MASIH ADA YANG PERLU TUTORIAL CARA PAKAI SELUAR DALAM

1/18/2017 10:20:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

MASIH ADA YANG PERLU TUTORIAL CARA PAKAI SELUAR DALAM.  Di luar logik akal la bagi mereka2 yang tahu menggunakan carian google tapi tak reti nak pakai seluar dalam. Itulah persepsi kita bila nampak ada keywords cara nak pakai seluar dalam melekat kat search keywords blog kita kan... Rasa macam tak logik pulak ada orang yang masih tak tau pakai seluar dalam sendiri tapi reti pulak kau guna kemudahan internet. Ke kau saja cari bahan2 porno.. Tu dia menuduh dah. Tanggung la dosa kau dengan orang yang kau tak tau sapa tu hahahaha

Ni mesti masa kecik2 tak belajar cara pakai seluar dalam. hahaha

Nanti dulu beb! Jangan negatif sampai macam tu ok! Tak semestinya yang google cara pakai seluar dalam tu dia tak reti pakai seluar dalam. Sebenarnya boleh jadi benda tu di google oleh golongan parents. Kenapa golongan ibu bapa cari benda ni, takkan dah jadi mak bapak orang pun tak reti nak pakai seluar dalam. Habis selama ni depa tak pernah pakai seluar dalam ke camna??

Bukan depa tak reti atau tak pernah pakai seluar dalam.. boleh jadi apa yang mereka cari bertujuan nak ajar anak dia cara pengurusan diri. Cara pakai seluar dalam pun salah satu perkara yang termasuk dalam pengurusan diri jugak ok! Mesti ada yang kata.. Eleh mak mak kita dulu internet tak ada ok je ajar anak2 dia tentang pengurusan diri. Takkan nak ajar pakai seluar dalam pun perlu google. Ni zaman teknologi la beb.. Jangan kau nak compare sangat zaman mak2 kita dulu dulu. Apa guna teknologi kalau tidak di gunakan. Takkan nak simpan dalam muzium je kot.

Ni search keywords yang melekat kat blog aku semalam

Bagi yang tak faham kenapa perlu google cara nak pakai seluar dalam. Takkan tak boleh ajar terus anak - anak pakai seluar dalam tanpa bantuan info di google. Meh sini senah, jemah,lijah,seman,abu, dolah.. cheq nak habap kat hangpa. Pernah dengar kaedah 'story telling'? Tak pernah mungkin sebab hangpa mungkin tak ada anak anak keperluan khas seperti ada masalah hyperactive, autisme, sindrom down & sebagainya.. Kaedah 'story telling' ni mengajar melalui cerita bergambar. Sebab biasa la anak anak keperluan khas perkembangan mereka akan perlahan berbanding kanak kanak normal & tipikal. Kaedah nak mengajar mereka pun kadang2 berbeza sedikit dari kanak kanak tipikal. Bahan mengajar kena attractive & pratikal. Macam kaedah 'Story Telling' ni dia ada gambar yang boleh kanak kanak lihat perkara tersebut kemudian di sertai dengan explanation secara lisan.

Boleh jadi jugak keywords macam ni di cari oleh para ibu bapa yang tengah cari bahan 'Story Telling' untuk anak anak mereka. Mungkin dia tengah cari bahan bergambar nak ajar anak dia untuk pengurusan diri. Tak semestinya kanak kanak keperluan khas.. Cara ni sebenarnya kanak kanak normal & tipikal pun boleh guna. Cuma sediakan gambar perbuatan yang kita nak ajar anak kita buat.. Tunjuk & ceritakan sahaja apa yang sedang di lakukan dalam gambar tu, bila masa perlu di buat & macam mana cara nak melakukan. Sebenarnya kaedah story telling ni lebih berkesan sebab ia lebih menarik kanak kanak untuk belajar sesuatu. Yelah.. ada gambar berwarna warni.. memang normally kanak kanak suka dengan benda2 tu semua.

Contoh bahan2 & buku yang di gunakan untuk kaedah mengajar cara 'Story Telling' kepada kanak kanak

Jadi tak pelik kalau masih ada mencari bahan untuk tutorial pakai seluar dalam. Apa ingat lahir2 terus pandai pakai seluar dalam ke? Semua ni melalui proses 'belajar' dulu ok! Tak kira la dia belajar melalui melihat perbuatan orang lain atau perlu di ajar cara one to one oleh penjaga mereka. Jadi tak payah rasa annoying sangat la kalau ada orang cari perkara perkara macam ni. Boleh jadi tujuan mereka kepada perkara yang baik.

Moral of the story.. Yang pelik tak semestinya jelik. Jadi pepandai la nak positif & negatif pada sesuatu perkara tu yer. hehehehe

2 comments:

  1. AKU SUKA ENTRY NI .... KO BOLEH HURAIKAN MAKSUD KEYWORD TU KE ARAH YANG BAIK ... KLU KO TAK CITE PASAL STORY TELLING TU AKU TAK TAU ANAK2 KEPERLUAN KHAS GUNA KAEDAH TU

    ReplyDelete
  2. Yalah juga ada benarnya. Bukan sekadar porno aje. Bukan bapak-bapak aje yang cari cara nak pakai seluar dalam tapi mungkin ada ibu-ibu di luar sana yang mencari jalan mudah nak ajar anak kecil belajar pakai seluar dalam sendiri. Kotnya kalau google macam tu keluar imej teknik-teknik terkini memakai seluar dalam, siapa taukan!

    Tak pun si penggoogle ni nak tahu macamana nak pakai G-string. Yalah G-string tak sama macam seluar dalam biasa, asyik 'tersepit' jerk ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com