LOQSTAQ COOKIES KURANG MANIS, MEWAH DENGAN KEKACANG & SEDAP GILER

12/06/2016 10:00:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

LOQSTAQ COOKIES KURANG MANIS, MEWAH DENGAN KEKACANG & SEDAP GILER. Tu dia loqstaq cookies dah mai dah.. Hangpa jangan dok buat cempeqa na.. Apa ingat orang loqstaq tak pandai buat cookies ka? Setanding cookies berjenama yang ada di pasaran ok! Rasa sekali terketaq ketaq nak lagi katanya.

Loqstaqcookies

Ok hari ni cheq nak memperkenalkan anda satu produk Homemade penuh kasih sayang iatu loqstaq cookies. Hari jumaat lepas loqstaq cookies ni sampai ke tangan cheq walaupun budak yang hantar tu tersilap naik sampai tingkat 13 padahal rumah cheq tingkat 9 ja.. Nasib baik lepas dia ketuk tak ada orang buka pintu dia pandai call. Pelik pulak bila dia cakap ketuk2 takde orang bukan pintu padahal akak ada je dok melukut dalam rumah. Nasib baik juga dia reconfirm alamat rumah tu.. Kalau tak.. akak pun tak tau dia naik tingkat 13. Bukan alamat salah tapi dia salah faham dengan nombor2 kat alamat tu.


Dah sampai loqstaq cookies.. Almaklum la dah nama pun makanan takkan la hang nak tengok saja kot. Mesti nak rasa jugak. Walaupun ada kerisauan sebab aku ni tak boleh makan benda2 manis yang berbentuk macam coklat atau cookies. Takut terlekat celah gigi auto gigi rasa sakit sebab palam masa sekolah rendah kat gigi geraham tu dah tercabut. Jadi berlubang. Jadi kena Makan pelan2.. gigit guna gigi depan je sebab nak protect geraham dah berlubang tu. Tapi bila rasa tahap kemanisan dia tu sederhana jer.. Boleh la gigit dengan selesa guna geraham. Alhamdulillah.. sebab kurang manis tak effect kat gigi.

Walaupun kurang manis tapi sedap ok!.. Asyik je kalau mengunyah. Rasa coklat & kekacang dia memang mewah & banyak. Sebab kekacang yang di gunakan kekacang yang sedap macam walnut, Almond & chocolate chips. Ok ok.. maaf ada yang dah mula terliur bila aku sebut bahan yang di gunakan dalam loqstaq cookies ni.

Selain dari kekacang, Bahan bahan yang di gunakan dalam cookies ni adalah..
gula kaster
Gula perang
Salted butter SCS
minyak jagung
Telur gred A
garam
susu segar
vanilla extract
tepung gandum
serbuk chocolate
tepung jagung
cuka Soda bikarbonat
walnut cincang
almond
chocolate chips

Size dia pun kecik senang la nak masuk mulut. Sebab cookies ni jenis kalau gigit sikit2 dia akan pecah & serpihan tu akan jatuh. So akan mengotorkan ruang yang kita makan tu. Bila size muat2 size mulut jer senang la sikit nak sumbat kan? Takde la tercekik kalau size dia kecik.


Ia produk homemade yang dibuat sendiri oleh pengedarnya. Bukan saja boleh di nikmati seisi keluarga malah boleh di jadikan hantaran untuk kahwin/bertunang, boleh di jadikan door gift premium sebab ia di jual dalam bekas jar yang comel. Tak banyak perkara dah nak deco.. Ikan reben sikit dah cantik. Sebab size dia tak besar nak sumbat dalam handbag pun senang. Boring2 boleh makan.

Harga pun tak mahal, RM30 (RM200gram) untuk setiap jar sebab menggunakan kekacang yang mahal. Tapi betul memang puas hati makan loqstaq cookies ni.. Penuh rasa kacang & chocolate tu tapi yang penting kurang manis. Bukan apa manis2 ni boleh mengundang penyakit. Jadi memang sesuai di nikmati seisi keluarga dari kira dari sekecil kecil anak hingga yang dah lanjut usia.

Sekiranya anda berminat nak cuba loqstaq cookies ni boleh hubungi 
012 482 7802 Puan Siti Arfah.

Jadi penggemar cookies, hangpa mesti cuba loqstaq cookies ni kalau tak confirm korang terlepas sesuatu yang sedap. Sekali rasa terngiang ngiang kesedapannya.. Insya Allah.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com