BILA PONDAN DI KASTAKAN.. YANG KAYA DI MULIA, YANG MISKIN DI NERAKA

12/30/2017 12:34:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

BILA PONDAN DI KASTAKAN.. YANG KAYA DI MULIA, YANG MISKIN DI NERAKA. Dunia pondan pun ada kasta katanya.. Pondan - pondan lorong majoriti melihat mereka satu makhluk yang hina penuh dosa & maksiat. Mereka di pandang dengan pandangan jijik sebab kehidupan mereka di lorong lorong bagaikan tikus pembawa wabak.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Manakala pondan kaya pulak di lihat bagaikan hamster di dalam sangkar emas. Semua nampak cantik, nampak elok & nampak baik. Maksiat mereka di walau terang terang nampak tetap ramai buat buat macam tak perasan. Terus di beri sokongan yang tiada berbelah bagi. Di puja puji bagaikan sang puteri kayangan yang cantik menawan. Apa mereka buat semua pakat speechless. Kagum sampai tak hingat depa sedangkan menggalakkan satu dosa di buat secara terang terangan.

Betapa masyarakat kita masih hidup dalam adat 'Kasta' ni. Yang kaya.. semua jadi baik, jadi betul & jadi mulia. Yang miskin semua jadi hina, jijik & ahli neraka. Sedangkan dosa mereka nampak sama ja.. Cuma kehidupan mereka je berbeza. Beza cuma sorang di dalam banglo mewah, mempunyai perniagaan yang maju & sorang berada di lorong.. meneruskan kerja memperdagangkan diri untuk meneruskan kehidupan. Tapi dua dua sama.. Hidup melawan fitrah & songsang.

Betapa tak adilnya kan masyarakat kita ni.. Yang di lorong2 kemain kena ambush kena tangkap bagai.. Yang kaya tayang boipren sama jantina. Tak ada mana2 jabatan agama nak ambil tindakkan pun. Wat lex Wat peace je. Siap ada yang announce nak kawen dengan pasangan sesama jenis. Terang terang berpakaian wanita secara public tak siapa berani ambil tindakkan. Sebab mereka kaya.. Kekayaan mereka menjadi kuasa besar seolah olah hukum Allah dah jadi tak ada nilai pada mereka apatah lagi undang undang dunia. Sebabnya.. Ramai yang takut dengan kekayaan mereka miliki.

Betul lah kata Sayyidina Ali.. "Kezaliman akan terus ada bukan karena banyaknya orang-orang jahat tetapi karena diamnya orang-orang baik." Orang orang baik akhir zaman lebih suka jaga kepentingan sendiri dari menegakkan kebenaran. Yang lemah saya di ambil tindakkan.. Yang mempunyai kuasa harta kekayaan.. di biar terus melakukan apa saja.

Ni bila tulis macam ni satgi mai la kaki penjilat bontot golongan kaya kata orang dengki bagai.. Teruslah jilat bontot mereka wahai pencacai sebab level hangpa memang bawah bontot golongan macam tu je. Sedut la kentut depa sampai kenyang. Tapi kebenaran tu harus di sebarkan. Yang salah tetap la salah.

HANGPA KENA INGAT PONDAN TETAP PONDAN. TAK KIRA KAYA ATAU MISKIN. KALAU SALAH TAK ADA APA YANG JADI BETUL.

Moral of the story.. Jangan ingat dengan menjaga kepentingan sendiri tu kita terlepas dah dari soalan cepukcemas malaikat dalam kubur nanti. Belum tentu ok!

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KESAN MINYAK TAR PADA BAJU SEKOLAH, KESAN MINYAK PADA KAIN LAP DAPUR SENANG TANGGAL DENGAN PENCUCI DELOURVA

12/27/2017 10:58:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

KESAN MINYAK TAR PADA BAJU SEKOLAH, KESAN MINYAK PADA KAIN LAP DAPUR SENANG TANGGAL DENGAN PENCUCI DELOURVAKat dapur mesti ada kain untuk lap kesan kesan kotoran & minyak yang tumpah atau terpercik masa kita memasak kan. Kain tu selalunya akan comot lepas guna. Kesan minyak atau kesan kotoran dia kadang2 susah nak hilang. Nak2 lagi jenis kain yang macam tuala. Dia macam serap kotoran tu.. Jenuh memberus nak bagi hilang.


Masalah tu memang saya sendiri pun alami. Dulu saya rendam berhari hari.. cuma tukar air je nak bagi kesan kotoran minyak tu tanggal & senang hilang. Tapi sekarang dah tak susah.. Saya guna serbuk pencuci delourva dengan stain remover delourva je..

Untuk kesan kotoran macam tu dia agak kuat.. Jadi perlu rendam dulu dengan air panas bersama serbuk pencuci delourva. Tapi sebelum tu spray dulu dengan stain remover yer.. Kedua dua ni sangat penting untuk hilangkan kesan kotoran & kesan minyak yang degil macam tu.

Rendam la dalam 1 jam.. agak2 air panas tu pun dah sejuk. Cuci jer.. Ni saya guna cucian tangan. Tak kuasa nak campak kain lap kotor macam tu dalam washing machine. Tapi tak teruk sangat pun nak memberus.. Tak keluar pun peluh jantan betina. Sebab serbuk pencuci & stain remover tu dah buat kerja dia.. Kita sental sikit2 dah tanggal kesan kotoran.


Sejak guna serbuk pencuci delourva ni memang mudah sikit la kerja2 mencuci pakaian atau apa2 jenis fabrik. Ni dekat nak buka sekolah.. Patut mak mak kena stanby dah rangkaian produk pencuci delourva ni. Baju sekolah ni tak kira apa warna pun tak sah la kalau tak lekat kesan kotor. Almaklum la budak2.. jumpa kawan kawan kadang2 main tak ingat dunia. Terkena minyak tar yang cat kat padang la.. terkena sambal makcik kantin la kan.. Bukan senang wei nak tanggal.

Testimoni pengguna lain yang saya baca pun ramai berpuas hati dengan tahap kebersihan bila cuci guna produk delourve ni terutama untuk cuci baju sekolah anak anak. Jadi dari pengalaman sendiri guna produk ni memang saya rekemen juga untuk anda.
Berminat nak cuba boleh hubungi :


 Facebook : Sabun Basuh baju Sekolah 
 Call / Whatsapp :  018 989 8686 

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

REMAJA MELAYU BERKABUNG ATAS KEMATIAN ARTIS KOREA, APA HUKUMNYA?

12/23/2017 03:28:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

REMAJA MELAYU BERKABUNG ATAS KEMATIAN ARTIS KOREA, APA HUKUMNYA? Makcik ni tak berapa Kpop sangat so memang tak kenal pun la retis kpop yang jadi viral 2 3 hari ni. Tapi sebab dah viral secara tak langsung kita teramik tahu jugak la. Menurut berita berita bawang yang bertebaran di alam maya, Katanya retis tersebut membunuh diri akibat depression. Bab bunuh diri tu makcik lekatlekit tak mau komen apa apa. Satgi ada yang mai hentam makcik. Orang mengalami depression ni perlukan rawatan.. Bila tak dapatkan rawatan memang boleh berlaku perbuatan bunuh diri tu. Simpati juga dengan pengidap depression..


Yang tu kita biarkan dulu. Hari ni kecoh pulak pasal ritual berkabung yang di lakukan kat Malaysia atas kematian artis korea tersebut. Berkabung tu takde masalah kalau yang buat tu bukan Islam.. Ni nampak ada remaja melayu bertudung. Ada yang siap dok baca teks dalam bahasa korea katanya ucapan penghormatan untuk artis korea yang meninggal dunia tu. Ia memberi persepsi yang tak berapa sedap la kan.. Cukup la sekadar menyatakan simpati, Yang beragama Islam tu hangpa tak payah over sangat sampai nak berkabung bawa lilin, bunga & baca teks penghormatan bagai. Macam mati laki pulak dia punya over berkabung ni.
< So, makcik lekit pun cari la info sikit.. Nak tau boleh ke amalan berkabung ni dia buat untuk orang bukan Islam. Sedangkan yang makcik tau.. Dalam Islam ni Isteri yang kematian suami di sunatkan berkabung selama 3 hari sahaja. Untuk kematian lain tak ada pun suruh berkabung. Cuma kalau nak berkabung untuk menghormati kematian tu hukumnya harus tapi tak boleh berlebihan. Tu untuk sesama Islam la.


Apatah lagi kau berkabung sebab artis korea meninggal dunia siap lilin, bunga, gambar & baca talkin (Ucapan Penghormatan) bagai. Rasa tu dah level berlebihan & melampau jugak. Tak tau la anjuran ritual berkabung tu ada kelulusan atau pantauan mana2 pihak atau tak. Sampai remaja Islam pun boleh terjebak sekali.

