21 PERKARA PALING TAK BEST BILA MASUK TINGKATAN 6

31.10.16 Suria Lekatlekit 0 Comments

21 PERKARA PALING TAK BEST BILA MASUK TINGKATAN 6. Dalam Family aku rasanya kakak aku yang sulung je sempat merasa masuk tingkatan 6 tu pun rasa sekejab.. sebulan ke dua bulan tak sure sebelum di panggil sambung belajar ke Uitm Arau, perlis. Yang lain2.. semua tak ada masuk tingkatan 6.. Sambung belajar ke IPT.. aku je konar baring sikit masuk U turn katanya hahaha.. U turn pun ok la jugak boleh cari makan kat blog berbekalkan sedikit ilmu masa belajar kat kolej cap ayam dulu katanya.. Ilmu2 IT tu la banyak membantu aku jadi seorang blogger hari ni. hehehehe...


Jadi nak share pengalaman sendiri memang la aku tak ada pengalaman masuk tingkatan 6 cuma terbaca satu artikel ni. Katanya mana2 pelajar yang masuk tingkatan 6 paling tak suka 21 perkara ni.. Tapi terpaksa kena hadap memang itu yang perlu mereka patuhi walaupun depa dah rasa cukup dewasa untuk buat semua tu. Undang2 tetap la undang2 yer.. Tak kira la kau rasa dewasa ke kanak kanak ke.

Tapi tak tau la betul ke tidak.. Memang benda ni benda yang tak best majoriti budak2 tingkatan 6 kena buat atau maybe certain orang rasa benda ni masih ok je. cuma aku rasa 1 perkara antara 21 perkara ni paling tak best sapa2 pun hadap iatu ragging. Almaklum la.. ragging ni kadang2 ada yang melampau boleh mengundang trauma & boleh jadi mengaibkan jugak. Bila masuk tingkatan 6 kena ragging lagi.. mesti rasa tercabar jugak ego tu. Almaklum la.. kalau ikut dah tingkatan 6 kot.. lain la tingkatan 1 katanya. hehehehe

Tapi walau dalam 21 perkara ni banyak yang tak best ada jugak yang best contoh.. time tu maybe ada mulakan hubungan serius dengan seseorang.. Sapa yang tak suka bercinta ye dak. Nak2 lagi dalam tingkatan 6 feeling budak sekolah dah tak berapa nak ada.. hehehe.. Selebinya 19 perkara yang budak tingkatan 6 rasa tak best meh baca kat sini >> 21 Pengalaman Yang Budak Tingkatan 6 Akan hadap tak kira yang best atau tak best <<

Apapun.. ketahuilah, pengalaman tu kadang2 tak best masa kita hadap tapi jadi sangat manis masa kita kenang. Mungkin benda tu akan buat kita rindu nak kembali ke sekolah.. macam aku dulu masa sekolah paling tak best kena denda berdiri kat tapak perhimpunan tengah panas.. Tapi bila terkenang balik benda tu sebenarnya buat aku jadi terkenal kat sekolah... OkBye sebelum kena herdik. hahahaha

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

INI SEBAB BEKAS ROCKERS 80AN & 90AN KENA TENGOK ROCK BRO

31.10.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

INI SEBAB BEKAS ROCKERS 80AN & 90AN KENA TENGOK ROCK BRO. Zaman 80an & 90an adalah zaman kegemilangan bagi lagu2 rock. Zaman tu kalau nak tengok generasi muda belia pakai seluar ketat rambut panjang.. ada yang lurus, ada yang ikal mayang ada yang kerinting memang boleh nampak kat mana2 saja. Zaman tu jugak search, wings, damasutra & banyak lagi kumpulan rock tengah popular. Kira time tu lagu2 rock memang in-trend la. Tapi muzik rock ni aku rasa sampai sekarang pun masih di terima. Kira evergreen la kan...

Bagi rockers zaman 80an & 90an kalau nak mengimbau kembali zaman rock anda dulu boleh la pergi menonton filem rock bro.. Sebab filem ni mengisahkan perjuangan rockers zaman tu. Di selang seli dengan babak babak komedi yang aku rasa confirm tak sempat mengantuk punya tengok filem ni. Dalam filem ni menampilkan zaman kegemilangan rock yang dah hujung2 la sebelum kemunculan irama rap & hip hop awal 90an. Filem ni mengisahkan perjuangan 1 kumpul rock anak muda Rimba bara yang dah lama tak dapat job buat persembahan. Terpaksa melakukan kerja sambilan untuk menyara hidup & membuat persembahan di gig tapak ekspo tani. Yang sedihnya persembahan mereka di bayar dengan buah buahan & sayur sayuran termasuk la petai & terung dari penganjur. Lebih menjadi masalah bila vokalis mereka Zul kapan tarik diri & menyertai kumpulan 4URU. Tak dapat bayangkan bekas vokalis black metal, kemudian join kumpul rock selepas tu nyanyi lagi RAP. hahahaha.

Namun Rimba Bara tetap gigih meneruskan perjuangan mereka dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik. Dalam pada masa yang sama Jijoe (khir Rahman) jatuh cinta pandang pertama dengan Ratu Rock Ella semasa terserempak di studio rakaman. Sebab terlampau sayangkan Ella, dia sanggup meninggalkan dunia rockers untuk seorang kontraktor kelas F sebagai bukti cinta dia pada Ella & mahu mencari kehidupan yang stabil & lebih terjamin. Keputusan tu buat Rimba Bara semakin hilang arah hingga mencetuskan konflik antara mereka.

Apa kesudahan perjuangan mereka kena pergi tengok kat pawagam. Dah mula di tayangkan 27 oct 2016 haritu. Bagi rockers sejati confirm filem ni antara filem yang korang akan suka katanya

Boleh tengok Trailer Filem Rock Bro

Barisan pelakon yang hebat seperti Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, dan Azmi Bahron. Dalam filem ni turut ada penampilan khas bintang-bintang rock ternama seperti Dato’ Hattan, Man Kidal dan Black Wings. So, kalau jiwa rockers anda masih ada... Wajib menonton filem ni ok!

Aku sebenarnya pun teringin nak tengok jugak.. Tapi tu la.. susah betul nak bawa budak lala tengok wayang yang bukan taste dia. Almaklum la budak2.. dia tengok kartun je la. So terpaksa la tunggu keluar dalam bentuk DVD. nak tengok astro first pun.. astro tak langgan katanya. hahahaha.. Takpe.. takde apa nak kejar sangat. Kalau filem yang best.. tengok awal atau tengok lambat tetap tak hilang best nya tu. hehehehe

Apapun.. Semoga Rock Bro akan dapat sambungan hangat sehingga Box Office & All the best untuk semua yang terlibat dalam Filem Rock Bro!

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

JELMAAN GADIS MATI KEMALANGAN TUMPANG KERETA UNTUK KE HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU

30.10.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

JELMAAN GADIS MATI KEMALANGAN TUMPANG KERETA UNTUK KE HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU. Dua tiga hari lepas perasan ada kawan yang share gambar semasa Hospital Sultanah Aminah terbakar.. Ada satu makhluk katanya.. ternampak dalam gambar tersebut. Entah kenapa aku tak nampak apa2 pun yang menyeramkan dalam gambar yang tersebar.. Yang jadi mangsa blog aku la asyik tersangkut je keywords orang cari cerita mistik di sebalik kejadian terbakar tersebut. Tapi maaf la.. aku rasa tak ada apa cerita di sebalik tu untuk di jadikan kisah seram.. Cuma masa aku google aku terjumpa satu kisah ni yang ada kaitan dengan Hospital Sultanah Aminah.


