PELANGGAN HOTLINK DAPAT FREE INTERNET SETIAP BULAN SEUMUR HIDUP

4/29/2016 08:08:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

PELANGGAN HOTLINK DAPAT FREE INTERNET SETIAP BULAN SEUMUR HIDUP. Almaklum la banyak sangat kontroversi katanya maka demi nak meraih kembali kepercayaan pengguna kena la berkorban sikit kan. Orang Malaysia sekarang ni memang teruja dengan benda free... Konon Dato Vida nak bagi Beg LV free berpusu pusu orang share post kat FB alih2 tertipu dengan fake account guna nama Dato Vida. Kat situ kita boleh lihat betapa rakyat Malaysia terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi. Selagi ada peluang boleh dapat benda free depa akan sedaya upaya mencuba.


Ni hotlink pulak menjanjikan free internet setiap bulan seumur hidup.. Sapa tak nak free internet. Zaman sekarang dari sekecik kecik anak sampai setua bangka mak bapak semua dah tak boleh hidup tanpa internet. Internet ni boleh buat macam macam perkara tak kira perkara baik, perkara buruk, perkara yang mendatangkan pendapatan atau perkara yang merugikan. Aku pun kalau tak ada internet tak ada jugak la pendapatan sendiri. Almaklum blogger.. bekerja dengan blog ni. Kalau tak ada internet celah mana aku nak update blog. Takkan nak hack wifi jiran tetangga pulak. Curi wifi kemudian buat kerja dapat duit.. Berkat ke rezeki tu. Jadi yang suka curi wifi lepas tu dok menjana pendapatan secara online tu renung renungkan. Jangan post kemain islamik tapi guna wifi curi.

Sebab kesempitan kadang2 orang takde duit nak topup kuota internet. Baru topup hari ni tak sampai seminggu dah kena topup lagi. Tokei padi pun boleh jual petak sawah katanya. Jadi mungkin atas keprihatinan hotlink buat pakej ni kot. Katanya walau kuota internet habis pun tetap korang boleh guna internet percuma ni. macam mana nak dapat percuma kuota internet setiap bulan seumur hidup meh tengok kat sini >> Biar betul! Internet percuma setiap bulan seumur hidup dari Hotlink. Nak meh baca kat sini <<

Lepas ni makin ramai la golongan anti sosial akan membiak katanya. Dari berbayar dapat free. Lepas ni kalau lepak semeja dengan kengkawan tapi berkomunikasi secara online tu dah tak jadi benda pelik la. Sebab kuota internet tak habis habis katanya. Boleh chit chat sampai kontot jari jemari.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

YANG MENGIDAM NAK MAKAN KAT THE MANHATTAN FISH MARKET TU ELOK LA BACA

4/29/2016 12:26:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

YANG MENGIDAM NAK MAKAN KAT THE MANHATTAN FISH MARKET TU ELOK LA BACA. Aku ni golongan kebanyakkan je tak mengidam katanya makan kat restoran Manhattan Fish market. Selalu dok pergi wangsa walk Mall tu hanya pandang dari luar je. Tengok harga menu2 dia kat situ boleh tahan jugak.. Macam sayang je nak bayar. Rasa nak makan seafood takpe boleh meluncur ke Jeram. Makan la sampai muntah air laut. Rasa sayang yeah jugak la nak makan kat Restoran Manhattan Fish Market ni. Tapi sebenarnya tekak tak pernah sampai seru pun nak mencuba makanan kat situ. Cuba seruan tekak ni memanggil manggil.. korek tabung pun sanggup. hahaha

Sumber Gambar Google

ramai yang sedia maklum menu2 di Manhattan Fish Market ni berasaskan makanan laut. Dia punya ketam, udang, kerang,sotong,kupang semua Giant size. Lebih besar dari mulut katanya. Memang mampu menggoda nafsu serakah penggemar makanan laut ni. Yang mana ada masalah alergik dengan makanan laut nangis tepi meja je la tengok. Nak makan juga stanby la ubat siap siap. Sekali kau dah melangkah masuk ke Manhattan Fish Market ni memang kau takkan berkata 'Pantang' pada seafood dah. Melainkan iman & takwa kau kuat katanya. hehehe

Antara menu lobster yang ada di Manhattan Fish Market. Sumber Gambar Google

Sebesar size haiwan haiwan laut dia macam tu jugak harga dia. Sebab tu ada orang nak makan kat situ ada yang Istikarah dulu. Istikarah tu macam melampau sangat tuduhannya. Paling2 pun mesti sebelum pergi dia buat calculation dulu. Tapi kalau korang teringin sangat tahap kalau tak dapat makan seafood kat Manhattan fish market ni rasa macam nak suruh batu belah batu bertangkup telan je.. inilah masa paling sesuai korang makan kat situ. Sekarang ada promosi jualan murah katanya. Memang korang takkan dapat harga macam ni setiap hari. Dia nak suruh orang makan puas puas sebelum puasa kot tu yang dia bagi harga murah melampau macam ni >> Promosi Istimewa di Manhattan Fish Market. Makan King Crab, Sotong, Kupang, Udang, Kerang Gergasi & banyak lagi makanan Laut dengan harga serendah ni je. Cepat tengok Promosi ni <<

Nak merasa king crab ni boleh la try kat Manhattan Fish Market sekarang

Yang mana mengidam sangat nak makan kat Manhattan Fish Market tu sedang elok la korang terjah sampai roboh kesitu sekarang. Ingat yang namanya promosi ada expired date so jangan berlenggah lagi. Aku?? Tengok la kalau aku nak memburu hantu kat wangsa walk mall kot2 tergoda boleh la. Tapi aku ni jarang bernafsu dengan seafood. Aku makan ikan je. Benda2 bercengkerang macam ketam bagai tu aku menyampah nak makan. Hahahaha.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CEPAT! JADI 500 ORANG YANG BERTUAH DAPAT TIKET PENERBANGAN PERCUMA AIR ASIA

4/28/2016 08:26:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

CEPAT! JADI 500 ORANG YANG BERTUAH DAPAT TIKET PENERBANGAN PERCUMA AIR ASIA. Siapa tak suka dapat benda free di zaman GST ni. Aku pun nak kot tapi aku tak gigih sangat la nak share benda2 yang tak pasti kesahihannya. Bukan apa takut termalu sendiri je. Orang nampak macam kita hadap sangat benda percuma & mahal sampai gigih ni share tak siasatan sahih ke tak sahih. Kesian kat bila kena tipu benda benda macam tu. Tak tau nak letak muka kat mana.


Dari korang dok tertipu dengan admin fake account orang kaya konon nak bagi barang berjenama elok korang try benda ni. Yang ni dah sah sah memang tak tipu punya. Yang mana mungkin tak pernah merasa naik flight inilah masa merealisasi impian anda nak naik kapal terbang. Free pulak tu. Bukan semua orang mampu dapat free, hokay!

Sapa nak merasa naik flight free inilah masa untuk korang mencuba nasib. Yang ni betul2 bukan cobaan katanya. Tak payah ragu ragu fake ke apa.. Aku bagi jaminan benda ni memang betul. Cuma siapa cepat dia la dapat. Kalau dok terhegeh2 lagi fikir memang tipis la peluang nak merasa naik flight secara percuma.

Peluang ni kadang kadang datang sekali seumur hidup. Kalau peluang dah park depan hidung tak payah nak cakap banyak sangat la. Cuma perlu buat keputusan nak atau tak nak je. Jadi kalau betul2 korang nak tiket penerbangan percuma Air Asia ni meh tengok kat sini >> Jadi 500 orang pertama untuk dapat Tiket penerbangan Air Asia secara percuma di Sini <<

Cuba je.. Jangan fikir mungkin ada bukan orang yang bertuah. Tak cuba tak tahu. Lagipun offer ni baru je lagi di buka mungkin anda antara orang yang bertuah. 

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DI SEBALIK POWER RANGERS YANG MUNGKIN ANDA TIDAK PERNAH TAHU

4/28/2016 02:32:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

DI SEBALIK POWER RANGERS YANG MUNGKIN ANDA TIDAK PERNAH TAHU. Masa kecik2 dulu layan jugak la power rangers ni. Almaklum la zaman aku budak2 mana ada hiburan lain sangat. Kalau tengok kartun atau rancangan kanak kanak kat TV tu dah kira aktiviti best sangat la. Tak macam budak sekarang.. Nak tengok apa bila2 masa je boleh. Online jer search je la kat youtube. Apa yang takde.. segala mak nenek dari cerita senonoh sampai la pra tak senonoh. Semua ada.


Walaupun kita mengenali power rangers dari kita budak sampai dah jadi mak budak tapi banyak perkara tentang power rangers yang mungkin kita tak pernah tahu. Yelah.. apa yang penting bagi kita selama ni cuma power rangers je. Apa berlaku di sebaliknya kita jarang fikir atau tak terfikir pun nak ambil tahu. Jadi meh kita selongkar apa Yang kita tak pernah tahu tentang power rangers selama ni..

Power Rangers ialah siri program televisyen kanak-kanak Amerika terpanjang yang diadaptasi daripada siri bergenre tokusatsu Jepun, iaitu siriSuper Sentai. Ia bukan sekadar alih suara bahasa Inggeris, tetapi juga merupakan produksi 'baru' dengan dibintangi barisan pelakon Amerika diselitkan dengan rakaman sebenar dari Jepun dalam beberapa babak. Disebabkan kebanyakan siri Super Sentai menampilkan imej Jepun, program buatan Amerika ini disesuaikan untuk penonton Barat; walau bagaimanapun, kebanyakan babak yang menampilkan watak berkostum dan robot (atau "Zords" dalam versi Inggeris) dialih suarakan.

Siri pertama yang memulakan francais Power Rangers ialah Mighty Morphin Power Rangers, mula ditayangkan sebagai sebahagian daripada rancangan-rancangan siaran saluran Fox. Ia berlanjutan selama tiga musim (1993-1996), paling popular dan yang terpanjang setakat ini. Francais ini terus berkembang dengan 17 musim untuk televisyen (pada 2007) dan dua filem.

Siri Power Rangers telah diedarkan oleh Saban Entertainment dari tahun 1993 sehingga hujung 2001 dan disiarkan di Fox sehingga 2002. Francais ini telah dibeli oleh Walt Disney Company pada 2001-2002, tetapi dibeli balik oleh Haim Saban pada tahun 2010.

Satu pasukan Power Ranger biasanya dianggotai lima orang dengan penyertaan Ranger keenam pada pertengahan siri. Setiap sut dan tenaga spektrum Ranger dipadankan pada warna spesifik seperti merah, kuning dan biru yang kemudiannya disertai warna merah jambu, hijau, hitam atau putih. Para Rangers biasanya dinamakan bersempena warna mereka (Ranger Merah=Red Ranger), tetapi beberapa nama lain juga digunakan. Kebiasaanya, tiada Ranger lain diberikan warna yang sama dalam satu pasukan, kecuali namanya berlainan daripada warna sedia ada (pengecualian ini berlaku pada pasukan Time Force Ranger, dimana ada dua Ranger merah iaitu Red Time Force Ranger dan Quantum Ranger).

Setiap kostum Ranger biasanya sama dari segi rekaan melainkan warna dan bentuk helmet (biasanya bentuk visor) atau pernomboran. Sebarang Ranger tambahan juga biasanya mempunyai tambahan pada kostumnya seperti kelengkapan senjata tambahan. -sumber wikipedia -

5 fakta lain yang mungkin korang tak pernah tahu selama ni tentang power rangers adalah..

1. Power rangers di adaptasi dari rancangan spider man jepun. Pada tahun 70an sebuah syarikat penerbitan telah menerbitkan sebuah rancangan menggunakan watak dalam komik Marvel aitu spider man. Cuma spider man jepun ni takde la boleh bergayut ke sana sini macam spider man mat saleh tu. Tapi dia guna kereta terbang. Seperti dalam cerita power rangers, cerita siri spider man jepun ni juga ada robot untuk menentang kejahatan.

2. Pelakon yang banyak memegang watak dalam cerita bersiri power rangers ni adalah Jason David Frank @ Tommy Oliver. Dia membawa watak 6 jenis power rangers yang berlainan iatu Green Ranger, White ranger, White ninja ranger, Red Zero ranger, Red turbo ranger & the black dino thunder ranger. Sumpah aku dah tak ingat watak2 power rangers ni. Aku tulis je tapi tak dapat bayang walau satu watak pun di yang sebut. hahahaha. Faktor usia katanya.

3. Jantina asal yellow ranger sebenarnya adalah lelaki. Dalam siri super sentai Yellow ranger adalah lelaki tapi dalam siri power rangers di tukar kepada watak perempuan. 


4. Rancangan power rangers pernah di haramkan di New Zealand sehingga 2011 kerana mendapat tentangan & bantahan dari ibu bapa disana. Mereka beranggapan rancangan tersebut seolah olah mengajar anak mereka menyelesaikan masalah dengan cara keganasan. Manakala kat Malaysia power rangers cuma melalui penapisan. Perkataan Morphin telah di edit sebab cara menyebut dia kedengaran seperti Morphine sejenis dadah. Malah dialog 'Its Morphin time' juga di mute.

5. Power Rangers telah bersiaran di kaca televisyen selama 20 tahun & menghasilkan 700 episod. Lagi panjang dari siri Naruto. 

Tentu peminat & bekas peminat power rangers banyak yang tak tahu fakta ni kan? Jadi bagi mengembalikan nostalgia anda bersama power rangers gigih tau aku tulis entri ni balik hasil sumber menggoogle. Tapi tu fakta yang dah jadi kenangan.. 

Moral of the story.. power rangers jugak menjadi sebahagian dari nostalgia semasa zaman kanak kanak kita. Biarpun aksi dia bagi orang agak ganas tapi budak dulu2 jarang sangat nak terpengaruh sampai berlakunya kes buli di kalangan kawan kawan berbanding budak2 sekarang. Kes buli di kalangan kanak kanak seawal usia 6 tahun semakin menjadi jadi. Takut jugak aku fikir anak aku. Takut di buli jer...

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CERITA SERAM.. KAKAK RAMBUT PANJANG ATAS TV DALAM BILIK HOTEL DI CAMERON HIGHLAND

4/27/2016 08:00:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

CERITA SERAM.. KAKAK RAMBUT PANJANG ATAS TV DALAM BILIK HOTEL DI CAMERON HIGHLAND. Sekejab ada sekejab tak ada segmen momokkan puaka di blog lekatlekit.com ni. Ikut mood pentulis cerita seram jugak. Kalau rasa tetiba bulu roma meremang tu tandanya mood seram dah datang kena tulis cepat2 sebelum bulu roma menguncup katanya. Sementara bulu roma berdiri macam dengar lagu negara ku marilah kita sama sama membaca sebuah kisah seram yang berlaku kepada sebuah keluarga ketika pergi bercuti di cameron highland.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Alkisahnya.. sekeluarga ni pergi bercuti di cameron highland. Family ni lengkap la.. Ada suami, isteri & anak. Di jadikan kisah seramnya pada satu malam yang sepi, sejuk & dingin.. Almaklum la cameron highland katanya. Boleh feeling macam bercuti kat negara eropah katanya. Sejuk. Nak2 lagi kisah ni berlaku pada tahun 2008. Time tu cameron highland masih sejuk jugak la berbanding sekarang. Bila dah sejuk tu dah nama laki bini mula la rasa nak manja manja tapi tu la anak dia dok cerah biji mata layan kartun kat TV lagi. Macam2 trick si Ayah ni buat nak suruh si Anak tidur pun tak berjaya tapi akhirnya si anak tewas jugak bila si Ayah cakap kena tidur esok nak pergi ladang teh jalan jalan. Tidur lewat kang bangun lewat & lewat la pergi jalan jalan. Barulah anak tu boleh berpisah dengan TV.

Apa lagi Si Ayah terus tutup tv. Tak sabar la tu.. Kesian tabah menanti anak tidur demi nak ber honeymoon katanya. hikhikhik (gelak nakal). Lepas tutup tv bagai.. tiba tiba anak dia palingkan muka kebawah sementara badan dia menggigil gigil. Cuak la si Ayah ni tengok keadaan anak macam tu. Tapi mula2 si ayah ni fikir anak dia merajuk sebab tutup TV. Si Ayah ni cuba angkat muka anak tapi sedaya upaya di keraskan supaya muka dia tidak berpaling kearah ayahnya. Maka si Ayah pun angkat anak dia letak atas riba sebab keadaan anak dia nampak merisaukan. Si ayah mula memujuk tanya samada anak nak tengok TV lagi ke tapi anak dia gelengkan kepala. Di suruh anak tengok muka dia tetap anak tak nak hadap muka bapak dia. Jadi si ayah ni makin pelik la dengan perangai anak yang tiba2 jadi macam tu. Kemudian budak tu cakap dia takut. Si ayah terpaksa peluk & tanya anak tu apa yang di takutkan sedangkan dia ada dengan anaknya.. Perlahan lahan budak tu bagitahu ada kakak rambut panjang atas tv sedang pandang dia.

Ha kau! tetengah malam yang gelap anak bagitau kakak rambut panjang bertenggek atas tv. Ni bukan takat bulu roma boleh meremang rambut pun boleh terpacak tanpa bellkerim katanya. Hahahaha... Bapak pun mula gugup dah time anak dia cakap ada kakak rambut panjang atas TV tapi di beranikan diri jugak la demi keselamatan anak bini dalam bilik tu. Antara berani & takut dia cuba memerhati kearah TV dalam gelap untuk memastikan apa yang anak dia nampak. Mula2 tengok katanya tak nampak apa2 sebab lupa pakai cermin mata. Lepas pasang cermin mata dia mula nampak apa yang anak dia nampak. Rupanya kalau rabun jangankan orang, hantu pun tak nampak yer kalau tak pakai spek. Baru aku tau.. Jadi orang rabun kalau takut nampak hantu sila jangan pakai spek yer. hahahaha

Sekali lagi dia minta anak dia tengok atas TV samada masih ada benda yang dia nampak. Hujung hujung mata anak tu cuba tengok & bagitau kakak rambut panjang senyum kat dia pulak. Dah senyum pulak kakak ni.. Aduhai! Spoil cik abang nak honeymoon katanya. hehehehe. Tengok bini dia dengan sorang lagi anak nyenyak tidur macam tak ada apa2 berlaku sebab penat sangat. Maka mulut dia pun mula terkumat kamit membaca surah2 yang patut bagi menghalau gangguan tersebut. Alhamdulillah setelah melafazkan ayat al quran anak dia dah tak menggigil. Selepas tu di letakkan anak dia ke bawah & dia berdiri sambil membaca ayat kursi di depan TV & lembaga yang tak kelihatan tu dengan nada sedikit kuat seterusnya menghembuskan kearahnya. Selepas ritual menghalau hantu tu di buat dengan menggunakan ayat2 suci Al Quran dia suruh anak dia tengok sama ada kakak rambut panjang masih ada atau tak. Lega bila anak dia bagitau kakak rambut panjang tu dah tak ada.

Walaupun kakak rambut panjang dah tak ada tetap di teruskan mengalunkan ayat2 suci al quran sebagai pendinding. Selepas wuduk dia duduk membaca yassin sambil meletakkan sebotol mineral water yang di buka penutupnya. Biasa la kalau nak buat air yassin kan.. memang gitu la kekdahnya. Tapi masa aku pergi Alhidayah aku pelik jugak sebab perawat kat situ buat air penawar tak buka penutup botol air. Terus baca macam tu jer.. Sebab normally kat mana2 pusat rawatan Islam aku pernah pergi cara nak buat air penawar menggunakan ayat2 suci Al Quran ni memang penutup air di buka dulu sebelum mengalunkan surah2 yang di baca. Entahlah.. aku sendiri tak arif tetang rawatan Islam ni.

Berbalik pada cerita tadi.. selepas siap membaca yassin di renjis air tersebut di setiap penjuru bilik kemudian di suruh anak dia minum sikit. Alhamdulillah lepas tu tiada gangguan lagi. Tapi lepas tu tak tau la jadi ke tak cik abang tu ber honeymoon. hahaha kesian sebab kakak rambut panjang terskip honeymoon malam tu.