Sumber Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan

Pada pentaksub KPOP atau mana2 retis sekalipun.. Hope berpada pada la kalau nak suka atau sayangkan sesuatu tu. Dari hangpa dok berkabung retis korea yang dah mati tu.. Hangpa kumpul ramai ramai buat solat hajat supaya Allah lindungi kita semua dari malapetaka akhir zaman ni.

Moral of the story.. Setiap apa perkara pun kalau taksub & berlebihan memang boleh mendatangkan kemudaratan. Jadi tepuk dada tanya iman..

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BEZA ANTARA MOOD DEPRESSION DAN CLINICAL DEPRESSION - DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN

12/22/2017 02:27:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

BEZA ANTARA MOOD DEPRESSION DAN CLINICAL DEPRESSION - DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN. Sekarang orang mula alert dengan masalah depression bila banyak kejadian bunuh diri & membunuh orang lain di sebabkan masalah depression ni. Tapi bukan semua orang faham depression tu apa. Kadang2 kita faham apa kita faham je tapi kita tak tahu apa sebenarnya masalah depression ni. Adakah satu disorder atau penyakit?


Sebenarnya eden pun bukan faham sangat masalah despression. Orang2 macam eden yang faham depression tu adalah masalah kemurungan yang melampau la. Tapi sebab sekarang banyak follow activist medic so dapat la info sikit. Tadi terbaca perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang depression. Penjelasan dia bagi saya sangat simple & mudah di fahami orang kebanyakkan macam kita ni. Almaklum kita tak belajar medical katanya. Kenal panadol jer tapi kalau sebut paracetamol memasing dah tak tau pekebenda. Almaklum la diriku hanya insan biasa.. Bukan ada basic bidang perubatan.

Saya tak nak edit apa - apa penjelasan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan saya copy & linkan ke FB beliau sahaja... Takut edit kang salah fakta jadi salah faham pulak kan.

DEPRESSION VS CLINICAL DEPRESSION

Ini cerita pasal fahaman asas tentang kemurungan (depression). Kalian kena tahu bezakan kemurungan (mood depression) dengan kemurungan klinikal (clinical depression)

Selepas peristiwa yang menggoncang jiwa, kebanyakan kita pernah lalui situasi di mana kita berasa sedih, tiada motivasi, kesunyian, dan jiwa kacau selama seminggu. Itu reaksi biasa dan kita masih boleh berfungsi dengan normal. Itu adalah mood depression, dan bukan penyakit.

Clinical depression(major depression) pula akan menyebabkan kefungsian akal terjejas dan secara tidak langsung boleh juga menyebabkan gangguan kesihatan fizikal jika berlangsung lama. Biasanya berlaku lebih 2 minggu. Penghidap tak boleh berfikir secara waras.

Apabila kemurungan klinikal menjejaskan kewarasan, penghidap tidak boleh membuat pertimbangan yang rasional. Ini termasuk tidak dapat menilai sebab dan akibat tindakannya. Kemurungan klinikal adalah penyakit, bukan sekadar mood.

Tidak seperti kemurungan biasa(mood depression) yang boleh dilabel dan dirawati oleh sesiapa, kemurungan klinikal hanya boleh didiagnos dan dirawat oleh doktor/psikiatris. Kemurungan klinikal adalah penyakit yang tersenarai dalam ICD-10.

Kemurungan klinikal tiada kaitan dengan lemah pegangan agama dan iman, kerana akal yang telah terjejas tidak boleh berfikir dengan dengan waras. Tak semua boleh dirawat hanya dengan berdoa dan beribadah, Jika kita lihat, antara syarat wajib ibadah(cth: solat/puasa) adalah BERAKAL.

Tidaklah saya kata, semua orang yang murung klinikal tidak wajib solat/puasa. Jika ia masih berakal, maka perlulah dia tunaikan tanggungjawab itu. Apa saya maksudkan, kadangkala kemurungan klinikal sungguh parah hingga boleh dikategori hilang akal dan boleh didaftar sebagai OKU.

Tidak wajar juga penghidap kemurungan klinikal yang bertindak mengambil nyawa sendiri dilabel sebagai lemah iman atau "ahli neraka". Kita tidak pasti di saat dia tamatkan nyawanya itu, adakah dia berakal atau tidak. Urusan Tuhan tentukan tempat mereka di mana.

Kita kena mula iktiraf kemurungan klinikal sebagai penyakit dan bukan masalah pegangan agama. Jika anda murung, berjumpalah doktor. Jika ada individu sekitar anda yang murung, bawalah mereka bertemu doktor.

Malaysian Suicide Alert - MESRA

Semoga perkongsian ni memberi info tentang masalah depression. Jangan silap ok! Ada depression yang cuma kemurungan ada yang penyakit kemurungan. Penyakit kemurungan tidak boleh hanya di rawat dengan cara spiritual tapi kena di rawat dengan pakar jugak.

Moral of the story.. Kalau lihat orang2 terdekat kita menampakkan ciri ciri depression, bawa la berjumpa doktor. Mungkin di peringkat awal masih boleh di bantu. 

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CIKGU AZIZAN MUNGKIN BERDEPAN DENGAN SAMAN SIVIL

12/20/2017 12:30:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

CIKGU AZIZAN MUNGKIN BERDEPAN DENGAN SAMAN SIVIL. Semalam penyokong Cikgu Azizan mungkin merasa lega bila mahkamah membebaskan cikgu azizan even lepas tanpa bebas sebenarnya. Kita semua rasa syukur bila dengar cikgu Azizan terlepas dari hukuman kan.. Ingat cerita habis kat situ jer..


Hari ni terbaca pulak kenyataan dari Ibu budak tu katanya merancang untuk memfailkan saman sivil terhadap cikgu Azizan.. Alahai.. Nampak di pihak penjaga budak tu memang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Benda ni maybe tak berapa best sangat la kalau ia berlaku kan..


Bukan best pun kena saman sivil ni.. Dah la kos guaman mahal. Jangan tanya pulak mana eden tahu.. Takkan hangpa tak tau eden sekarang tengah hadapi saman sivil dengan tuntutan saman RM3juta.. Bukan sikit tau tuntutan saman tu. Kalau tak bela diri.. Memang menanggung hutang RM3juta. Nak beli diri kos guaman pulak tinggi ke langit biru.. Tapi tu la tengah usaha mengumpul dana lagi ni.

Bila dengar orang seperti cikgu Azizan bakal di kenakan saman sivil memang tercuit juga hati eden ni.. Membayangkan kalau benda tu benar benar di realisasi, mungkin terjejas sedikit la kehidupan. Tapi cikgu Azizan nampak banyak supporter, Insya Allah mungkin ada yang backup. Mungkin nasib dia tak sesusah eden. Moga moga ada yang membantu beliau. Apapun saya mendoakan semoga kes cikgu Azizan ni ada penyelesaian yang terbaik. Semoga yang benar mendapat kemenangan di dunia & akhirat.

Apapun berlaku.. Pihak mana yang salah atau betul.. Moga jadi pengajaran buat kita semua. Zaman sekarang sesiapapun tak mustahil boleh kena saman. Apa ingat GST di laksanakan orang semua jadi miskin ke? Tak juga.. hehehehe

Moral of the story.. Bukan senang nak jadi pendidik zaman sekarang & bukan senang juga nak menyampaikan kesedaran pada orang awam. Risiko kena saman tu tak mustahil. Tapi mahkamah dunia je kan.. Apalah sangat dari nak hadap mahkamah akhirat sana. ayat penyedap hati katanya hehehe

Sumber berita : Utusan Online

______________________________________
MOHON PERHATIAN SEMUA PIHAK. MEMERLUKAN BANTUAN UNTUK KES SAMAN SIVIL RM3JUTA

Assalammualaikum
Dengan rendah hati saya ingin memohon bantuan dari semua pihak yang membaca posting ini

Saya seorang blogger yang sedang menghadapi satu kes saman sivil dengan jumlah tuntutan saman sebanyak RM3juta kerana menulis satu pendedahan berkaitan 1 produk di blog saya lekatlekit.com.

Saya memerlukan lebih kurang RM44K untuk membayar kos guaman bagi membela diri supaya dapat mengelakkan dari di jatuhi hukuman & di mufliskan dengan nilai tuntutan saman tersebut.

Sudah 5 bulan prosiding kes saya berjalan di Mahkamah tinggi. Insya Allah awal tahun depan kes saya akan di bicarakan namun kos guaman masih belum mencukupi.

Ini adalah satu perjuangan bukan hanya untuk diri saya malah untuk ramai individu di luar sana. Kekangan saya adalah tidak boleh mendedahkan maklumat berkaitan kes saman ini untuk mengelakkan saya di kenakan tindakkan mahkamah.

SAYA MENGHARAPKAN BANTUAN DARI SEMUA PIHAK TERMASUK ORANG AWAM, PENGAMAL MEDIA SOSIAL, ORANG POLITIK, NGO & SESIAPA SAHAJA.

SAYA CUMA SEORANG BLOGGER SURIRUMAH YANG TIADA PENGARUH & KES SAYA TIADA LIPUTAN MEDIA MASSA. DI SEBABKAN ITU ADA YANG MEMANDANG SEPI MASALAH SAYA.

NAMUN JIKA ANDA MASIH SUDI MEMBANTU BOLEH MENYALURKAN SUMBANGAN KE

AKAUN MAYBANK : 

Bantuan anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah membalas dengan kebaikkan di dunia & akhirat

Blogger Yang mengharap keajaiban
Suria Lekatlekit

Mohon share juga posting ni di facebook

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PERTUDUHAN DI TARIK BALIK, CIKGU AZIZAN DI BEBASKAN

12/19/2017 05:40:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

PERTUDUHAN DI TARIK BALIK, CIKGU AZIZAN DI BEBASKAN. Rasanya ramai ikuti kes cikgu Azizan ni kan? Cikgu Azizan di saman & di dakwa oleh parents seorang kerana menampar seorang pelajar 11 tahun kerana membuat kesalahan disiplin di sekolah.


Cikgu Azizan ditahan selepas dipercayai mendenda muridnya kerana kesalahan menghidu gam dan mempengaruhi rakan, buli, memukul murid serta ponteng sekolah sebelum dituduh di mahkamah pada 31 Oktober lalu.

Parents now days katanya.. Memang tak boleh cuit sangat anak depa. Duit banyak GST tak cukup tinggi kat malaysia ni. So, jentik sikit anak dia see u in court la kan.. Jadi cikgu pun sekarang berisiko kena saman, kena penjara & kena macam macam. Tu tak sebut lagi kena pancit tayar kereta bagai kan. Berbanding kita dulu - dulu.. Cikgu di beri keizinan nak merotan atau mendenda. Tapi sekarang SOP kementerian Pelajaran Malaysia pun dah tak membenarkan cikgu simply2 nak denda atau merotan fizikal pelajar ni.

Hari ni terbaca Akhbar online katanya.. Cikgu Azizan di lepas tanpa bebas oleh mahkamah majistret dari pertuduhan mencederakan pelajarnya. Yang saya faham lepas tanpa bebas ni.. Maknanya bila2 masa kalau kes tu nak di buka semula boleh. Buat masa ni Pertuduhan keatas cikgu Azizan di tarik balik.


Alhamdulillah cikgu Azizan mendapat pembelaan sewajarnya dari semua pihak termasuk guru guru, pihak sekolah, netizen & media sosial. Den ni pulak tak tau lagu mana lagi. Kes sedang berjalan di mahkamah. Den di dakwah telah memfitnah & memalukan 'tetttttt" tapi den tidak memfitnah siapa siapa atau apa2. Den cuma menulis berdasarkan fakta dari Pihak Berkuasa dengan penulisan yang outspoken & sarcasm. Hope dapat pembelaan seadilnya. Tapi tu la nak dapat pembelaan.. Ongkosnya kena keluarkan dulu. Kos guaman sangat tinggi untuk kes saman sivil ni. Tapi usaha mencari dana masih di teruskan. Harap dapat la kumpul dana bagi membayar semua kos sepanjang kes ni berlangsung di mahkamah sehingga selesai.

Sangat berharap bantuan & sokongan semua pihak.. Sangat memerlukan bantuan dari segi kewangan sebab dana yang ada belum cukup untuk membayar kos guaman. Saya merayu pada semua yang membaca entri ni untuk sama sama membantu saya..

__________________________________________________________
MOHON PERHATIAN SEMUA PIHAK. MEMERLUKAN BANTUAN UNTUK KES SAMAN SIVIL RM3JUTA

Assalammualaikum
Dengan rendah hati saya ingin memohon bantuan dari semua pihak yang membaca posting ini

Saya seorang blogger yang sedang menghadapi satu kes saman sivil dengan jumlah tuntutan saman sebanyak RM3juta kerana menulis satu pendedahan berkaitan 1 produk di blog saya lekatlekit.com.

Saya memerlukan lebih kurang RM44K untuk membayar kos guaman bagi membela diri supaya dapat mengelakkan dari di jatuhi hukuman & di mufliskan dengan nilai tuntutan saman tersebut.

Sudah 5 bulan prosiding kes saya berjalan di Mahkamah tinggi. Insya Allah awal tahun depan kes saya akan di bicarakan namun kos guaman masih belum mencukupi.

Ini adalah satu perjuangan bukan hanya untuk diri saya malah untuk ramai individu di luar sana. Kekangan saya adalah tidak boleh mendedahkan maklumat berkaitan kes saman ini untuk mengelakkan saya di kenakan tindakkan mahkamah.

SAYA MENGHARAPKAN BANTUAN DARI SEMUA PIHAK TERMASUK ORANG AWAM, PENGAMAL MEDIA SOSIAL, ORANG POLITIK, NGO & SESIAPA SAHAJA.

SAYA CUMA SEORANG BLOGGER SURIRUMAH YANG TIADA PENGARUH & KES SAYA TIADA LIPUTAN MEDIA MASSA. DI SEBABKAN ITU ADA YANG MEMANDANG SEPI MASALAH SAYA.

NAMUN JIKA ANDA MASIH SUDI MEMBANTU BOLEH MENYALURKAN SUMBANGAN KE

AKAUN MAYBANK : 

Bantuan anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah membalas dengan kebaikkan di dunia & akhirat

Blogger Yang mengharap keajaiban
Suria Lekatlekit

Mohon Share Posting ini di facebook anda semua


Moral of the story.. Semua orang berisiko di hadapkan ke mahkamah zaman sekarang ni. Tak kira la salah ke tidak sebab sesiapa saja boleh memfailkan saman kepada individu yang dia rasa menyakitkan hati dia. Tengok sakit hati pun boleh saman.. Apatah lagi menyakiti fizikal orang lain walaupun dengan tujuan mendidik. Jadi.. Marilah kita semua berpegang dengan prinsip 'Berani kerana Benar' Insya Allah.. Allah akan tolong. Kalau tak kat dunia, Akhirat dah tentu tiada siapa dapat memanipulasi kebenaran.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JANGAN HINA RUMAH KAMPUNG & RUMAH SETINGGAN, INGATLAH KISAH QARUN

12/18/2017 12:05:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

JANGAN HINA RUMAH KAMPUNG & RUMAH SETINGGAN, INGATLAH KISAH QARUN. Lama tak mengopek isu isu semasa ni kan? Almaklum la situasi sekarang membuat eden jadi busy sikit. Tapi hari ni terasa nak juga menjentik satu isu ni.. Almaklum la kita kan orang kampung. Membesar dari rumah papan sampai la berubah menjadi rumah batu pun still di kampung. Cuma dewasa ku di kota katanya. Yelah berhijrah untuk mencari rezeki.


2 - 3 hari lepas cuma dok baca tajuk pasa isu ni. Katanya seorang Pengeluar kosmetik yang memang terkenal kat Malaysia ni. Muka memang selalu la muncul kat TV. Malas nak nak sebut nama.. Baru baru telah menghasilkan sebuah single.

Orang dok viral dia tak puas hati dengan banglo puluh juta ringgit dia tu. Ok la.. dia tak puas hati dengan hasil kerja yang dia bayar. Sebab dia bayar so dia berhak juga nak macam mana dia nak. Kalau hangpa buat tak ikut apa yang dia nak.. Memang di berhak untuk menyatakan ketidak puasan hati dia tu. Kalau eden pun.. Kita bayar tapi tak dapat hasil yang kita dengan seperti yang kita bayar.. Eden pun berasap hidung jugak kan? Nak2 kos berpuluh juta ringgit malaysia ni. Bukan sikit tu wei. Jadi dalam bab tu eden tak salahkan dia nak marah. Memang dia berhak sebab dia bayar sesuatu yang dia nak. Bukan hangpa buat kerja amal untuk dia.

Tapi bila di umpamakan rumah dia yang kelihatan buruk & low class macam rumah setinggan & orang kampung tu.. Sentap mak nak!! Lap ayaq mata kat lengan baju katanya.. Sob.. sob.. Mak orang kampung takkan la rumah orang kampung sehina tu. Dia pun katanya dulu orang kampung & orang susah jugak kan? Tapi mana tempat Dato rasa paling selesa masa tu? Even buruk ke, hina ke.. Rumah kita la kita akan rasa paling selesa.

Sekarang ni rumah2 kampung pun dah cantik cantik Dato. Setinggan tu mungkin sebab buat rumah atas tanah hak milik kerajaan so depa tak boleh nak buat lawa2 sangat. Bila2 masa je boleh kena runtuh. Tapi bukan bermakna kita boleh mengambarkan rumah2 mereka dengan gambaran yang buruk semata mata untuk mengambarkan betapa low class sesuatu tu. Terluka hati mereka Dato..

Ingatlah dalam Al Quran ada mengisahkan tentang Qarun yang Allah tenggelamkan bersama hartanya.

Awal kehidupan Qarun sangatlah miskin dan memiliki banyak anak. Sehingga pada suatu hari ia meminta Musa untuk mendoakannya kepada Allah, yang ia pinta adalah kekayaan harta benda dan permintaan tersebut dikabulkan oleh Allah. 

Dikisahkan pula dalam Al-Qur'an dia juga sering mengambil harta dari Bani Israel yang lain dan dia memiliki ribuan gudang harta melimpah ruah, penuh berisikan emas dan perak. Setelah menjadi kaya raya, Qarun menjadi orang yang sombong dan suka menunjuk nunjuk. Orang-orang kaya biasanya menyimpan kunci harta mereka dalam tempat rahsia agar tidak diketahui orang lain. Tapi Qarun lebih suka menunjuk nunjuk hartanya secara terbuka untuk menunjukkan kekuasaanya. 

Sudah menjadi kebiasaannya membawa sepuluh orang kuat kemanapun dia pergi. Kesepuluh orang ini adalah lelaki lelaki perkasa yang berotot. Mereka mengikuti Qarun kemanapun dia pergi hanya kerana untuk untuk membawa kunci kunci harta Qarun yang berat. Tidak terhitung jumlah kekayaan yang diberikan Allah kepadanya. Qarun boleh membuat apa saja sesuka hatinya pada orang lain kerana kekuatan & kekayaan dia milik. Fir'aun adalah teman baik Qarun. Jika ada orang yang membuat masalah dengannya, Qarun akan memberitahu & fir'aun maka orang itu akan di hukum. 

ketika Qarun keluar membawa semua hartanya dan orang-orang di jalan melihatnya dengan terkagum-kagum, Qarun di arak di tengah tengah jalan. Saat dia merasakan bangga & angkuh, Tiba-tiba Allah memerintahkan bumi untuk menelannya!Maka bergemuruhlah bumi. Jalan jalan mulai retak. Kemudian retakan itu semakin membesar sehingga terciptalah sebuah lubang yang ternganga. Lubang yang besar itulah menelan Qarun bersama semua tentaranya, kunci-kuncinya, hartanya, bahkan Allah memerintahkan bumi untuk menelan istananya!

Semoga kisah Qarun ni kita jadikan pengajaran yer anak anak.. Yang kaya tu tak payah la nak menunjuk sangat kekayaan konon. Baru beli No plat kereta dah tayang sana sini dengan bangganya.. Sedangkan Allah yang Maha Kaya. Kekayaan kita miliki semua milik Allah. Jangan guna untuk menganiaya orang lain macam Qarun.. Macam kisah cikgu Azizan kena saman & banyak lagi kisah2 lain yang trending sekarang. Jangan sebab kita berduit kita rasa boleh tutup kejahatan & dosa kita dengan kekayaan kita miliki.. Semua nak buat legal action sebab ada duit. Orang takde duit mana mampu nak buat legal action ye dak? Dia lupa.. Kat padang Mahsyar esok Nalla.. punya besar court dok ada.. duit hangpa yang berkepok kepok tu sekupang pun tak laku kat sana. Lawyer terbaik cuma amalan amalan yang kita bawa je. Tapi biasa la.. Kita akan fikir mati lambat lagi kan? Rilex brader.. brader rilex.. Dah tua sikit nanti taubat la. Macam confirm dia akan mati selepas tua.. hehehehe

Sebagai peringatan pada diri sendiri jugak.. Mungkin hari ni saya di uji dengan kesusahan.. Mana tau Allah nak uji saya di masa akan datang dengan kesenangan saya pun jadi lupa diri pulak kan? Na'uzubillah.. Moga2 saya bukan tergolong dalam golongan manusia yang sombong bila di uji dengan kekayaan. Hope saya bukan dalam golongan yang menunjuk nunjuk kekayaan.. even no plat kapcai sekalipun. hehehehe

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HANTU LANGSIR BUKAN LANGSUIR

12/16/2017 12:25:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

HANTU LANGSIR BUKAN LANGSUIR. Kadang2 ada orang sebut hantu langsir tapi ejaan dia hantu langsuir. Kalau orang kedah sebut langsiaq.. Orang sabah sarawak tak tau sebut lagu mana. Tapi ia tetap hantu yang sama.


Tapi hantu langsir dalam Drama lain pulak. Confirm ramai yang mula2 baca tajuk drama tu akan silap. Membayangkan drama tu berkisahkan hantu langsuir kan? Sebab kadang2 kita sebut langsir kalau ikut bahasa pasar.

Sekarang tengah siaran ulangan Telefilem Hantu Langsir kat TV3. Drama seram komedi je tu.. Tak payah la over sangat nak seram tengok siang2 hari minggu ni. Melampau tau hahahaha.


Kisahnya sumpahan Hantu Langsir kembali mengganggu kampung langsir. Hantu tu suka muncul kat langsir2 tingkap rumah orang.. Ada disebalik cerita kenapa hantu langsir ini terjadi. Kerana mahukan kuasa, so ada komplot mahu jatuhkan ketua kampung yang sudah 35 tahun membangunkan kampung. Disebabkan dengan kejadian hantu langsir, menjadikan kampung langsir dah jadi kacau bilau. Di kacaunya warong, ketua kampung. Siapa sebenarnya hantu langsir?? Adakah hantu? Alah drama ulangan jer.. Haruslah bukan hantu cuma pakatan menjatuhkan ketua kampung yang dah lama pegang jawatan ketua kampung langsir je pun. Hahahaha

Alang alang cakap pasal hantu langsuir ni.. Kalau ikut wikipedia Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu. Kononnya jika dipaku di belakang tengkoknya, langsuir akan berubah menjadi seorang wanita yang cantik.

Tapi hangpa jangan la percaya langsuir tu hisap darah orang pulak. Langsuir ni dalam spesis Jin juga. Jelmaan perempuan tu bukan rupa sebenar dia maybe. Biasa la tugas jin & syaitan menyesatkan manusia. Depa tak boleh membunuh manusia secara terus cuma boleh melalaikan manusia sehingga menyebabkan kemalangan atau apa2 kecederaan sebab ketakutan yang amat sangat. 

Cekik sampai mati.. hisap darah sampai kering tu.. semua dalam filem & drama. Dalam kehidupan seharian kita mana ada orang mati kena hisap darah dengan langsuir hahahaha.

Moral of the story.. Mereka atau kita semua makhluk Allah. Allah yang lebih berkuasa maka mohonlah perlindungan dari Allah.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PELUANG BERIKLAN SERENDAH RM10 DI BLOG MRHANAFI

12/14/2017 03:52:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

PELUANG BERIKLAN SERENDAH RM10 DI BLOG MRHANAFI. Mana nak dapat sekarang ni iklan dengan harga RM10.. Jarang2 blogger buat offer macam ni. Tapi di sebabkan keprihatinan blogger MrHanafi terhadap nasib seorang blogger yang kena saman RM3juta maka dia bukan peluang beriklan di blog beliau dengan nilai Slot Tajaan RM10 sahaja.

Terharu tau bila ada blogger membantu macam ni.. Yelah, mungkin nak menyumbang dalam bentuk kewangan bukan semua orang mampu. Nak2 lagi yang ada komitmen banyak. Tapi bila dari komuniti blogger ada juga yang berusaha mencari jalan supaya boleh membantu dari segi menambah dana bagi membayar kos guaman yang tinggi iatu sebanyak RM44K (Tidak termasuk kos lain). Kalau ikut kos tu memang cecah RM50K juga bila permohonan di bicarakan di mahkamah shah alam tidak di luluskan terpaksa di bicarakan diu mahkamah Tinggi Kota Bahru kelantan. So ada kos travel lagi perlu di bayar. Tapi at least ada kos untuk guaman dulu pun dah ok.

Sekarang saya semakin tak banyak masa.. Sekurang kurangnya saya perlu lebih kurang RM21K lagi untuk ke proses perbicaraan yang Insya Allah.. akan bermula awal tahun depan. Ni kira tawakal je la.. sambil terus cari sumbangan & dana melalui apa saja sumber yang boleh janji bukan sumber haram. Kalau setakat nak cari duit haram baik den jual dadah ke hapa kan.. Tapi nak cari rezeki halal ni memang bukan mudah. Tapi saya yakin sepenuhnya rezeki tu dari Allah.. Manusia cuma perantaraan sahaja. Allah akan bagi apa yang kita perlu.. Insya Allah.

Alhamdulillah salah satu cara usaha blogger MrHanafi nak membantu saya adalah dengan membuka slot iklan tajaan serendah RM10. Kalau ada beli slot iklan tajaan ni secara tak langsung anda dah turut sama menyumbang ke dalam tabung dana kos guaman saya.

Macam mana nak dapatkan Slot Tajaan Iklan di blog MrHanafi? anda boleh hubungi MrHanafi di

Facebook : MrHanafi
Blog : MrHanafi dot com

Contoh Iklan Tajaan yang di letakkan dalam artikel di blog MrHanafi boleh tengok di sini >> Peluang Blogger Buat Duit Extra Dari Blog <<


INI ADALAH SALAH SATU USAHA SAYA & USAHA BLOGGER MRHANAFI BAGI MEMBANTU SAYA MENGUMPUL DANA UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN DI MAHKAMAH BAGI MEMBELA DIRI YANG BELUM TERBUKTI BERSALAH. SELAIN ITU SAYA PERLUKAN DOA DARI SEMUA AGAR ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KES SAMAN KEATAS SAYA & MOGA ALLAH BERI KEMENANGAN DI DUNIA & AKHIRAT

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MASAKAN PERANAKKAN YANG MERECIK HAWAU DI RESTORAN BABA NYONYA KOTA LAKSAMANA

12/14/2017 11:22:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

MASAKAN PERANAKKAN YANG MERECIK HAWAU DI RESTORAN BABA NYONYA KOTA LAKSAMANA. Sesekali lekatlekit guna bahasa hipster ala2 melaka gitu. Ambik kau hawau katanya. Orang melaka kan dah sinonim dengan perkataan hawau.. Bukan dia nak maki hamun hangpa tapi tu cara depa beramah mesra. Kalau macam den orang kedah ni.. Perkataan mampuih tu selalu di gunakan untuk mengambarkan sesuatu yang besar, banyak atau yang gah. Kalau melaka dia gunakan perkataan hawau.

Sebut je baba & nyonya di secara auto mesti terbayang melaka kan? Golongan baba & Nyonya ni bukan saja unik dari segi cara hidup mereka.. Malah dari segi masakan jugak. Tapi kita sedia maklum walaupun kita tengok Baba & Nyonya ni cara hidup mereka macam ala ala kemelayuan + cina.. bahasa mereka gunakan juga bahasa melayu tapi bukan  beragama Islam. Jadi.. Sebagai orang Islam bila kita nak makan masakan baba & nyonya di luar sebaiknya cari la Restoran orang Islam..


Kat Malaysia ni bukan la darurat sangat.. Melambak restoran Orang Islam yang menyajikan masakan bangsa lain termasuk masakan Baba & Nyonya yang terkenal di Melaka tu. Kalau korang ke melaka mengidam nak merasa masakan peranakkan Baba & Nyonya tak payah sesusah dah.. Ada satu restoran kat sana menyediakan masakan Baba & Nyonya Halal & Restoran tu pun kepunyaan orang Islam. Boleh makan tanpa was was..


Sedang elok sekarang tengah cuti sekolah.. Kot - kot berhajat nak bawa keluarga bercuti ke Meleka tu boleh la singgah makan di Restoran Baba & Nyonya Kota Laksamana.

Mereka memang menyediakan menu peranakkan Baba & nyonya yang 100% di sediakan oleh orang muslim.. Antara menu terbaik di restoran tu adalah..

❤ Ayam Goreng Rempah Nyonya
❤ Ayam Buah Keluak
❤ Sambal Petai Terbalik nyonya
❤ Ikan Cili Garam
❤ Ikan Asam Pedas
❤ Rendang Kambing Baba Nyonya
❤ Telur Goreng Cencaluk


Menu Juadah Ala Carte

➠ 22 Jenis Menu Masakan Popular Baba dan Nyonya Kami Sediakan termasuk ABC


Jangan risau yer.. Korang yang nak buat live update kat social media tu kat restoran tu ada WIFI percuma. Almaklum la korang kan selebriti social media kan.. Mesti perlukan line internet kat memana pun. Manatau data habis ke.. So, ada di sediakan Wifi percuma.


Paling penting tak payah risau nak solat kat mana. Memang turut di sediakan ruang untuk bersolat bagi yang beragama Islam.

Di buka setiap hari kecuali hari selasa sahaja di tutup. waktu operasi adalah seperti berikut

Makan Tengahari : 10.30 a.m 03.30 p.m
Makan Malam:  05.30 p.m 10.00 p.m

Nak cari restoran tu pun tak susah. Landmark bersebelahkan dengan Marvelux Hotel No 16, Jalan KLJ 1, Taman Laksamana Jaya, 75200 Melaka.


Atau nak senang guna gps jer ➤ https://maps.google.com/maps… 

Selain anda boleh walk in terus ke restoran.. Mereka juga menerima tempahan meja kalau - kalau nak buat reunion ke, makan besar dengan family ke atau apa2 event. Nak buat tempahan boleh hubungi


No tel Restoran ➻  06 2868976 (Restoran) 
No tel Manager ➻  012 6945105 (Pn Normah manager) 

Atau untuk melihat update terkini boleh follow :


JADI KALAU KORANG KE MELAKA JANGAN LUPA YER SINGGAH DI RESTORAN BABA & NYONYA KOTA LAKSAMAN NI

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BAGAIMANA WIRID LAA ILLAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZOLIMIN MEMBANTU SAYA YANG HADAPI SAMAN RM3JUTA

12/12/2017 03:45:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

BAGAIMANA WIRID LAA ILLAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZOLIMIN MEMBANTU SAYA YANG HADAPI SAMAN RM3JUTA. Kita manusia kadang2 bila di beri nikmat kita lalai.. Kita lupa. Serba serbi tak jaga terutama solat pun tunggang terbalik. Tapi bila Allah tegur dengan musibah.. Barulah sedar selama ni jauh dari Tuhan. Baru sedar banyak dosa dari amalan.. Ya Allah.. masa tu berjujuran airmata jatuh. Betapa besarnya kasih sayang Allah pada aku.. Allah tegur kita sebab Allah sayang.. Yang Allah biar hanyut dengan nikmat dunia tu yang paling berada di posisi bahaya. Jadi setiap Ujian yang Allah bagi untuk hamba hamba yang terpilih untuk di beri petunjuk & hidayah jadi kita di uji jangan banyak sangat mempertikaikan kenapa Allah pilih kita.. Kenapa Allah uji kita.. Carilah hikmah & teruslah bersangka baik dengan Allah.


Kalau followers blog & Facebook saya rasanya sedia maklum dengan situasi saya sekarang yang berhadapan Kes saman sivil dengan jumlah tuntutan saman sebanyak RM3juta. Yelah.. Rm30K pun takde, inikan RM3juta.. Kejamnya lahai amount tu.. Tapi kita anggap sebagai satu motivasi je la. Maybe sebab kena saman RM3juta.. Ia seolah olah memberi perangsang pada saya untuk mengumpul harta bernilai RM3juta nanti kan. Manalah tahu selepas ni rezeki Allah bagi melimpah ruah.. tup tup dalam account ada RM3juta.. Amin.

Dalam keadaan macam tu.. Mana kau nak cari duit nak bayar lawyer.. Mana kau nak cari duit untuk keperluan lain lagi. Serius saya hilang punca sekejab. Saya tak tahu macam mana nak cari jalan.. Dan akhirnya kita kembali pada Allah. Tu la hidayah yang dapat saya rasa. Sebab dalam keadaan saya yang buntu Allah gerakkan hati saya untuk mengingatinya. Bukan semua orang dapat hidayah macam tu.. Tapi Betapa Allah masih sayangkan saya.

Antara Amalan yang saya buat adalah mengamalkan wirid Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzolimin. Buat bersungguh - sungguh Insya Allah kita akan nampak keajaibannya. Sekurang kurangnya Allah masih memberi jalan untuk saya berusaha, Allah memberi saya ketenangan untuk terus bekerja. Almaklum la bekerja dalam bidang penulisan ni.. Perlukan kita berfikir untuk cari idea. Bayangkan dalam keadaan serabut boleh ke nak tulis review? Mustahil la sangat.

Dalam keadaan yang penuh tekanan tu saya amalkan Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzolimin selain Isghtifar. Alhamdulillah.. banyak membantu saya. At least saya masih boleh terus menulis & terus berusaha mencari bantuan bagi mencukupkan dana yang sampai sekarang masih belum cukup. Jadi bagi yang rasa nak bersedekah & menyumbang boleh la menyumbang melalui..

Banyak hidayah & hikmah saya dapat setakat ni. Memang dalam keadaan sekarang tipu la saya kata saya boleh wat lex wat peace tak menangis langsung. Menangis tu berbaldi baldi dah airmata tapi saya sentiasa mohon Allah terus bagi kekuatan pada saya untuk berjuang. Andai sesuatu berlaku di luar apa yang saya harapkan.. Saya mohon Allah kuatkan hati untuk saya teruskan hidup macam biasa. Jauhkan dari terfikir untuk melakukan perkara perkara yang di murkai Allah. Dan jauhkan dari rasa putus asa dalam hidup.

Sampai sekarang setiap hari bila rasa hati tak tenang saya akan berzikir dengan Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzolimin & Alhamdulillah selepas tu saya boleh melakukan rutin harian macam biasa.

Manfaat Wirid Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzolimin. 

Di dalam al-Quran terdapat kisah Nabi Yunus a.s. yang boleh dijadikan pengajaran dan jika di amalkan doa Nabi Yunus a.s Allah akan lepaskan Hambanya dari kesusahan atau musibah yang menimpa atau di dalam bahasa zaman sekarang saat-saat kecemasan ( emergency ) tetapi individu tersebut perlulah seorang mukminin.

Cara Mengamalkan Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzolimin


Doa Nabi Yunus adalah salah satu doa mustajab. Kita dianjurkan untuk sering membacanya, lebih-lebih di saat kita mengalami kesulitan atau kesusahan. 
Baca Wirid Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzolimin sebanyak 300 sehari atau 1000 kali sehari.

Fadhilah : Dimudahkan untuk cari tasykilan / dimudahkan untuk gerakkan ummmat. Allah akan selesaikan masalah infirodi dan ijtima’. - sumber Putra TuanWacana Keilmuan Leluhur

Pada yang dalam kesulitan & masalah besar boleh cuba amalkan. Please jauhi amalan syirik & khurafat yer walaupun apa masalah yang menimpa kita. Allah yang menguasai seluruh alam.. Tiada kuasa yang lebih hebat berbanding kuasa Allah.. Even kita nak melawan Trump sekalipun kita perlu memohon pertolongan Allah.. Apatah lagi nak melawan mereka2 yang rasa berkuasa dengan kekayaan mereka miliki. Semua yang kita miliki adalah milik Allah.. Apa yang berlaku adalah dengan keizinan Allah.. Dan kena ingat setiap apa yang Allah izinkan berlaku bukan bermakna Allah redha kalau benda tu salah. Itulah ujian buat kita sebenarnya..

SAYA MOHON DOA DARI SEMUA SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KES MAHKAMAH SAYA & ALLAH BERI YANG TERBAIK. MOGA MENDAPAT KEMENANGAN DUNIA & AKHIRAT. JIKA ANDA MENGENALI ANAK YATIM ATAU ANAK TAHFIZ MOHON MINTA MEREKA TOLONG DOAKAN UNTUK SAYA JUGA. SAYA SANGAT YAKIN DENGAN KUASA DOA.. INSYA ALLAH.. AKAN MEMBANTU SAYA MENGHADAPI UJIAN BESAR INI DENGAN LEBIH KUAT & TENANG.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BANTAL BUSUK, KOTOR & BERDAKI CUCI DENGAN DELOURVA JE

12/11/2017 10:47:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

BANTAL BUSUK, KOTOR & BERDAKI CUCI DENGAN DELOURVA JE. Sapa yang ada anak anak.. Mesti ada bantal busuk kan?Alah.. korang sendiri pun sampai beranak pinak ada bantal busuk lagi. Walaupun namanya bantal busuk tak semestinya tak perlu cuci & perlu kekalkan segala peta air liur basi, daki & bau kepam dah berpuluh tahun tu. Jangan macam tu yer.. Kang effect masalah kesihatan pulak.


Anak saya banyak jugak dengan bantal2 hiasan dia selain bantal busuk & soft toys macam bear & macam2 watak kartun lagi. Nak2 sekarang kalau nak tidur semua dia nak ada dengan dia. Masa tidur elok.. Masa siang semua jadi bahan lenjan & mangsa buli dia. Ada satu bantal tu sampai berdaki, kepam & penuh macam macam sisa kotoran. Memang kena selalu cuci selalu.

Tapi sekarang tak jadi masalah dah nak cuci bantal2 atau soft toy budak shahila yang kusam, kepam, berdaki bagai tu.. Dulu yelah.. Dah la susah nak tanggal daki daki tu.. Nak rendam dalam clorox pepaham je kang habis luntur warna dia. Dah tak comel toys & bantal budak shahila..

Sejak guna produk pencuci Delourva ni.. Memudahkan kerja kerja mak nak Ooi.. Contoh nak basuh bantal berdaki macam kat gambar bawah ni...


Mak just spray sikit stain remover & rendam sekejab dengan air & serbuk pencuci delourva. Lepas tu campak dalam washing machine biar je dia sental semua. Spin, angkat & jemur. Putih bersih macam baru Nak Ooi... Tak caya tengok gambar yang mak ambil dengan camera mak tanpa flash & auto mode je. Ni bukan tipu.. Tipu dosa ok!


Jadi para ibu bapa yang ada ramai anak kecik.. anak bersekolah.. Sedang elok hangpa guna rangkaian produk delourva ni. Tak lama lagi sekolah nak buka.. baju sekolah budak ni tak kira apa warna pun.. Confirm berdaki kat leher.. lengan.. terpercik sambal la.. jatuh & kotor.. makan calit kat baju. Tak susah dah.. Guna serbuk pencuci delourva ni.. settle.


Saya pernah share pengalaman saya cuci karat pada baju guna rangkaian produk delourva sebelum ni. Boleh baca kat sini ➞ TENGOK APA DAH JADI DENGAN BAJU NI LEPAS CUCI GUNA SERBUK PENCUCI DELOURVA 


Macam mana hangpa nak dapatkan produk ni? Tak susah pun boleh hubungi :


 Facebook : Sabun Basuh baju Sekolah 
 Call / Whatsapp :  018 989 8686 

JADI MAK MAK TAK PAYAH MENANGIS MEMBERUS SEKUAT TENAGA LAGI. RENDAM & TERUS CUCI DENGAN PRODUK DELOURVA

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

INI CARA ANDA MEMBANTU SAYA MENGUMPUL RM44K UNTUK MEMBELA DIRI KERANA DI SAMAN RM3JUTA

12/10/2017 10:41:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

INI CARA ANDA MEMBANTU SAYA MENGUMPUL RM44K UNTUK MEMBELA DIRI KERANA DI SAMAN RM3JUTA. Assalammualaikum & selamat hari minggu Uolls.. Mesti ramai yang tak melekat kat rumah hari ni.. Mak bapak time ni maybe sibuk nak sediakan keperluan sekolah anak anak tahun depan la kan. Hari Ahad la boleh bawa anak anak pergi beli semua keperluan sekolah. Tapi takpe la.. Maybe yang tak kemana mana tu boleh la luangkan sedikit masa membaca entri nan meminta minta ni kan.. hehehe


Yang biasa ikuti blog & follow saya kat Facebook tu rasanya dah sedia maklum kan pasal kes saman keatas saya dengan tuntutan saman sebanyak RM3juta tu.. Ramai yang tumpang menangis sama sama bila dengar RM3juta.. Saya pun dah berbaldi airmata menangis tapi setakat menangis je memang tak menyelesaikan masalah. Kena usaha la juga untuk terhindar dari di muflis dengan beban hutang RM3juta tu. Sebab tu la saya gigih juga cari duit untuk ambil lawyer membela diri yang belum terbukti bersalah ni.

Saya tahu kadang kadang kita minta sumbangan jer.. Orang nampak kita macam harapkan derma je. Sebenarnya ada beberapa kerja yang saya buat untuk menampung kos guaman saya.. So dengan servis yang saya buat ni kalau korang nak bantu melalui tu pun boleh. Antaranya..

Saya ada membuat servis review & iklan di blog saya lekatlekit.com. Sekiranya anda ada produk atau servis untuk di perkenalkan melalui penulisan review di blog boleh la email kepada saya

Email : lekatlekitgurl@yahoo.com

Saya juga ada menjual Kuih bulan halal & homemade tapi bukan saya buat. Saya edarkan sahaja. Memang setakat ni feedback pembeli berpuas hati dengan harga & rasanya.. Berminat untuk membeli kuih bulan boleh hubungi saya






Sekarang ada promosi YES beli 5 pcs percuma 1 Pcs. Free Postage untuk semenanjung Malaysia

Whatsapp : 0172429610
Facebook : Suria Lekatlekit

Selain tu kalau anda rasa nak menyumbang untuk tabung kos guaman saya sebagai sedekah jariah sumbangan boleh di buat melalui

Maybank Account : 

Boleh merujuk Posting ini di facebook


Selebihnya saya perlukan Doa dari semua. Sekiranya anda mengenali anak anak yatim atau anak anak tahfiz atau mana2 orang alim.. Mohon minta mereka tolong doakan saya semoga Allah permudahkan urusan kes saya di mahkamah, Semoga Allah permudahkan urusan saya mengumpul dana bagi mencukupkan kos guaman saya & semoga Allah memberi keajaiban & kemenangan kepada saya. Saya tidak berkemampuan dari segi material tapi Insya Allah kekuatan yang Allah anugerahkan ini saya akan terus guna dalam perjuangan saya. Terima kasih atas doa2 & bantuan semua pihak.

SAYA JUGA PERLUKAN BANTUAN DARI MANA2 INDIVIDU BERPENGARUH, NGO, AHLI POLITIK, DERMAWAN, HARTAWAN, ISMET ULAM RAJA, ABDUL WAHUB... BANTULAH SAYA. ORANG2 POLITIK TU DEKAT DEKAT PILIHANRAYA NI TAK NAK KE BANTU SAYA? TANYA JER...

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ISTIMEWANYA MADU HALIA BENTONG YANG PERLU ANDA TAHU

12/09/2017 10:37:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

ISTIMEWANYA MADU HALIA BENTONG YANG PERLU ANDA TAHU. Halia & Madu sekarang memang banyak di gunakan dalam produk2 kesihatan & makanan tambahan. Sebab halia & Madu ni memang mempunyai khasiatnya yang tersendiri & di gunakan sejak turun temurun sejak dulu kala. Tapi zaman dulu orang guna direct terus dari herba semulajadi tak di formulasikan dalam bentuk produk yang siap ambil berbanding zaman sekarang.. Banyak telah di formulasikan dalam bentuk produk yang mudah di ambil.


Sedikit pengenalan tentang khasiat Madu & halia Bentong ni..

Halia Bentong ni kalau nama Saintifiknya di panggil Zingiber ooficinale yang hanya boleh di dapati di kawasan tanah tinggi bentong, Janda Baik & Bukit tinggi sebab katanya dia hanya boleh tumbuh subur di kawasan tersebut. Bermakna dia tak sama la macam halia halia biasa yang maybe kita guna dalam masakan seharian kita.

Di sebabkan Halia Bentong ni mempunyai kandungan serat yang tinggi yang tak sama dengan halia biasa secara tak langsung penghasilan Jus dari halia ni lebih banyak

Apapun nak mendapat khasiat dari bahan herba tersebut perlulah mengamalkannya dalam jangka masa yang panjang & paling penting pastikan tiada masalah kesihatan yang boleh memberi tindak balas yang tidak baik untuk mengambil apa2 herba semulajadi sebagai supplement.

Madu pulak semua orang sedia maklum khasiat yang terkandung di dalamnya & madu adalah salah satu makanan sunnah. Madu.. bukan produk madu yer yang menjadi sunnah. Yang dah jadi produk tak sunnah sangat la kan.. Cuma menggunakan bahan bahan dari makanan sunnah sahaja. Yang tu jangan keliru ok & penjual pun jangan mengelirukan pengguna pulak. Yang sunnah madu bukan produk berasaskan madu.

Gabungan Halia Bentong & Madu.. Maka terhasilah satu produk bernama Madu Halia Bentong untuk menampung khasiat dalam keperluan kita seharian. Dia bukan ubat yang menyembuhkan penyakit apa apa yer.. Cuma membantu untuk memberi kita antobodi yang kuat & buat kita rasa lebih sihat bila mengamalkannya. Sebab khasiat dari bahan yang di gunakan tu sedikit sebanyak membantu kita yang mungkin ada masalah masalah kecil dalaman.


Produk ni di bawah produk makanan Bukan ubat atau kosmetik. Jadi Ia bukan untuk menyembuhkan apa apa penyakit. Di keluarkan oleh Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd. 

Kandungan sebotol Madu Halia Bentong ni adalah 300ml. Harga yang di tawarkan adalah RM59 sahaja. Produk ni telah menjalani ujian makmal untuk ketulenan Madu Halia Bentong mengikut kriteria yang di tetap oleh Department of Standard Malaysia.

Sekiranya berminat nak cuba produk ni atau ingin menjadi stokis boleh hubungi :


1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PENGALAMAN SERAM MAT MOTOR EX5 MELALUI SATU JALAN GELAP DI JUNJUNG KULIM

12/08/2017 08:26:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

PENGALAMAN SERAM MAT MOTOR EX5 MELALUI SATU JALAN GELAP DI JUNJUNG KULIM. Malam ni malam apa anak anak mummy? Yer malam jumaat, erkk Hari Jumaat sebenarnya hahaha... Anak anak semua malam jumaat ada apa yer.... HANTU? Jangan nak merepek sangat ok! Hantu ni dia tak kira malam apa.. ada je dia kat memana.. Cuma malam jumaat hari ni ada cerita seram baru di segmen seram serik lekatlekit. Mesti anak anak rindu kan.. Ye ye mak paham kesangapan hangpa dengan cerita seram mummy..


Walaupun Mummy sekarang mood seram dah jadi serabut dengan kes saman tengah berjalan tapi bak kata supporter Mummy.. Hidup la macam biasa. Tidur, makan & buat la rutin hidup macam biasa. Mak cuba nak.. walaupun dalam hati tidak la setenang air di kali. Tapi takpe... Perjuangan tetap di teruskan.. Cerita seram pun tetap ada di blog puaka lekatlekit ni.

Malam ni nak share dengan hangpa kisah seorang mat motor EX5 yang melalui detik detik seram ketika dia melalui satu jalan gelap di malam hari. Lokasi katanya area junjung tapi spesifik tempat tu tak tau kat mana. Jalang bukit Lengkok ke kat mana.. Kurang pasti pulak cheq.

Ni kes lepak dengan kawan kawan sampai lewat malam kat kulim.. Bila masing2 mengantuk baru la nak ingat rumah, tilam bantal katanya. Dasar lelaki kan? Kawan2 dia semua tinggal dekat area2 situ je.. dia sorang ja katanya rumah kat Jawi. Bila tengok jam dah pukul 12.. Nak kata cinderella.. lelaki tapi pukul 12 baru nak ingat balik rumah bang Ooi!! So terpaksa la dia redah jalan gelap memalam buta untuk sampai ke rumah dia nun di Jawi sana. Kalau ikut hati katanya dia tumpang tidur rumah kawan dia jer tapi sebab awal2 subuh sapie esok dia ada kerja nak buat tu yang gigih juga balik rumah.

Maka bermulahlah episod.. Ku redah, jalan yang berliku memburu impian.. Sorry makcik lupa lirik. Almaklum cerita mat motor feel sikit background lagu dalam filem gila gila remaja tahun 80an kan. Ok dah.. dah... nyanyi pulak. Kita sambung cerita seram.

Maka dia pun meredah jalan gelap dengan kelajuan 60 - 70km/h sebab katanya motor dia dah uzur. Pepaham je la... Kalau dah uzur nak laju tak boleh. Kang laju tercabut ekzos ke.. terputus rantai ke.. terkepak RIM ke tetengah malam macam tu pun susah jugak kan. Motor uzur ni nak press lelaju satgi dia mampuih tengah jalan baru hang tau apa erti penyesalan..Dah la jalan tu sunyi basi tak ada kenderaan lain yang lalu lalang. Mula2 ok la dia tunggang EX5 dia tanpa prejudis.. Sampai la kat satu jalan yang berdepan dengan jirat cina tetiba Uolls... Tau tak apa berlaku? Salah dia tak jumpa hantu lompat2 pakai stem kuning kat dahi..

Dia terbau busuk sangat. Mula la dia teringat cerita keranda terbang yang pernah kawan dia share dulu. Lepas tu silih berganti teringat cerita kelibat orang naik basikal tanpa kepala.. Tu dia.. Imaginasi sendiri dok momokkan dia. Dia mula cuak. Jantung berdegup laju tak tahu berapa km/j. Tak di nyatkan kadar kelajuan denyutan jantung tu..

Dah la tengah takut teringat kisah2 seram yang kengkawan dia share..tetiba nampak pulak kelibat hitam kat side mirror motor dia. Dia dapat rasa macam ada something ikut. Maka dengupan jantung pun semakin laju.. Ala ala lagu Amelina... berdegup jantung ku mendengarkan nama mu ah.. ah... ah..
Time tu hangpa jangan tanya apa perasaan dia. Ada makan tapak kasut size kaki dia gamaknya. Confirm la kecut luar dalam. Di tambah keadaan sekeliling yang makin gelap.. Nak je pulas Trottle tu sampai habis limit dok fikir motor dia pun dah tahap monopos kan.. kang jam kat tengah jalan tu mati kejung pulak.

So terpaksa la dia bawa juga dengan kelajuan biasa sambil mulut terkumat kamit baca je apa terlintas dalam fikiran. Tak tau la dia baca alif ba ta ke hapa.. tak di nyatakan secara terperinci. Tetiba dia rasa macam jalan dia lalu ni lain je dari jalan biasa dia guna. Dalam celah celah tu datang satu cahaya terang dari belakang.. Bukan hantu langsuir bawa api.. Lampu dari motor RXZ.. RXZ tu katanya memintas laju depan dia tetiba membelok terus ke dalam hutan.. Terus dia brek emergency sebab terkejut katanya. Dia pelik macam mana rxz tu boleh masuk hutan tapi tak dengar bunyi macam kemalangan ke apa.. kalau jatuh ke, terlanggar pokok ke hapa mesti ada bunyi ye dak. Tapi bila dia usya betul2.. rupanya ada jalan yang belok kesitu. Tapi yang pelik bila dia tengok depan dia katanya cuma ada hutan & motor dia berada beberapa inci je dari longkang. Masa tu dia mula pelik.. setahu dia.. dia bawa motor atas jalan dah kenapa tetiba dia berada depan hutan pulak.`Sebab rasanya dia lalu jalan lurus je tadi. Dalam dengan Keliru.. tetiba nampak cahaya lampu dari belakang so tanpa termenung lama sangat dia terus naik balik atas jalan, follow motor tu. Nasib baik honda cup takde la penat sangat nak kejar.. dia follow sampai keluar simpang. Selepas kejadian tu katanya dia serik dah nak lalu jalan tu waktu malam.

Moral of the story.. Kalau dah kekuatan motor tu tahap uzur jangan di uji di jalan yang gelap gelita. Tu je pesanan mummy untuk anak anak malam ni.. hehehehe


MOHON BACA SEKEJAB
__________________________________________

SAYA BLOGGER YANG DI SAMAN RM3JUTA MENGHARAPKAN BANTUAN SEMUA PIHAK TERMASUK PIHAK NGO, AKTIVIS, ORANG POLITIK, NETIZEN & SEMUA

Assalammualaikum..
mengharap bantuan dari semua
Untuk meneruskan perjuangan

Insya Allah awal tahun depan kes saya akan di bicarakan
Total kos guaman saya adalah RM44K
Jumlah yang masih belum mencukupi lebih kurang RM20K
Sekurang kurangnya saya perlu sediakan dulu RM10K untuk membayar kos penyediaan perbicaraan kes

Bagi yang baru mengikuti kes saya..
Saya telah di saman kerana menulis satu pendedahan di blog tentang satu produk
Saya perlu membela diri kerana jumlah tuntutan saman sebanyak RM3juta
Sekiranya saya tidak membela diri saya akan di mufliskan & menanggung beban hutang sebanyak jumlah tersebut

PERJUANGAN INI BUKAN HANYA UNTUK DIRI SENDIRI MALAH UNTUK MEREKA YANG LAIN JUGA

Sangat sangat mengharap bantuan dari semua pihak
Tolong bantu saya
Harap sudilah anda menyumbang seikhlas hati
Supaya saya boleh terus berjuang di mahkamah..

TAK KIRA BERAPAPUN SUMBANGAN ANDA, RM10,RM50, RM100 ATAU LEBIH IA SANGAT MEMBANTU SAYA SAAT NI.
SAYA MERAYU PADA SEMUA.. TOLONG BANTU SAYA.

SUMBANGAN BOLEH DI SALURKAN MELALUI 
ACCOUNT MAYBANK 

MOHON SHARE POSTING NI UNTUK MEMBANTU SAYA..

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI NASI BERIANI DARURAT YANG TERAMAT SENANG NAK MASAK

12/06/2017 08:10:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

RESEPI NASI BERIANI DARURAT YANG TERAMAT SENANG NAK MASAK. Lama kan takde share apa apa resepi kat blog lekatlekit.com ni kan. Tak share resepi tak bermakna tak masak. Kadang2 masak lauk biasa yang dah ada share resepi kat blog takkan nak tulis resepi yang sama kot kan.. Tapi resepi nasi beriani darurat ni memang tak ada lagi kat blog lekatlekit sebab jarang2 nak masak nasi beriani ni..


Macam biasa resepi kat blog lekatlekit ni bukan macam blog cik mat gebu dapur tanpa sempadan tu.. Resepi2 yang den share normally resepi simple2.. sesuai untuk golongan baru nak belajar kenal apa itu senduk, sudip, periuk & belanga katanya.. Satgi dok bagi resepi susah sangat ada yang hentak kepala kat tong gas pulak..

Yang termasak nasi beriani ni bukan apa.. bahan2 nak masa kat rumah den time tu dah tak ada apa sangat. Ada ayam.. Rempah beriani.. sedikit lebih serbuk santan. Sos tomato pun guna yang sos lebih makan kfc dalam paket kecik2 tu je. Bayangkan la betapa banyaknya bahan nak masak yang tak ada kat rumah ni.Di tambah pulak kemalasan nak buat banyak kerja. Otak tengah serabut fikir kes saman menyaman katanya.. Kadang2 mood memang ke gaung sikit la. Nak2 time emosi tengah tak berapa nak stabil.. Jadi time darurat masak je la apa ada. Jadi la nasi beriani darurat yang tak sempurna bahan bahannya.. hahahaha

Dah cukup... meh la kita tengok apa bahan di perlukan untuk masa nasi beriani darurat ni.. Memang tak bayak bahan bahan di gunakan.

1. Beras Basmati (Tapi den guna satu pot je sebab dah habis. Selebihnya campur beras biasa)
2. Serbuk santan (Sepatutnya susu cair tapi tak ada)
3. Serbuk rempah beriani
4. Bawang besar
5. Bawang putih
6. Halia
7. Minyak masak
8. Sos tomato
9. Air
10. Garam
11. Kunyit

 Cara memasak 
Langkah pertama

1. Cuci beras & tos kan. Biar dulu kat tepi
2. Gaul ayam dengan garam kunyit & goreng separuh masak
3. Kisar bawang besar, bawang putih & halia
4. Bahan kisar tadi campurkan dengan serbuk rempah beriani & kacau hingga sebati.
5. Potong bawang besar
6. Panaskan minyak & tumis bawang sampai naik bau
7. Masukkan serbuk rempah yang di bancuh dengan bahan kisar tadi masak sekejab lebih kurang 10 minit
8. Masukkan air & sos tomato & masak sekejab
9. Masukkan ayam & masak sehingga kuah pekat
10. Masukkan garam secukup rasa

Langkah kedua

1. Masukkan beras dalam rice cooker
2. Masukkan ayam yang dah di masak tadi
3. Masukkan santan serbuk yang dah di bancuh dengan air atau susu cair kalau ikut resepi asal
4. Tambah air secukupnya
5. Tambah garam kalau kurang masin
6. Tekan la suis rice cooker tu.. kang tak masak pulak nasi
7. Tunggu je sampai kering & buka & kacau la sikit bagi sekata
8. Tunggu je masak & hidangkan

Dah siap.. Bukan susah bebeno pun sebenarnya

Yang acar tu den tak buat yer... Kebetulan laki den balik beli nasi kukus.. Ada la acar timun tu. Alih2 nasi kukus tu di biar sepi tanpa belaian jer.. Kesian kan?

Apamacam senang tak? Nampak macam banyak step tapi sebenarnya simple jer.. Cuma dia ada 2 langkah nak masak. Mula2 kena masak ayam dulu.. lepas tu masak nasi.

Yang mana rajin layan KRT tu.. belajar la memasak yer. Kang lepas kawen penuh masalah hangpa dok share kat KRT.. puncanya tak reti masak je hahahaa

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com