GANGGUAN BUNYI MISTERI WAD 9 HOSPITAL SELAYANG

6.1.17 Suria Lekatlekit 5 Comments

GANGGUAN BUNYI MISTERI WAD 9 HOSPITAL SELAYANG. Dah dua hari mak mertua aku masuk wad di hospital selayang. Setakat nak kata stabil.. tekanan darah masih tinggi. Menurut doktor dia bukan dalam keadaan yang stabil lagi tapi cuma better dari sebelum ni & Condition dia masih statik.. bermakna tak bertambah teruk atau bertambah baik. Masih tak boleh makan & minum.. Minum susu melalui tiub jer.. Hope nanti mak mertua akan bertambah pulih.. Kesian jugak dok minta nak makan & minum tapi doktor masih tak benarkan takut dia tersedak. Maka 2 hari jugak la lepas anak aku balik sekolah berdesup kami ke hospital. Semalam pukul 9 malam baru sampai rumah. Kesian la si kecik aku tu.. Pagi dah nak kena bangun pergi sekolah. Menangis jugak la masa paksa bangun. Penat gamaknya..

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Bila banyak habiskan masa kat ward pantau mak mertua.. Sebab aku dengan asben aku ni kami ni memang di lahirkan dengan kelebihan yang suka bertanya & ramah tamah kot.. So, kebanyakkan untuk tahu perkembangan tentang keadaan In law tu.. samada aku yang akan pergi merujuk kepada doktor atau suami aku.. FIL aku ni kalau tanya info semua ok.. So, kurang boleh di gunakan pakai. hahahaha. Di samping tugas seorang anak & menantu bagi sokongan moral kepada mak & mak mertua. Yelah.. pertama kali mak mertua aku tu jatuh sakit. Takut dia tak boleh terima dia kena strok.. sebelah kaki & tangan dia sekarang paralyzed tapi doktor kata dengan bantuan fisio & usaha dari pesakit tu sendiri.. Insya Allah mungkin boleh bergerak balik cuma maybe ambil masa jugak. Jadi kami cuba pelan2 untuk bagitau dia pasal keadaan dia lepas ni.. Alhamdulillah setakat ni nampak dia boleh terima lagi.

Petang semalam.. sampai je kat ward.. mak mertua mengadu tak boleh tidur sebab dengar macam macam bunyi.. Aku cuma fikir orang sakit kadang2 fikiran dia terganggu. Just pujuk je la.. takpe.. nanti mak dah biasa mak boleh tidur. Sebelah katil mak mertua ada satu Untie cina ni.. Semalam dia dah discharge.. Masa dia baru lepas mandi tu dia lalu depan aku. Tetiba dia berhenti tanya aku.. 'Nampak muka dia ok ke?".. Aku cakap je ok sebab aku tak nampak apa2 yang pelik. Lepas tu dia mengadu 4 hari dia tak boleh tidur kat ward tu. Macam2 bunyi.. erkk.. bunyi jugak. Lepas tu dia kata nak balik sembahyang.

Bunyi apa la gamaknya yang makcik2 kat situ dengar yer.. Almaklum la hospital. Tempat orang sakit. Orang sakit ni lemah mental & fizikal.. Jadi benda2 macam tu senang sangat nak menganggu. Sebab jin & syaitan ada di mana mana.. So, kena sentiasa mengamalkan bacaan ayat2 suci al Quran sebagai pendinding.

Hari ni tak pasti samada pergi atau tak jenguk mak mertua kat hospital. Nak bagi budak shahila rehat jugak. Aku tengok sampai dah nampak eyebag kat mata dia.. Letih seharian kat hospital tu dah 2 hari. Tapi kalau pergi melawat lagi hope ada cerita2 mistik lagi orang share hahahaha.. aku suka dengar tapi nak kata taksub atau percaya sangat tu tidak la.. Cuma rasa menarik untuk dengar & share kat blog.

5 comments:

  1. alaa..macam tergantung pulak? hehe

    ReplyDelete
  2. semoga MIL suria cepat sembuh spt sedia kala ... sedih hai ...

    tp kat hospital ni mmg creepy sikit ... ai mmg seriau sikit ...

    ReplyDelete
  3. My mil pn kene stroke mcmtu jgk..tp masuk wad SG.buloh..tgh2 mlm ckp bukan2..pastu die ckp Ade org kt hujung tu..padahal katil hujung tu kosong..die mcm bcakap dgn 'org 'tu..seram kami smua..huhu

    ReplyDelete
  4. Itu namanya delusi,(dengar macam-macam tapi tak de pada pendengaran orang lain)ilusi( nampak macam-macam tapi tak de pada pandangan orang lain).
    Orang sakit memang begitu, sabarlah puan, doakan yang baik padanya. Tak de apa pun kat Hosp selayang, saya keje situ ok je.

    ReplyDelete
  5. hospital memang camtu gak kan suria

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!