CARA MUDAH UNTUK TAHU SIAPA UNFRIEND & BLOCK ANDA DI FACEBOOK

1/22/2017 09:47:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

CARA MUDAH UNTUK TAHU SIAPA UNFRIEND & BLOCK ANDA DI FACEBOOK. Salam pagi ahad.. Weekend pun gigih tau cheq update blog nak cover balik 2 hari cuti tu hahaha... Misi tahun ni nak tulis 2K entri katanya.. entah tercapai entah tidak tu tak penting yang penting ada target. Bila ada target ni jadi rajin sikit nak kejar target tu kan..


Ok hari ni cheq nak share macam mana korang nak detect orang yang unfriend, block, unblock & close account kat facebook. Sebenarnya tak jadi satu kepentingan pun korang tahu semua tu.. Cuma bagi yang rasa perlu & penting perkara tu dalam hidup mereka boleh la Install satu aplikasi kat play store ni..

Aplikasi tersebut di namakan 'Who Unfriended Me?'. Benda ni secara kebetulan je aku jumpa kat playstore beberapa minggu yang lepas. Nak cari aplikasi lain tapi ternampak aplikasi ni sesaja try install & nak tengok macam mana dia berfungsi. Bukan aku kesah sangat pun sapa nak unfriend, block bagai.. Asalkan benda tu tak jejaskan traffic blog.. Not Big Deal bak kata omputih. Kalau orang melayu cakap.. Ada ku kesah! Lagipun account Facebook aku memang setting public.. friend ke tak friend semua boleh baca, like,share & komen kat post aku. Aku mengamalkan konsep.. 'Stalker U're Welcome' katanya. hahahahaha...

Kalau korang nak sentiasa ada notification sapa yang friend, unfriend,block,unblock & close account kat facebook.. Korang boleh ke playstore & search kat playstore 'Who Unfriended Me?' Lepas tu Install jer..


Tiap kali kalau ada orang yang baru friend, unfriend, block atau unblock dia akan bagitau melalui aplikasi tu. Kalau kawan2 korang close atau delete account pun dia akan mention jugak. So takde la korang touching kan.. konon tetiba kawan sendiri delete korang dari friendlist padahal orang dah close account hehehe


So lepas ni kalau tetiba friendlist korang yang beribu lemon tu tak payah tertanya tanya lagi sapa yang unfriend & block bagai.. Semua akan di bongkarkan melalui applikasi ni ok!

Apapun kalau nak bahagia tak payah kisah sapa nak unfriend & block kat FB.. Fokus untuk berjaya sudah.. Bukan je korang boleh hidup bahagia malah boleh berjaya dengan gilang gemilang & terbilang. hehehehe

2 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com