Aku pun pernah mengalami pengalaman seram yang melibatkan anak aku kat Melaka dulu. tapi aku dah pernah tulis dulu takkan nak ulang cerita kot. Tapi kat cameron highland selama aku dok pergi belum pernah berlaku kejadian kejadian seram. erkk.. aku pergi cameron highland setakat ni belum pernah bermalam. Jadi tu antara punca belum pernah di momokkan dengan hantu cameron highland kot. Tapi kalau pergi bercuti taknak la hantu dok spoil percutian aku. Tiap kali nak holiday pun kami sedaya upaya make sure takde terbawa makhluk besar (manusia) yang berisiko buat percutian kami spoil macam ni >> Ini lebih bahaya di bawa pergi bercuti bersama berbanding hantu. Awas! ia mampu merosakkan seluruh percutian anda<< Inikan pula di spoil makhluk halus minta simpang la. Hantu2 ni tunggu free time kau nak menyakat yer..

Moral of the story.. Tak semestinya tempat berhantu je anda akan di ganggu makhluk halus (Jin) ni. Kadang2 tempat2 yang sebenarnya tak pernah ada sebarang gangguan mistik ni pun boleh berlaku kejadian mistik. Bila kita pergi bercuti ni merata tempat kita jelajah & kita tak tahu siapa ikut kita balik. Sebab peristiwa macam ni pernah berlaku pada anak aku dulu. Dari hutan dia ikut balik sampai rumah. Nasib baik gangguan ni berjaya di rawat melalui rawatan Islam. Jenis Jin tumpang tumpang ni memang macam tu perangai dia. Kita silap sikit je mula la dia cari sebab nak ikut kita balik. Jadi walau kat mana pun kita pergi beringat dalam dunia ni bukan kita je yang hidup tapi ada makhluk yang nampak & tak nampak menghuni bumi Tuhan.

Sumber cerita : Cerita Hantu dari Cameron Highland

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DAH PERNAH BUAT BENDA NI DENGAN PASANGAN ANDA?

4/27/2016 10:25:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

DAH PERNAH BUAT BENDA NI DENGAN PASANGAN ANDA? Hidup berpasangan ni tak kira la yang belum kahwin atau dah kahwin kalau setiap minggu asyik buat benda yang sama pun memang bosan. Kalau dating je setakat keluar makan,shopping,window shopping,tengok wayang, jalan2 kat tepi tasik/taman.. Jemu la. Sebab tu kita kena sentiasa cuba aktiviti baru atau buat sesuatu yang baru dengan pasangan kita barulah tak rasa hidup kita macam statik je. asyik buat benda yang sama.


Nak buat benda benda macam ni tak semestinya masa tengah mood honeymoon je. Boleh jadikan rutin mingguan tak kira la hari ahad ke khamis malam jumaat ke asal ada masa terluang je boleh buat. Hidup ni kalau asyik statik buat benda yang sama dengan gaya & style yang sama pun bosan jugak kan? Rasa macam kita robot yang dah setting pulak. Ahad sampai sabtu benda sama je kita rotate. Sekali sekala perlu ubah kebiasaan baru seronok. Benda ni penting untuk pastikan kita enjoy bersama dengan pasangan kita. Takde la kita rasa dia memboringkan sangat. Muka hesem/cantik sekalipun kalau asyik dok mengadap muka je lama2 rasa tak lalu jugak nak hadap kan. Macam dah tak ada benda lebih menghairahkan & menyeronokkan lagi ke boleh buat.

Kadang2 kita di kurniakan pasangan yang jenis kurang idea untuk buat benda benda yang menyeronokkan sampai kita jadi boring dengan dia tapi sebab sayang kita still la bersama dia. Jadi inilah masa kita mainkan peranan untuk mengubah suasana boring tu jadi lebih menarik. Banyak benda kita jarang buat & boleh cuba buat mulai sekarang bersama pasangan kita. Benda ni pun nampak sweet jugak tau. Nak tau buat apa meh tengok kat sini >> Bosan buat benda yang sama setiap minggu dengan pasangan, Ini perkara yang anda boleh cuba buat. Jangan hanya bersenam atas katil jer tau <<

Jadi jangan biarkan hubungan korang nampak lemau & kusam sebab takde aktiviti yang best & boleh mengeratkan kasih sayang boleh buat bersama. Kita yang kena corakkan hubungan tu agar lebih berwarna warni bukan tunggu orang membentuk hubungan kita. Kalau orang ketiga tolong bentuk alamatnya bermadu kasih la... hehehe

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AWAS! JANGAN PERGI BERCUTI DENGAN KAWAN YANG ADA 9 PERANGAI NI

4/26/2016 10:10:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

AWAS! JANGAN PERGI BERCUTI DENGAN KAWAN YANG ADA 9 PERANGAI NI. Seingat aku la kan.. Aku susah nak pergi bercuti jauh2 dengan kawan kawan ni. Jenuh aku dok mengimbau kenangan semusim lalu.. Ada ke aku pergi bercuti dengan kawan kawan selain rombongan masa sekolah rendah. Tu pun melawat penang je. Balik hari. Masa sekolah menengah jangan harap la nak join rombongan sekolah.. Sekadar camping dengan kawan kawan tu pernah la. Bercuti?? hurmm.. serius aku tak pernah kot dengan kawan kawan ni. Selalunya dengan family & sekarang of course la dengan anak & suami. Maybe sebab dulu aku jenis tak suka travel kot tu yang takde memori percutian aku dengan kawan kawan.


Orang kata pergi bercuti dengan kawan kawan ni lebih happening. Tapi aku takde pengalaman tu so aku tak tau la setakat mana happeningnya. Tapi pergi dengan family rasanya lebih happening kot.. Satu kalau takde budget banyak boleh tong tong atau ada yang support. Kita nak bayar makan ke hapa pun lebih senang. Semua kira sekali. Kalau pergi dengan kengkawan ni kadang2 jadi serba salah.. Nak2 lagi yang jenis suka buat diam lepas makan. Time nak bayar masing2 tetiba kena sumpah jadi batu. Aku pernah jugak berdepan dalam situasi macam tu maka kita yang malu alah ni terpaksa la bayar. Lepas dah bayar nak minta pun segan jadi terpaksa anggap belanja kawan makan walau takde niat pun nak belanja kawan. hahahha

Sebagai kawan bila berdepan dengan kawan kawan yang perangai buat kita rasa annoying ni memang kadang2 tak sampai hati nak sound direct tapi of course la kita akan cuba mengelak dari buat sebarang aktiviti dengan dia termasuk la ajak dia join travel kemana mana bersama. Sebolehnya nak skip dia dalam apa2 acara sekalipun.. Pendek kata kalau boleh taknak kawan dengan dia tapi tak sampai hati nak terus terang. Nak2 lagi jenis kawan yang suka buat perangai macam ni kalau pergi bercuti >>Inilah 9 perangai Kawan Yang Mungkin Buat Percutian Anda Menjadi Mimpi Ngeri << Kalau kawan jenis perangai macam ni confirm spoil percutian korang. Balik dari bercuti korang akan rasa rasa duit habis, badan penat & hati sakit. Jadi kalau korang ada kawan jenis perangai macam tu, better elakkan diri dari bercuti bersama dia.

Kalau korang ada 9 perangai yang di sebut hope berubah la sebelum korang di takdirkan menjadi manusia forever alone. Sesungguhnya tiada kawan yang boleh tahan dengan perangai macam tu. Kalau depa tak sound direct pun ketahui confirm anda menjadi bahan umpatan di belakang. Mereka akan perlahan lahan menjauhkan diri dari anda dan akhirnya anda mereput sorang sorang.

Moral of the story.. Sebagai manusia memang kita ada perangai yang buat orang rasa annoying dengan kita tapi jangan la keterlaluan.Biarlah satu perkara orang annoying & 10 perkara tentang kita yang lain orang suka. Baru la orang rasa kepentingan kita dalam sesuatu suasana tu. Contoh macam aku kadang2 terlampau direct to the point tapi aku ni baik hati suka tolong kawan kawan aku... kan geng cap ayam. Hahahaha.. maafkan hamba. Sesi naik lift tekan nombor sendiri.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KENAPA JIN SUKA BUAT BUNYI GULI JATUH ATAS LANTAI?

4/25/2016 08:03:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

KENAPA JIN SUKA BUAT BUNYI GULI JATUH ATAS LANTAI? Antara tanda tanda rumah tu ada jin adalah dari gangguan bunyi guli jatuh.. bunyi orang seret perabot.. bunyi tapak kaki tapi bunyi paling popular & sering berlaku kat kebanyakkan orang adalah bunyi guli. Majoriti bunyi tu mesti kita dengar dari atas. Macam rumah aku dulu.. Sebelum aku tahu bunyi tu adalah petanda ada makhluk halus aku dok tuduh anak orang atas je main guli. Tapi sebab kadang2 bunyi tu kedengaran time tak berapa logik tengah2 malam buta aku mula pelik jugak. Cuma sebab terlampau di ganggu dengan bunyi2 tipikal macam tu sampai hilang rasa. Jadi sebati pulak hidup aku dengan bunyi2 tu setiap hari sampai la dia hilang sendiri. Gamaknya bosan kot dok sakat aku dengan bunyi tapi tak ada effect. hahaha


Sampai sekarang aku tertanya tanya kenapa 'Mereka' pilih buat bunyi guli jatuh? Apa kaitan guli dengan alam ghaib? Cuba jugak google cari info kenapa Jin suka bunyi bunyi guli jatuh tapi tak ada pulak yang buat artikel berkaitan. Gamaknya kenapa bunyi guli yer.. Maybe bunyi guli ni kalau jatuh atas lantai bunyi dia macam nyaring & bergema kot.. Baru dengar seram sikit kan? Nak2 lagi tengah malam yang sunyi.. Tak payah tambah sound system katanya. Dengan bunyi yang terjadi secara semulajadi bila guli jatuh di lantai cukup mengundang seram bagi yang penakut. hehehe Apapun memang bunyi guli jatuh atas lantai tu bunyi kesukaan jin. Maybe tu kot entertainment depa so depa ingat dengan buat bunyi2 macam tu manusia terhibur jugak kot... hehehe

Iklan
Nak Melancong Ke Jepun Dengan Pakej Paling Bajet Meh tengok kat sini (clik pada banner)

Baru2 ni pun kes histeria yang berlaku kat sekolah di kota bharu kelantan tu bermula dari guli jugak. Gamaknya guli ni memang boleh jadi tempat jin menumpang atau perantaran benda ghaib kot.. Entah la. Tu cuma spekulasi aku je. Korang jangan ambil sebagai fakta pulak. Pergi la tanya orang yang lebih berilmu tentang perkara ghaib ni. Aku ni cuma blogger cerita seram je. Yang aku tau share kisah seram lebih dari tu di luar kepakaran aku.

Tapi tu la kalau ada orang boleh jelaskan kenapa jin suka buat bunyi guli jatuh..Sesungguhnya aku ingin sangat tahu. Kenapa bunyi guli? Kenapa tak bunyi bola ke... erkk.. maybe bunyi bola melantun kat lantai tak berapa seram sound effect dia tu jin tak suka bola. Yelah yelah bunyi bola tak seram katanya tapi bola kelakar ok! Sebab tu Jin tak pilih bola.. sebab dengan bola boleh buat kelakar katanya. Apa kes nak momokkan orang dengan benda benda kelakar kan? hahahaha

Apapun kalau rumah korang ada gangguan bunyi macam tu.. petua dia jangan takut sangat sebab jin memang suka orang yang takut senang la kerja dia nak menakutkan korang. Rilex.. Baca atau pasang ayat2 ruqyah.. Insya Allah gangguan bunyi tu akan hilang. Jin pun makhluk jadi dia tak kuat mana cuma kita je suka takut seolah2 dia berkuasa sangat.

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BUKAN LAWAK! MEMANG BETUL POWER RANGERS NAK DATANG MALAYSIA

4/25/2016 03:39:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

BUKAN LAWAK! MEMANG BETUL POWER RANGERS NAK DATANG MALAYSIA. Ada lagi ke budak2 zaman sekarang tengok power rangers. Lain la zaman2 kita dulu, hiburan tak banyak selain tengok TV atau keluar bermain dengan kawan kawan. Budak2 sekarang ada yang tak sempat nak bermain.. Dengan sekolah, sekolah agama, tuisyen, balik rumah buat homework sedar2 dah time tidur. Ada budak pemalas sikit pun dia asyik main games kat gadget je. Sempat ke nak tengok power rangers kat TV. Dah la TV sekarang berpuluh2 channel ada bagi yang langgan siaran tv berbayar la. Masih ada value lagi ke power rangers di mata kanak kanak zaman sekarang?


Mungkin kalau bukan kanak kanak.. Yang dah tak berapa kanak kanak dok layan lagi kot power rangers. Almaklum la katanya tak boleh move on lagi dengan power rangers walau dah dok meniti angka bangkalusia. Apa salah ye dak kalau dia minat power rangers dari dia tengok porno.

Zaman power rangers ni dari aku kecik kecik dulu tapi sekarang aku tak sure still masih di tayangkan ke tidak. Almaklum la dah masuk zon mak budak ni tak berapa selera sangat nak layan power rangers bagai. alih2 tumpang tengok kartun anak aku je. Tak nampak pulak anak aku suka power rangers. Mungkin boleh sampai level dia rasa cerita2 macam tu menarik kot.

Tapi kalau yang masih setia minat dengan power rangers atau ada anak2 yang suka dengan power rangers ni boleh la nanti bawa seisi keluarga tengok live power rangers datang Malaysia. Nak tau kat mana power rangers mendarat meh tengok kat sini >> Ini Bukan Gurauan, Power Rangers Akan Berjumpa Anda Di Malaysia Tak Lama LAgi << Kenapa dia pilih tempat tu? Gamaknya situ la banyak jin & syaitan.. Kot2 power rangers datang boleh bunuh sekor dua. hahahaha

Apapun power rangers antara hero kegemaran kanak kanak zaman dulu jugak. Dah masuk kategori legend jugak la power rangers ni. Welcome to Malaysia Power rangers. hehehe

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AYAH PIN PENGASAS AJARAN SESAT KERAJAAN LANGIT MENINGGAL DUNIA

4/23/2016 02:33:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

AYAH PIN PENGASAS AJARAN SESAT KERAJAAN LANGIT MENINGGAL DUNIA. Tadi dok tengok TV tertengok berita terkini pagi tadi. Terdengar jugak la tajuk berita tentang kematian Ayah pin yang dulu pernah mengembarkan negara dengan ajaran sesat yang di bawa. Konon dia memimpin kerajaan Langit. Bila majlis agama Islam & pihak berkuasa cuba tangkap dia lari menghilangkan diri. Tak tau la bila dia kembali ke terengganu semula.. tup tup dengar dah meninggal dunia je.


Ajaran sesat yang di bawa Ayah pin ni  berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.

Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit tu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai Agama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis tempatan. Tak tau la ilmu apa dia guna kan.. Memang bukan calang2 orang berjaya mempengaruhi berbagai golongan dari dalam & luar negara.

Dulu masa kecoh kes Ayah Pin ni tengok jugak video2 dia yang pergi ke serata tempat & di sembah dari pelbagai agama. Kira ayah pin ni bukan berjaya menyesatkan orang2 melayu Islam je.. bangsa & agama lain pun dia berjaya sesatkan.

Kalau ikutkan ayah pin ni bukan dari golongan educated pun.. malah baca pun tak reti.Kategori buta huruf tapi berjaya jugak meraih ramai pengikut & dia gunakan untuk membangunkan kerajaan langit dengan replika teko,pasu & banyak lagi la yang besar2 depan rumah dia. Tapi selepas 10 tahun mengasaskan & menyebarkan ajaran sesat tu akhirnya pihak berkuasa & jabatan agama Islam tempatan dapat mengesan aktiviti dia & ramai jugak pengikut dia di tahan & di dakwa di mahkamah. Ayah Pin yakin dia tidak boleh di dakwa sebab dia dah mengistiharkan keluar dari Islam sejak 1998 lagi.

Selepas pihak berkuasa buat serbuan kerumah dia.. Ayah pin terdahulu melarikan diri. Lari ke langit ke kemana tak tau la. hehehe. Ada kata dia ghaib. Ada kata dia lari ke selatan Thailand. Yang penting dia lari la. Di bawa sekali 4 bini dia ketika tu. 

Sebelum meninggal dunia katanya dia menderita strok lama jugak la. Jenazah dia di kebumikan di satu kawasan perkuburan khas di terengganu. tak tau la khas yang macam mana just kita bersangka baik sudah. Orang tu pun dah meninggal katanya. Semoga sebelum meninggal dia sempat memohon keampunan dari Allah & kembali ke ajaran Islam.

Apapun kita yang mempunyai akal & didik dengan ajaran Islam sejak kecil walau tak expert pun jadikan pengajaran. Jangan terpengaruh dengan ajaran2 sesat ni. Aku yang masih jahil ni pun rasa merepek sangat ajaran ajaran sesat yang ada macam la golongan profesional & educated boleh terjebak. Tu la.. kadang2 pandai dalam akademi je tak menjamin seseorang tu pandai untuk membuat penilaian sesuatu perkara.

Moral of the story.. Anak muda korang jangan mudah terpengaruh dengan ajaran & budaya yang tak elok. Benda2 macam ni la kadang2 buat senang orang nak mempengaruhi kita mengikut ajaran bukan bukan. 

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BLOGGER DI HENTAM GARA GARA BAGI CADANGAN DATO ALIFF SYUKRI BELA STRAY CATS

4/23/2016 11:40:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

BLOGGER DI HENTAM GARA GARA BAGI CADANGAN DATO ALIFF SYUKRI BELA STRAY CATS. Nak juga letak title blogger kat situ katanya. Baru gempak sikit kan tajuk berita. Nak gempak aja kau kan lekatlekit. Harus la.. Kalau tulis tajuk orang jeling hujung hujung mata takde fungsi la aku tulis blog. Blog tanpa pembaca lagi bagus tulis diari dah tentu memang bukan untuk jadi bacaan umum. Tapi kalau dah tulis blog harus kena ada daya tarikkan untuk orang datang membaca, ye dak?


Kita terus ke berita selanjutnya pasal kes kena hentam bertubi tubi.. kiri kanak depan belakang atas bawah katanya. Gara2 bagi komen macam ni kat post kucing RM30K Dato Aliff Syukri Terlajak Laris...

Sebab komen Mak Aii RM30K tu mungkin orang anggap sebagai dengki & komen yang cakap RM30K kalau di gunakan untuk bantu kucing gelandangan banyak manafaat tu pun mungkin ada yang anggap aku pertikai Dato Aliff beli kucing RM30k & seterusnya Bila aku tanya "Dato Tak minat ke bela stray cats yang di jalanan. Lagi banyak pahala dapat" Tu mungkin penyokong Dato Aliff Syukri anggap aku nak jadi Tuhan ukur pahala orang. Padahal.. Tu just nak tunjukkan RM30K?? Speechless.. Then selebihnya adalah pertanyaan & cadangan. Tapi biasa la penulisan aku tak kira di blog atau di komen page2 popular macam tu memang selalu jadi kontroversi. Menulis tanpa nada memang perkara biasa jadi salah faham. Aku dah biasa.  

Niat tu sebenarnya bukan la nak mempertikai dia beli kucing RM30K tu.. Dia jutawan mesti la RM30K tu dalam kemampuan dia. Cuma yelah sebab dia minat kucing manatau dia boleh jadi penyumbang membantu kucing2 terbiar di jalanan. Almaklum la stray cats ni bukan semua orang nak pandang dengan penuh minat. Tak sama dengan kucing RM30K ni.. Tapi lain pulak pemahaman penyokong Dato Aliff Syukri ni dengan komen aku.

Orang cerita pasal kucing dia merepek sampai tolong orang miskin bagai. Aku cukup tak gemar berdebat dengan orang2 macam ni. Dia akan kaitkan benda2 yang tak ada kaitan asal boleh berhujah je. Takde sapa pertikai pun pasal kebajikan Dato Aliff syukri buat. Orang cerita pasal KUCING. Ni kes bajet2 pandai padahal 'nan hado' pun kebijaksaan kat situ. hahhaa. Tapi tipikal masyarakat sekarang.. asal kita tegur satu benda dorang akan list 70juta lagi perkara baik lain yang idola depa buat seolah2 1 kesilapan tu boleh jadi betul dengan membuat 70 juta kebaikkan lain. Yang silap tetap la silap. Dengan membetulkan kesilapan je boleh membetulkan apa yang salah bukan dengan mengungkit kebaikkan dapat menghalal semua benda yang salah. Ubah mentaliti tu dulu Fahmi Hazril

Maka berpusu - pusu la orang menghentam. Nak2 lagi komen aku tu antara komen terawal kat post tu makin banyak la perhatian di beri tak kira yang menghentam atau menyokong. Yang paling tak boleh blah ada 2 komen kat situ.. Satu komen yang cakap lagi bagus bagi makan anak anak yatim dari kucing terbiar. Kedua komen yang konon kata aku nak jadi Tuhan mengukur pahal orang.


Alahai.. Betul la memberi makan anak anak yatim tu memang banyak pahalanya tapi harus di ingat kucing pun amanah Allah kepada manusia. Jangan ingat Allah menjadikan kucing tanpa manafaatnya kepada manusia. Kita sedia maklum.. Kucing antara haiwan kesayangan Nabi. Jadi kucing juga perlukan pembelaan, perlindungan & kasih sayang. Kalau Anak anak yatim.. ramai yang menyumbang berbanding sumbangan dari memberi perlindungan kepada haiwan terbiar seperti kucing & anjing. Yang banyak dok kempen nak membunuh macam makhluk tu makhluk perosak. Manalah tahu kalau jutawan macam Dato Aliff syukri ni minat kucing boleh berkolabrasi dengan aktivis sukarelawan penyelamatan haiwan terbiar untuk membantu memberi perlindungan & makanan pada haiwan haiwan yang memerlukan. Alang2 dah ada minat kat spesis kucing kan. Sebab yang minat je boleh menjebakkan diri dalam aktiviti macam ni. Kalau tak minat macam mana nak datang rasa sayang & simpati tu kan.. Nampak kucing pun dia dah lari katanya.

Siap ada yang tuduh komen aku semata mata nak dapat like. Macam la like boleh convert ke duit atau traffic blog kan? Tak hadap sangat la like. Bukan first time komen aku kat page popular dapat like macam ni. Takde benda nak heran sangat setakat like tu beb!

Tapi tu la.. pencinta dengan peminat kucing ni tak sama. Yang minat kucing normally minat mereka lebih kepada kucing2 yang cantik2 & unik & mahal berbanding pencinta haiwan.. Mereka lebih kepada menyelamatkan haiwan. Bukan semata mata nak bela sebab hobi tapi atas dasar tanggungjawab sebagai manusia kepada makhluk lain. So tak boleh nak paksa kalau orang tak berminat nak buat kan.. Tapi komen aku tu sekadar bertanya. Almaklum la aku suka follow aktivis penyelamat haiwan ni. Aku tahu masalah utama mereka adalah dana untuk menyelamatkan haiwan & tempat untuk menempatkan haiwan haiwan yang di selamatkan. Kebanyakkan mereka bukan dari golongan kaya tapi tetap berusaha mencari dana sendiri. Jadi kalau ada penglibatkan di kalangan orang2 koprat & jutawan macam Dato Aliff Syukri ni rasanya boleh meringankan beban mereka. Tapi komen aku tu sekadar bertanya tak sangka yang touching lebih2 penyokong dia. Padahal Dato Aliff Syukri sepatah pun tak kata apa apa. hahaha


Komen yang aku highlight tu antara komen lawak. Kesian kau kan.. Sampai rasa tak boleh beli baju baru padahal sekarang orang cakap pasal kalau ada kemampuan yang berlebihan boleh la tolong. Kalau kau dah tak mampu kau buat belanja sendiri sudah la. Takde sapa letak pisau kat leher kau suruh tolong pun. Hahaha
Ok dah tak larat nak printscreen komen2 kat komen aku tu.

Aku ni bukan sekali kena hentam kat page2 popular.. Apa yang aku nampak mentaliti orang ramai bila kita menegur atau bagi cadangan pada orang2 ternama macam Dato ALiff syukri, dato vida, artis bagai.. Majoriti akan anggap dengki sebab depa kaya. Maka orang ingat ramai yang dengki je la. Ayat paling tipikal.. "Inilah melayu, dengki dengan kejayaan orang melau' padahal komen tu takde kaitan dengan dengki pun. Tak semua teguran tu berniat dengki. Kita kena ubah persepsi kita bukan sikit2 asyik tuduh orang dengki. Kalau semua teguran tu dengki maka tak ada siapa layak menegur orang lain.

Kita orang kebanyakkan ni nak beli kucing RM30K rasa macam mustahil sangat la. Kadang2 hujung bulan tinggal RM20 je sementara nak tunggu next gaji kan? Tapi jangan ingat RM20 tak boleh dapat barang ala2 RM30K katanya. Boleh.. Tapi kena tau caranya. So, berapa pun pendapatan kita sebenarnya kita boleh enjoy je kalau kita tahu cara menggunakan duit mengikut kemampuan.

Apapun tahniah Dato Aliff Syukri berjaya beli kucing RM30K.. Yelah.. apa dia beli dengan usaha keras dia. Aku pun tak pertikai.. cuma sekadar bertanya tak minat ke dengan stray cats. Kalau minat mungkin Dato Aliff boleh taja satu rumah kebajikan untuk kucing jalanan ni. Dia kan mampu kalau dia nak buat la. Kalau dia tak nak buat pun tu hak dia kita tak boleh cakap apa. Memang mustahil dapat menempatkan semua kucing2 jalanan di tempat perlindungan at least masih ada juga yang mampu di selamatkan & di beri penempatan yang baik. Insya Allah, perbuatan yang baik mendapat ganjaran yang baik juga dari Allah. Berapa banyak pahala tu kalau tanya aku memang aku sendiri tak tahu.. Tapi kita pun di ajar dari kecik banyak benda baik kita buat banyak pahala kita dapat. ye dak.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GULI BERPUAKA PENYEBAB 30 PELAJAR & GURU SMK KEMUMIN DI RASUK

4/22/2016 07:58:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

GULI BERPUAKA PENYEBAB 30 PELAJAR & GURU SMK KEMUMIN DI RASUK. Sebelum ni (SMK) Pengkalan Chepa 2 diarahkan mengambil cuti peristiwa sebab kejadian histeria yang melibatkan 50 orang pelajar & beberapa orang guru. Semalam kejadian histeria tu berjangkit pulak kat sekolah SMK Kemumin, kota bharu. Histeria ni kalau berlaku kat tempat ramai orang memang boleh berjangkit nak2 lagi sekolah. Kadang2 tekanan akibat ketakutan juga buat seseorang jadi histeria. Bila dalaman lemah memang senang la makhluk tu nak take over badan kita, ye dak? Kiranya makhluk tu memang suka buli insan yang lemah lah yer..

Guli berpuaka. Tapi bukan guli ni. Ni sekadar hiasan. Sumber dari google

Terbaca kat Berita harian rupanya punca pelajar & guru kat SMK kemumin tu histeria adalah kerana Guli. Kalau setakat guli je memang takde apa apa la kan.. Mungkin Guli tu ada orang hantar something menggunakan perantaraan dia atau kat guli tu ada penunggu dia. Almaklum la guli dengan benda2 mistik memang sinonim kan. Kalau tak.. Mustahil la ada gangguan mistik dengan bunyi2 guli jatuh ke lantai kan. Mungkin guli ni antara salah satu benda yang makhluk tu suka kot.. Ni kalau ajak fight main guli confirm berbalang dia mampu bawa balik ke alam dia. Expert la katakan...

Ok.. Ok.. kita kembali ke cerita pasal SMK kemumin. Katanya sebelum kejadian histeria beramai ramai tu berlaku kemarin, ada 3 pelajar kat bilik kokurikulum nampak banyak guli berterabur atas lantai dalam bilik tu. Seolah olah macam ada orang baling atas lantai. Atas keprihatinan depa pun kutip la & simpan dalam almari. Tak lama lepas tu.. bermula episod menyeramkan di sekolah tu bila ketiga tiga pelajar untuk di rasuk kemudian berjangkit pulak dengan 17 pelajar yang lain. Sampai petang katanya acara di rasuk berganti ganti tu berlaku & jumlah yang di rasuk bertambah lagi 18 orang termasuk guru.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK Kemumin,  mengambil inisiatif mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi membersihkan kawasan itu daripada gangguan. Seorang guru agama yang menyertai solat hajat malam tadi mengambil keputusan membuang guli yang dikatakan menjadi punca histeria itu ke laut di Pantai Cahaya Bulan. Jadi kalau anda yang berkunjung ke Pantai Cahaya Bulan jumpa guli jangan kutip bawak balik pulak yer.. Manalah tau kat guli tu ada yang tumpang berteduh tak pepasal korang pulak nak kena rawat. Kejadian2 histeria macam ni bukan buat buat macam filem seram je ok. So korang tak payah nak buat lawak sangat dengan kejadian histeria yang berlaku. Jangan pulak yang berpura2 kena histeria konon nak memeriahkan majlis histeria yang berlaku. Ada tau budak sekolah yang nak dapat cuti buat2 histeria bila kawan2 lain kena histeria. Tapi bukan di SMK kemumin ni la.. Ni kat sekolah tet.. (tak boleh sebut nanti mengaibkan pulak hahaha)

Benda ni tak percaya pun kena percaya sebab memang wujud cuma macam selalu aku dok cakap jangan taksub. Ketaksuban tu kadang2 menghumban kita ke kancah perbuatan syirik & khurafat. 

Sumber Cerita : Berita Harian Online

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

FILEM ZOMBIE MALAYSIA BAKAL DI TAYANGKAN SECARA PERCUMA DI ONLINE

4/22/2016 01:57:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

FILEM ZOMBIE MALAYSIA BAKAL DI TAYANGKAN SECARA PERCUMA DI ONLINE.  Dulu pernah kecoh filem Syamsul Yusof yang telah di rompak & di sebarkan secara online sebelum bermulanya tayangan di pawagam. Sampai merajuk la dia.. tak nak jumpa langsung wartawan atau keluar TV. Gamaknya kemurungan kot. Yelah filem juta2 alih2 lanun dapat dulu & tayang secara percuma di online. walhal bila di tayangkan kat pawagam pun filem tu masih mendapat kutipan box office jugak. Tak payah tamak sangat.. Allah tarik sikit je tak sampai jatuh bankrup pun malah masih menguntungkan. Tu pun nak nangis celah ketiak mak ayah.

Gambar Sekadar Hiasan. Sumber Google

Nak membenteras cetak rompak memang agak mustahil. Sampai sekarang pun kegiatan cetak rompak ni masih wujud. Malah lebih upgrade. Dulu kita boleh jumpa kat pasar malam je dalam bentuk cd,vcd,dvd tapi sekarang boleh download & tonton secara online. Tapi kalau filem tu betul2 mampu menarik penonton jangan risau pasti tiket wayang laris macam goreng pisang. Kalau cerita pun tahap minta kaki je.. Kau mimpi la nak box office. Tapi sekarang filem2 samseng, ganster, masalah sosial.. Tayang2 aksi2 lumba yang merbahaya, perempuan melentok liuk seksi dalam pub.. Memang la mampu jual. Konon nak bagi mesej & moral of the story la sangat padahal yang kebanyakkan menonton cerita ni ambil teladan macam mana nak buat aksi2 extreme jer.. Yang moral tu sikit sangat. Umpama dok celah2 gigi.. Tak sampai pun ke hati penonton moral yang baik tu. Yang tak baik tu la paling terkesan & menjadi pengaruh paling besar terutama golongan kanak kanak & remaja ni.

Yang tu kisah pengarah Filem yang merajuk filem kena cetak rompak sebelum tayangan.. Ni kisah tak payah nak cetak rompak dia sendiri akan bagi tayangan percuma secara online selepas filem tu abis shooting katanya. Alang2 lanun sekarang dah suka cetak rompak secara online kan.. Ada lagi bagus bagi terus tayangan percuma. Sama2 merasa benefitnya. Baiknya hati pembikin filem ni kan? Nak tahu siapa pembikin filem zombie ni & apa tajuk filem ni meh baca di sebalik tabir kat sini >> Filem Zombie Yang Takkan Sama Yang Lain. Adakah Ini Bakal Mengubah Persepsi Orang Terhadap Malaysia? Jom Tengok <<

Wah.. boleh la kita tonton filem Zombie ni nanti. Percuma beb secara online. Tak payah nak berbaris kat kaunter tiket cinema tu. Duduk kat rumah depan skrin sendiri dah boleh tengok. Hope banyak lagi filem2 macam ni di tayangkan percuma secara online. Sapa tak nak free kan? hehehe

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AWAS! RASA LETIH SANGAT BAHAYA & BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN

4/22/2016 10:31:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

AWAS! RASA LETIH SANGAT BAHAYA & BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN. Dalam kehidupan seharian kita ni mana orang hidup dia tak pernah rasa letih langsung. Orang tak buat apa2 pun boleh rasa letih. Letih tak melibatkan aktiviti fizikal je. Malah mental pun boleh menyebabkan keletihan bila terlampau banyak fikir. Benda yang ada perkataan 'Melampau' 'terlampau' ni memang boleh mendatangkan kemudaratan kalau tidak di kawal dari peringkat awal.


Jangan biar diri korang sentiasa rasa letih sebab akan memberi kesan kepada kesihatan anda & tak mustahil boleh menyebabkan kematian mengejut atau penyakit merbahaya. Walau banyak kerja atau banyak masalah yang perlu kita fikir sekalipun.. Kita kena ada jugak ruang untuk berehat. Tak kira la berehat dari bekerja atau memikirkan soal kerja & masalah. Sebab tu orang kata habis kerja jangan bawa balik kerja kat rumah. Tak kira la kerja tu melibatkan kerja berfikir atau kerja melalui perbuatan. Kerja ni selagi hidup memang tak pernah habis. Arwah Ayah aku dulu pun meninggal dunia pada hari dia bekerja jugak. Balik kerja lepas solat isyak.. dia meninggal. Memang sampai akhir hayat dia bekerja.

Jadi kalau korang rasa korang nak berehat lepas semua kerja settle sememangnya takkan ada waktu untuk korang berehat. Jangan biar badan korang sentiasa letih ia boleh menyebabkan korang jadi lemah ingatan & pelupa. Jangan muda2 lagi dah nyanyuk sudah. Keletihan yang melampau jugak boleh membahayakan diri anda & orang sekeliling anda. Nak tau kesan dari terlalu letih meh baca kat sini >> Awas! Ini sebab Keletihan Boleh menyebabkan kematian mengejut & merbahayakan orang sekeliling <<

Jadi pada yang hardworking tu ambil la masa untuk berehat. Cari duit ni memang takkan pernah cukup sampai mati. KIta dapat banyak kita nak lagi banyak. Dapat lagi banyak nak lebih banyak.. Alih2 mati macam tu je tak merasa pun enjoy dengan hasil penat lelah selama ni. Sebab tu kita perlukan masa untuk berehat dari sebarang kerja.. Termasuk la kerja rumah bagi surirumah tangga macam aku. Aku pun ada hari aku malas masak jadi makan nasi bungkus je. Sebab aku nak merehatkan otak dari fikir nak masak apa hari ni katanya. Kalau hari2 kena perah otak fikir nak masak apa pun letih jugak. Ni pun kejab lagi kena fikir nak masak apa hari ni. Hahahaha

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

10 AKSI MENJARINGKAN GOL YANG MUNGKIN PEMINAT BOLA SEPAK TAK PERNAH TENGOK

4/21/2016 08:04:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

10 AKSI MENJARINGKAN GOL YANG MUNGKIN PEMINAT BOLA SEPAK TAK PERNAH TENGOK. Blog aku kalau ada perlawanan bola nak2 lagi siaran langsung kat TV mesti traffic jadi slow sikit. Aku syak pembaca blog lekatlekit.com ni ramai peminat sukan bola sepak. Walau penulis blog ni memang tak ada nafsu nak tengok orang ramai ramai berebut sebiji bola tengah padang. Tapi aku suka ikuti cerita,berita,isu semasa & macam2 lagi termasuk perkembangan bola sepak tanah air. Bukan sebab minat bola tapi aku minat terhadap isu2 semasa. Benda2 tu bagi aku sumber untuk update blog.


Tapi anak dara aku nan sorang ni minat pulak tengok game bola. Memang aku perasan dari dia kecik lagi cuma aku jarang layan minat dia. Kalau dia tertengok.. tengok la. Kalau tak tengok takde makna aku nak remind dia kat TV ada siaran langsung bola sepak. Hahaha.. Satgi berebut channel tv pulak.

Sebab aku tak minat bola sepak maka aku memang la tak pernah tahu aksi2 pemain bola sepak nak menjaringkan gol. Bila terbaca satu artikel ni.. Rasa nak tergelak pulak tengok. Mak aii.. bola sepak pun ada aksi penuh drama macam ni nak jaringkan gol. Sesungguhnya teknik & trick memang ada dramanya. Nak tengok aksi drama menjaringkan gol yang pernah berlaku dalam pertandingan bola sepak, meh tengok kat sini >> 10 Aksi Gol Epik & Paling Kelakar Yang Buat Korang Gelak Sampai Sakit Perut. Dahsyat! <<

Dah tengok?? ok.. ok.. sudah sudah la tu gelak. Kang putus urat kentut merana seumur hidup. terus takde nafsu nak bergelak ketawa lagi. Tapi memang la kan.. Manusia ni memang tak lari dari berdrama dalam apapun situasi. Main bola sepak pun boleh buat drama.. Jadi apa nak pelik kalau drama boleh berlaku di mana2 sahaja even dalam masjid sekalipun. Siapa kata dalam masjid tak ada manusia suka berdrama. Ada.. contoh penyamun.. kemain masuk macam nak solat. Alih2 orang kusyuk bersolat dia bedal habis beg wallet hp orang.

Moral of the story.. Hidup kita memang penuh drama.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MUNGKIN ANDA SALAH SEORANG YANG SUKA BUAT STATUS ACAH ACAH MACAM SIBUK SANGAT

4/21/2016 01:41:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

MUNGKIN ANDA SALAH SEORANG YANG SUKA BUAT STATUS ACAH ACAH MACAM SIBUK SANGAT. Zaman media sosial katanya.. Kalau tak log in satu hari rasa macam ada sesuatu yang tak siap. Walau tengah kelam kabut, rushing bagai.. tetap sempat update status.. "Rushing nak gi meeting".. " Dah lambat nak jumpa client".. "Tak sempat makan lagi sebab banyak kerja kat opis." Cara depa bagi tau tu seolah olah mengambarkan betapa sibuk & banyak kerja sangat tapi masih sempat log in FB & update status. Ada tu siap selfie letak caption berunsur 'sibuk".


Kadang2 terfikir jugak aku.. Sebab aku kalau betul2 sibuk dengan rutin di luar media sosial ni susah sikit nak hadap dunia maya. Memang log out terus la dari sebarang aktiviti online ni. Tu kira betul2 sibuk la tapi kebanyakkan rutin harian aku memang kesibukkan aku kat media sosial. Update blog la.. update status kat FB.. update gambar kat IG. almaklum la.. part time job aku memang la kat media sosial.. Full time job aku dalam rumah. Aku kan housewife, katanya.

Golongan yang acah acah sibuk sebenarnya lebih ramai dari yang betul betul sibuk. Kalau dah masih boleh update status sejam sekali kat FB tu tak sibuk mana la. Still ada ruang yang kau mampu curi masa untuk scroll news feed, update status & komen di wall kawan kawan walhal tak sampai seminit tadi kau cakap kau busy giler dengan kerja bertimbun atas meja. padahal kalau betul2 rushing & kena siapkan kerja mustahil la sempat nak log in FB kan.. Yang betul betul hidup dia sibuk manjang macam ni >> Inilah Ciri Ciri Manusia Yang Memang Betul Betul Sibuk Dalam Hidup Dia << Korang ada perangai macam ni? Kalau takde tak payah acah acah macam sibuk sangat la kan.. Nanti orang gelar attention seeker golongan acah acah.. & bajet2 ni. Hahahaha


Perlukan tapak untuk beriklan di blog email segera

Ada jugak yang betul sibuk tapi still nak jeling jugak media sosial. Tu yang kadang2 berlaku perkara perkara yang tak di ingini. Sebab semua benda dia nak buat dalam satu masa walhal setakat nak tengok FB tu lepas siapkan kerja pun boleh. Tapi bila dah sampai tahap ketagih ni.. Memang dia tak boleh tak hadap. tak boleh lama pun 10 minit pun jadi la katanya. kalau betul sibuk buat cara sibuk la tak payah menyibuk nak online bagai kan.. Lepas dah settle semua kau nak hadap media sosial sampai retak skrin pun takde hal.

Moral of the story.. Kita je tahu samada kita golongan yang memang sentiasa sibuk atau suka acah acah sibuk kat media sosial semata mata nak raih perhatian orang. kekekeke

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PANAS! PEMILIK SEBENAR GAMBAR AMRAN FANS TAMPIL TUNTUT HAK

4/20/2016 07:43:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

PANAS! PEMILIK SEBENAR GAMBAR AMRAN FANS TAMPIL TUNTUT HAK. Wah Hot & spicy. Sebab selama ni ramai tertanya tanya siapa pemilik gambar & wajah yang di gunakan admin Amran Fans untuk membuat troll, status sarcasm yang hot & spicy. Tadi terbaca kat Fb Ratu naga ke hapa nama profile dia.. Lebih kurang macam tu la. Mendedahkan siapa sebenarnya pemilik gambar & wajah yang di gunakan Amran Fans selama ni.

Inilah gambar asal yang di gunakan oleh Amran Fans. Pemilik dia menggunakan FB Amran Sukarjo

Katanya Amran Fans selalu delete komen dia, kemudian banned dia dari page Amran fans. Maybe tak nak rahsia siapa pemilik gambar yang admin Amran Fans guna selama ni terbongkar kot. Lagipun Amran Sukarjo pemilik wajah & gambar tu tak pernah mengizinkan Amran Fans menggunakan gambar dia. Bagi dia macam satu penghinaan. Seolah mempersendakan diri dia.

Yelah.. Sapa tak marah kan? Gambar di gunakan untuk di jadikan bahan jenaka. Walaupun gambar & wajah Amran Sukarjo ni memang terkenal se antero alam maya tapi yang mendapat populariti, publisiti & siap boleh jual buku lagi adalah Amran Fans. Amran Fans dah guna gambar orang tak reti2 bayar royalti & pampasan ke? Kalau orang dah tak izinkan tu better la jangan guna. Try guna muka sendiri pulak tengok laku ke tidak. Gambar & muka tu hak dia. Kau tak boleh senang2 guna buat duit tanpa keizinan pemiliknya. Sekarang dia dah minta hak dia balik.. Jika terus menerus kau guna, confirm la rezeki yang kau dapat dari hasil guna muka dia dah tak berapa elok la. Nak jatuh hukum halal haram tu aku tak berani la kan.. Tapi kalau kita guna benda yang bukan hak kita & orang tu pun dah cakap tak halalkan takkan jadi harus pulak, kan?


Ingat Amran apa yang kau dapat dari populariti gambar yang kau guna tu akan ada hubung kait dengan rezeki yang kau makan. Jadi darah daging. Bila jadi darah daging ni tak semua dia keluar jadi tahi. Jangan nanti benda2 tu mempengaruhi keturunan kau.

Tapi tadi aku terbaca kat FB Amran Sukarjo katanya admin yang mewujudkan page amran fans memohon maaf atas apa yang berlaku. Pun macam tu katanya page tu tak di kendalikan mereka yang mula2 mewujudkan page tu. Maybe dah di jual kot.. Entahlah. Tak berapa jelas kat situ.




Walaupun aku tak tahu sejauh mana kebenaran pemilik gambar tu Amran Sukarjo tapi kita sedia maklum Amran Fans yang dulunya menggunakan nama sebagai Amran Pekida menggunakan gambar orang bukan gambar sendiri. Gamaknya kenapa admin2 amran fans masih bersembunyi di sebalik gambar Amran Sukarjo ni yer? Gigi dia rongak ke camna sampai malu nak tunjuk rupa. Kalau gigi tak cantik meh cantikkan.

Moral of the story.. Aku pun suka jugak layan troll & status sarcasm Amran Fans tapi apa yang tak betul dia buat tak semestinya kita sokong, ye dak?? Dah pemilik gambar tu menegah gambar dia di gunakan macam tu, Amran fans sepatutnya menghentikan perbuatan tu. Ia milik orang. Sudah sudah la tu.. Tiba masa korang guna gambar makhluk lain pulak. Gambar alien ke hapa pulak. Kesian Amran Sukarjo... hehehe

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI LAKSA LEMAK @ LAKSAM VERSI ORANG UTARA

4/20/2016 05:13:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

RESEPI LAKSA LEMAK @ LAKSAM VERSI ORANG UTARA. Tu dia bila orang utara masak masakan orang pantai timur. Kot mana pun dia nak bagi rasa utara tu ada jugak katanya. Almaklum la kita kan satu Malaysia.. Selera tekak bukan semua sama kan. Jadi resepi ni kalau nak derhaka sikit2 tak masuk neraka. So, tak payah takut sangat la nak derhaka apa2 resepi ikut selera sendiri. Yang nak hadap nanti kita jugak. Jadi elok la kita masa ikut citarasa sendiri.


Tak tahu la sejak bila.. Tapi aku perasan setahun dua ni laki aku macam suka makan laksam. Selalu dia beli. Nak2 lagi sekarang dia memang pantang makan pedas. Bila aku buat laksa utara dia macam teringin je. Walau aku cuba kurangkan pedas tapi sebab masukkan cili jugak dia macam tak confident nak makan. Jadi sebagai isteri contoh yang baik budi pekerti katanya.. Aku gigih jugak try masak laksa lemak @ laksam ni buat pertama kalinya. Satu sebab laki aku suka makan kedua sebab kuah dia tak masuk cili. Harus la kena belajar kalau dah suami kita suka makan. Suami aku bukan orang kelantan.. Tapi masakan kelantan nan satu ni dia suka pulak.

Rupanya nak masak laksa lemak @ laksam ni takde la sampai kena hentak2 kepala dengan lesung batu. Senang je.. Mula2 nak masak tu risau jugak takut tak jadi ke hapa. Almaklum la.. kita biasa makan laksa utara tak campur santan. Kang tersilap sukatan rasa jadi pelik ke hapa tak ke membazir namanya. Tapi alhamdulillah.. menjadi jugak la laksa lemak @ laksam ni. Bahan2 dia pun tak jauh beza dari nak masak laksa utara cuma kuah dia guna isi ikan je. Laksa utara ni.. guna air tulang ikan yang di blend. Tu nampak gelap sikit. Jadi marilah Kita tengok apa bahan2 yang di perlukan untuk masak sebelum entri ni jadi lebih panjang lagi...

Bahan bahan nak buat kuah
Ikan (aku guna ikan sardin 5 ekor sebab aku masak untuk 2 orang makan je)
Bawang besar sebiji (resepi asal guna bawang merah. Sebab stok bawang merah tak ada belasah je la janji bawang)
Bawang putih 2 ulas
Halia
Asam keping
Serai
Serbuk lada hitam

Macam biasa ikan rebus..  asingkan isi dia. kemudian blend (kisar) isi ikan
Bawang besar, bawang putih,halia pun blend jugak.
Dah blend semua masukkan dalam periuk.
Masukkan santan. Ikut suka korang nak lemak macam mana. Aku memang lemak2 sangat aku mual. Rasa lemak sikit2 pun dah cukup. Sikit pun jangan sampai tak rasa lemak langsung pulak.
Masukkan asam keping.
Serbuk lada hitam sikit.
Ketuk serai, campak je dalam periuk tu tak payah belai belai sangat.
Biar la dia rebus kat situ sampai masak.
Jangan lupa letak garam. Aku tak suka manis so aku skip gula. Orang kelantan memang akan masukkan gula.

Untuk bahan ulam ulaman dia
kacang panjang
Timun
Bawang besar
Kobis
Bunga kantan

Yang tu semua korang potong je. Potong ulam ulaman tu pun kena ajar ke? pandai2 sendiri la. Asal muat masuk mulut korang ok la tu hahaha.

Bahan untuk buat cili
Cili padi
Cuka makan
Belacan
garam
Gula

Semua tu blend jer. Ada orang tak letak belacan tapi aku letak. dah nama pun resepi derhaka kan. Memang derhaka la cara membuatnya. Hahaha.

Dah siap semua rebus je laksa. Laksa aku guna laksa beras. Sebab aku google resepi katanya boleh guna laksa beras kalau malas nak buat mee laksam dia tu. Almaklum la tak berapa rajin nak membuat. Semua nak instant je. Hahahah

Dah siap semua.. humban semua perkara tadi dalam satu mangkuk. Makan la sampai tergolek. Op's.. tu amalan syaiton. Makan & berhenti sebelum kenyang katanya. Jangan gelojoh 1 hari ada 24 jam korang boleh repeat makan sampai kering periuk. hahahaha

Ulam ulaman tu sepatutnya ada daun kesom tapi tak ada pulak nak beli tadi. Jadi kira cincai je. Apa yang ada sudah. Pun macam tu setakat ni dah 3 mangkuk kot aku bedal. Sedap sangat katanya air tangan sendiri. hahahaha

Maka siaplah laksa lemak @ laksam versi orang utara. Orang kelantan jangan marah noh.. Orang utara masak memang lagu ni katanya. Almaklum la.. kita tak suka manis2 takut kudung kaki. hahahaha

Laksa lemak ni bagi aku lebih senang nak masak dari laksa utara. Cepat pun cepat. Puas hati boleh makan. Almaklum la masak sendiri di rumah senang nak buat ikut citarasa sendiri.. Kalau kat luar ni aku jarang nak makan makanan macam ni sangat.

Moral of the story.. kalau rajin ni semua benda jadi senang nak buat ye dak? Kalau malas goreng telur mata pun rasa macam susah sangat tau. hahaha

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PERODUA KENARI BARU LEBIH SADO

4/20/2016 10:22:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

PERODUA KENARI BARU LEBIH SADO. Dua tiga hari lepas ternampak orang share Kereta Perodua Kenari baru. Amboi kemain la nampak dah ada muscle gitu. Kalau dulu takde la ketul2 kat body kenari ni sekarang dah ada. gamaknya main gym jugak kot kenari baru ni hahaha.


Ok la design baru kenari tu..Kalau tengok dalam gambar tu nampak menarik jugak la tapi serius aku tak minat sangat la kereta tak berbonet ni. Bagi aku kereta tak ada bonet ni tak berapa sesuai untuk yang dah berkeluarga. Bayangkan nak balik kampung.. Nak bawa dua tiga beg. Maybe lepas la letak kat ruang letak barang kat bontot kereta tu tapi kalau banyak sangat confirm dah tak ada ruang. Tapi bagi yang bujang sesuai la kan.. Orang kata kalau ada budget alang alang nak beli kereta biar sampai boleh berumahtangtga dalam kereta macam ni >> 8 Benda Gila Orang Buat Dalam Kereta besar yang ala2 cargo <<

Tapi Perodua kenari yang baru ni nampak macam besar sikit tapi tak tau la sebab cuma tengok dalam gambar kan. Adik aku ada sorang pakai perodua kenari tapi model lama ni ruang tak besar mana. Tu pun dia dok fikir2 nak tukar kereta besar sikit. Almaklum la kenari tu pun dah bebas hutang. Lagipun dia sekarang kat kampung.. So kadang2 dia kena jadi supir mengangkut warga emas kesana sini. Kenduri la.. kematian la.. Almaklum la kampung. ramai sedara mara. Kereta dia yang sekarang boleh muat berapa orang je.

Aku ni pasal kereta memang tak pandai sangat walau aku pernah kerja dengan company dealer kereta. Aku bukan kerja jual kereta aku kerja bahagian admin je. Walau bos aku selalu hasut aku suruh sambil2 tu buat la sales. Jual kereta katanya.. alang2 kerja dengan dealer kereta ni tetap aku tak mampu bersikap tamak. Walaupun aku tak jual kereta pun jenuh dah dengar bebelan, makian, marahan customer yang tunggu kereta depa tak dapat. Aku selalu jadi mangsa keadaan bila semua orang tolak call. Tu sebelum ada customer service. Lepas ada.. Pun kadang2 aku kena jadi kambing hitam jugak. Menyampah tau bila terkenang aku jadi mangsa buli kat office. hahahaa

 Dah nama dealer kereta mesti ada sales advisor. Sales Advisor walau kerja dengan proton dealer depa ni jual semua jenis kereta. Nak2 lagi company tu memang banyak buka branch & jadi dealer dari kereta mewah sampai la kereta tempatan maka depa bebas nak jual kereta apapun. tapi tokei kedekut nak mampus. Kena kerja setahun baru dapat caruman kwsp. Kaya tapi makan hak pekerja.. dah tu sesama bangsa & agama. Menjawab la kat sana nantu. Banyak tu soalan bukan sikit.

Ok sebab tajuk pasal perodua kenari meh kita cuci mata sikit model2 baru kenari. Kot2 ada yang berkenan nak beli katanya...





Perodua kenari

Moral of the story.. Nak beli kereta ni hati hati tau. Nak2 melalui salesman. Setiap pembayaran nak buat make sure ada resit rasmi company sebab masa aku kerja ada salesman kebas duit down payment customer RM10k jugak la. Lepas tu dia nak claim balik dengan company tak boleh. Jenis bayar atas tangan. Bayar dulu konon nanti dia bagi resit. Lepas tu salesman pun ghaib tanpa di kesan lagi bersama RM10K tu. Banyak kes sepanjang aku kerja salesman kebas duit customer ni. Yang aku cerita tu kira amount yang banyak.. yang kecik2 tu banyak jugak berlaku. Satu lagi jangan percaya sangat 0 downpayment.. kalau ada yang masih tak tahu sebenarnya mereka markup dalam loan. Jadi kalau nak beli kereta make sure more becareful. Penipu kemaja putih ni ramai, ok!

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KAD KAHWIN READY MADE SAFIRA MURAH & TAK PERLU BAYAR KOS DESIGN

4/19/2016 11:30:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

KAD KAHWIN READY MADE SAFIRA MURAH & TAK PERLU BAYAR KOS DESIGN. Antara perkara yang termasuk dalam senarai keperluan nak adakan majlis perkahwinan ni adalah kad jemputan. Zaman sekarang mana ada sangat orang tak buat kad jemputan kahwin ni melainkan aku jer dulu bukan tak buat tapi planning bertukar saat akhir bila sesuatu yang berlaku tanpa di rancang. Tu sebab perkara yang tak dapat di elakkan berlaku padahal memang sebenarnya ada kad jemputan cuma tak sempat nak cetak je. Dah siap design pun.


Tapi bukan semua orang macam aku.. Ada orang yang memang nak sempurna segalanya. Dari sekecil kecil perkara sampai la sebesar besar benda. Nak2 lagi katanya kawen hanya sekali walau tak confirm pun dia akan kahwin sekali je dalam hidup dia. Hehehe.. Antara yang mesti & wajib ada kad jemputan perkahwinan ni. Kalau tak ada katanya tak lengkap. Lagipun dengan adanya kad jemputan kahwin ni memudahkan tetamu untuk datang bertandang & ingat tarikh majlis anda nanti. Almaklum la orang buat jemputan kahwin ni bukan seminggu sebelum majlis berlangsung. Paling lambat pun sebulan sebelum majlis. Manusia ni bukan semua boleh ingat dalam otak.. Kadang2 kena ada reminder jugak. Salah satu nak remind jemputan untuk hadir ke majlis perkahwinan anda melalui kad yang di edarkan la. Selain tu kelebihan kad kahwin ni sebab ada maps. Senang la orang nak cari tempat majlis tu di buat nanti, kan?

kad jemputan kahwin ni boleh jadi penting. Sebabnya.. Walaupun dah moden boleh jemput melalui FB jer tetap tetamu yang di undang akan lebih rasa di hargai & di alu alukan kedatangan mereka bila kita hantar kad jemputan ni. Serius benda ni pernah jadi isu tau di mana jemputan hanya di buat melalui FB & saudara mara yang terima jemputan tu rasa macam acuh tak acuh je orang yang menjemput jadi mereka boikot tak nak hadiri majlis perkahwinan tu. Kalau tak dapat nak jemput sampai depan pintu rumah at least dengan kiriman kad pun dah cukup, kan? Apa barang jemput kat FB.. Macam tak ikhlas je kata orang. Lagipun sekarang ni walau jemput melalui FB pun akan di sertakan dengan kiriman kad juga pada para jemputan. Maka dengan itu kad kahwin ni pun boleh jadi satu keperluan jugak bagi mereka yang nak adakan majlis kahwin kecuali boleh menjemput semua tetamu dari rumah ke rumah je.hehehe

Mana2 bakal mempelai tu tengah dok survey & cari tempat nak tempah kad jemputan perkahwinan aku nak rekemen dengan korang satu tempat yang korang boleh tempah secara online kalau busy sangat sampai tak sempat nak walk in kat mana2 kedai cetak kad kahwin ni. Almaklum la zaman hujung jari.. semua nak mudah je kan. Manusia sekarang memang sibuk cari harta, kalau boleh makan pun depa nak skip apatah lagi setakat nak cari kedai yang buat service cetak kad kahwin ni. So, bagi memudahkan anda.. Meh tengok kat sini.

Safira printing Service menyediakan kad jemputan perkahwinan yang ready made. Maksudnya tak payah pening pening kepala nak fikir design kad tu macam mana.. Korang boleh pilih je design yang sedia ada. Design dia pun tak kurang cantik & terkini. Menepati citarasa bakal pengantin masakini. Bukan sahaja memudahkan bakal pengantin malah menjimatkan kos. Sebab Kad Kahwin Safira ni tidak mengenakan sebarang caj atau kos design. Yang cuma perlu bayar kos pencetakkan (printing) & kos penghantaran sahaja. So kat situ dah boleh jimat masa,tenaga & kos jugak.

kat bawah antara contoh kad jemputan kahwin yang terdapat di Safira Ready made Kad Kahwin







Untuk views yang lebih jelas clik pada gambar


Nak tengok lebih banyak design2 terkini kad kahwin safira & harga setiap jenis & design kad ni korang boleh tengok kat sini >> Kad Kahwin Safira Ready Made << Juga terdapat service lain yang mungkin anda perlukan. Jadi boleh check it out kat link yang di beri.


Nak buat tempahan pun senang. Secara online sahaja. Caranya :

1) Sila klik link berikut dan isi borang yang terdapat disitu. Mereka akan proses quotation/sebut harga untuk panduan bayaran setelah anda submit form tersebut
--> http://bit.ly/1clqYaT

atau

2) Sila nyatakan butiran tempahan berikut ke emel (safiraprintingservices@gmail.com) :
- kod kah kahwin :
- kuantiti :
- material :
- warna envelope : (abaikan jika tidak berkaitan)
Setelah mendapat semua maklumat berikut, kami akan proses quotation/sebut harga untuk panduan pembayaran.

Jika ada sebarang pertanyaaan boleh hubungi :
Tel : 017-636 4629
Website : www.safira.com.my

Jadi pada bakal pengantin yang sememangnya masa terhad nak prepare untuk majlis kahwin. Boleh la menggunakan khidmat Kad Kahwin ready Made Safira ni bagi memudahkan urusan menempah kad kahwin anda. 

Bila dok tengok design design kad kahwin Safira ni tetiba rasa macam nak buat majlis kahwin sekali lagi pulak. gamaknya sapa nak sponsor untuk majlis kahwin pasangan yang dah ada anak umur budak tadika? hahahaha.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com