BERBOGEL & KELAPARAN DALAM BILIK GELAP

7.1.17 Suria Lekatlekit 0 Comments

BERBOGEL & KELAPARAN DALAM BILIK GELAP. Jadi viral sejak semalam kes seorang kanak kanak 3 tahun di tinggalkan sendirian tak berpakaian di dalam bilik gelap dalam keadaan kesejukkan & kelaparan... Dengar cerita macam ni memang merentap hati ibu bapa yang lain walau berlaku kat anak orang sekalipun. Memang akan terasa marah, sedih & rasa nak tunjal2 kepala mak budak tu kot2 dengan cara tu sel sel otak dia kembali berhubung & dia boleh kembali berfikiran waras..


Sebab aku seorang ibu yang sangat risau nak tinggalkan anak aku sorang2 dalam rumah walau untuk 10 minit sekalipun memang aku tak boleh terima apapun alasan seorang ibu tinggalkan anak sekecil umur 3 tahun dengan alasan balik kampung nak jaga mak dia yang tengah sakit. Yang besar umur belasan tahu kau boleh angkut bawa balik.. Yang kecik 3 tahun kau tinggal. Watdehek??? Mak dia mental ok ke tidak?? Yang tu pun kena check juga sebab manusia yang waras tak buat benda tak masuk akal macam ni.

Tampin: “Saya panjat tingkap untuk masuk dan melihat budak itu terbaring atas lantai dalam keadaan bogel,” kata Mohd Dom Md Amin, 57, yang menemui kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditinggalkan sendirian dalam sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Gemencheh di sini, tengah malam tadi. Menurutnya, kanak-kanak itu berada dalam sebuah bilik gelap selepas dia bersama anggota polis membuat pemeriksaan pada 12.45 tengah malam.Katanya, sebelum itu jiran terdengar tangisan kanak-kanak dan memberitahunya membuatkan dia berasa curiga lalu membuat laporan di Balai Polis Air Kuning Selatan.
"Budak itu ditemui dalam keadaan kelaparan dan kesejukan. Saya memberinya makan roti, pisang dan minuman.
Pegawai perubatan yang tiba membersihkan badannya sebelum dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan.
"Kami tidak tahu kewujudan budak itu kerana ibunya tidak pernah membawanya keluar dari rumah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Difahamkan, ibu mangsa meninggalkan budak itu di rumah untuk pulang ke kampung di FELDA Jelai bersama dua lagi anak lelakinya berusia 13 dan 14 tahun, untuk menjaga ibu yang sakit.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Norhayati Omar berkata, mangsa akan diserahkan kepada datuknya untuk jagaan sementara selepas keluar hospital.
Beliau berkata, berdasarkan rawatan awal, mangsa tidak mempunyai kecederaan fizikal, namun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memantaunya sehingga kes selesai.
Beliau yang ditemui selepas melawat mangsa berkata, ibu mangsa adalah penerima bantuan RM300 sebulan dan bantuan itu akan dipindahkan kepada datuk yang akan menjaga mangsa selepas ini.
Sementara itu di Pasir Mas, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang menunggu laporan polis kes kanak-kanak tiga tahun yang ditinggalkan bersendirian di rumah di Tampin, Negeri Sembilan, sebelum tindakan lanjut diambil.
Datuk Azizah Mohd Dun berkata, kanak-kanak itu sudah dihantar ke Hospital Tampin untuk pemeriksaan kesihatan.
Beliau berkata, selepas laporan diterima, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut, termasuk tindakan mahkamah terhadap ibu kanak-kanak itu.
“Kami akan menjaga kanak-kanak ini dengan sebaiknya melalui unit perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara menunggu siasatan.
"Kita akan mendapat perintah selanjutnya daripada mahkamah jika perkara berkenaan dapat dibuktikan.
"Kes akan disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001," katanya yang ditemui selepas membuat lawatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjong di sini, hari ini.

Melainkan dia ada niat memang tak nak bela & harap bila dia tinggalkan anak dia sorang diri tanpa makanan & pakaian anak dia boleh mati secara semulajadi dengan harapan dia tak di kaitkan dengan kes membunuh. Watdehek la kalau fikir macam tu. Walau anak kau masih hidup pun kau bakal di kenakan tindakkan undang2 apatah lagi kalau anak kau mati. Nasib baik la Allah tu maha penyayangkan.. dia gerakkan hati orang lain untuk pantau di sebalik tangisan budak tu. Maka dapat di selamatkan juga budak tu.

Tak tahu apa cerita di sebalik kelahiran budak tu sampai menurut jiran budak tu memang mak dia tak pernah bawa keluar & depa pun tak pernah tahu tentang budak tu. Kalau tak jadi perkara ni memang sampai sudah orang tak tahu kewujudan budak tu dalam rumah tu.

Apapun alasan.. tiada sebab untuk kita perjudikan keselamatan seorang anak tak kira kecil atau besar. Kau beranak pun sakit.. Alih2 dah bela bagi hidup sampai 3 tahun kau biar macam tu. Gamaknya kau terberanak sambil gelak2 kot tu ko tak rasa anak tu satu anugerah yang bukan semua orang mampu miliki. Kalau rasa tak mampu atau tak mahu.. banyak saluran kau boleh guna untuk menempatkan anak tu kat tempat yang selamat & lebih baik. Kalau tak reti sangat pun nak ikut saluran undang2 bagi ke anak kau kat sapa2 yang nak jadikan anak angkat. Kat malaysia ni beribu orang berharap dapat seorang anak walau hanya anak angkat... Jangan dah beranak kau sepah2 macam sampah.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!