NORA DANISH MINTA KERAJAAN KECUALIKAN CUKAI PADA ARTIS KERANA PERLU KELUAR KOS YANG BANYAK UNTUK CANTIK

11/07/2016 06:10:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

NORA DANISH MINTA KERAJAAN KECUALIKAN CUKAI PADA ARTIS KERANA PERLU KELUAR KOS YANG BANYAK UNTUK CANTIK. Bila selebriti cantik bersuara kadang2 macam tak sepadan akal dengan rupa depa kan.. Tu la orang kata Allah menjadikan manusia tu adil seadilnya.. Rupa cantik tapi kurang cerdik.. Rupa kurang kacak tapi sangat bijak. Jadi tak payah la terkejut dengan kenyataan2 kurang bijak dari para retis ni.. Cantik tak menjamin seorang itu pandai. kekeke

Sumber Beautifulnara

Bila Nora Danish suarakan pendapat supaya kerajaan bagi pelepasan cukai kepada golongan retis atas alasan mereka perlu keluarkan kos yang banyak untuk tampil menawan, cantik menarik kau memang da'bomb katanya.  Dia kata depa terpaksa keluarkan kos puluhan ribu untuk sentiasa kelihatan cantik kerana itu sebahagian dari kerja mereka. Oo.. kerja. Sebab kerja boleh la minta pelepasan cukai. Habis orang awam yang bekerja & di kenakan cukai.. kau rasa macam mana? Perlu tak depa pun dapat pelepasan cukai?? kat Malaysia ni bukan retis je bekerja & di kenakan cukai,ok!

Sapa yang suka nak bayar cukai.. Tapi alasan Nora danish guna tu rasa macam 'krikk.. krikk...' sangat tau. Dengan alasan perlu sentiasa tampil cantik & menarik atas sebab kerja kau nak minta di kecualikan bayar cukai.. Aku rasa orang lain yang tak jadi retis pun nak jugak macam tu kalau alasan yang di gunakan Nora Danish ni boleh guna untuk elak bayar cukai. Banyak kerja yang perlu orang sentiasa berpenampilan menarik & cantik.. Bukan kerjaya sebagai retis je Nora Ooi...

Tak salah Nora Danish keluarkan cadangan macam tu cuma yang nampak tak berapa bijak alasan yang di gunakan.. Korang dapat income ratus ribu lemon bayar je la cukai. Kat Malaysia ni memang tak ada sesapa terkecuali kena bayar cukai termasuk orang miskin, jadi redha je la.  hehehehe

1 comment:

  1. Hahaha...sebelum artis tak.ada gst..bagus bagi kita nie..hihi

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com