INI BERLAKU PADA KENING BILA GUNA MAYBELLINE FASHION BROW CREAM PENCIL

31.1.17 Suria Lekatlekit 1 Comments

INI BERLAKU PADA KENING BILA GUNA MAYBELLINE FASHION BROW CREAM PENCIL. Perempuan & kecantikkan memang tak dapat di pisahkan walau ada jugak perempuan yang tak kisah pasal makeup, skincare bagai.. Tapi tipu la kalau dia taknak cantik. Cuma beza samada rajin nak membelai muka atau tak je kan.. Macam aku bab ni memang kategori tipikal perempuan la.. Aku suka nampak cantik & aku juga nak jadi cantik.
Maybelline Fashion Brow Cream Pencil, black color

Aku kategori yang memang suka makeup.. Jadi tak pelik kalau aku review produk kosmetik. Ahad lepas sempat singgah guardian. Macam biasa la.. Kalau menyinggah tu memang jarang keluar tanpa hasil tangkapan even masuk tu sebenarnya nak cari syampoo je kan. Terrrrrrr.. ambil la Maybelline fashion Brow cream pencil, black color. Sebab eyebrow pencil aku yang hitam tu nampak macam tak berapa best je nak guna. So, cari yang creamy sikit supaya senang nak melukis & mewarna kening.

Harus la esok hari tu terus cuba ok!! Sambil mengasah bakat membentuk & melukis kening. Aku pun bab conteng2 kening ni masih level amatur. Nak2 jenis kening serabut macam semak samun ni memang perlukan kesabaran & ketelitian untuk di bentuk tanpa perlu mencukur kening. Tapi sebab aku ni memang gigih belajar setiap hari.. Rasa macam lembut sikit jari jemari aku nak membentuk kening guna eyebrow pencil sekarang ni. Tu nampak dah skill MUA katanya hahahaha... (sila muntah).

Dengan Maybelline Fashion Brow Cream Pencil ni.. Sebab jenis cream so lembut sangat. Warna dia pun kita calit2 dengan tekanan sederhana pun dah boleh melekat. Warna dia pun natural.. Ok suka. Yelah.. Hitam warna semulajadi bulu kening kan.. Kau selama ni dok conteng kening dengan dark brown feelling anak mat saleh kena sapu arang tu.. Memang la tak nampak natural warna kening cuma takde nampak janggal sebab benda tu ramai yang buat. Still masih cantik katanya. hahahaha

Dah test ok! Tak berketul2 eyebrow pencil dia bila kita apply kat kening. Kalau orang expert bab2 makeup ni mungkin hasil dia lebih cantik la kot.. hehehehe

Kita boleh sapu lite2 (nipis) kalau tak nak kening tu terang benderang sampai boleh nampak kening je dari jarak jauh.. Atau nak nampak garang macam ahli sihir boleh je tebalkan & pekatkan warna dia. Bergantung macam mana yang anda rasa nampak cantik la. Macam aku memang suka yang tak terang sangat & tak terlalu nipis warna ni. At least nampak kening tu dah cukup.. Jangan tak nampak langsung nanti kena tangkap masuk dalam sangkar pulak. Yelah orang ingat burung hantu ke hapa takde kening kan. hehehehee

Selain memberi hasil yang memuaskan.. Ni paling penting. Walaupun maybelline katanya harga tak la menjuling biji mata sangat nak membayar. Kat guardian aku beli cuma RM8.40 je Uolls... Rasanya yang fake lagi mahal selalunya fake cosmetic ni eyebrow ke eyeliner RM10 kan. Buat apa beli fake.. Beli ke original jenama maybelline ni tak sampai RM10. Tidak berisiko pada kulit anda.

Sapa kata cosmetic ni mahal sangat sampai kena skip sebab nak jimat perbelanjaan. Yelah.. sekarang ni zaman ekonomi macam musim hujan.. Turun je tak naik naik katanya. maka ramai mula buat benda ni >>16 Cara Untuk Anda Mengesan Setiap Perbelanjaan<<  Salah satu cara untuk tahu apa yang perlu & tidak di belanjakan katanya. Sebenarnya kita masih boleh mencantikkan diri dengan membeli kosmetik yang harga mampu milik.. kita ada pilihan samada nak beli yang harga lebih murah & kualiti dia baik. Kalau level2 amatur tu kau pakai yang murah2 dulu sudah... hehehehe

Jadi pelukis pelukis kening sekalian.. Kalau berminat nak cuba maybelline Fashion Brow Cream Pencil ni memang aku rekemen jugak la. Harga murah tapi hasil & kualiti dia memuaskan. Selamat mencuba hehehehe

1 comment:

  1. since saya suka lukis lukis kening, so saya kena beli. nak highlight sikit. MURAH weh hargaaa. lagi murah dari yang orang duk jual sepohinggit tuhhh :D

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *