berulang kali & terjadi kepada ramai pembeli tapi tiada tindakkan di ambil atau ganti rugi di bayar pihak ezbuy sebagai tanda minta maaf malah mereka ignore semua complaint & act macam tak ada apa2 berlaku.. Sesungguh mereka layak di boikot supaya mereka belajar untuk memperbaiki kelemahan mereka. Barang aku order sebelum ni pun dah 2 minggu tak sampai.

6 comments:

  1. tak pernah try lagi shoping sni but then kalau worst mcm ni mmg tak kekal lama ni.

    ReplyDelete
  2. Tak lama lagi tutup la ezbuy tu.. ahaha

    ReplyDelete
  3. Beri tau kat persatuan pengguna pun elok jugak. Biar dia tolong siarkan.
    From:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. kalau jual murah2 ni memang suspicious juga

    ReplyDelete
  5. Setakat ni x pernah lagi membeli di ezbuy ni. Tapi kalau dah service teruk, memang x dapat bertahan lama. Tapi disebabkan ez buy jual murah dari yang lain maybe menjadi penyebab juga customer tertarik utk membeli di situ.Harap dapat di viralkan supaya orang lain x menjadi mangsa di ez buy.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com