SINDROM WILLIAM JARANG DI DENGAR & SUKAR DI KESAN PADA PERINGKAT BAYI & KANAK KANAK

10.11.16 Suria Lekatlekit 0 Comments

SINDROM WILLIAM JARANG DI DENGAR & SUKAR DI KESAN PADA PERINGKAT BAYI & KANAK KANAK. Normally yang biasa kita dengar sindrom down & aku yakin ada antara kita yang tidak pernah dengar pasal sindrom william ni. Walaupun sindrom William ni tak ada kena mengena dengan anak aku. Anak aku setakat ni cuma di letak bawah kategori speech delay + low attention (Add).. Tetap aku rasa tertarik nak ambil tahu bila ada seorang ahli kat group autisme bagitau anak dia salah seorang pengidap Sindrom william. Aku sendiri rasanya baru pertama kali dengar. Agak menarik jugak sebab aku rasa satu ilmu baru yang tak salah aku nak ambil tahu.


Dari apa yang aku google ciri2 sindrom william ni memang sukar di kesan oleh orang biasa mahupun doktor kecuali pakar genetik & jantung. Sebab setiap pengidapnya mempunyai ciri2 yang berbeza & tidak ada ciri khusus yang boleh mengesahkan seorang bayi atau kanak kanak tersebut mengidap sindrom william ni. Kanak-kanak Sindrom William ni kelihatan normal, sangat peramah serta ceria. Tapi ciri yang boleh di kesan adalah bila ada masalah jantung, saluran injap yang sempit, masalah saluran usus serta memiliki bentuk wajah yang unik.

Sindrom ni berpunca dari masalah genetik yang bukan berpunca dari ibu bapa.Ia berpunca apabila berlaku secebis bahagian pada kromosom nombor 7 telah hilang. Kromosom nombor 7 adalah kilang untuk memproses protein bagi menghasilkan elastin yang berfungsi membesarkan salur-salur darah, kulit dan rongga mengikut usia bermula dari dalam kandungan. Kehilangan sebahagian cebisan ini menyebabkan 70 hingga 80% penghidap Sindrom Williams berhadapan dengan masalah jantung.

Setiap manusia mempunyai 46 kromosom atau 23 pasang yang menyimpan 30,000 gen. Apabila terdapat sedikit kecacatan pada kromosom itu, ia akan membentuk pelbagai komplikasi dalam tubuh   Untuk mengesan pengidap sindrom william ni di peringkat awal memang agak susah sebab dia tak ada ciri2 khusus macam sindrom down.

Jika tidak diagnosis lebih awal, Sindrom Williams boleh mengancam nyawa kerana komplikasi yang dihadapi, terutamanya membabitkan jantung. Sekiranya doktor mendapat maklumat awal yang lengkap, Sindrom Williams boleh didiagnosis pada peringkat awal dengan menjalankan beberapa ujian khusus terutama yang membabitkan masalah jantung.


Perkembangan otak untuk bayi & kanak2 sindrom williams ni jugak agak lambat. Kira tak sama la perkembangan dia dengan kanak kanak normal. Ia akan memberi kesan pada perkembangan & pembelajaran mereka. Mungkin akan hadapi sedikit masalah sebab mereka pun bukan kategori kanak kanak tipikal atau normal, kan. Tapi kalau dapat di kesan di peringkat awal boleh hantar terapi & di letakkan di sekolah khas untuk mereka belajar berdikari & tidak ketinggalan jauh sangat dari kanak kanak yang normal. Kat situ pun dah menunjukkan dengan terapi Insya Allah dapat membantu mereka berkembang dengan lebih baik. Allah dah kata.. tiada penyakit atau masalah tiada ubat atau jalan penyelesaian kecuali mati. Jadi selagi hidup teruskan berusaha.

Di sebalik kekuranganya masih ada kelebihan pengidap Sindrom Williams ni sebab mereka ni ada keunikkan tersendiri. Antara keunikkan mereka adalah sangat peramah tapi percakapan & pertuturan mereka ni memang susah nak di fahami sikit. Selain tu mereka juga mudah ketawa. Mereka juga di kenali sebagai happy face sebab wajah mereka sentiasa ceria. Dari kajian menunjukkan pengidap sindrom william mempunyai memori pendengaran yang lebih tinggi dari orang normal.

Apapaun.. Macam mana pun seorang anak itu di lahirkan samada normal atau ada kelainan.. Kena cakap kelainan sebab tak semua orang suka di gelar cacat. So, kita sebut la kelainan.. lebih sedap sikit orang dengar ye dak.. Ok sambung balik macam mana pun seorang anak tu di lahirkan samada normal atau ada kelainan.. Ingat itu semua dari Allah & Allah tidak pernah tersilap pencaturan. Apa yang dia bagi pada kita tu.. Itulah yang terbaik. 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!