TREND MEME MEMPERSENDAKAN ORANG BERWAJAH PELIK DI MEDIA SOSIAL

12.12.16 Suria Lekatlekit 2 Comments

TREND MEME MEMPERSENDAKAN ORANG BERWAJAH PELIK DI MEDIA SOSIAL. Aku perasan jugak trend ni.. Tapi aku maybe kurang layan benda2 macam tu so tak terasa terhibur pun nak share benda2 macam tu. Nak troll orang hanya kerana kepelikkan atau ketidakkan cantikkan wajah orang ni aku selalu rasa malu sebab sedar diri la kita pun bukan secantik mana nak jadikan wajah atau fizikal orang lain tu sebagai bahan bergurau senda & bergelak ketawa. dua tiga hari ni nampak satu trend guna gambar insan yang mungkin agak unik & pelik (nak guna perkataan hodoh macam kejam sangat kan) untuk di jadikan bahan gurauan dengan caption kononnya dia cari seseorang bernama.. senah.. Ali.. Leha.. So, masing2 pulun dok share & tag kawan yang ada nama tersebut lepas tu komen dengan riang ria.

Ni contoh meme yang di buat dengan tujuan bergurau guna wajah orang lain. Sungguh biadap. Ni version english yang version melayu pun semalam aku tengok bersepah friendlist kat facebook aku share sambil tag nama kawan2 mereka yang berkenaan.

Tak terfikir langsung kan.. Macam mana kalau muka kita yang di jadikan bahan senda gurau orang atas sebab mungkin muka kita buruk. Rasanya kita seronok tak di perlakukan macam tu. Tipu sangat la kalau muka kau yang kena kau rasa terhibur sampai senyum sepanjang hari. Tak menangis depan orang pun confirm menangis bawah bantal. Silap haribulan bunuh diri sebab terlampau stress orang gunakan gambar kau macam tu.

Wajah kita ni bukan kita boleh lukis macam mana kita nak.. Semua ini adalah lukisan dari Allah sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Kalau kau mempersendakan muka orang lain sama la kau mempersendakan kejadian Allah. Kau siapa nak menghina ciptaan Allah?? Sila sedar diri sikit, hokay!!! apa kau ingat gambar kau dapat like & komen konon lawa & hensem tu dah rasa kau elok sangat ke dari orang lain?? Mohon pergi bunuh diri je kalau kau ada perasaan macam tu.

Tak semua perkara boleh di jadikan bahan gurau lebih2 lagi berkaitan dengan rupa & fizikal orang ni. Nak bergurau pasal rupa & fizikal pun ada limit dia & dengan orang2 tertentu jer. Aku sendiri dulu pernah rasa down sebab aku mempunyai fizikal yang rendah yang tak ramai orang ada ketinggian macam aku. Bila orang panggil 'pendek' nak2 lagi orang kita tak kenal atau orang yang kita tak pernah berkawan walau kenal, memang sentap jugak la. memang dulu aku pernah rasa terhina jugak tapi bila lama2 dah biasa dengan ejekkan baru aku boleh 'move on' katanya. Tapi nak ambil masa terima benda tu memang akan melalui fasa yang sangat menyakitkan hati,jiwa & perasaan kalau orang panggil pendek ni.

Yang tu kat media sosial kalau luar media sosial pun jangan bila kawan2 ajak lepak atas sebab2 ni >> 6 Sebab Paling Popular Kawan Kawan Korang Ajak Lepak. Betul tak?? << Jangan pulak dok ambil kesempatan bergurau menyentuh pasal fizikal ke, rupa paras ke. Nak2 lagi yang dah lama tak jumpa tu. Mungkin dulu slim sekarang dah gempal. Mungkin dulu dia sporting tapi tak mustahil meningkat usia hormon berubah tahap ke sporting'an dia tu dah kurang. Almaklum la orang kata makin tua ni makin sensitif. Jadi hati2 kalau nak bergurau pun. Jangan melampaui batas sampai dah nampak macam menghina.

Moral of the story.. Mungkin bagi kita benda tu.. alah tak ada apa sangat la. Yelah.. sebab bukan muka kita jadi kita rasa macam remeh sangat bergurau macam tu untuk orang lain ambil hati. Tapi ingatlah penerimaan setiap orang tak sama dalam bergurau nak2 lagi sampai jadi troll & viral kat media sosial.

2 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *