PENIAGA KOPIAH MENDAKWA DI FITNAH DATO ALIFF SYUKRI DALAM RANCANGAN #OhAbangKosmetik SEHINGGA PERNIAGAANNYA MEROSOT

1/24/2017 08:02:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

PENIAGA KOPIAH MENDAKWA DI FITNAH DATO ALIFF SYUKRI DALAM RANCANGAN #OhAbangKosmetik SEHINGGA PERNIAGAANNYA MEROSOT. Gosip lagi malam ni.. hahaha.. Bila mood dok membaca blog hiburan macam ni la.. Ada saja gosip2 nakal nak share katanya. hahaha... Tapi kadang2 apa yang di tulis dalam gosip pun boleh menjadi pengajaran kepada orang lain..

Abang Kopiah Yang Teraniaya. Lepas ni boleh buat drama rintihan Abang kopiah pulak

Kontroversi pasal Dato Aliff Syukri terlajak laris ni rasanya bukan kali pertama kot.. Sampai kadang2 aku terfikir maybe saja dia buat perkara boleh menjadi kontroversi supaya benda tu nanti akan bagi publisiti & promosi secara tak langsung kepada produk dia.. Yelah.. kena ada strategi marketing katanya. Kontroversi je paling mudah nak buat seseorang atau sesuatu di kenali dengan cepat. Nak2 sekarang ni zaman viral.

Kontroversi terbaru melibatkan seorang peniaga kopiah di pasar tani bazarena stadium shah alam. Abang kopiah meluahkan perasaan terkilan dengan tindakkan Dato Aliff Syukri yang mengaibkan dia dalam rancangan #OhAbangKosmetik... Aku sendiri tak tahu wujudnya rancangan ni sebab rasanya tak nampak trending langsung kat media sosial. Mungkin dengan kontroversi ni akan menaikkan rating rancangan tu. Lagipun aku tak langgan esteruk kan.. So, memang tak dapat la nak tengok.

Katanya Dato Aliff ada membuat rakaman secara sembunyi kat situ. Dia menyamar sebagai peminta sedekah & meminta kopiah dari peniaga tersebut. Dari kenyataan Dato Aliff dalam rancangan tu katanya peniaga tersebut bersikap biadap dengan dia padahal yang berlaku sebaliknya.. Dato aliff seolah olah kata peniaga tu berpura pura baik dengan menjual produk berunsur islamik. Tapi menurut cerita abang kopiah.. ketika dato Aliff menyamar sebagai pengemis.. Dato Aliff cuba melarikan 3 kopiah.. sebagai peniaga dah tentu dia mempertahankan hak dia dengan menghalang dari barang jualan dia di curi. Tapi dia sedekah juga 1 kopiah pada Dato Aliff yang menyamar jadi pengemis waktu tu. Apapun alasan perbuatan mencuri tu tetap salah ok.. Nak2 lagi tak ada kepentingan atau keperluan kau nak curi benda tu. Tak kira la kau peminta sedekah ke siapa.. kan? Melainkan otak kau dah tak betul & di sahkan gila jer boleh di maafkan. Orang gila jer buat perkara di luar kewarasan.

Video Rakaman dalam rancangan #OhAbangKosmetik

Paling kesian katanya selepas rakaman tu di siarkan dalam rancangan tu.. Perniagaan dia turut merosot. Kalau ye pun dia bersalah.. perlu ke mengaibkan sampai merosakkan perniagaan orang. Dia peniaga kecil je kot kau nak khianat sangat kan.. Agak2 la nak prank orang pun kan.. Nak lebih sadis lagi katanya Dato Aliff Tak bagitau pun abang kopiah bahawa ada rakaman yang di buat di gerai jualannya & rakaman tu di tayangkan dalam rancangan tersebut sehinggalah kawan kawan dia memaklumkan perkara tu kepada dia.


Dalam rakaman tu memang la tak tunjuk keseluruhan kejadian.. Dorang ambil part2 yang tertentu jer kan.. Jadi kalau betul Kenyataan Dato Aliff dalam rancangan tu.. better tunjuk keseluruhan rakaman tanpa editing sebagai bukti kalau tak bersalah. Tapi kalau rakaman tu dah di manipulasi untuk memburukkan peniaga tu.. Sila la berdepan dengan kesalahan sendiri yer...


Apapun kita kena dengar dari kedua belah pihak dulu sebelum nak kecam ke hapa. Pun macam tu aku rasa betul atau salah abang kopiah tu, sebagai orang yang berpengaruh tindakkan Dato Aliff syukri memang keterlaluan. Over sangat pun boleh mendatangkan kebencian jugak Dato Ooi...

Memang la ramai mengkagumi Dato Aliff Syukri yang membuktikan kekurangan yang dia ada tak menjadi alasan untuk dia gagal.. Dia berusaha dengan kemampuan dia sendiri untuk berada di level sekarang. Tapi jangan la bila dah berjaya, Dah banyak duit.. Boleh Buat rancangan realiti TV sendiri & gunakan orang lain sebagai publisiti nak meraih rating tu TV show tu. Kalau yang baik ok la.. Tapi sampai menjahanamkan perniagaan orang lain pun tak elok jugak kan?

Lepas ni mungkin rating rancangan tu akan naik so boleh la Dato aliff & Astro tersenyum gembira kan... hehehehe

Moral of the story.. Apapun kita nak buat nak2 lagi orang berpengaruh ni fikirlah kesannya kepada orang lain jugak. Jangan sampai satu masa orang boikot baru kau nak rasa macam mana perasaan orang lain bila perniagaan dia merosot akibat dari perbuatan kita.

5 comments:

  1. Aik saya tgk episod ni minggu lepas sampai habis. Xde pulak rasa menyampah kt peniaga tu.. Kitaorang gelak gelak tgk gelagat dato je.. Yg salahnya penerbit.. Patut tugas penerbit inform peniaga wajah dia akan masuk tv selepas terjadinya prank dan minta kebenaran.. Kalau x dpt kebenaran .. Wajah kena blurr atau lindungkan.. Tp serius tak rasa apa masa tgk episod ni smpaila baca artikel ni br perasan..

    ReplyDelete
  2. hmmm mcm2 la skrg ni ... letih lyn dunia publisti murahan ni ...

    tp aku taktau kewujudan cerita ni pun ... dan mmg takan tgk pun ....
    tp mmg tak wajar buat mcm tu ... kesian abang kopiah

    ReplyDelete
  3. Padan muka kau.. aku sokong Dato' Alif buat gitu... kita sesama Islam tak perlu layan org lain dengan kasar... dah la orang tua.. tak payah putar belit cerita.. memang nyata kau salah.. jangan nak menangguk di air keruh..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com