PENYANYI VETERAN TAN SRI DATO S.M SALIM MENINGGAL DUNIA

12/29/2016 06:27:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

PENYANYI VETERAN TAN SRI DATO S.M SALIM MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Penyanyi Tan Sri Dato SM Salim yang di khabarkan menghembuskan nafas terakhirnya hari ni di kediamannya akibat sakit tua. Moga di ampuni segala dosa dosanya & Di tempatkan beliau di kalangan orang orang yang beriman..


Tan Sri Dato S.M Salim atau nama sebenarnya Sheik Salim Sheikh Muhammad Al Mahros seorang penyanyi veteran yang pernah terkenal dengan lagu2 irama Malaysia seperti pandang pandang, jeling jeling & pernah berduet dengan artis artis terkenal di Malaysia seperti Dato Siti Nurhaliza. Sememangnya nama SM Salim bukan lagi asing di dalam dunia hiburan tempatan.


Allahyarham pernah mendapat anugerah Biduan negara pada tahun 1990 oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di atas sumbangan dan perjuangannya yang bukan sahaja memartabatkan lagu-lagu Melayu klasik dan tradisional tetapi juga memastikan genre muzik tersebut tidak pupus dalam ingatan penggiat muzik generasi muda.


Kini hanya tinggal kenangan & lagu lagunya sahaja.. Perginya satu lagi bintang di persada seni negara. Semoga jasa jasa beliau kepada industri seni tempatan terus di kenang walaupun suara & jasadnya tiada lagi di dunia ni. Moga roh Allahyarham damai di sana.. Alfatihah.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com