Alkisah seorang bro ni katanya janji nak jumpa kawan2 dia di sebuah restoran kat danga bay. Maka dia pun drive la kesana. Time tu jam dah pukul 7.30 malam.. Memang waktu2 jin & syaitan berpesta la kan.. Sampai kat pertengahan jalan lingkaran yang katanya sekarang dah di bina stesen petronas dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri. Atas perikemanusiaan dia pun berhenti la bertanya destinasi wanita tu. Wanita tu katanya nak ke perhentian bas Hospital Sultanah Aminah. Jadi di tumpangkanlah perempuan tu tanpa was was. Yelah.. perempuan kot. Dah tu jalan sorang2 maghrib2 macam tu. Bahaya jugak. Tapi perempuan tu pun tanpa was was juga berani menumpang kereta lelaki tak di kenali. Peringatan penting untuk Wanita2 di luar sana.. Jangan tiru aksi tu yer! Bahaya... Jangan jalan seorang diri di laluan yang sunyi & jangan tumpang kereta orang yang tak di kenali lebih2 lagi lelaki.

Masa perempuan tu naik kereta.. dia minta la Bro ni jangan on aircon, suruh buka tingkap. Bro ni pun ikut jer.. Lagipun permintaan dia bukan la susah sangat nak buat kan? Dah tu jimat tak payah aircon. Dalam perjalanan ke destinasi di tuju, perempuan tu cerita la sepatutnya boipren dia yang datang ambil tapi sebab ada sedikit masalah yang tak dapat di elakkan dia terpaksa jalan kaki ke sana. Perempuan tu pun bagitau dia dah bagitau pakwe dia ni jangan bawa motor sebab dia dah serik naik motor suruh bawa kereta.

Mungkin Bro ni rasa perempuan ni high demand kot.. dia pun pujuk la. Konon naik motor lebih romantik, jimat minyak & kalau jam boleh je menyelit celah2 kereta. Tapi perempuan tetap berkeras dah tak nak naik motor lagi selepas satu kejadian ni. menurut cerita dia.. Pernah satu hari dia membonceng motorsikal dengan pakwe dia. Nasib tak baik haritu ada kereta yang tengah racing menyondol belakang motorsikal yang mereka tunggang.

Dengar cerita perempuan tu, si bro ni pun saya excited nak tahu apa yang terjadi seterusnya. So dia pun tanya la. Sambung perempuan tu lagi sambil menunjuk satu divider pada bro ni & memberitahu kat situ la mereka tercampak & di seret 50 meter.. Dan.... Jeng jeng... jeng.. jeng...

Tahu tak apa berlaku seterusnya... Kata perempuan tu mereka bagaikan romeo & juliet mati bersama di tempat kejadian. Apa lagi si bro ni mula la mengaji kuat2 apa yang patut. Waktu tu tiada apa kedengaran selain hilai tawa yang menyeramkan seterusnya dia terbang keluar melalui tingkap kereta. Niat yang nak lepak2 dengan kawan kawan dia tadi.. terus terbantut & dia kembali ke pangkal jalan. Balik rumah la apa lagi. Bila dia cerita kat pakcik dia yang dah masuk zon warga emas.. pakcik dia cuma tersenyum & menurut pakcik Bro ni kat situ memang dah biasa pemandu2 kena sakat. So, bukan sesuatu yang pelik lagi kalau anak buah dia pun kena sakat jugak.

Moral of the story.. sebab tu orang2 tua suruh duduk kat rumah time maghrib.. Sebab time tu jin & syaitan berkeliaran. Bila kau pun nak keluar jugak time tu.. memang la dia ambil kesempatan tumpang kau. hehehehe. Tapi yang tumpang kereta Bro tu maghrib2 bukan la orang yang dah mati yer.. Tu semua jelmaan jin & syaitan je nak menyesatkan manusia.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MINYAK HERBA ASMAK UNTUK BAYI & DEWASA YANG MENGIDAP SEMPUT,ASMA,BATUK,SELSEMA & BERKAHAK

28.10.16 Suria Lekatlekit 11 Comments

MINYAK HERBA ASMAK UNTUK BAYI & DEWASA YANG MENGIDAP SEMPUT,ASMA,BATUK,SELSEMA & BERKAHAK. Sejak turun temurun setiap rumah mesti ada sekurang kurangnya sebotol minyak angin. Pergi la mana2 rumah kecuali rumah hantu je takde minyak angin tapi rumah yang di huni manusia ni Insya Allah.. majoriti ada minyak angin. Ada orang dah macam koleksi minyak angin dia.. yelah.. satu untuk sakit ni.. satu untuk sakit tu.. satu lagi untuk kecederaan tu ini.. Maka dalam first Aid dia kira penuh minyak angin je la.


Bila dah banyak koleksi minyak angin ni pepaham la.. kena ada space nak menyimpan. Kalau pergi travel mana mana pun tak boleh bawa semua.. Terpaksa pilih yang paling banyak kegunaan. Time tu bagus jugak kalau ada minyak angin yang dalam sebotol mempunyai berbagai fungsi untuk merawat berbagai penyakit, masalah & kecederaan. Jangan risau ni tahun 2016 la.. tak lama lagi dah nak masuk 2017. Semua tu bukan mustahil dah. Memang ada pun minyak angin yang dalam 1 botol mempunyai berbagai kegunaan.


Meh rapat2 sikit makcik nak memperkenalkan Minyak Herba Asmak untuk semua. Terlebih dulu nak bagitau.. Minyak angin ni boleh di gunakan untuk sekecil kecil bayi sehingga setua bangka manusia. Senang kan tak payah nak separate dah. 1 keluarga boleh guna.. Apa kelebihan lain minyak herba asmak ni??


Banyak fungsi dia nak Ooi... Yang mana selalu di serang asma, lelah & semput memang elok la try minyak herba asmak ni. Insya Allah mampu melancarkan pernafasan anda. Selain dari asma & lelah ni.. Jugak boleh di gunakan untuk merawat batuk, selsema, kahak & masalah2 yang berkaitan saluran pernafasan anda. Bukan untuk masalah melibatkan saluran pernafasan malah kalau terseliuh ke, kembung perut ke, sakit perut ke, sakit gigi ke, atau cedera ringan pun boleh sapu minyak herba asmak ni. Pening & mual pun boleh jugak sapu minyak ni sebab bila di sapu akan rasa kesan dingin yang boleh melegakan masalah pening atau mual jugak cuma jangan pulak ada yang minum.. Sebab minyak angin ni untuk kegunaan luar sahaja.


Jangan risau minyak herba asmak tiada bahan terlarang atau merbahaya.. Yang ada bahan bahan yang berkhasiat lagi selamat untuk merawat masalah kesihatan anda jer.. Antara bahan yang terdapat dalam minyak herba asmak adalah Habbatussauda, minyak kelapa dara, gamat & herba terpilih. Sebotol mengandungi 30ml. Minyak angin ni memang pekat sifatnya.. bau dia pun sedap sangat. Tak la bau tipikal minyak angin biasa yang mungkin menganggu orang lain. Bau dia sangat segar & dingin..  ala2 gula2 hack gitu. Kalau bau pun dah menyelesakan.. apatah lagi kalau di sapu pada kulit kita kan?


Minyak herba asmak Sebotol berharga RM39 untuk 30ml... Berbaloi tau hanya 1 botol untuk seisi keluarga & banyak kegunaanya. So, RM39 bukan sesuatu yang mahal jika di bandingkan dengan khasiat & fungsi dia untuk merawat berbagai jenis penyakit tu. Jadi memang setiap rumah perlu ada sekurang kurangnya 1 botol. Manalah tau sakit ni nak datang dia tak kirim salam dulu.. tetengah malam semput ke.. di serang asma ke.. kebetulan inhaler pun dah habis gas.. Jadi boleh guna Minyak Herba Asmak sebagai rawatan alternatif.


Kalau anda berminat nak mencuba Minyak herba Asmak ni.. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi :

Hotline HQ : 019 - 970 8897
Website rasmi : http://penawarasma.com.my
Ig : mham.sdnbhd
Fb Page :Penawar Asma Mujarab
Minyak Herba Asmak HQ Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW7XwJbaxkXCKe3f7NEucag

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

DEEPAVALI DISAMBUT UNTUK MERAIKAN KEMATIAN SYAITAN YANG KEJAM

28.10.16 Suria Lekatlekit 2 Comments

DEEPAVALI DISAMBUT UNTUK MERAIKAN KEMATIAN SYAITAN YANG KEJAM. Esok semua penganut agama hindu akan meraikan hari deepavali yang kita kenali sebagai pesta cahaya. Deepavali jugak di kenali sebagai diwali. Deepavali bagi yang tak tak tahu maksudnya.. Dipa @ Deepa ni bermaksud cahaya & Gavali bermaksud Barisan. Jadi kalau yang tak tahu sebelum ni maka tahu la apa maksud deepavali tu kan?


Bersempena deepavali yang bakal di sambut dengan penuh meriah oleh penganut hindu seluruh dunia esok.. saja la google di sebalik perayaan deepavali ni. Setiap apa yang di raikan pasti ada cerita & sebabnya kan? Sama macam perayaan orang2 Islam jugak.. Apa yang di raikan tu pasti ada kisah kemenangan di sebaliknya.

Apa yang aku baca Menurut cerita lagenda, deepavali ada perayaan yang di sambut untuk meraikan kemenangan Dewa krishnan selepas berjaya membunuh Raja Narakasura iatu seekor syaitan yang sangat kejam & suka memeras rakyatnya. Sebelum mati katanya Narakasura meminta semua manusia supaya meraikan hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada mereka tentang godaan hantu & syaitan agar mereka sentiasa berbuat baik & menjauhi diri dari membuat kejahatan sesama manusia. Pembunuhan Narakasura di sambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari sebelum deepavali sebagai memperingati kematian Narakasura yang suka mencetuskan huru hara oleh Satyabhama, isteri Raja Krishna (Maha Krishnan). ini berlaku di Dwapar Yuga yang ketikan itu ia menjelma sebagai Raja Krishna. Sebelum kematian Narakasura, dia meminta restu dari ibunya, Satyabhama (dipercayai sebagai satu jelmaan Bhudevi aitu ibu Narakasura), bahawa semua orang harus meraikan kematiannya dengan cahaya berwarna-warni.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu sebagai lambang kejayaan 'kebaikan mengatasi kejahatan' yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta membuang kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama hilang.
Begitulah kisah di sebalik perayaan deepavali menurut kepercayaan orang2 hindu. Tak salah pun kita untuk ambil tahu walaupun kepercayaan kita berbeza. Kita kan kat malaysia berbilang kaum & agama.. mengenali agama orang lain tak bermakna kita mempercayai. Dr Zakir Naik pun mengkaji semua agama.. Takde la sampai dia nak murtad pun. Ia salah satu ilmu jugak untuk kita di pandang tinggi.. contoh macam Dr Zakir Naik. Semua kitab agama dia hafal.. Di sebabkan itu dia mampu berdiri dengan yakin di tengah lautan manusia untuk menjawab segala kemusykilan, pertikaian, pendebatan dari berbagai penganut agama di dunia. Jadi jangan sempitkan sangat fikiran korang yer.. 


Moral of the story.. dari cerita lagenda deepavali ni pun kita boleh nampak semua agama memperjuangan keamanan & kebaikkan. Jika semua manusia mengikut ajaran agama masing2 pasti dunia ni aman.. Muhasabah diri sendiri jugak yang masih banyak kekurangan ni. hehehe. Apapun bagi yang nak sambut deepavali esok tak reti nak pakai saree.. almaklum la belit saree ni lebih susah tau dari nak belit shawl.. boleh tengok tutorial pakai saree ni >> Cara nak pakai Saree hanya dalam Masa 5 minit << Happy diwali untuk semua penganut agama hindu.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

CARA NAK BEZAKAN CILI KERING PEDAS BIASA DENGAN EXTRA PEDAS

27.10.16 Suria Lekatlekit 6 Comments

CARA NAK BEZAKAN CILI KERING PEDAS BIASA DENGAN EXTRA PEDAS. Bila dah biasa bergelumang dengan dapur & memasak ni kita akan secara tak sengaja dapat mengenalpasti rasa rasa dari bahan masakan macam cili kering ni. Secara kasarnya cili kering ni kalau kita tengok macam sama jer semua tapi sebenarnya tak serupa. Ada sifat tertentu yang membezakan rasanya. Penting jugak bagi yang nak belajar masak untuk ambil tahu benda benda macam ni.

Sumber google

Pernah terbeli sambal nasi lemak over pedas sampai rasa tak boleh terima la tahap kepedasan dia & aku pernah termasak laksa gila punya pedas masa raya puasa lepas kat kampung sampai semua yang makan muka jadi lain. Semua ni di sebabkan tak perasan cili kering yang di gunakan.

Cili kering ni ada dua jenis.. Satu yang jenis kering berkedut2. Memang tak cantik.. macam kulit kurang collagen katanya. Nampak tua & banyak kedutan. Yang satu lagi nampak cantik & bergetah katanya. Cili kering tu nampak glowing jer.. Kira sedap mata memandang la berbanding kalau yang berdekut sampai dah tak nampak sifat cili tu.

Kalau korang nak tahu.. Yang kedut seluruh sifatnya.. kering kontang bagaikan gurun sahara tu adalah yang rasanya pedas biasa. Pedas yang mungkin kanak kanak boleh makan lagi. Tapi kalau yang jenis nampak sifat dia yang cantik.. tak berapa kering kulitnya.. & glowing jer tu jangan percaya sangat dengan kelembutan wajahnya tu sebab yang jenis tu puaka niyang rapik punya rasa. Memang extra pedas. Kalau makan rasa nak tumbuk orang yang ada dekat dengan kita katanya. hehehehehe...

Boleh tengok perbezaan cili kering pada gambar ni. Sebelah kiri tu memang extra pedas & yang sebelah kanak pedas biasa jer

So, dengan entri ni kalau korang jenis tak tahan pedas... Jangan la guna cili kering yang nampak glowing tu.. Pilihlah yang kedut sejuta. Walau kedut dia rasa dia tak berpuaka. Almaklum sifat dia macam orang tua2 jugak.. penyayang. Walaupun pedas tapi pedas yang ada kasih sayang lagi berbanding dengan yang glowing.. sifat dia macam orang muda.. panas baran. hehehe.. Tu dia cerita pasal cili kering siap perumpamaan tua muda bagai katanya.

Moral of the story.. Mungkin ada yang rasa entri ni remeh, sebab dia dah tau bezakan antara cili kering pedas biasa dengan extra pedas.. tapi ketahuilah kat blog aku pernah sangkut keywords cara nak masak nasi, masak air bagai. Kat situ kau kena paham.. remeh bagi kau belum tentu remeh bagi orang lain.

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

DIY! CARA NAK BUAT RUMAH NAMPAK BERHANTU KETIKA DI TINGGALKAN UNTUK ELAK DARI DI MASUKI PENCURI

27.10.16 Suria Lekatlekit 2 Comments

DIY! CARA NAK BUAT RUMAH NAMPAK BERHANTU KETIKA DI TINGGALKAN UNTUK ELAK DARI DI MASUKI PENCURI. Zaman sekarang ni memang kita kena jadi manusia yang kreatif untuk protect diri & harta benda. Sebab zaman sekarang penjenayah ada kat mana mana.. Nak2 lagi kategori pecah rumah ni.. Bukan je penyamun dari dalam negara luar negara pun dah ramai buat aktiviti tu kat Malaysia. Almaklum la Malaysia sekarang bukan setakat berbilang kaum malah berbilang warganegara katanya...

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Zaman sekarang rumah yang berkembar dinding dengan jiran pun penyamun berani pecah masuk.. Apatah lagi rumah yang jenis duduk hujung2 alam.. Almaklum la nak privacy katanya. Tak mau duduk dekat2 dengan orang maka dia buat la satu rumah kat hujung dunia.. Rumah2 macam ni memang target penyamun la.. Zaman sekarang pasang cctv pun tetap kena masuk pencuri jugak. Depa dah tak heran nak merompak di rumah atau kedai2 yang ber cctv sekarang. Jadi kalau menggunakan teknologi ni kurang berjaya.. Kita guna cara yang ala2 mistik & menyeramkan gitu.

Bagi mereka yang nak protect rumah dari di masukkan pencuri aku rasa ok jugak kot try cara ni. Cara ni lebih murah & mudah.. Nak bagi jaminan 100% berkesan tu tidak la.. Tapi mungkin boleh membantu membantutkan penyamun dari memecah masuk rumah anda nak2 lagi ketika anda tiada di rumah. Almaklum la.. Geng pecah rumah ni suka buat aktiviti mereka waktu malam kan.. Jadi cara ni mungkin berkesan.

Nak tau macam mana cara nak takutkan geng pecah rumah.. Meh tengok tutorial bergambar di bawah..

Pertama kau cari la gambar2 muka & tangan yang menyeramkan macam ni
Gunting & Gamkan macam ni
Lekatkan pada langsir sebab kat situ akan nampak macam effect kelibat menyeramkan
Kalau korang nampak macam ni dari jauh ada berani dekat rumah tu kalau korang tau rumah tu time tu tak ada orang??

Jangan hangpa yang lupa hangpa buat macam tu untuk takutkan pencuri hangpa pulak balik rumah kena heart attach sebab terkejut. Pastikan anda tak lupa lepas meletakkan benda2 ni kat langsir rumah anda yer...  hehehehe

Tak tau la sapa punya idea tapi aku rasa agak kreatif jugak la. Almaklum la orang sekarang memang lebih takut hantu berbanding takut Tuhan kan.. Sebab tu orang yang masuk rumah hantu pun sampai jadi macam ni >> Pernah Masuk Rumah Hantu? Mesti 18 Benda ni Pernah Berlaku pada anda yang ada pengalaman masuk rumah hantu << Confirm punya ada adegan ni kan? erkk.. walaupun aku peminat cerita seram serius seumur hidup tak pernah masuk rumah hantu hahahaha

Moral of the story.. main main hantu tak salah tapi jangan main dengan hantu takut anda di hantui rasa penyesalan seumur hidup.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MESTI BACA PESANAN PENTING DARI DOMINO'S PIZZA UNTUK PELANGGAN

26.10.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

MESTI BACA PESANAN PENTING DARI DOMINO'S PIZZA UNTUK PELANGGAN.  Kat sini sapa suka makan domino's pizza. Kalau aku entah kenapa aku lebih taste pizza hut berbanding domino's pizza. Bukan sebab harga ke apa.. Rasa macam aku lebih suka roti pizza hut. Tapi ramai sebenarnya penggemar Domino's pizza. Tak tau la sebab standard ke hapa.. Maybe citarasa mereka lebih kepada domino's pizza. Ada jugak orang jenis ikut orang.. Konon nampak domino's pizza macam class sikit katanya dia pun acah2 penggemar  Domino's pizza jugak. hehehe

Sumber Google
Tak kisah korang suka yang mana.. Domino's pizza ke pizza hut ke.. yang pasti jangan buat perkara memalukan macam ni sampai Domino's pizza terpaksa keluarkan pesanan macam ni kat Facebook page mereka. Dengar memang macam kelakar tapi sebenarnya kalau terbuat agak memalukan jugak la. Kot yer pun lapar kan.. Jangan terus komplen tak check dah. Ni asal sekali imbas je nampak lain macam terus complaint padahal silap dari diri sendiri yang gelojoh sangat. hehehehe

Domino's pizza nak pastikan mereka tak dapat complaint dari salah faham macam ni lagi maka pesanan ni harus la penggemar pizza yang suka delivery tu alert yer. Supaya jadi pengajaran kepada semua orang di lain masa.. Baca la pesanan penuh kasih sayang dari Domino's pizza kat bawah ni..


Tak tau la lapar tahap mana kan pelanggan tu sampai kotak pizza pun dia buka terbalik lepas tu tak check terus call buat complaint. Alih2 diri sendiri yang salah.. sebab tu kita di suruh siasat sebelum membuat tuduhan. Takut malu sendiri jer... heheheh

Moral of the story.. Kalau nak makan domino's pizza time sekarang la sebab tengah ada offer buy 1 free 1. Kalau nak boleh redeem kat sini >> Ambil code ni & Nikmati Pizza percuma dari Domino's <<

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BANYAK YANG PERCUMA KETIKA ANDA MEMBELI BELAH KEPERLUAN KUCING DI AMYCATZ.

25.10.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

BANYAK YANG PERCUMA KETIKA ANDA MEMBELI BELAH KEPERLUAN KUCING DI AMYCATZ. Sekarang ni aku tengok ramai dah manusia mempunyai kesedaran untuk membela nasib haiwan2 yang sepatutnya hidup berdampingan dengan manusia macam kucing rumah. Bukan kucing hutan yang harga RM30K tu yer.. Yang tu jenis liar.. Habitat dia sepatutnya dalam hutan sebab dia tak sesuai di bela sebagai pets. 


Bila kita memilih untuk bela kucing kat rumah.. Bukan setakat bela sekadar teman bosan bosan jer. Keperluan dia semua kena jaga. Makan, minum, kesihatan & kebersihan tu adalah perkara utama kena buat. Jangan bela untuk kepentingan peribadi macam nak suruh tangkap tikus yang berkeliaran dalam rumah je.. Tapi kebajikan kucing tu tak di jaga dengan baik. Setakat bagi makan sisa makanan tak habis jer.. Baik kau bela je tikus. Tikus memang makan sisa tapi kucing kena bagi makanan yang baik & berkhasiat untuk dia membesar dengan sihat, cergas & comel.


Jadi bagi anda yang memang tak tahu kat mana nak cari keperluan untuk si comel anda boleh la berkunjung dia Amycatz. Amycatz ni di buka pada bulan oktober tahun lepas. Kiranya oktober tahun ni dah genap setahun Amycatz di tubuhkan. Di miliki oleh bumiputra.


Amycatz menjual produk2 untuk kucing macam makanan, pasir, sangkar,supplement,ubat ubatan,mainan, barang aksesori. Antara produk makanan yang di jual kat Amycatz adalah Royal Canin, Orijen,Blackwood,Brit,Wahre,Liebe dan banyak lagi. Korang kena pergi sendiri la kat kedai Amycatz. Kalau nak list memang jadi novel jugak la senarai jenama2 makanan kucing kat kedai Amycatz ni.

Ni cuma sebahagian produk makanan.. sebenarnya banyak lagi produk untuk kucing yang di jual di Amycatz termasuk sangkar & aksesori

Alah.. setakat makanan & keperluan kucing ni merata ada jual kat kedai kedai haiwan katanya tapi kenapa perlu ke Amycatz? Mesti la ada keistimewaan dia ok! Sebab Amycatz menawarkan harga yang murah & mampu milik. Setakat ni amycatz dah memilik lebih dari 2000 pelanggan tetap. Selain menjual dengan harga murah & berpatutan di Amycatz juga mempratikkan cara 'mesra pelanggan di mana mereka memberi khidmat nasihat terbaik untuk kesihatan & kebaikkan untuk kucing. Jadi boleh merujuk juga dengan mereka kalau anda perlukan nasihat tentang penjagaan kesihatan kucing anda ni.

Antara kelebihan lain membeli belah keperluan kucing di Amycatz adalah.. 
1. Keahlian percuma seumur hidup
2. Dapat voucher percuma
3. Khidmat nasihat percuma
4. Percuma cat Roaming
5. Harga berpatutan
6. Boleh kumpul mata ganjaran (RM1 untuk 1 point)

Selain dapat banyak perkara yang percuma untuk kucing anda.. Anda jugak boleh mendapat banyak info menarik tentang kucing di
Facebook : amycatz,
Instagram : amycatz_my.
Amycatz dah berjaya mengumpul seramai 60 ribu likers di facebook & 5000 followers di instagram.


Kedai Amycatz beralamat seperti berikut..
22, jln pju 7/16b, mutiara damansara, 47800 petaling jaya, selangor
Waze/google map : amycatz
Amycatz hotline number : 018-3881774 / 03-77330990


Jadi bagi pencinta kucing tu boleh la berkunjung di Amycatz lepas ni. Memang pilihan terbaik sebab banyak kelebihan anda bila membeli belah di Amycatz.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MEMBENTUK & MELUKIS KENING JADI MUDAH DENGAN SILKY GIRL HI-DEFINITION BROW LINER

25.10.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

MEMBENTUK & MELUKIS KENING JADI MUDAH DENGAN SILKY GIRL HI-DEFINITION BROW LINER. Hari ni kita jadi beauty blogger kejab yer.. Aku ni jarang sangat la nak review produk kosmetik sebab aku ni jenis suka makeup tapi bukan pandai makeup sangat pun. Sekadar menconteng warna kemuka tu boleh la. Tapi di sebabkan suka tu aku kadang2 study jugak la kat youtube cara makeup yang simple. Kalau nak suruh makeup smoke eyes tu tak mampu la kot walau pernah cuba tapi aku berani apply lite2 jer. Kalau menyerlah sangat aku takut jadi rupa panda pulak kan. hahahaha


Weekend (ahad) lepas sempat singgah guardian.. Anak aku ni susah sikit sekarang bawa masuk guardian habis semua tester makeup di cubanya. Keluar guardian muka jadi warna warni. So, kena cepat - cepat beli apa yang memang dah ter list dalam otak. Memang aku nak beli eye brow liner ni. Guardian sekarang tak tau la banyak barang kosmetik dah habis tapi tak topup. Mana2 guardian aku pergi sejak dua menjak ni macam tu. Belek jugak la beberapa jenama tapi last2 aku ambil yang brand silky girl jugak. Feeling muda remaja katanya kalau guna produk silky girl ni selain murah. hehehe

Baru sempat cuba brow liner hari ni.. Gigih la melukis kening sorang2 kat rumah. Sebelum ni aku pakai jenis pensil kayu yang kena asal guna sharpener tu. Keras sikit la mata dia. Yang ni jenis lembut macam cream sikit. Ntah orang panggil jenis crayon ke hapa.. Aku pun bukan tahu sangat istilah untuk kosmetik ni. Yang aku beli Silky girl Hi-Definition Brow liner 02 Dark Brown. Kena sedar diri jugak nak pilih warna brow liner ni. Kulit kau bukan putih kuning langsat macam minah saleh nak pakai light brown.. Dark brown tu tak la janggal sangat kan orang pandang kening. Nampak natural je jugak.

Aku memang suka lukis lite2 jer sebab takut over sangat nampak pelik. Gigih touch up kening je tau. Yang lain2 memang tak touch up. hehehe Silky Girl Hi-Definition Brow Liner Dark Brown Testimoni

Memang senang nak membentuk & melukis kening guna Brow liner silky girl jenis ni sebab mata dia empat segi leper macam tu (boleh rujuk gambar paling atas). Kalau jenis pensil kayu kalau asah dia jadi tajam kat hujung kat. Nak lukis tu agak rumit la. Tapi yang jenis ni senang.. selain liner dia bersifat macam cream/crayon ni, bentuk mata dia membantu kita mendapat bentuk yang cantik masa melukis kening. Almaklum la zaman sekarang, orang tak main cukur2 kening dah. Semua bentuk guna brow liner & concealer jer.

Ni antara yang aku guna untuk touch up kening. Silky Girl Brow liner Dark Brown, Pimple & Blemish Concealer IN2IT sebab dia macam pen senang aku nak bentuk bawah kening tu,Berus jenama Naked yang Fake punya untuk kemaskan concealer. Catrice camouflage cream tu aku guna untuk kelopak mata. Semua ni produk yang murah jer.

Aku ni bukan pandai sangat pun lukis kening.. Takat yang hangpa tengok kat gambar tu je kemampuan aku. Tak perfect la. Level2 amatur jer. Yang pasti aku tak suka makeup kening nampak tebal macam kening sin chan tu. Mungkin apply kat kening orang lain nampak lawa tapi kalau muka aku.. aku nampak hodoh. hehehehe


Harga untuk Silky Girl Hi-Definition Brow Liner Dark Brown ni RM20.61. Include sekali dengan berus kening tu untuk memudahkan anda mengemaskan kening yang dah di lukis. Harga tu dah kira mampu milik la. Almaklum la budak2 sekarang sekolah rendah pun kemain dia punya makeup. Depa punya koleksi makeup mengalahkan kita orang tua2. Kita umur macam depa dulu kumpul benda ni jer >> Inilah 20 Benda Yang Budak2 Zaman Dulu Kumpul << Tapi budak2 sekarang tidak lagi kumpul benda2 macam tu. Yang perempuan dah mula pandai makeup confirm la kumpul makeup. Jadi harga kosmetik jenama Silky Girl ni sesuai la buat budak2 yang belum ada income sendiri yang minat pada make up ni. Untuk kali pertama cuba memang rasa ok la.. Not bad. Jimat masa nak bersolek katanya. Tenyeh2 siap. hehehehe

Jadi bagi golongan amatur yang baru belajar lukis & bentuk kening boleh cuba silky girl hi-definiton brow liner ni. Insya Allah puas hati jugak.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

TERKINI! GAMBAR KEBAKARAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR

25.10.16 Suria Lekatlekit 2 Comments

TERKINI! GAMBAR KEBAKARAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR. Pagi ni tetiba di kejutkan dengan berita kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Bertebaranlah gambar - gambar sekitar kebakaran berlaku tak kurang jugak gosip2 & khabar angin di sebarkan melibatkan kematian walaupun tidak pengumuman rasmi di buat lagi. Tapi biasa la media sosial.. Memang cepat tapi belum tentu tepat. Jadi di nasihatkan supaya tak perlu jadi orang pertama menyebarkan berita kalau kita tak tahu sejauh mana kesahihannya.


Katanya kebakaran berlaku di tingkat dua, Unit rawatan rapi (ICU). kebakaran di percayai berlaku pukul 9 pagi tadi. Semua pesakit di bawa turun & berkumpul di ruang letak kereta. Pihak bomba masih melakukan operasi memadamkan api & menyelamatkan mangsa yang terperangkap. Operasi masih di teruskan & masih tiada laporan rasmi di keluarkan setakat ni.


Jadi pada anda di luar sana.. Jangan ghairah menyebarkan berita2 kematian benda ni boleh mengundang panik pada mereka2 yang mungkin ada ahli keluarga yang bekerja atau di rawat kat situ. Kita yang tak ada kena mengena memang tak rasa kerisauan tu.. Acah acah risau je yang ramai. Doakan semoga operasi menyelamat berjalan lancar & semoga Allah melindungi semua mereka yang terlibat.

Terkini : 6 Di sahkan Maut melibatkan semua pesakit di wad ICU

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

TEKNIK MERAKAM GAMBAR/VIDEO HANTU / ENTITI MENGGUNAKAN WEBCAM

24.10.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

TEKNIK MERAKAM GAMBAR/VIDEO HANTU / ENTITI MENGGUNAKAN WEBCAM. Seharian blog tak berhapdet katanya hari ni. Mood kelautan hindi sekejab mencari ketenangan yang hilang... Tapi Alhamdulillah aku sentiasa cuba fikirkan sesuatu yang positif untuk memujuk hati & akhirnya mood berblog pun kembali.

Majalah G-Files

Masa dok melayan budak shahila mewarna & membaca ikut suka dia tu.. Ntah dari mana dia selongkar jumpa la majalah G-Files yang menulis & memaparkan kisah paranormal. Tak tau la majalah ni tahun bila.. sejak budak shahila semakin besar ni habis khazanah alam di selongkarnya dalam rumah ni. Walaupun aku tau aku dah pernah baca majalah ni tapi sesaja belek balik. Kot2 ada benda best boleh share kat blog.

Memang ada banyak bahan boleh di jadikan entri terutama cerita seram cuma aku tertarik nak share teknik menangkap gambar/video hantu atau entiti menggunakan webcam. Almaklum la sekarang ni kan orang cukup suka la viralkan gambar2 entiti yang ternampak kat cctv la.. yang nampak dalam gambar di ambil la atau geng2 paranormal yang merakam entiti ketika memburu hantu. Ramai orang zaman sekarang suka buat aktiviti rare macam mencari tempat2 berhantu & cuba merakam kehadiran makhluk halus.

Jadi buat ghost hunter yang masih peringkat amatur tips ni mungkin membantu anda untuk mendapatkan imej2 entiti yang di cari. Yang perlu anda tahu untuk merakam gambar atau video entiti

1. Pilih webcam yang bagus dari segi FPS (Frame Per Second) & resolusi yang di kehendaki. 20 - 30 FPS dah mencukupi.

2. Letakkan webcam di tempat yang terang & kurang halangan.

3. Webcam boleh di letakkan di koridor luar rumah

4. elakkan daripada meletak webcam dekat objek yang akan memantulkan cahaya.

Jadi Pencari2 hantu sekalian yang baru berjinak jinak dengan memburu makhluk halus ni boleh la cuba. Make sure sekurang kurangnya hafal ayatul Qursi yer. Manalah tau.. Sebagai backup katanya. Pastikan korang bukan jenis acah acah berani tapi nak tengok cerita ni pun tak berani >> Astro Nak anda menjadi orang pertama tengok cerita seram ni <<. Yang spesis macam tu belum layak nak join aktiviti paranormal ok!

Moral of the story.. Kalau dia tak kacau kita, kita pun rasanya tak payah nak cari dia sangat la. Walaupun aku peminat cerita seram tapi aku tak pernah ada keinginan nak jumpa dengan makhluk tu.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PERLU KE KUTIP DERMA KALAU ARWAH MANGSA KEMALANGAN MAUT LEBUHRAYA DUKE TU ADA HARTA PULUHAN JUTA DI TINGGALKAN UNTUK ANAK ANAK DIA?

22.10.16 Suria Lekatlekit 4 Comments

PERLU KE KUTIP DERMA KALAU ARWAH MANGSA KEMALANGAN MAUT LEBUHRAYA DUKE TU ADA HARTA PULUHAN JUTA DI TINGGALKAN UNTUK ANAK ANAK DIA? Aku dah lama ikuti kontroversi kes ni. Tapi sebelum ni masa mula2 viral yang kononnya mak sedara yang jaga anak anak mangsa kemalangan maut tu cakap adik bongsu beliau yang pegang amanah duit derma ratusan ribu ringgit tu pecah amanah. Aku tak nak komen apa2 sebab masa tu baru dengar sebelah pihak so tak suka aku nak terus hentam orang yang di tuduh tu bersalah. Kes pun dah jadi kes mahkamah & akaun yang simpan duit budak2 tu pun di bekukan sementara siasatan di jalankan..


Yang si kakak tuduh adik selewengkan duit anak anak yatim tu.. Yang backup sebelah si adik pulak semalam aku terbaca satu blog katanya si Kak Ngah dia (yang jaga anak2 yatim tu sekarang) sebenarnya mengambil hak penjagaan tidak sah sebab nak dapat bahagian harta arwah bapak budak2 ni yang ditinggalkan sebab katanya siapa yang jaga anak anak dia lepas kematian dia memang akan dapat bahagian mereka. Katanya bapak budak2 ni ada harta bernilai puluhan juta ringgit jugak la. Tak terkejut la dengar.. sebab dari awal lagi nampak memang mereka dari keluarga yang berada. Kalau tak berapa tepat pun nilai harta yang arwah bapak budak2 ni tinggalkan tapi sebenarnya bapak budak2 ni memang ada tinggalkan harta untuk anak anak dia yang aku rasa kalau tak ada sumbangan dari orang ramai pun anak anak ni mampu hidup dengan selesa tapi yang aku pelik dari awal kes ni.. Kenapa perlu paksu budak2 ni meraih simpati kutip derma bagai kalau kau tahu anak sedara kau tu bukan orang susah & harta bapak dia pun mampu biayai kehidupan dia sampai besar. Perlu ke kau canang account number kau untuk kutip derma seolah2 tak mampu sangat nak bagi makan budak budak tu.


Kat situ nampak masing2 jenis mata duitan. Yelah yelah.. nanti ada kata yang sombong pulak sebab orang nak sedekah tak terima tapi perlu ke kau sampai nak canang account number kau seolah2 kau sangat2 memerlukan sumbangan orang ramai. Aku tak rasa perlu kau canang akaun bank kau untuk kutip derma bagai kalau kau rasa benda tu sebenarnya tak di perlukan. Kat luar sana banyak golongan yang susah memerlukan bantuan tapi sebab kes kemalangan tu mendapat liputan secara meluas di media sosial maka  wakil kanak kanak tu ambil kesempatan atas simpati orang ramai. Sakit hati kita tau bila jumpa spesis macam ni.


Kalau tengok background family depa pun tak nampak sapa2 pun susah kat mana mana pun. Tapi di sebabkan budak tu pewaris aset bernilai puluhan juta ringgit semua pakat jadi gelap mata.. Sampai hal keluarga pun di bawa keluar untuk jadi tontonan umum. Maka satu persatu aib keluarga di buka hanya sebab berebut harta anak yatim. Yang paling kesian sekarang budak2 yang hilang tempat bergantung. Yang ada nak tumpang kasih sayang pun semua gila harta yang depa ada.


Sapa salah sapa betul dalam kes depa tu.. Memang aku tak tau. Yang aku nampak sekarang pihak mana2 pun semua gila duit budak2 tu. Kesiannya.. Dah la yatim piatu, sedara mara jadikan depa macam lubuk emas nak kaut hasil pulak. Masing - masing guna alasan mempertahankan hak budak budak tu. Tak tau antara semua sedara mara budak2 ni sapa yang betul2 ikhlas untuk jaga mereka.. Moga Allah melindungi anak anak yatim piatu ni.. Kaya pun ada ujian dia, miskin pun ada dugaanya.

Budak budak dua orang tu sebenarnya patut rasa bertuah sebab mereka lebih bernasib baik berbanding anak anak yatim lain sebab walau kematian ibu bapa tapi ibu bapa mereka dah tinggalkan mereka dengan harta yang mampu membiayai kehidupan mereka sampai besar. Mereka tak susah sangat untuk hidup berbanding yang kes 6 beradik orang susah kematian mak ayah sebab kemalangan jalan raya dulu tu. Alah pernah jadi viral jugak sekejab. Yang tu betul la susah harta & lepas tu hilang pulak kasih sayang mak & ayah. Tapi Alhamdulillah dengar kata ada sedara yang sudi jaga 6 beradik tu walau mereka tak berharta. Tapi kes 2 kanak kanak anak orang kaya ni, di sebabkan pewaris2 yang sepatutnya membela nasib mereka, semua dah jadi Mr Crab (Watak dalam kartun spongebon yang gila duit tu..) Nasib mereka nampak lebih menyedihkan pulak walaupun depa kecik2 dah waris harta juta2 berbanding kita dulu hanya berjaya kumpul benda2 ni jer >> 20 Benda ni Confirm Ada Di antaranya Anda Pernah Kumpul Masa Kanak Kanak << Tu pun kita rasa kaya sangat dah kalau ada kan? hehehehe

Moral of the story.. Kalau harta di kejar di dunia ni memang takkan pernah cukup.. Maka belajar la bersyukur & menikmati apa yang ada. Tapi bukan la sampai susah pun kau asyik redha jer tak berusaha cuma berpada pada dalam mengejar harta dunia ni.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

INI CARA NAK JADIKAN MYKAD ANDA SEBAGAI KAD DISKAUN MEMBELI BELAH

21.10.16 Suria Lekatlekit 0 Comments

INI CARA NAK JADIKAN MYKAD ANDA SEBAGAI KAD DISKAUN MEMBELI BELAH. Perempuan ni kalau cakap bab bershopping bukan je bersinar biji mata macam kartun anime malah boleh bergetar tulang rusuk. Almaklum la yang tu je terapi paling mujarab bagi perempuan menghilangkan stress.. Nak2 lagi perempuan macam aku ni kan. Dah la 6 hari seminggu bertapa dalam rumah.. Seminggu sekali nak jugak keluar cuci mata & cuci wallet. Tak kisah la dapat eyeliner sebatang pun jadi la katanya. hehehehe


Sebagai rakyat Malaysia kita perlu ada mykad.. Takde mykad memang susah sebab banyak urusan kita memerlukan mykad bukan sekadar untuk membuktikan kita rakyat malaysia. Kalau setakat tu je fungsi mykad pun tak best. Tapi kalau mykad boleh di jadikan kad diskaun.. Korang nak tak? Gila tak nak.. Diskaun la perkataan paling berpuaka pada kaki shopping ok! Bayangkan mykad anda boleh di jadikan satu kad yang mampu memberi potongan harga pada setiap pembelian anda.. Double tripple bahagia, ok!


Macam mana nak jadikan mykad sebagai kad diskaun. Kat sini Rakyat Malaysia di jemput untuk menyertai keahlian Mykad SmartShopper Program di mana mykad anda di jadikan sebagai kad diskaun. Tak perlu risau penyertaan adalah percuma untuk pelbagai diskaun,hadiah & mata ganjaran.

Kelebihan Mykad SmartShopper Program (MSSP) ni adalah..

1. Menjimatkan
2. Startegi penyimpanan bagi mereka yang tak pandai menyimpan
3. Tiada yuran keahlian
4. Tiada tarikh luput
5. Boleh kumpul rebet tunai & mata ganjaran


Cara mudah & Pantas anda ingin menyertai.. adalah

1. Sila klik borang online di member Registration Foam
2. Isi maklumat diri di bahagian nama, nombor ic, alamat emel, no.tel dan negeri.
3. Tandakan setuju di I have read the Privacy Policy and agree to abide all terms and conditions.
4. Klik Next dan Submit »»» HQ I Synergy Universal Sdn Bhd akan terima dan proses dengan kadar segera.
5. Semak emel anda untuk pengesahan dan maklumat lanjut.

Dan anda sudah menyertai Mykad SmartShopper Program.

Selepas mendafatar anda boleh la bertukar shopping online di mykadshopper.com atau www.smartsaver.my. Cadangan terbuka untuk pemegang Mykad sahaja. Sebelum itu, boleh buat pengaktifan Mykad sebagai Kad Diskaun sekarang di:-Mykad

Dengan langkah mudah dengan mengaktifkan Mycard anda untuk di jadikan kad diskaun anda dapat jimat secara tak langsung. Menarik kan? Untuk keterangan lanjut kalau ada apa2 kemusykilan atau pertanyaan anda boleh hubungi :

Contact Number : 012-7471191
Facebook : Muhammad Al-Imran

Jadi tak perlu fikir lagi untuk mendaftar mykad anda sebagai kad diskaun sebab ia tidak di kenakan yuran atau bayaran.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

NASI LEMAK ANAK DARA DALAM UCAPAN PEMBENTANGAN BUDGET 2017

21.10.16 Suria Lekatlekit 4 Comments

NASI LEMAK ANAK DARA DALAM UCAPAN PEMBENTANGAN BUDGET 2017. Aku ni kekonon je menonton siaran langsung pembentangan budget 2017.. Tapi bukan aku dengar semua pun. Almaklum la surirumah katanya.. Kami ni tengok tv pun sambil buat benda lain. Sambil rebus beras nak masak bubur tengok sekejab.. Dah mendidih air tu pergi masukkan bahan2 lauk dalam bubur.. sementara tunggu beras kembang hancur tengok tv balik. Tengah2 tengok TV anak nak minum air la.. makan biskut la.. Kira memang tak boleh fokus sangat la. Dengar apa yang sempat jer..


Macam biasa la.. Budget bila tahun pun kakitangan awam je best dengar walau bonus depa still RM500 tapi tetap la ada jugak budget untuk kakitangan awam tu. Tu baru bonus.. belum lagi pinjaman perumahan la.. elaun bla.. bla.. beli pump susu, cuti anak sakit bla.. bla... cuti bergaji sambung belajar.. biasiswa.. bla.. bla.. pendek kata kalau kakitangan kerajaan ni walau tak sokong pemerintahan kerajaan sekarang pun tetap sedap jugak hati tu dengar kan berbanding yang kaki & tangan bukan kerajaan ni. Takat di sogok dengan BR1M, bantuan sekolah untuk pelajar miskin RM100.. apa lagi.. aku dah tak berapa ingat. Tu je la sebagai menjaga hati & menjaga undi katanya. hehehehe

Tapi aku sempat dengar tadi.. Bila dalam ucapan pembukaan tu Dato Seri Najib Tun Razak sempat sebut pasal Nasi lemak Anak dara. Untung la orang cantik ni kan.. Jual nasi lemak baru 2 bulan.. bukan je retis datang beli, sampai menteri turun padang tolong apply lesen untuk dia.. Tup tup Perdana Menteri pun sentuh pasal Nasi Lemak anak dara dalam ucapan pembentangan bajet 2017. tetiba rasa nak pakai SKII sampai lawa lepas tu nak jual nasi lemak jugak. Walaupun tak berapa dara sangat dah.. Tapi dengan ketinggian aku ni boleh kot menyamar anak dara jual nasi lemak. Mana tau Viral.. Untuk budget 2018 nanti kot2 la nama aku pulak di sebut sebut hahahaha.

Tapi ada satu insiden yang aku rasa kelakar jugak la bila wakil wakil dari pihak pembangkang tak puas hati dengan ucapan PM yang ada unsur provokasi.. Depa bangun bising2.. kemudian yang di pertua cakap kalau sapa nak keluar boleh keluar. Habis pakat keluar sampai lenggang jugak dewan tu. Tinggal sekerat dua jer.. Yang tinggal tu pepaham je siapa. hehehehe

Antara wajah wajah yang keluar dari dewan tadi

Apapun kita hanya mampu dengar janji janji manisnya... Kos sara hidup tetap semakin tinggi sedangkan pendapatan tak berganjak. Kalau dulu tiap2 bulan merasa jugak makan pizza time gaji sekarang nak makan pizza pun tunggu ada offer macam ni jer >> Sepanjang oktober.. Domino's Pizza offer buy 1 free 1>Boleh Redeem kat sini << Yelah.. nak jimat belanja katanya.

Moral of the story.. Apapun syukurlah Malaysia masih aman & kita mampu cari makan kat negara sendiri walaupun kalau dulu dengan 1 kerja dah mampu survive sekarang 2 3 kerja pun kadang2 baru cukup makan.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MUKA BENGKAK TERUK AKIBAT MENGGUNAKAN MISTINE EGG WHITE PEEL OFF MASK

21.10.16 Suria Lekatlekit 2 Comments

MUKA BENGKAK TERUK AKIBAT MENGGUNAKAN MISTINE EGG WHITE PEEL OFF MASK. Produk ni rasanya dah lama berada kat pasaran. Aku pernah pernah nampak produk Mistine Egg white Peel Of Mask ni di jual kat booth2 produk & jamu. Ada juga keinginan nak cuba sebelum ni tapi tak berjodoh. Rasa tak sampai hati nak membeli.. Tak tau kenapa. Sebab aku lebih suka beli skincare kat farmasi macam guardian tu. Kat booth2 ni bergantung pada produk la.. Macam ephyra aku pernah beli kat booth2 macam tu sebab takde jual kat farmasi kan.


Tadi kat group whatsapp ada sorang kawan aku seorang nurse share seorang patient yang datang ke hospital tapah dengan muka alergik teruk sampai bengkak lepas pakai egg white Peel Of mask tu buat pertama kali. Sekarang dia dah di transfer ke hospital teluk intan katanya. Memang teruk jugak bengkak & nampak dia memang dalam keadaan sakit la.

Seriau tengok muka akak ni. Kesian kan?

Kalau perhatikan belakang produk tu memang tertulis bahasa Thailand... KKM ke clinical approve ke rasanya memang takde pada produk tu. Jadi status keselamatan dia memang tak terjamin. Mungkin sebelum ni orang lain pakai ok jer.. Tapi ketahuilah produk macam tu masuk ke pasaran malaysia tanpa pengesahan KKM, GMP atau apa2 pengesahan selamat berhati hati la kalau nak cuba. Takut nak cantik dapat sakit macam akak sorang ni.

Aku sekarang pun takut jugak nak cuba produk sebarangan. Almaklum la.. Rupa nan ado sangat ni kalau boleh taknak la jadi bukan bukan sebab ghairah dengan testimoni orang lain yang konon cantik selepas guna. Tak salah nak cuba apa2 produk cuma kena pastikan bahan yang di gunakan selamat. Betul la.. tak semua produk yang tiada pengesahan KKM tu tak selamat cuma sebagai pengguna kita terpaksa bergantung kepada pengesahan KKM sebab kita bukan boleh buat ujikaji sendiri kat rumah untuk memastikan bahan2 yang di gunakan dalam produk tu selamat atau tak nak2 lagi produk luar macam Thailand. Description & Ingredient dia pun tulis bahasa Thai.. Hapa pun tak faham. hehehe

Moral of the story.. Bagi yang kulit tak berapa sensitif mungkin tak nampak kesan drastik macam akak ni bagi kulit yang memang sensitif & ada masalah alergik pulak memang tak mustahil kesan buruk dia akan nampak secara on the spot. Apapun kita doakan akak ni cepat sembuh.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *